Anda di halaman 1dari 51

PANDUAN PENGGUNA

RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

(e-RPI)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


2017

0
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat


Isi Kandungan i

1. PENGENALAN 4

2. BIDANG TUGAS / PERANAN 4


2.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 4
2.2 Jabatan Pendidikan Negeri 5
2.3 Pejabat Pendidikan Daerah 5
2.4 Pengetua / Guru Besar 5
2.5 Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Sekolah Pendidikan Khas)/Guru 5
Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras Pendidikan Khas
(Program Pendidikan Khas Integrasi)
2.6 Guru Kelas 6
2.7 Guru Mata Pelajaran 6

3. TATACARA PELAKSANAAN e-RPI 7

4. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN e-RPI MENGIKUT PERANAN 9


4.1 GPK/GPK PENDIDIKAN KHAS/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS 9
4.1.1 Langkah 1: Log Masuk 9
4.1.2 Langkah 2: Mengemaskini Senarai dan Maklumat Murid: 12
i. Kemas kini senarai nama murid 12
ii. Hapus nama murid yang telah berhenti sekolah 16
iii. Pindah murid yang telah bertukar sekolah 16
iv. Menerima murid masuk dari sekolah lain 18
v. Batal pindah murid yang belum diterima oleh sekolah 19
baharu
4.1.3 Langkah 3: Mengemaskini Senarai Staf 20
i. Kemas kini senarai staf 20
ii. Akses sistem e-RPI kepada staf 23

4.1.4 Langkah 4: Mengemaskini Maklumat Guru Kelas 26

i
4.1.5 Langkah 9: Melaksanakan dan menjadi urus setia 27
Persidangan RPI
4.1.6 Langkah 20: Melaksanakan Semakan RPI Berdasarkan Garis 29
Masa
4.2 GURU KELAS 29
4.2.1 Langkah 1: Log Masuk 29
4.2.2 Langkah 5 : Melengkapkan Laporan Perubatan dan Individu 30
Terlibat
4.2.3 Langkah 6: Melengkapkan PPI-2, PPI-5 Hingga PPI-9 30
i. PPI-2 Pembelajaran 30
ii. PPI-5 Program Transisi 31
iii. PPI-6 Khidmat Sokongan 31
iv. PPI-7 Aksesibiliti 32
v. PPI-8 Pentaksiran 32
vi. PPI-9 Faktor Am 32
4.2.4 Langkah 11: Melengkapkan PPI-1 33
4.2.5 Langkah 12: Menambah Baik PPI 33
4.2.6 Langkah 14: Mendapatkan Perakuan Persetujuan Ibu Bapa 33
4.2.7 Langkah 15: Melengkapkan Garis Masa, PPI-10, PPI-11 33
4.3 GURU MATA PELAJARAN 34
4.3.1 Langkah 1: Log Masuk 34
4.3.2 Langkah 10: Menyediakan Draf PPI - 3 dan PPI- 4 35
i. Pengisian Matlamat Tahunan 37
ii. Pengisian Objektif 39
iii. Pengisian Status Pencapaian 40
4.3.3 Langkah 12: Menambah Baik PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9 (jika 40
perlu)
4.3.4 Langkah 17: Merancang dan melaksanakan pembelajaran 40
dan pemudahcara (PDPC) dengan menyediakan RPH dan
RPT (Pematuhan pada SPI Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran) serta mengambil kira
isu/keperluan MBK dalam RPI.
4.3.5 Langkah 18: Menyelaras status pencapaian MBK dalam e- 40
RPI dari semasa ke semasa

ii
4.4 PENGETUA / GURU BESAR 41
4.4.1 Langkah 1: Log Masuk 41
4.4.2 Langkah 16: Pengesahan Pengetua atau Guru Besar 41
5. MAKLUMAT AM 42
5.1 Menu Sekolah 42
5.2 Pemantauan Penyediaan dan Pelaksanaan RPI 42
5.3 Persidangan untuk Isu seterusnya 43
6. PENUTUP 43
7. Lampiran 1 Carta Organisasi Panel Permuafakatan RPI 44
8. Lampiran 2 Contoh RPT dan RPH (murid yang mengikuti kurikulum aliran 45
perdana)
9. Lampiran 3- Contoh RPT dan RPH (murid yang mengikuti kurikulum 47
pendidikan khas)

iii
1. PENGENALAN

Sistem Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian (e-RPI) yang boleh diakses
melalui https://ppirpi.moe.gov.my/index.php merupakan satu sistem bagi perancangan dan
pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid berkeperluan khas.
Pelaksanaan e-RPI memerlukan kerjasama setiap warga pendidikan dari peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia hingga ke peringkat sekolah dan ibu bapa. Semua pihak
perlu memainkan peranan masing-masing mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan bagi
melancarkan lagi pelaksanaan e-RPI di peringkat sekolah khususnya, dan di peringkat negara
amnya.

Panduan Pengguna Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian (e-RPI) ini
dihasilkan bagi membantu warga pendidik bagi murid berkeperluan khas dalam aspek
perancangan dan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu. Panduan ini mesti dibaca
bersama-sama Garis Panduan Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam
Talian (e-RPI).

2. BIDANG TUGAS / PERANAN

Berikut merupakan bidang tugas/peranan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan


Daerah, Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan/Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas/Penyelaras Pendidikan Khas, Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran.

2.1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

i. Memastikan pematuhan terhadap Surat Pemberitahuan berkaitan Pelaksanaan


Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian bagii semua sekolah yang
mempunyai Program Pendidikan Khas di peringkat JPN.
ii. Memantau pelaksanaan RPI di peringkat KPM.
iii. Bertindak selaku meja bantuan (help desk) e-RPI.

4
2.2. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

i. Memastikan pematuhan terhadap Surat Pemberitahuan berkaitan Pelaksanaan


Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian bagi semua sekolah yang
mempunyai Program Pendidikan Khas.
ii. Memantau pelaksanaan RPI di peringkat JPN.
iii. Bertindak selaku meja bantuan (help desk) e-RPI.

2.3. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

i. Membantu Jabatan Pendidikan Negeri dalam pematuhan terhadap Surat


Pemberitahuan berkaitan Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Secara
Dalam Talian bagi semua sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas di
peringkat daerah.
ii. Membantu memantau pelaksanaan RPI di peringkat daerah.
iii. Membantu melaksanakan skop kerja meja bantuan (help desk) e-RPI bagi
sekolah-sekolah di peringkat daerah.

