Anda di halaman 1dari 18

BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

1. RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan sebelum


pelaksanaan pengajaran-pembelajaran.
2. RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran harian yang
terdiri daripada:
a. butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid,
tema, dan tajuk;
b. huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras
serta penyataan fokus sampingan dan aras;
c. objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan konkrit
berdasarkan HHP;
d. sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa;
e. pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni (17
nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran
bernilai tambah (KBT);
f. langkah-langkah pengajaran-pembelajaran: penyataan pada
tiga lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi
biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti
biasanya dalam bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya
memuatkan maklumat pengisian kurikulum untuk mengingatkan
guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen berkenaan.
3. Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan,
Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan ,
kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan
perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap.
4. RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan,
kaedah, dan teknik) p-p, konsep 5P dan konsep p-p bestari.
5. RPH hendaklah menjelmakan/menzahirkan hasrat SP, HSP dan
aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan
berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur),
membaca (ADD, MDD, MDK, komsas) dan menulis (berkarya).

Perhatian

Sila teliti empat contoh RPH yang diedarkan. Sila akur format yang
ditetapkan dan murnikan mana-mana butiran mengikut keperluan serta
kesesuaian p-p anda.
CONTOH RPH 1

Tarikh : 19 Januari 2008


Masa : 8.45 9.45 pagi (60 minit)
Tahun : 4 Arif
Bil. Murid : 45 orang
Tema : Keluarga
Tajuk : Cerita Sang Kelembai dan Si Kula

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan dan nada yang sesuai.

Aras 1: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau


dilihat atau dibaca.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan


intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1: Membaca perkataan, frasa dan ayat yang


mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan: 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.

Aras 1: Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat


berdasarkan topik yang diberikan.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. berbual tentang perkara yang dibaca dengan menggunakan


kata, ungkapan, ayat, sebutan dan nada yang sesuai;
2. membaca kuat petikan cerita perkataan, frasa dan ayat
(tunggal dan majmuk) dengan sebutan dan intonasi yang betul;
3. menulis perkataan dan ayat (tunggal dan majmuk) berdasarkan
cerita yang ditonton dan dibaca.

Sistem Bahasa: Tatabahasa ayat tunggal dan ayat majmuk


Sebutan dan intonasi ayat penyata
Kosa kata kesaktian, ayat penyata
Kosa kata kesaktian, bertimbang rasa, mentah, menakjubkan

Pengisian Kurikulum: Ilmu kesusasteraan dan TMK


Nilai kasih sayang

Kemahiran Bernilai Tambah:


KBf membanding beza
KMD membuat ramalan
BCB pengurusan grafik (LPG)
TMK Perisian MS Word

2
Bahan Bantu Mengajar: Petikan teks, slaid cerita/LCD, komputer, borang
pengurusan, dan gambar bersiri

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah membaca cerita-cerita dongeng di


perpustakaan

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Pembelajaran
Pergerakan kreatif ikan dan Set Induksi (3 minit) KP kinestatik
gergasi
(Guru digalakkan 1. Guru memilih beberapa orang Teknik: Tunjuk cara
menunjukkan contoh murid untuk melakukan
dahulu) pergerakan kreatif
2. Murid-murid lain diminta
meneka pergerakan kreatif
yang dilakukan
3. Pergerakan kreatif
dihubungkaitkan dengan tajuk
pelajaran hari ini.

Slaid Cerita Sang Langkah 1 (8 minit) BBM: Slaid cerita,


Kelembai dan Si Kula LCD
(rujuk Lampiran A) 1. Murid menonton slaid cerita
Sang Kelembai dan Si Kula Mencapai objektif.
2. Murid menjawab soalan guru
berdasarkan cerita yang
ditonton.

