Anda di halaman 1dari 19

KERTAS KERJA PERMOHONAN BANTUAN

PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN ( AET )

NAMA PEMOHON: SAMSUDIN BIN ABDUL RAHMAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Mesyuarat
Jawatankuasa Melulus Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi permohonan
bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) untuk Projek Penternakan Ikan Air Tawar
dalam Sangkar (Perikanan) di Kampung ToUban, Pasir Mas, Kelantan.

Projek ini adalah diusahakan secara individu dan keluarga di dalam sangkar di Sungai
ToUban. Kami memiliki 21 buah sangkar ikan yang masing-masing berukuran 20 x 20.
Setiap sangkar mampu menampung sebanyak 10,000 ribu ekor ikan pada satu masa. Antara
jenis ikan yang ada sekarang ialah ikan keli, tilapia, patin, lampan dan bawal. Kami juga
cuba untuk mengembangkan lagi ptrojek ini dengan membuat pembenihan sendiri ikan
seperti keli dan tilapia. Projek ini mendapat permintaan yang menggalakkan daripada
masyarakat setempat dan pengusaha restoren serta kedai runcit di kampung sekitar.
Namun, buat masa kini kami seringkali berdepan masalah kekurangan produk untuk
dipasarkan disebabkan masalah proses membuat makanan ikan, terutamanya pada musim
tengkujuh kerana ketiadaan bahan bakar untuk membuat makanan ikan. Kami menyedari
projek ini memerlukan penambahbaikan dari segi menggunakan peralatan yang lebih
canggih bagi meningkatkan produk untuk dijual setiap bulan dan menggalakan lagi
perniagaan setiap bulan.

Justeru itu kami menyediakan Rancangan Perniagaan AET 2017 ini untuk memohon
bantuan sebanyak RM 14,920.00 bagi membolehkan pemohon mengembangkan perniagaan
dan akan dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi masyarakat sekitar dan membuka
ruang pekerjaan kepada mereka.

1
2.0 MAKLUMAT PEMOHON

Nama Penuh Samsudin Bin Abdul Rahman

No Kad Pengenalan 620426-03-5145

Umur 54 tahun

Jantina Lelaki

250 Kampung Padang Mukum ToUban,


Alamat Tetap
17050 Pasir Mas, Kelantan.

No. Telefon 019-9702189

Taraf Perkahwinan Berkahwin

Kemahiran Membuat benih ikan keli dan talapia

Pengalaman 20 tahun

Kursus Tiada

Pekerjaan Sekarang Penternak Ikan Sangkar

Perniagaan yang
pernah diceburi (jika Tiada
ada)

3.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN/PROJEK DICADANGKAN

2
3.1 Lokasi dan sektor

Alamat Sungai ToUban, Rasal, Pasir Mas.

Bidang Projek Perikanan

Projek Memelihara dan Menjual Ikan Air Tawar Sangkar


Menghasilkan Benih Ikan Keli dan Talapia

Potensi Berpontensi untuk lebih maju kerana permintaan pasaran yang


tinggi di kawasan setempat dan luar Pasir Mas

3.2 Rancangan Organisasi/Pentadbiran

3.2.1 Projek ini diuruskan secara individu dan keluarga


3.2.2 Visi: Menjadikan projek penternakan ikan air tawar sangkar Sungai
ToUban sebagai salah satu pembekal ikan air tawar di seluruh Malaysia.
3.2.3 Misi: Membekalkan ikan air tawar yang berkualiti dan segar ke seluruh
Malaysia serta memberikan perkhidmatan yang cepat dan mesra
pelanggan.
3.2.4 Objektif:
3.2.4.1 Memenuhi permintaan bekalan ikan yang segar dan berkualiti
untuk pasaran tempatan dan luar negeri
3.2.4.2 Membuat benih ikan keli dan talapia yang berkualiti untuk
pasaran tempatan.
3.2.4.3 Menyediakan bekalan makanan ikan yang mencukupi untuk
menjamin kualiti dan kesegaran ikan.