2.4. PENGETUA / GURU BESAR

i. Memastikan pematuhan Surat Pemberitahuan berkaitan Pelaksanaan Rancangan


Pendidikan Individu Secara Dalam Talian di peringkat sekolah.
ii. Membimbing guru dalam perancangan dan pelaksanaan RPI.
iii. Membuat pengesahan bagi RPI yang telah disediakan.
iv. Memantau pelaksanaan RPI peringkat sekolah.

2.5. GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (SEKOLAH PENDIDIKAN


KHAS)/GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS ATAU PENYELARAS
PENDIDIKAN KHAS (PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI)

i. Menubuhkan kumpulan permuafakatan RPI (Sila rujuk lampiran: Carta Organisasi


Kumpulan Permuafakatan RPI)
ii. Bertindak sebagai urus setia untuk mengadakan Persidangan RPI bersama
kumpulan permuafakatan e-RPI.
iii. Bertindak selaku Penyelaras RPI sekolah.

5
iv. Boleh mengakses dan mengemaskini fungsi PPI-1 hingga PPI-10.
v. Menyelaras dan menyalurkan aduan berkaitan sistem e-RPI kepada PPD.
vi. Melengkapkan maklumat murid, staf, dan guru kelas dalam sistem e-RPI setiap
tahun.
vii. Memastikan guru merancang dan melaksanakan RPI.
viii. Membimbing guru dalam merancang dan melaksanakan RPI.
ix. Mengurus perancangan dan pelaksanaan perjumpaan SIDANG.
x. Memastikan PPI disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
xi. Memastikan ibu bapa mengisi dan menandatangani Borang Perakuan
Persetujuan Ibu Bapa.

2.6. GURU KELAS

i. Boleh mengakses dan mengemaskini PPI-1 hingga PPI-10


ii. Melengkapkan PPI-1, PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9 sebelum perjumpaan sidang.
iii. Mengemaskini dan memastikan maklumat ibu bapa khususnya nombor kad
pengenalan dalam sistem APDM online adalah tepat bagi membolehkan ibu bapa
memantau dan mengikuti perkembangan semasa RPI.
iv. Memastikan ibu bapa menandatangani Borang Perakuan Persetujuan Ibu Bapa.
v. Menambah baik draf PPI-1, PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9 berdasarkan hasil
perjumpaan sidang.

2.7. GURU MATA PELAJARAN

i. Boleh mengakses dan mengemaskini PPI-3 hingga PPI-4 selepas persidangan RPI
diadakan.
ii. Bersidang dan berbincang dengan kumpulan permuafakatan RPI bagi
mengenalpasti isu/halangan utama yang perlu diatasi bersama MBK.
iii. Menyediakan PPI-3 dan PPI-4 berdasarkan isu utama yang telah diputuskan dalam
persidangan RPI.
iv. Merancang intervensi mengikut keperluan mata pelajaran masing masing dengan
menjurus kepada kekangan utama yang dihadapi oleh murid
v. Menyenaraikan intervensi yang diperlukan dengan menjurus kepada isu/halangan
utama MBK
vi. Menambah baik draf PPI-3 dan PPI-4 berdasarkan hasil perjumpaan sidang.

6
vii. Merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) dengan
menyediakan RPH dan RPT (pematuhan pada surat pekeliling ikhitisas Bil.3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran) serta mengambil kira
isu/halangan utama MBK dalam RPI. (Sila Rujuk Lampiran 2)
viii. Mengadakan persidangan untuk menyelesaikan isu seterusnya sekiranya
Isu/Halangan utama telah berjaya diatasi dengan mengulangi langkah i hingga
langkah vi.

3. TATACARA PELAKSANAAN e-RPI


Dalam merancang dan melaksanakan e-RPI, terdapat proses kerja yang perlu diambil oleh
setiap pengguna di peringkat sekolah. Jadual 1 memaparkan proses kerja tersebut, yang
disusun mengikut langkah-langkah serta pihak yang perlu memainkan peranan tersebut.

7
Jadual 1: Proses kerja pelaksanaan e-RPI

Langkah Proses Kerja Peranan


Log Masuk di https://ppirpi.moe.gov.my/index.php
1 Setiap pengguna

2 Mengemaskini senarai dan maklumat murid


GPK 1/ GPK PK/
3 Mengemaskini senarai STAF
Penyelaras PK
4 Mengemaskini maklumat GURU KELAS
Melengkapkan LAPORAN PERUBATAN, INDIVIDU
5
TERLIBAT Guru Kelas
6 Melengkapkan draf PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9
Mengemaskini maklumat ibu bapa khususnya nombor
7 kad pengenalan bagi membolehkan ibu bapa memantau Guru Kelas
dan mengikuti perkembangan semasa RPI.
Pengetua/Guru
Besar,
GPK1/GPKPK/
Penyelaras PK,
Menubuhkan Kumpulan Permuafakatan RPI. (Sila rujuk
Guru Kelas, Guru
8 Lampiran 1: Carta Organisasi Kumpulan Permuafakatan
Mata Pelajaran,
e-RPI)
Ibu Bapa dan
Kumpulan
Pelbagai Disiplin
(sekiranya ada)
GPK 1/ GPK PK/
9 Melaksanakan dan menjadi urus setia Persidangan RPI
Penyelaras PK
Menyediakan PPI-3 dan PPI-4 berdasarkan isu utama Guru Mata
10
yang telah diputuskan dalam persidangan RPI. pelajaran
Melengkapkan PPI-1 berdasarkan hasil perjumpaan
11 Guru Kelas
sidang
12 Menambah baik PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9 (jika perlu) Guru Kelas
Guru Mata
13 Menambah baik PPI-3 dan PPI-4 (jika perlu)
pelajaran
14 Mendapatkan perakuan persetujuan daripada ibu bapa. Guru Kelas
Guru Kelas
15 Melengkapkan GARIS MASA, PPI-10, PPI-11
Pengetua/Guru
16 Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar
Besar
Merancang dan melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan (PDPC) dengan menyediakan RPH dan Guru Mata
RPT (Pematuhan pada surat pekeliling ikhtisas pelajaran
17
Bil.3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran) serta mengambil kira isu/ keperluan MBK
dalam RPI