Teks Sang Kelembai dan Langkah 2 (20 minit) BBM: Petikan teks
Si Kula (rujuk Lampiran B) cerita
1. Beberapa orang murid dipilih
untuk membaca teks dengan KBf: Membanding
kuat. beza
2. Secara berpasangan, murid-
murid diminta berbual-bual BCB: Pengurusan
tentang bahan yang dibaca. Grafik
3. Beberapa orang murid diminta
menceritakan semula bahan Mencapai objektif.
yang dibaca.
4. Murid melengkapkan borang
pengurusan grafik banding beza
tentang watak dan perwatakan
yang berkaitan dengan bahan di
atas.
5. Guru membimbing murid yang
lemah.
6. Guru mempamerkan hasil kerja
murid melalui LCD dan
membincangkannya.

3
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Contoh Ayat Tunggal Langkah 3 (15 minit) BBM: LCD, komputer

1. Sang Kelembai tinggal 1. Murid melihat gambar bersiri TMK penggunaan


di dalam hutan. melalui paparan LCD. komputer
2. Si Kula tinggal di 2. Murid diminta membina
dalam hutan. sekurang-kurangnya dua ayat Mencapai objektif ....
tunggal bagi setiap gambar
dengan menaip di komputer.
3. Murid diminta menggabungkan
Contoh Ayat Majmuk kedua-dua ayat tunggal yang
dibina untuk menjadi dua ayat
Sang Kelembai dan Si Kula majmuk.
tinggal di dalam hutan. 4. Guru memaparkan jawapan
beberapa orang murid dan
perbincangan secara kelas turut
dilaksanakan.

Soalan Guru Langkah 4 (10 minit) Nilai: kasih sayang

1. Pada pandangan anda, 1. Secara berkumpulan, murid- KMD: Ramalan


adakah kasih sayang murid diminta meneliti dan
yang ditunjukkan oleh memberi pandangan tentang
Sang Kelembai terhadap kasih sayang Sang Kelembai
anaknya itu baik? terhadap Si Kula.
2. Apakah yang akan 2. Murid-murid dimintga membuat
terjadi jika secara tiba- ramalan sekiranya tiada lagi
tiba ikan tiada lagi di Ikan di dunia ini menggunakan
dunia? alat roda masa depan.

Nilai/Pengajaran Penutup (10 minit) Penutup kognitif

Bertindak tanpa berfikir Guru meminta murid menyatakan


akan merugikan diri sendiri. pengajaran yang boleh dijadikan
panduan hidup mereka berdasarkan
pelajaran hari ini.

Kerja susulan:

Refleksi:

4
CONTOH RPH 2:

Tarikh : 6 Mac 2008


Masa : 8.45 9.45 pagi (60 minit)
Tahun : 4 Amanah
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tema : Kebersihan
Tajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada
teks.

Aras 2 (i) Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan
daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan:
11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah
karya.

Aras 2 (i) Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik dalam

bahan yang ditonton atau dibaca.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. menyenaraikan tiga isi penting dan tiga isi sampingan yang terdapat
dalam petikan yang bertajuk Amalan Kebersihan Diri;
2. menyatakan tiga cara menjaga kesihatan diri dengan menggunakan
ayat yang gramatis;
3. menyatakan pendapat tentang akibat tidak menjaga kesihatan diri.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Morfologi: Kata berimbuhan

Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Moral / Agama / PJK
Nilai - Menjaga kebersihan
- Berdisiplin

Kemahiran Bernilai Tambah:


- Pembelajaran Konstruktivisme
- Kecerdasan Pelbagai
- Belajar Cara Belajar
- Kemahiran Berfikir

Sumber P&P: Petikan rencana, alat perakam, borang pengurusan grafik (PG)

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah berbincang tentang cara menjaga


kebersihan diri.

5
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
Pembelajaran
Rakaman bunyi orang Set Induksi (3 minit) SPP:
sedang mandi, diikuti dua Alat perakam
soalan: i. Murid diperdengarkan rakaman
bunyi KBT :
i. Berdasarkan bunyi yang orang mandi di bilik air. Pembelajaran
anda dengar, apakah Konstruktivisme
yang dapat anda ii. Murid berfikir dan menjawab dua
gambarkan? soalan guru.
ii. Apakah perasaan
anda apabila mendengar
bunyi tersebut?