3.2.5 Struktur Organisasi

Penyelia

Samsudin Bin Abdul Rahman

Pekerja Pekerja

Mohd Rozailan Bin Nordin Normawati binti Awang 3


3.2.6 Senarai Jawatan, Bilangan Pekerja Dan Huraian Tugas

Bil Nama Dan Jawatan Tugasan

1. Penyelia : **Menguruskan pembenihan,


Samsudin Bin Abdul
penjagaan dan pembelian ikan
Rahman

2. Pekerja : **Membantu pembenihan ikan dan


Mohd Rozailan Bin
penjagaan ikan
Nordin **Memberi makan ikan

3. Pekerja : **Membantu menyediakan makanan


Normawati binti
ikan
Awang

3.2.7 Cadangan Struktur Organisasi Akan Datang (Selepas Bantuan)

Penyelia

Samsudin bin Abdul Rahman

Mohd Rozailan Bin Normawati binti Pekerja Am


Nordin Awang

4.0 RANCANGAN PEMASARAN

4
4.1 Projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Sungai ToUban, Pasir Mas,
Kelantan beroperasi kerana terdapat permintaan yang tinggi daripada
penduduk sekitar, pengusaha restoren dalam dan luar kawasan, pengusaha
kedai runcit serta orang tengah bagi pasaran luar Kelantan.

4.2 Tapak lokasi projek ini terletak 19km dari Bandar Pasir Mas dan merupakan
salah satu projek ikan sangkar yang terdapat di Sungai ToUban.

4.3 Kaedah pemasaran yang dilaksana pada masa kini adalah secara individu iaitu
penyelia akan mengiklankan hasil ternakan di restoren-restoren serta kedai-
kedai runcit. Selain itu, akmi juga mengiklankan hasil ternakan melalui internet
untuk jualan borong/tan. Meskipun mempunyai persaingan daripada
pengusaha sangkar lain, namun lokasi yang terbuka dan senang dilihat
menyebabkan pembeli memilih hasil ternakan kami.

4.4 Sasaran lokasi pemasaran adalah tertumpu di kawasan Kampung ToUban,


Chetok dan Kota Bharu. Selain itu, kami juga menerima tempahan hasil
perikanan daripada individu luar kawasan untuk kenduri atau jamuan.

5.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

5.1 Dalam skala kecil yang dilaksana pada masa ini, saiz projek adalah terhad
dengan kemampuan kapasiti pengeluaran yang minimal seperti berikut ;

5.1.1 Kapasiti Pengeluaran : 1tan ikan keli /bulan

: 0.5tan ikan talapia / bulan

: 0.5tan ikan patin / bulan

5.1.2 Harga Pasaran (Jualan) : RM4.50/kg x 1tan

: RM9.50/kg x 0.5tan

: RM6.50/kg x 0.5tan

5.1.3 Pendapatan bulanan : RM 12,500.00 / bulan

5.1.4 Keuntungan Kasar : RM 6250.00 / bulan

5
5.2 Skala projek ini dapat dipertingkatkan sekiranya kami mendapat bantuan dan
pembiyaan bagi membeli mesin dan peralatan-peralatan yang diperlukan bagi
meningkatkan jumlah pengeluaran hasil perikanan dan penyediaan benih ikan.
Anggaran maksimum pendapatan selepas penambahbaikan adalah seperti
berikut ;

5.2.1 Kapasiti Pengeluaran : 3tan ikan keli /bulan

: 1.5tan ikan talapia / bulan

: 1.5tan ikan patin / bulan

5.2.2 Harga Pasaran (Jualan) : RM4.50/kg x 3tan

: RM9.50/kg x 1.5tan

: RM6.50/kg x 1.5tan

5.2.3 Pendapatan bulanan : RM 24,675.00 / bulan

5.2.4 Keuntungan Kasar : RM 18750.00 / bulan

6.0 PERBELANJAAN KEPERLUAN BULANAN

Harga Seunit Jumlah Belian


Bahan Stok Simpanan
(RM) (RM)

Dedak Padi 700kg RM 1.50 RM 1,050.00

Kepala Bilis 1000kg RM 2.50 RM 2,500.00

Tong Gas 5tong RM 28.00 RM 125.00

Pellet 100kg RM 5.00 RM 500.00

Benih Ikan 10,000 ekor keli RM 800.00 RM 1,850.00

3,000 ekor talapia RM 450.00

6
5,000 ekor patin RM 600.00

Jumlah RM 6,025.00

6.1 Bagi memastikan kelangsungan projek, bahan-bahan mentah dan input dibeli
daripada pemborong makanan haiwan, pengusaha kilang padi dan kutipan di
kedai-kedai runcit di sekitar Kampung ToUban, Bandar Pasir Mas dan Rantau
Panjang.

6.2 Urusan pembelian dan kutipan bahan mentah dilakukan sendiri oleh pemohon
dengan bantuan ahli keluarga bagi mengehadkan kos penyediaan makanan
ikan.

6.3 Bahan mentah seperti dedak padi dan kepala bilis seringkali terputus bekalan
disebabkan permintaan tinggi dikalangan pengusaha sangkar ikan, disebabkan
itu, pallet terpaksa dibeli dan sentiasa berada dalam stok bagi mengelakkan
terputus bekalan makanan untuk ikan.