8
Menyelaras status pencapaian MBK dalam e-RPI dari
18 Guru Kelas
semasa ke semasa
Menyimpan laporan pencapaian murid dalam format pdf.
19 Guru Kelas
(Sila rujuk Lampiran 2)
GPK 1/ GPK PK/
20 Melaksanakan semakan RPI berdasarkan garis masa
Penyelaras PK
Mengadakan persidangan untuk menyelesaikan isu Kumpulan
21 seterusnya sekiranya Isu/Halangan utama telah berjaya Permuafakatan
diatasi dengan mengulangi langkah 9-20. RPI

4. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN e-RPI MENGIKUT PERANAN

Program Pendidikan Khas yang merangkumi semua murid berkeperluan khas di sekolah
memerlukan satu rancangan yang komprehensif meliputi semua keperluan pembelajaran dan
sokongan dalam pembelajaran bagi memudahkan MBK mencapai tahap penguasaan dan
potensi semaksimum mungkin. Untuk merealisasikan hal-hal tersebut setiap guru kelas, guru
yang mengajar, guru penolong kanan/penyelaras pendidikan khas, pengetua/guru besar
bertanggungjawab dalam mengaplikasikan tugasan mereka mengikut peranan yang diberikan.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dipatuhi mengikut peranan sebagaimana yang
ditetapkan dalam tatacara pelaksanaan e-RPI.

4.1. GPK/GPK PENDIDIKAN KHAS/PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS

GPK/GPK PK/Penyelaras perlu melaksanakan langkah 1, 2, 3, 4, 8, 9 dan 20.

4.1.1. LANGKAH 1: LOG MASUK

Pengguna kali pertama dikehendaki menukar kata laluan bagi mengelakkan sebarang
pencerobohan maklumat. Kata laluan boleh juga ditukar pada bila-bila masa diperlukan.
Halaman depan (front page) akan dipaparkan seperti rajah 1 di bawah:

9
Rajah 1 : Halaman depan (Front Page)
i. Log masuk untuk Penyelaras RPI
Log masuk menggunakan kod sekolah(Semua Huruf Besar dan tanpa space)
dan kata laluan: 123 seperti dalam rajah 2.

Rajah 2 : Ruangan untuk log masuk

Selepas log masuk, Halaman utama akan dipaparkan seperti rajah 3.

10
Rajah 3 : Halaman utama Profil

Klik `Fungsi Khasseperti dalam rajah 4.

Klik pada fungsi khas

Rajah 4 : Menu menunjukkan Fungsi Khas


Klik `Tukar kata laluan.

Klik pada tukar laluan

Rajah 5 : Menu menunjukkan Tukar Katalaluan

11
Masukkan kata laluan baru.(Pastikan kata laluan baharu mudah diingati, sekiranya
lupa, anda boleh menghubungi JPN/PPD untuk set semua kata laluan, sila rujuk
carta alir helpdesk e-RPI di https://ppirpi.moe.gov.my/bppdp/ppi/doc/fckeditor/File/BPKHAS-
ERPI/Lampiran%201%20-%20Carta%20Alir.pdf
Sahkan kata laluan.
Klik Simpan.

Klik pada simpan

Rajah 6 : Menu Simpan selepas memasukkan kata laluan baharu


ii. Menyediakan log masuk untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Kelas, Guru Mata
pelajaran, dan Ibu Bapa.

rujuk4.1.3 (ii) : Akses sistem e-RPI.

4.1.2. LANGKAH 2: MENGEMASKINI SENARAI DAN MAKLUMAT MURID:

Senarai nama murid berkeperluan khas yang dipaparkan perlu dikemaskini dari semasa ke
semasa mengikut senarai APDM yang terkini.
i. Kemas kini senarai nama murid
Klik menu PPI Menu drop down PPI akan dipaparkan seperti dalam rajah 7.

1. Klik pada PPI

Rajah 7 : Menu menunjukkan PPI

12
Klik menu Senarai Murid seperti rajah 8, senarai nama murid akan dipaparkan
seperti dalam rajah 9.

2. Klik pada Senarai Murid

Rajah 8 : Klik Senarai Murid

Rajah 9 : Paparan senarai murid

13
Terdapat 2 cara untuk menambah murid dalam senarai murid.

i Sekiranya nama murid tiada dalam senarai APDM, maka ikut langkah-langkah berikut
dengan:
klik Tambah Muridseperti yang ditunjukkan dalam rajah 10 dan rajah 11.

1. Klik Tambah Murid

Rajah 10: Klik Tambah Murid sekiranya data murid baharu tiada dalam senarai APDM
Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan simpan

2. Lengkapkan Maklumat

3. Simpan
Rajah 11: Paparan Tambah Murid bagi murid baharu yang TIDAK mempunyai data dalam
sistem APDM.

14
ii Klik menu Tambah Murid dari APDM dan pilih nama murid berkenaan dari senarai
murid yang dipaparkan seperti Rajah 12, Pilih () pada nama berkenaan dan tutup
seperti Rajah 13. Nama murid baharu akan dipaparkan dalam senarai murid yang telah
dikemaskini seperti Rajah 14.

1. Klik pada Tambah Murid dari APDM

Rajah 12: Klik Tambah Murid dari APDM sekiranya maklumat murid
Baharu telah dikemaskini dalam APDM

3. Klik Tutup

2. Klik () pada nama murid baharu

Rajah 13: Klik () pada nama murid baharu, kemudian klik tutup.

4. Senarai Nama Murid Baharu telah dikemaskini

Rajah 14: Senarai nama murid baharu telah dikemaskini.

15
ii. Hapus nama murid yang telah berhenti sekolah
Klik Hapus di baris nama murid dan klik OK seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 15.

1. Klik hapus pada nama murid berkenaan

2. Klik OK untuk menghapuskan maklumat murid


berkenaan

Rajah 15 : Klik OK setelah anda telah memutuskan untuk menghapuskan maklumat


bagi murid berkenaan.

iii. Pindah murid yang telah bertukar sekolah


Klik Fungsi Khasdan pilih Pindah Murid untuk memindahkan nama murid
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 16.

1. Klik Pindah Murid

Rajah 16 : Menu menunjukkan Pindah Murid

16
Borang Pemindahan Murid akan dipaparkan. Isikan maklumat yang dikehendaki
seperti rajah 17.

2. Pilih Nama Murid

3. Lengkapkan maklumat

4. Simpan

Rajah 17 : Paparan Borang Pemindahan Murid


Pilih murid.
Lengkapkan maklumat .
Klik Simpan.
Senarai murid berpindah keluar dari sekolah akan dipaparkan.
Menu Status Murid Pindah akan menunjukkan bilangan murid yang pindah
masuk atau keluar secara automatik seperti yang ditunjukkan dalam rajah 18.