Petikan Langkah 1 (15 minit) BCB :


Amalan Kebersihan Diri Kemahiran
(Rujuk Lampiran A) i. Murid dibahagikan kepada empat membaca secara
kumpulan. akaliah
Soalan:
1. Mengapakah kita menjaga ii. Murid diedarkan petikan.

kebersihan diri? iii. Murid membaca petikan secara


2. Bagaimanakah cara akaliah selama lima minit.
menjaga
kebersihan diri? iv. Berdasarkan soalan yang Kemahiran
3. Nyatakan amalan diajukan, Berfikir:
kebersihan murid mencari tiga isi penting. - Menganalisis
diri yang biasa - Membuat
dilakukan. v. Setiap kumpulan diminta keputusan
menyenaraikan isi penting dan isi - Borang PG
sampingan dalam borang
PG.

Langkah 2 (15 minit) Kemahiran


Berfikir
Tiga fakta tentang cara i. Murid menyatakan tiga cara - Membuat
menjaga kebersihan diri menjaga keputusan
mengikut amalan tradisional kebersihan diri, berdasarkan teks - Memberi
dan amalan moden. dan pendapat sendiri. pendapat

ii. Murid secara berkumpulan diminta

membandingkan cara menjaga


kebersihan diri (cara tradisional
dan cara moden).

iii. Ketua kumpulan melaporkan hasil


perbincangan.

6
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
Pembelajaran
Langkah 3 (10 minit) Borang PG - Akibat
tidak menjaga
Pendapat tentang akibat i. Setiap kumpulan diberikan borang kebersihan diri
tidak menjaga kebersihan PG akibat tidak menjaga
diri. kebersihan diri. Kecerdasan
Pelbagai:
ii. Murid mengemukakan idea hasil Interpersonal
daripada perbincangan kumpulan
tentang maklumat daripada borang KBT:
PG. Pembelajaran
Konstruktivisme
iii. Setiap ketua kumpulana diminta
mempamerkan hasil perbincangan
dan membacakannya.

iv. Guru memberikan komen terhadap


hasil pembentangan murid.

Langkah 4 (10 minit)


PG
Kata Berimbuhan i. Murid menyenaraikan kata Permainan Bahasa
berimbuhan daripada teks.
- awalan KBT:
- akhiran ii. Murid mengklasifikasikan kata Kecerdasan Pelbagai
- apitan berimbuhan mengikut jenis awalan, - Kinestetik
- Visual Ruang
Permainan Bahasa akhiran, dan apitan. - Interpersonal
(Rujuk Lampiran B)
iii. Murid melaksanakan aktiviti
permainan
bahasa cepu emas. (kata-kata
berimbuhan dipadankan mengikut
jenis dalam borang PG di papan tulis

5 minit)

Penutup (5 minit) KBT:


Lagu: Kecerdasan
Bangun pagi i. Murid menyanyikan lagu Pelbagai
gosok gigi, Bangun Pagi beramai-ramai. - Kinestetik
bersih diri selalu, - Muzik
cuci muka, pakai baju, ii. Guru membuat rumusan
nampak kemas selalu. dan menyerapkan nilai Nilai Murni:
(2X) murni yang berkaitan. Kebersihan sebahagian
daripada iman

7
Lampiran A

PETIKAN

Amalan Kebersihan Diri

Kebersihan diri amat penting dijaga. Kebersihan diri membantu kita untuk
menjadikan kita sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih. Jika kita
sentiasa menjaga kebersihan, diri kita akan terhindar daripada sebarang penyakit.
Oleh sebab itu, kita mesti menjaga kebersihan diri. Tubuh badan yang sihat
menjadikan minda, rohani, dan jasmani kita cemerlang.

Kita boleh menjaga kebersihan diri dengan mandi tiga kali sehari. Sewaktu
mandi, kita hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran dan
menjadikan badan kita berbau wangi.

Selepas makan kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa


makanan. Dengan cara tersebut, gigi kita tidak akan menjadi cantik dan tidak rosak.
Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan bertambah manis.

