Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 3 : LAPORAN PERBINCANGAN HASIL SIMULASI PENGAJARAN MIKRO

AMIR ASYRAFFUDIN BIN ABD AZIZ (960829065649)


ALI ABDULRAHIM BIN ABDUL MAHAIMIN (961005-03-5679)
MUHAMAD SYAFFWAN BIN CHE IBRAHIM (950601-03-6383)

1.0 PENGENALAN
Kami telah mengadakan simulasi pengajaran mikro bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
yang bertemakan kemasyarakatan iaitu bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita. Pengajaran ini
telah dilaksanakan di dalam kelas bersama 17 orang pelajar. Standard kandungan 4.1
menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Manakala standard pembelajaran 4.1.1 menyebut dan memahami lirik lagu yang
mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik
hibur. Objektif pembelajaran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pada akhir
pembelajaran, murid dapat menyebut lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran
yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur dan murid dapat menjelaskan tiga
daripada lima nilai dan pengajaran yang terkandung dalam seni kata lagu Budi Bahasa
Budaya Kita

2.0 LAPORAN PERBINCANGAN HASIL SIMULASI PENGAJARAN MIKRO


2.1 PENERANGAN KEMAHIRAN YANG DISIMULASIKAN
Berdasarkan simulasi yang telah kami lakukan, kami dapat menyimpulkan bahawa
penerangan yang diberikan adalah terperinci dan eksplisit tentang kemahiran yang berkaitan
kemahiran yang kami inginkan iaitu kemahiran bahasa. Hal ini kerana pelajar dapat
memahami tajuk pelajaran melalui set induksi dan juga melakukan setiap aktiviti mengikut
jangkaan dan ketetapn yang telah kami rancang. Aktiviti pertama yang kami laksanakan
menjurus kepada kemahiran seni bahasa iaitu menyebut lirik lagu yang mengandungi nilai
dan pengajaran yang dipersembahkan melalui didik hibur. Setelah penilaian dilakukan,
sememangnya pelajar berjaya melakukannya mengikut ketetapan dan jangkaan kami.
Maka, di situlah terletaknya kekuatan kami. Dalam aktiviti kedua, murid juga berjaya mengisi
peta bulatan melalui belajar cara belajar iaitu memproses maklumat dan mengeluarkan nilai
pengajaran yang terdapat dalam seni kata lagu dengan tepat. Kemudian, lima ayat telah
dibina berdasarkan pembentangan nilai yang telah dilaksanakan.
2.2 TEKNIK, AKTIVITI DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Teknik ,aktiviti dan bahan yang digunakan juga adalah pelbagai dan telah
mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan dan murid memberikan perhatian yang
penuh ketikak sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Teknik nyanyian, pergerakan
kreatif dan simulasi telah berjaya menarik minat pelajar untuk turut serta dan terlibat secara
aktif. Wajah-wajah pelajar keriangan dan gembira ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
diadakan. Kami juga telah menggunakan teknik penyoalan bagi merangsang pemikiran dan
kognitif pelajar.
2.3 ASPEK KEKUATAN, KELEMAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
2.3.1 Kekuatan
Antara kekuatan yang dikenal pasti ketika kami melakukan pengajaran mikro adalah
wujud unsur kecindan dan didik hibur ketika pengajaran mikro dijalankan. Kedua-dua unsur
ini adalah sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana
ia akan menceriakan suasana dan mengelakkan daripada kebosanan dalam kalangan
pelajar. Pengajaran mikro kami juga banyak menggunakan bahan-bahan interaktif seperti
video dan muzik bagi mewujudkan suasana yang riang dan gembira. Pemikiran dan minat
pelajar juga akan terangsang melalui penggunaan bahan tersebut. Di samping itu,
pembelajaran abad ke-21 seperti peta pemikiran, pembelajaran berpusatkan murid dan
kolaboratif juga diterapkan dalam sesi pengajaran kami. Guru hanya bertindak sebagai
fasilitator dan pelajar diberi kuasa sepenuhnya dalam menentukan keputusan.
2.3.2 Kelemahan
Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah peranan antara ahli kumpulan
yang kurang memberangsangkan. Peranan setiap ahli kumpulan gagal dibahagikan sama
rata. Implikasinya, wujud antara ahli kumpulan yang menonjol dan kurang menonjol.
Sepatutnya, peranan dibahagikan dengan sama rata dan adil. Kelemahan ini juga mungkin
berlaku akibat kurang persediaan antara ahli kumpulan. Maka, setiap gerak kerja itu tidak
dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, terdapat sedikit kelemahan yang terdapat pada set
induksi yang kurang bersesuaian dengan tajuk iaitu video yang ditayangkan tidak
berlatarkan masyarakat Malaysia sedangkan tajuk menekankan pada Budaya Kita.
2.3.4 Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memperbaiki proses
pengajaran dan pembelajaran mikro yang kami laksanakan adalah persefahaman antara
ahli kumpulan perlu ditingkatkan agar proses pengajaran akan berjalan dengan lebih baik.
Persediaan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tak diingini dapat diatasi
dengan baik. Selain itu, bahan bantu mengajar perlu ditetliti secara terperinci terlebih dahulu
sama ada bersesuaian atau tidak dengan tajuk yang ingin dibawakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Maka, pelajar akan dapat memahami sesuatu pelajaran dalam konteks yang
lebih jelas dan nyata.