6.4 Namun begitu, makanan ikan yang dibuat sendiri adalah yang terbaik dari segi
protein bagi membantu pembesaran ikan yang optima.

7.0 RANCANGAN KEWANGAN

7.1 Kos Pelaksanaan

7
Harga /Unit Jumlah
Bil Perkara Unit
(RM) (RM)

1 HWH-15 Horizontal Dough Mixer 1 1,900.00 1,900.00


Golden Bull

2 TC42 415V Meat Chopper / Mincer 1 4,620.00 4,620.00


Fresh
3 Milux Gas Stove High Pressure C40 2 120.00 240.00

4 Fish Tank 2240L 2 1,600.00 3,200.00

5 Oxygen Tank 4L Fish Transport 2 350.00 700.00

6 Ovaprim (Pembenihan Ikan) 2 120.00 240.00

7 Kayu Papan Lantai 1 x 8 x 20 50 80.00 / sq 4,000.00

JUMLAH 14,920.00

Jadual 1 : Mesin dan peralatan yang diperlukan bagi projek AET

Lampiran 1: Gambar peralatan dan bahan yang diperlukan

Lampiran 2: Sebut harga peralatan yang diperlukan

8.0 PROSPEK PROJEK

Berdasarkan kepada pengalaman pemohon, projek ini adalah berdaya maju dan
mampu mencapai keuntungan maksima jika dijalankan dengan teratur dan
berterusan. Ianya juga memberikan tambahan pendapatan keluarga pemohon
sebanyak RM 2,500.00 sebulan.

9.0 KEPUTUSAN YANG DIKEHENDAKI

8
Adalah diharapkan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Melulus Permohonan Aktiviti
Ekonomi Tambahan (AET) meluluskan permohonan bantuan Program Aktiviti Ekonomi
Tambahan (AET) sebanyak RM 14,920.00 untuk Projek Penternakan Ikan Air Tawar
Sangkar di Sungai ToUban, 17050 Pasir Mas, Kelantan.

LAMPIRAN 1: PERALATAN YANG DIPERLUKAN

9
Fish Dough / Meat Mixer Ovaprim

Fish Mincer Tangki Oksigen

10
Dapur Memasak Tekanan Tinggi

Kayu Papan 1 x 8 x 20

Tangki Ikan

Lampiran 2 : Sebut Harga Peralatan Yang Diperlukan


11
12
13
14
Lampiran 3: Peralatan dan Bahan Sedia Ada (Lokasi Projek)

Lokasi Projek Penternakan Ikan Air Tawar


Dalam Sangkar di tebing Sg. ToUban
yang dihubungkan oleh jalan raya.

Pondok kecil yang dibina oleh pemohon


sebagai tempat penyimpanan mesin
pengguli makanan ikan dan tempat
merebus makanan ikan.

Pemandangan kiri sangkar ikan.

Pemandangan sisi kanan sangkar ikan.

15
Pemandangan laluan masuk ke sangkar
ikan. Sebahagian sangkar di hadapan
sangkar ialah sangkar yang masih belum
digunakan kerana kekurangan biayaan.

Pekerja mengendalikan mesin penggaul


ikan bagi menyediakan makanan ikan
menggunakan campuran bahan spt dedak
padi, sisa makanan (sisa ayam/ikan) dan
hampas kelapa.

Sisa makanan spt perut ayam atau ikan


busuk akan direbus terlebih dahulu
sebelum digaul untuk dijadikan makanan
ikan. Tong gas perlu digunakan pada
musim hujan dan apabila terputus bekalan
kayu api.

16
Pekerja memberi makan ikan. Ikan akan
diberi makan 2 kali sehari pada waktu
pagi dan petang.

Pemohon memberi makan ikan. Setiap


kali waktu makan 2 orang pekerja akan
membantu memberi makan dan seorang
akan mengadun makanan.

Keadaan kayu titian yang reput


mengundang bahaya untuk pekerja.

17
Sebahagian ikan tilapia yang sedia untuk
dipasarkan.

Induk ikan tilapia yang diasingkan bagi


proses pembenihan.

Anak ikan tilapia yang berjaya melalui


proses pembenihan dan sedia dilepaskan
di dalam sangkar.

Anak ikan keli yang menunggu matang


untuk dilepaskan ke sungai.

18
Tangki yang digunakan untuk pembenihan
ikan keli.

Bekalan oksigen yang mencukupi untuk


memastikan kelangsungan hidup anak
ikan keli yang baru menetas.

19

Anda mungkin juga menyukai