Amalam kebersihan diri termasuklah memotong kuku. Amalan ini bertujuan


untuk menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kuku. Kuku yang kotor akan
mengakibatkan jangkitan kuman. Potonglah kuku kita sekurang-kurangnya sekali
seminggu, sebaik-baiknya pada hari Jumaat.

Rambut ialah mahkota diri seseorang. Oleh yang demikian, rambut perlu
dibersihkan dan disikat rapi supaya nampak kemas. Rambut yang panjang dan tidak
terurus haruslah dipotong. Jika perlu gunalah pencuci rambut untuk mencuci rambut
agar rambut kita kelihatan lembut dan cantik.

Apabila kita menjaga kebersihan diri, kita mudah mendapat kawan. Oleh itu,
kebersihan diri patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

(Dipetik dan diubahsuai daripada .........................................................)

8
Lampiran B

Senaraikan 10 kata berimbuhan berdasarkan teks. Kemudian, berikan kata dasar


bagi setiap kata berimbuhan tersebut:

Bil. Kata Berimbuhan Bil. Kata Dasar

1. kebersihan 1. Bersih

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

6. 6.

7. 7.

8. 8.

9. 9.

10. 10.

CONTOH RPH 3:

9
Tarikh : 19 Jun 2008
Masa : 7.45 pagi 8.45 pagi
Tahun : 4 Cemerlang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kesihatan
Tajuk : Amalan Kebersihan Diri

Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama
6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2
i. Membaca dan mengecam isi penting dan isi sampingan daripada
pelbagai bahan bacaan.

Fokus Sampingan
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2
ii. Menyatakan isi-isi penting berdasarkan bahan yang dibaca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a. membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul;


b. mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isi penting yang terdapat dalam
petikan;
c. memberi pendapat tentang petikan yang dibaca;
d. menyenaraikan 10 kata berimbuhan dan kata dasar daripada teks.

Sistem Bahasa :
~ Tatabahasa : Kata Berimbuhan

Pengisian Kurikulum
~ Ilmu : Kesihatan
~ Nilai : Menjaga kesihatan, prihatin
~ Kemahiran Bernilai Tambah :
- Kemahiran Berfikir
- Belajar Cara Belajar
Pembelajaran kumpulan
- Pembelajaran Kontekstual
- Kecerdasan Pelbagai
Verbal Linguistik
Kinestetik
Muzik

10
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Alat-alat Kebersihan Set Induksi (5 minit) BBM :
Diri ~ berus gigi
i. Murid memerhatikan alat-alat. ~ ubat gigi
ii. Murid menceritakan tentang alat-alat ~ sikat
untuk menjaga kebersihan diri. Pembelajaran
Kontekstual

Petikan Langkah 1 (15 minit) BBM


- Amalan Kebersihan (Petikan )
Diri i. Murid membaca secara senyap.
(Rujuk Lampiran) ii. Murid membaca kuat dengan intonasi BCB
dan sebutan yang betul. - imbasan /
iii. Guru membahagikan murid kepada scanning
beberapa kumpulan. Kemahiran Berfikir
- mencari
maklumat

Isi-isi Penting Langkah 2 (15 minit) KB


Contoh : - Menjana idea
1. Badan kita hendaklah i. Murid membentangkan isi-isi penting
sentiasa bersih. yang dicetak mengikut kumpulan. Kecerdasan Pelbagai
2. Badan yang bersih ii. Murid membaca dan menulis isi-isi - Verbal
terhindar daripada penting yang diperoleh di papan Linguistik
penyakit. tulis. - Kinestetik
3. Tubuh badan sihat
menjadikan murid
cemerlang minda,
rohani dan jasmani.

Pendapat Langkah 3 (15 minit) Kemahiran Berfikir:


Soalan Pemahaman - memberi
- Apakah yang akan berlaku i. Murid memberi pendapat tentang pendapat
cara- - menjana idea
jika kita tidak menjaga cara menjaga kebersihan diri.
kebersihan diri? ii. Murid menjawab soalan yang Kecerdasan Pelbagai:
- Apakah jenis makanan dikemukakan oleh guru secara lisan. - Verbal -
yang Linguistik
sesuai dimakan?
- Apakah makanan yang
perlu
kita jauhi?