2. Status Murid Pindah

Rajah 18 : Paparan Status Murid Pindah

17
iv. Menerima murid masuk dari sekolah lain
Klik nombor yang tertera pada ruanganMasuk di menu Status Murid Pindah.
Nama murid yang diterima akan disenaraikan dan bilangan murid yang masuk
akan dipaparkan seperti rajah 19.
Klik ikon pensel di ruangan tindakan.

1. Klik pada ruangan tindakan

2. Klik Nombor yang tertera pada ruangan Masuk

Rajah 19 : Paparan yang menunjukkan tatacara penerimaan murid masuk dari sekolah lain.
Klik Terima Pemindahan Murid Ini setelah mendapat surat kelulusan
perpindahan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 20.

1. Lengkapkan catatan penerimaan

2. Klik Terima Pemindahan Murid Ini? sekiranya Ya.

Rajah 20: Terima Pemindahan Murid

18
v. Batal pindah murid yang belum diterima oleh sekolah baharu
Klik nombor yang tertera pada ruangan Keluar di menu Status Murid Pindah
seperti dalam rajah 21.
Klik Batal Pindah.

2. Klik mengemaskini catatan dengan menyatakan


sebab murid berpindah.

1. Klik Nombor yang tertera pada ruangan Keluar

Rajah 21: Status Murid Pindah, masukkan nota dalam catatan.


Selepas memasukkan maklumat yang dikehendaki, simpan seperti dalam rajah 22.

3. Klik Simpan

Rajah 22: Simpan maklumat yang telah dikemaskini sebelum keluar.

19
4.1.3. LANGKAH 3: MENGEMASKINI SENARAI STAF
Senarai staf merujuk kepada semua staf yang terlibat dalam pembelajaran seseorang murid.
Sebahagian daripada sekolah mungkin telah mempunyai senarai staf yang dipaparkan dan
hanya perlu menambah sekiranya terdapat staf yang belum disenaraikan.

i. Kemas kini senarai staf

Klik menu STAF.

1. Klik STAF

Rajah 23 : Paparan menu STAF

Senarai nama Staf akan dipaparkan.


Semak senarai nama staf. Pastikan semua staf di Program Pendidikan Khas
disenaraikan.
Sekiranya nama staf tidak disenaraikan, klik Tambah Staf.
Lengkapkan maklumat staf.
Klik Simpan.
Senarai staf akan dipaparkan seperti dalam rajah 24.

20
2. Klik Tambah Staf

Rajah 24 : Paparan nama staf/guru


Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dalam Maklumat Peribadi seperti dalam
rajah 25.

3. Lengkapan maklumat dalam MAKLUMAT PERIBADI

4. Klik Simpan

Rajah 25: Lengkapkan maklumat peribadi guru baharu dan klik simpan

21
Sekiranya maklumat guru baharu telah dimasukkan dalam sistem EMISonline, maka
klik pada Semak Data Staf dari EMISOnline. Klik () pada nama guru baharu, dan klik
tutup. Nama guru yang telah dipilih () akan dipaparkan secara automatik pada
senarai nama staf seperti rajah 26, rajah 27 dan rajah 28.

1. . Klik semak Data dari EMIS Online

Rajah 26: Klik Semak Data dari EMISOnline sekiranya data guru tersebut telah berada
dalam sistem EMIS.

3. Klik Tutup

2. Klik () pada nama guru yang dikehendaki

Rajah 27: Klik () pada nama guru yang dikehendaki, kemudian klik Tutup

4. Nama guru baharu telah dikemaskni dalam senarai staf

Rajah 28: Nama guru baharu akan dipaparkan secara automatik dalam senarai staf selepas
tetingkap EMISOnline ditutup.

22
ii. Akses sistem e-RPI kepada staf
Klik pada untuk guru baharu seperti rajah 29.

1. Klik untuk membina LOGIN ID bagi guru baharu

Rajah 29 : Paparan Pop up box untuk ID Login dan Kata Laluan

Pop up box akan dipaparkan dengan menunjukkan ID Login dan Kata laluan
dengan menggunakan nombor kad pengenalan staf berkenaan seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 30. KlikOK.

1. Klik OK

Rajah 30: Paparan Pop Up Box dengan LoginID dan Kata Laluan untuk
pengguna baharu.
Staf tersebut boleh log masuk sistem e-RPI menggunakan nombor kad
pengenalan apabila simbol kunci telah bertukar kepada tanda seperti dalam
rajah 31.

Rajah 31 : Paparan yang menunjukkan senarai nama guru untuk dijana Login ID.

23
Role default bagi guru baharu ialah Guru Mata Pelajaran. Untuk menukar role guru
berkenaan, maka klik pada nama guru seperti dalam rajah

Rajah 32 : Paparan menunjukkan Role guru.

Klik pada role staf, pilih peranan yang dikehendaki dan simpan maklumat yang
telah dikemaskini dengan klik simpan seperti rajah 33.

2. Pilih peranan guru

3. Simpan

Rajah 33: Pilih Peranan guru dan Simpan maklumat yang telah dikemaskini.

24
Klik Lantik sekiranya personel tersebut merupakan Pengetua atau Guru Besar.
Paparan tersebut ditunjukkan dalam rajah 34.

Rajah 34 : Paparan untuk lantik personel Pengetua/Guru Besar

Jika Pengetua/Guru Besar bertukar, klik pada Tukar untuk menukar peranan
kepada Pengetua/Guru Besar seperti dalam rajah 35.

Rajah 35 : Paparan menunjukkan butang Tukar untuk menukar peranan Pengetua/Guru Besar

25
4.1.4. LANGKAH 4: MENGEMASKINI MAKLUMAT GURU KELAS
Senarai kelas yang diwujudkan di Program Pendidikan Khas perlu dinyatakan dengan
menetapkan nama kelas, guru kelas serta senarai murid di kelas tersebut.

Klik menu GURU KELAS dan Senarai Kelas dan Muridseperti yang ditunjukkan
dalam rajah 36.

Rajah 36 : Paparan meunjukkan menu Senarai Kelas dan Murid

Klik Tambah kelas.


Pilih kelas seperti dalam rajah 37.

Rajah 37 : Paparan yang menunjukkan pilihan bagi kelas yang terlibat.