11
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran
Kata Berimbuhan dan Langkah 4 (15 minit) BBM :
Kata Dasar Lampiran 1
~ kebersihan i. Murid diminta mencari dan
~ menjaga menggariskan 10 perkataan KB :
~ terhindar berimbuhan yang terdapat dalam - menjana idea
~ penyakit petikan. - menyenarai
ii. Murid mencatat perkataan-
perkataan berimbuhan serta kata
dasarnya.
iii. Murid membacakan perkataan-
perkataan tersebut berdasarkan
lembaran kerja.

Nyanyian : Penutup (5 minit) Kecerdasan Pelbagai


- Kinestetik
Bangun pagi Murid menyanyi lagu Bangun Pagi - Muzik
Gosok gigi secara berkumpulan.
Cuci muka
Mandi pagi

Pakai baju
Minum kopi
Makan roti
Saya suka hati

12
CONTOH RPH 4:

Tarikh : 20 Jun 2008


Masa : 60 minit
Tahun : 4 Merah
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kokurikulum
Tajuk : Lawatan

Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu tajuk.

Aras1
i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2
i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan kepada intonasi berdasarkan tanda baca.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

a. membina dua ayat tunggal dan dua ayat majmuk dengan betul;
b. membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul;
c. memberi makna lima perkataan sukar dengan betul.

Sistem Bahasa : Sintaksis: Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk


Sinonim

Pengisian Kurikulum: Ilmu : Kokurikulum


Nilai : Patriotisme
Kemahiran Bernilai Tambah
Kajian Masa Depan
Pembelajaran Kontekstual
Belajar Cara Belajar
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai

13
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
dan Pembelajaran
Gambar Pemandangan Seti Induksi (5 minit) BBM :
Kuala Lumpur - Cantuman gambar
1. Murid mencantumkan gambar di papan KBT :
- Kajian Masa Depan
tulis. - Kecerdasan Pelbagai :
2. Murid bersoal jawab tentang gambar Visual- ruang
tersebut.

Petikan : Langkah 1 (10 minit) BBM


Lawatan ke Kuala - Lampiran A
Lumpur 1. Murid membaca teks yang - Kad perkataan
(Rujuk Lampiran A) diberi dengan kuat dalam kelas
kumpulan dan individu. KBT
2. Murid mencari makna sekurang- - Pembelajaran
kurangnya lima perkataan sukar Kontekstual
dalam kumpulan. (mengalami)
3. Murid menulis makna perkataan - Belajar Cara Belajar
sukar di papan tulis. (kemahiran membaca)

Ayat Tunggal dan Langkah 2 (25 minit) KBT


Ayat Majmuk ~ Kemahiran Berfikir
1. Murid mendapat penerangan tentang
(Contoh disediakan oleh ayat tunggal dan ayat majmuk. ~ Belajar Cara Belajar
guru) 2. Setiap kumpulan menyalin ayat - pembelajaran
tunggal dan ayat majmuk daripada secara kumpulan
petikan. - kemahiran menulis
3. Wakil kumpulan membentangkan Pembelajaran Kontekstual
hasil perbincangan. - bekerjasama

Langkah 3 (15 minit)


Ayat Tunggal dan Belajar Cara Belajar
Ayat Majmuk 1. Murid membina dan menulis - kemahiran menulis
tiga ayat tunggal dan tiga ayat
majmuk berdasarkan gambar
di dalam buku latihan.

Penutup (5 minit)
Lagu Kuala Lumpur Kecerdasan Pelbagai
(Rujuk lirik di Lampiran B) Murid menyanyikan lagu. - muzik

BBM
- Pita Rakaman
(Lampiran B )

14
Lampiran A

10, Taman Saga,


28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.