Masukkan nama kelas.


Pilih nama guru
Klik Simpan. Peranan guru yang dipilih akan berubah menjadi Guru Kelas di menu
STAF.
Senarai kelas berserta nama guru akan dipaparkan.
Klik Nama Kelas.
Klik Tambah Murid, senarai nama murid dipaparkan seperti dalam rajah 38.

26
Rajah 38 : Paparan menunjukkan maklumat murid dalam kelas tertentu.

Klik Pilih Murid, senarai nama murid bagi kelas dipaparkan.


Klik TAMBAH KELAS untuk menambah lagi kelas berikutnya seperti dalam rajah 39.
Dan ulangi proses Tambah Muriddan Pilih Muriduntuk kelas berkenaan.

Rajah 39 : Paparan untuk menambah kelas seterusnya.

4.1.5. LANGKAH 9: MELAKSANAKAN PERJUMPAAN SIDANG


Perjumpaan sidang perlu melibatkan ibu bapa/penjaga murid.
Dirancang dan dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Khas
Sekolah.
Perjumpaan sidang perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Perjumpaan kali pertama perlu diadakan pada awal bulan Januari tahun semasa.
Penyelaras RPI perlu memastikan guru kelas telah mengemaskini maklumat murid dari
PPI-1, PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9,

27
Pastikan guru membawa dongle/broadband internet, komputer riba atau mana-mana
peralatan pintar yang membolehkan sistem e-RPI diakses bersama ibu bapa dan panel
permuafakatan RPI apabila bersidang.
Atau guru telah memuat turun paparan e-rpi dalam format PDF dan mengemukakan
dokumen tersebut untuk rujukan panel permuafakatan RPI pada ketika persidangan
dijalankan Untuk memuat turun draf PPI, guru boleh klik pada laporan, pilih cetak draf
PPI dari murid yang dikehendaki, klik download, pilih save file, dan klik ok seperti rajah
40.

1. Klik pada Laporan dan pilih draf/pencapaian PPI

2. Klik pada

2. Klik pada

2. Klik OK

Rajah 40: Paparan untuk memuat turun draf PPI dari sistem e-RPI

28
PPI-1 hingga PPI-9 mesti dibincangkan dalam perjumpaan sidang bagi mendapatkan
persetujuan bersama antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga.
PPI-1 hingga PPI-9 perlu ditambah baik (jika perlu) berdasarkan hasil perbincangan
perjumpaan sidang.

4.1.6. LANGKAH 20: MELAKSANAKAN SEMAKAN RPI BERDASARKAN GARIS MASA


Semakan terhadap RPI perlu dijalankan sekurang-kurangnya tiga setahun atau pada bila-bila
masa atas keperluan. Sebarang pindaan terhadap RPI perlu dicatat dalam menu GARIS
MASA PPI & PINDAAN.
Klik PPI.
Pilih Murid.
Klik GARIS MASA PPI & PINDAAN.
Klik Tambahpada menu Pindaan.
Masukkan perkara yang dipinda, butir pindaan dan tarikh pindaan.
Klik Seterusnya.
Klik Tambahuntuk masukkan nama pihak yang terlibat.
Klik Simpan.

4.2. GURU KELAS

Guru kelas perlu melaksanakan langkah 1, 5, 6,7, 8, 10, 11, 12, 14, 15, 18, 19, dan 21. (sila
rujuk proses kerja di muka surat 9)

4.2.1. LANGKAH 1: LOG MASUK


Pastikan penyelaras RPI telah mengaktifkan log masuk guru.
Log masuk dan kata laluan menggunakan nombor kad pengenalan,
Klik Fungsi Khas.
Klik Tukar Kata Laluan.
Masukkan kata laluan baharu.
Sahkan kata laluan.
Klik Simpan.

29
4.2.2. LANGKAH 5: MELENGKAPKAN LAPORAN PERUBATAN DAN INDIVIDU
TERLIBAT
i. Laporan Perubatan merujuk kepada maklumat perubatan murid bagi membantu pihak
sekolah mengenal pasti keperluan intervensi untuk murid. Catatan yang perlu
dimasukkan adalah berdasarkan laporan doktor dan/atau pakar terapi yang terlibat
dengan murid.
Pilih murid.
Klik menu LAPORAN PERUBATAN.
Klik Tambah.
Lengkapkan maklumat berdasarkan laporan oleh Pengamal Perubatan yang
berkaitan.

ii. Individu Terlibat merujuk kepada senarai guru yang terlibat dalam pengajaran dan
intervensi murid.
Pilih murid.
Klik menu INDIVIDU TERLIBAT.
Klik Tambah.
Pilih guru yang terlibat dengan murid.

4.2.3. LANGKAH 6: MELENGKAPKAN DRAF PPI-2, PPI-5 HINGGA PPI-9


i. PPI-2 PEMBELAJARAN
PPI-2 merujuk kepada faktor-faktor khusus yang memberi maklumat berkaitan tingkah
laku, keupayaan dalam Bahasa Melayu dan Matematik, komunikasi, dan keperluan
perkhidmatan.
Pilih murid.
Klik PPI-2.
Klik pada pilihan jawapan sama ada Ya atau Tidak.
Lengkapkan ruangan yang disediakan bagi maklumat tambahan (jika perlu).

30
ii. PPI-5 PROGRAM TRANSISI
PPI-5 merujuk kepada aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan
murid menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Submenu ini terdiri daripada
2 aspek iaitu Persekitaran dan Kerjaya.
Pilih murid.
Klik PPI-5.
Klik Tambah di PERSEKITARAN
Pilih peringkat persekitaran (prasekolah ke sekolah rendah, sekolah
rendah ke sekolah menengah dan selanjutnya).
Lengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut peringkat pembelajaran
murid.
Klik Simpan.

Klik Tambah di KERJAYA (murid menengah sahaja)


Lengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut peringkat umur murid,
sama ada 14 tahun ke atas, 16 tahun ke atas dan selanjutnya.
Klik Simpan.

iii. PPI-6 KHIDMAT SOKONGAN


PPI-6 merujuk kepada perkhidmatan sokongan yang diperlukan bagi membantu
memenuhi keperluan pembelajaran murid.
Pilih murid.
Klik PPI-6.
Klik Tambah.
Pilih perkhidmatan sama ada khidmat khusus, bahan teknologi, akomodasi
dan/atau modifikasi.
Lengkapkan ruangan dengan maklumat berkaitan.
Klik Simpan.

31
iv. PPI-7 AKSESIBILITI
PPI-7 merujuk kepada maklumat keperluan murid dalam aspek pengangkutan.
Pilih murid.
Klik PPI-7.
Tandakan Ya atau Tidak di ruangan yang disediakan.
Lengkapkan maklumat (jika perlu).
Klik Simpan.

v. PPI-8 PENTAKSIRAN
PPI-8 merujuk kepada maklumat murid sebagai persediaan untuk menduduki
peperiksaan.Diisi untuk murid yang akan menduduki peperiksaan awam.
Pilih murid.
Klik PPI-8.
Tandakan Ya atau Tidak di ruangan yang disediakan
Lengkapkan ruangan justifikasi.
Klik Simpan.

vi. PPI-9 FAKTOR AM


PPI-9 merujuk kepada maklumat am berkaitan murid.
Pilih murid.
Klik PPI-9.
Tandakan Ya atau Tidak di ruangan yang disediakan
Lengkapkan ruangan yang disediakan.
Klik Simpan.

32
4.2.4. LANGKAH 11: MELENGKAPKAN PPI-1
PPI-1 merujuk kepada perancangan masa hadapan bagi murid dalam tahun semasa,
Disediakan berdasarkan perbincangan semasa perjumpaan sidang. Aspek ini tidak
menjurus kepada subjek tertentu tetapi lebih berbentuk matlamat jangka panjang yang
hendak dicapai oleh murid dalam tahun semasa.
Pilih murid.
Klik PPI-1.
Pastikan tahun semasa dipaparkan.
Klik di ruang Perancangan Masa Hadapan.
Contoh: Murid boleh menyediakan hidangan sepinggan lengkap dan diukur berdasarkan
templat pelaporan KSSMPK Asas Masakan yang dibekalkan oleh BPK.
Isikan maklumat yang dipersetujui.
Klik Simpan.

4.2.5. LANGKAH 12: MENAMBAH BAIK PPI


PPI-2, PPI-5 hingga PPI-9 perlu dibuat penambahbaikan sekiranya terdapat perubahan hasil
perbincangan perjumpaan sidang.

4.2.6. LANGKAH 14: MENDAPATKAN PERAKUAN PERSETUJUAN IBU BAPA


Pastikan ibu bapa menandatangani Borang Perakuan Persetujuan Ibu Bapa yang bercetak
(PPI-11).

4.2.7. LANGKAH 15: MELENGKAPKAN GARIS MASA, PPI-10, PPI-11


i. Garis Masa merujuk kepada tarikh pelaksanaan dan pindaan RPI
Klik PPI.
Pilih murid.
Klik GARIS MASA PPI & PINDAAN.
Tarikh: Masukkan tarikh mula, tarikh tamat, tarikh pindaan dan tarikh semakan
akan datang.
Status Pencapaian PPI butang berwarna merah pada setiap PPI akan
berubah menjadi hijau apabila ruang di PPI tersebut telah diisi.
Pindaan bagi mencatatkan sebarang pindaan hasil daripada persetujuan
Jawatankuasa. Klik butang Tambah dan lengkapkan perkara yang dipinda.

33
ii. PPI-10 merujuk kepada maklumat sidang yang telah dijalankan.
Pilih murid.
Klik PPI-10.
Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Klik butang seterusnya.
Lengkapkan ahli yang hadir
Klik Simpan.

iii. PPI 11 merujuk kepada persetujuan ibu bapa terhadap RPI yang telah dirancang dan
dibincang dalam perjumpaan sidang. Diisi oleh guru kelas selepas menerima Borang
Perakuan Persetujuan daripada ibu bapa.
Klik PPI.
Pilih murid.
Klik PPI-11.
Klik pada pernyataan yang sesuai.
Catatkan tarikh salinan PPI diserahkan kepada ibu bapa sekiranya salinan
tersebut tidak diserahkan pada perjumpaan sidang atau berlaku perubahan pada
PPI semasa perjumpaan sidang.
Masukkan tarikh tandatangan ibu bapa.
Klik Simpan.

4.3. GURU MATA PELAJARAN

Guru Mata pelajaran perlu melaksanakan langkah 1, 8, 10, 13, 17, 21 .

4.3.1. LANGKAH 1: LOG MASUK


Pastikan penyelaras RPI telah mengaktifkan log masuk guru.
Log masuk dan kata laluan menggunakan nombor kad pengenalan.
KlikFungsi Khas.
Klik Tukar kata laluan.
Masukkan kata laluan baharu.
Sahkan kata laluan.
Klik Simpan.

34
4.3.2. LANGKAH 10: MENYEDIAKAN DRAF PPI - 3 DAN PPI- 4
PPI-3 merujuk kepada gambaran keseluruhan berkaitan perkembangan murid dalam
aspek Akademik, Kefungsian, Kemahiran dan Bakat. Guru perlu isi aspek
perkembangan yang berkaitan dan bersesuaian dengan murid serta merancang
intervensi yang bersesuaian dengan murid berkenaan seperti Rajah 41 hingga Rajah
43.
Klik PPI

1. Klik PPI

Rajah 41: Klik PPI


Klik PPI-3

2. Klik PPI-3

Rajah 42: Klik PPI-3

Klik pada butang atau untuk memasukkan maklumat PPI-3

3. Klik di sini untuk memasukkan maklumat

Rajah 43: Klik butang atau untuk memasukkan maklumat PPI3


Terdapat 4 aspek perkembangan murid seperti Rajah 44.

1. Klik Tambah

Rajah 44: Paparan PPI-3, Klik Tambah untuk isu utama

35
Untuk mengisi PPI-3, guru mata pelajaran perlu memasukkan kekuatan, kelemahan
dan keperluan berdasarkan ISU UTAMA yang telah diputuskan dalam persidangan RPI
seperti rajah 45.
Isu utama dalam konteks ini merujuk kepada halangan/masalah utama yang berpunca
daripada ketidakupayaan MBK; Isu tersebut menjadi kekangan kepada MBK untuk mengikuti
PDPC dengan lancar.
Contoh Murid: Ahmad Nabil
Isu utama yang telah diputuskan dalam persidangan RPI ialah menangani masalah tingkah
laku iaitu tidak boleh diam dan tidak memberi perhatian semasa PDPC berlangsung.