3 Oktober 2007

Menemui sahabatku, Yong Teck Chong yang berada di Triang, Pahang dengan
selamatnya.
Saudara,
Apa khabar saudara sekarang? Saya di sini sihat. Pada minggu hadapan, sesi
persekolahan akan bermula. Ke manakah saudara bercuti pada masa cuti baru-baru
ini ? Saya telah melawat ke Kuala Lumpur. Saya pergi bersama-sama keluarga.
Untuk pengetahuan saudara, saya telah berpeluang melawat Putrajaya. Saya
sungguh tertarik dan kagum dengan kecanggihan pusat pentadbiran negara. Selepas
itu, kami pula ke KLCC. Di sana, saya dapat bermain di taman permainan sambil
melawat Petrosains. Sebelum pulang, saya sempat makan dan membeli-belah di Suria
KLCC.
Sampai di sini sahaja buat kali ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada
saya untuk saudara dan keluarga.

Yang benar,

Yvonne

15
Lampiran B

KUALA LUMPUR

Sungguh indah pandangan panorama


Kuala Lumpur .. Kuala Lumpur
Kota indah permai yang aku cinta
Melambangkan negara maju jaya.

Hidup aman damai yang aku pinta


Adat resam dan kebudayaannya.

Tempat tumpuan segala perniagaan


Dari kecil hingga yang terbesar
Nadi dan pusat pembangunan negara
Namamu harum di muka dunia.

Contoh Hasil Perbincangan Murid :

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

1. Saya sihat di sini. 1. Saya sungguh tertarik dan kagum akan


Kecanggihan pusat pentadbiran
negara.

2. Pada minggu hadapan, sesi 2. Di sana, saya dapat bermain di taman


persekolahan akan bermula. permainan sambil melawat Petrosains.

3. Saya pergi bersama-sama keluarga. 3. Saya sempat makan dan membeli-


belah di Suria KLCC.

16
Senarai Kemahiran Berfikir

Bil. Kemahiran Bedrfikir Bil. Kemahiran Berfikir


1. Mencirikan 12. Membuat inferens
2. Membanding dan membeza 13. Mengitlak
3. Mengumpul 14. Meramal
4. Membuat urutan 15. Membuat gambaran mental
5. Menyusun mengikut keutamaan 16. Mensintesis
6. Menganalisis 17. Membuat hipotesis
7. Mengesan kecondongan 18. Menganalogikan
8. Menilai 19. Mereka cipta
9. Membuat kesimpulan 20. Mengkonsepsikan
10. Menjana idea 21. Menyelesaikan masalah
11. Menghubungkaitkan 22. Membuat keputusan

Senarai Nilai Moral

Bil. Nilai Moral Bil. Nilai Moral


1. Kepercayaan kepada Tuhan 12. Hormat dan taat kepada anggota
keluarga
2. Kebersihan fizikal dan mental 13. Tanggungjawab terhadap keluarga
3. Harga diri 14. Tanggungjawab terhadap masyarakat
4. Kerajinan 15. Toleransi dalam masyarakat
5. Hemah tinggi 16. Peka terhadap isu sosial
6. Kasih sayang 17. Kebersihan dan keindahan persekitaran
7. Kesederhanaan 18. Menyayangi alam sekitar
8. Kejujuran 19. Peka terhadap alam sekitar
9. Baik hati 20. Hormat dan setia kepada pemimpin, Raja
dan Negara
10. Berterima kasih 21. Semangat bermasyarakat
11. Kasih sayang terhadap 22. Patuh kepada peraturan dan undang-
keluarga undang

* Senarai nilai murni KBSR/KBSM yang berjumlah 17 hendaklah digabungjalinkan


dengan nilai-nilai moral di atas.

Prinsip-prinsip KBSR

1. Kemahiran asas
2. Kemahiran berfikir
3. Bahasa merentas kurikulum
4. Alam sekitar merentas kurikulum
5. Nilai, patriotisme dan kewarganegaraan merentas kurikulum

17
6. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
7. Penilaian berterusan
8. Pengukuhan, pengayaan dan pemulihan
9. Prinsip mudah ubah (lentur/luwes)
10. Sains dan teknologi merentas kurikulum

18

Anda mungkin juga menyukai