2. Pilih jenis
kurikulum

3. Pilih subjek

4. Isi Kekuatan dan kelemahan


murid berdasarkan isu utama
yang hendak ditangani

5. Keperluan merujuk kepada


ISU UTAMA yang hendak
6. Klik YA ditangani dalam tempoh masa
tertentu
7. Klik Simpan

Rajah 45: Langkah-langkah pengisian PPI-3 berdasarkan isu utama yang telah diputuskan
dalam persidangan RPI

Guru subjek perlu mengisi PPI-3 dengan berfokuskan ISU UTAMA dan bukan berfokuskan
kepada isi kandungan mata pelajaran.

36
PPI-4 merujuk kepada matlamat pengajaran tahunan yang ditetapkan berdasarkan aspek
yang telah diisi dalam PPI-3.
Klik PPI-4 seperti rajah 46.

1. Klik MATLAMAT TAHUNAN

Rajah 46: Klik Matlamat Tahunan untuk memasukkan matlamat bagi tahun semasa
Pilih nama murid dan klik pada butang atau untuk memasukkan maklumat seperti
rajah 47

2. Klik di sini untuk memasukkan maklumat

Rajah 47: Klik pada butang atau untuk memasukkan matlamat tahunan bagi tahun
semasa.
Matlamat Tahunan merujuk kepada sasaran utama yang perlu dicapai oleh MBK dalam
tahun semasa, dan matlamat boleh berubah mengikut keperluan dan keupayaan MBK.

Klik pada untuk memasukkan matlamat tahunan bagi tahun semasa.

3. Klik

Rajah 48: Tambahkan maklumat dalam PPI-4 dengan klik

Lengkapkan matlamat tahunan seperti rajah 49.

37
4.
(i) Isi Matlamat dengan
berfokuskan kemahiran yang
hendak dicapai oleh MBK dalam
tahun semasa.
(ii) Nyatakan jenis pentaksiran
untuk mengukur matlamat
tersebut.
5. Klik ()

6. Klik Simpan

Rajah 49: Langkah-langkah untuk mengisi PPI-4

Paparan pop up Simpan Matlamat Ini? akan dipaparkan seperti rajah 50, Klik OK.

7. Klik OK

Rajah 50: Paparan pop up untuk PPI-4


Klik pada matlamat tahunan yang telah diisi di paparan seperti Rajah 51

7. Klik di sini untuk paparan tambah objektif

Rajah 51: Paparan Tambah Objektif dalam PPI-4

38
Lengkapkan pengisian objektif (teknik ansur maju) untuk menangani isu utama seperti
yang telah dinyatakan dalam PPI-3, sila rujuk rajah 52.

8. Klik di sini untuk menambah objektif

Rajah 52: Klik tambah objektif untuk menyenaraikan intervensi yang dirancang untuk
menangani isu utama yang telah diputuskan dalam PPI-3

Pengisian Objektif
Masukkan objektif pengajaran yang boleh diukur.
Masukkan kemahiran/standard kandungan, tarikh mula, tarikh selesai,
aktiviti/standard pembelajaran, catatan.
Senarai aktiviti yang dipaparkan merupakan analisis tugasan bagi mencapai
objektif pengajaran.
Klik Simpan, Matlamat Tahunan akan dipaparkan seperti rajah 53

9. Isi Objektif , pastikan boleh diukur dan


nyatakan jenis pentaksiran yang
digunakan
10. Rujuk DSKP yang dibekalkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK)

11. Pilih Tarikh Mula dan Tarikh Selesai

12. Isi Aktiviti/Standard Pembelajaran


berdasarkan DSKP atau mengikut kesesuaian
intervensi yang dirancang oleh guru

13. Isi Catatan dengan menyatakan


14. Pilih Status justifikasi intervensi yang dirancang

15. Klik butang biru

16. Klik Simpan

Rajah 53: Langkah-langkah untuk mengisi objektif pada PPI-4

39
Pengisian status pencapaian
Status pencapaian merujuk kepada penilaian pencapaian murid setelah pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Klik ayat pada ruangan matlamat.
Klik ikon pensel pada objektif yang akan dinilai.
Pilih status.Pilihan status ialah tiada perkembangan, objektif tercapai,
sedang dalam proses.
Klik Simpan.
Peratus pencapaian objektif akan ditunjukkan dalam ruangan % capai.

4.3.3. LANGKAH 13 MENAMBAH BAIK PPI


PPI-3 dan PPI-4 perlu dibuat penambahbaikan sekiranya terdapat perubahan berdasarkan
perbincangan dalam perjumpaan sidang.

4.3.4. LANGKAH 17: MELAKSANAKAN PENGAJARAN BERDASARKAN RPI.

RPI merupakan rekod bertulis yang melaporkan perancangan pendidikan secara individu
berdasarkan keupayaan atau kekuatan dan kelemahan murid. Manakala penyediaan RPH
dan RPT adalah tertakhluk pada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999, KP (BS)8591/Jilid xv/(3)
bertarikh 9 Mac 1999. Semua guru WAJIB menyediakan RPT dan RPH dalam apa jua format
sama ada secara menaip atau bertulis, manakala RPI diterapkan dalam perancangan RPH
dan RPT.

4.3.5. LANGKAH 18: MENGEMASKINI STATUS PENCAPAIAN MURID.


Selepas PDPC dijalankan, guru-guru hendaklah melihat perkembangan dan pencapaian MBK
seterusnya memberi penilaian kepada pencapaian tersebut. Untuk mengemaskini status
pencapaian murid, rujuk 4.3.2 (iii).

40
4.4. PENGETUA / GURU BESAR
Pengetua/Guru besar perlu menyemak dan membuat pengesahan kepada keseluruhan RPI
yang telah dibuat oleh guru kelas, guru mata pelajaran dan GPK/GPK Pendidikan Khas/
Penyelaras Pendidikan Khas. Perkara ini hanya meliputi langkah 16 sahaja.

4.4.1. LANGKAH 1: LOG MASUK


Pastikan penyelaras RPI telah mengaktifkan log masuk Pengetua/Guru Besar.
Log masuk dan kata laluan menggunakan nombor kad pengenalan.
Klik Fungsi Khas.
Klik Tukar Kata Laluan.
Masukkan kata laluan baharu.
Sahkan kata laluan.
Klik Simpan.

4.4.2. LANGKAH 16: PENGESAHAN

Pengesahan merujuk kepada penentu sah terhadap PPI yang telah dipersetujui hasil
perbincangan sidang.

Klik PPI.
Pilih murid.
Klik Garis Masa.
Klik butang pengesahan.
Tarikh pengesahan akan dipaparkan.

41
5. MAKLUMAT AM

5.1. MENU SEKOLAH

Bahagian ini memaparkan profil am sekolah. Maklumat ini dimasukkan secara automatik
daripada data EMIS. Tiada sebarang perubahan yang boleh dilakukan. Rajah 54,
menunjukkan maklumat seperti yang tertera.

Rajah 54 : Paparan Maklumat Sekolah

5.2. PEMANTAUAN PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI

Pemantauan penyediaan dan pelaksanaan RPI perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar
dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran / Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas /
Penyelaras Pendidikan Khas

Log masuk.
Klik nama murid.
Klik PPI yang hendak dipantau.
Membimbing guru yang belum melengkapkan RPI murid.

42
5.3 LANGKAH 21: PERSIDANGAN RPI UNTUK ISU SETERUSNYA
Panel permuafakata RPI perlu mengadakan persidangan untuk menyelesaikan isu seterusnya
apabila halangan/isu utama telah berjaya ditangani dengan mengulang langkah 9-20.

6. PENUTUP

Panduan Pelaksanaan e-RPI ini diharap dapat membantu guru menyediakan satu
dokumentasi yang lebih sistematik, lengkap dan menjadi pembuktian kepada MBK terhadap
pencapaian mereka dalam bidang akademik, kefungsian, kemahiran dan bakat yang mereka
miliki. Kerjasama dan sokongan semua pihak yang disenaraikan dalam RPI MBK termasuk
ibu bapa, kumpulan sokongan sama ada dari badan kerajaan mahupun bukan badan kerajaan
diharap dapat membawa MBK ke arah yang kehidupan yang lebih bermakna dan berguna
pada masa akan datang seterusnya menyumbang kepada negara.

43
LAMPIRAN 1

Carta Organisasi Panel Permuafakatan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Pengetua/Guru Besar
Penasihat

Guru Penolong Kanan


SPK/Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas (PPKI)

Guru Kelas Guru Mata Pelajaran Ibu Bapa Kumpulan Multi Disiplin

44
45
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN Lampiran 2
(Murid yang mengikuti kurikulum aliran perdana)
Contoh

NAMA GURU :

SUBJEK :

KELAS :

Minggu Tema/Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran BBM NilaiMurni Catatan

Diisi berdasarkan Diisi berdasarkan Standard Diisi berdasarkan Standard (Diisi


tema/tajuk yang Kandungan yang telah Pembelajaran yang telah berdasark
telah ditetapkan dalam DSKP bagi ditetapkan dalam DSKP bagi an
Disenaraikan mata pelajaran masing-masing. mata pelajaran masing-masing keperluan
dalam DSKP bagi khas MBK
mata pelajaran bagi
masing-masing memudah
kan
penyediaa
n
BBM/Lem
baran
Kerja)

*Pengisian RPT untuk MBK yang mengikuti kurikulum aliran perdana adalah berpandukan DSKP yang dibekalkan oleh BPK. DSPK bagi mata pelajaran boleh didapati di:
http://bpk.moe.gov.my/index.php/muat-turun-dokumen

46
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Lampiran 2
(Murid yang mengikuti kurikulum aliran perdana)

Nama Guru :
No KP :
Tarikh :
Kurkulum :
Subjek :
Kelas :
Masa :

Perkara Tahap Rendah Tahap Sederhana Tahap Tinggi


Nama murid:

Objektif

Standard (Diisi berdasarkan Standard Pembelajaran bagi DSKP mata pelajaran masing-masing)
Pembelajaran

Aktiviti

Penilaian

Nilai-nilai Murni

Bahan Bantu Mengajar


(BBM)

Refleksi Tahap Rendah Tahap Sederhana Tahap Tinggi

47
Lampiran 3
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
(Murid yang mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas)
KSSM PK Menengah Rendah Tingkatan 1
NAMA GURU :
SUBJEK :

MASA MINIMUM JAM SETAHUN UNTUK MATA PELAJARAN: ------ JAM , 2017: ------ MINGGU PERSEKOLAHAN
Tema:
MINGGU: --------- (------- JAM)
NAMA MURID MATLAMAT TAHUNAN STANDARD STANDARD Nilai Murni CATATAN
DALAM RPI KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Nama murid dan sedikit (Nyatakan 1 Matlamat Diisi dengan memilih Diisi dengan memilih (merekodkan
deskripsi tentang Tahunan SAHAJA yang senarai kandungan yang senarai standard intervensi RPI
perkembangan semasa menjadi fokus utama untuk akan dipelajari oleh MBK pembelajaran yang akan dari semasa dan
MBK berkenaan) kesemua mata pelajaran dalam tahun semasa dari dipelajari oleh MBK dalam semasa dan
bagi tahun semasa) DSKP) tahun semasa darj DSKP halatuju MBK)
Matlamat yang dinyatakan
perlulah realistik dan Hala tuju:
nyatakan cara
pengukuran/penilaian
matlamat tersebut RPI: Keperluan
berdasarkan kurikulum yang Khas semasa
dipilih. yang perlu
ditangani/diberi
perhatian oleh
semua guru utk
MBK berkenaan
dalam tempoh
masa tertentu)

*Setiap MBK mempunyai matlamat yang berbeza, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran perlu disesuaikan mengikut keperluan
individu murid

48
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Lampiran 3
(Murid yang mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas)
Nama Guru :
Tarikh :
Subjek :
Tema :
Kelas :
Masa :

Perkara *Tahap Rendah *Tahap Sederhana *Tahap Tinggi


Nama Murid

Objektif PDPC

Standard
Pembelajaran
Aktiviti .

Penilaian

Nilai-nilaiMurni
Bahan Bantu Mengajar
(BBM)
Refleksi

*Pengagihan kumpulan bergantung kepada justifikasi/kriteria yang ditetapkan oleh guru.


Contoh:
Tahap rendah: murid yang memerlukan 100% bimbingan guru dalam sesi pdpc
Tahap sederhana: murid yang boleh memahami arahan guru tetapi perlu dibimbing apabila melakukan aktiviti amali.
Tahap tinggi: murid yang boleh memahami arahan guru dan boleh melakukan aktiviti amali secara berdikari, guru sebagai pemudahcara.
Sekiranya hanya 2 tahap, maka hanya 2 lajur menegak disediakan dalam RPH
49
50

Anda mungkin juga menyukai