Anda di halaman 1dari 21

AMALAN

SUNAT
SELEPAS
KELAHIRAN

1. AZAN DAN IQAMAT


Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya
disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di
telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak.
Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan
al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian
ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.
2. TAHNIK ANAK
Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya
ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar
yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari,
dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai
tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi
terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar,
bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut
yang manis.
Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi
serta menggalakkannya untuk minum susu ibu.
Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh
supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik
oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak
menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI


Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari
ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut
tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding
perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan
mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan
kepala si anak, dengan cara membuat lubang
rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera
berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu
bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang
memerlukan.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika
menggunting rambut anak ialah larangan qaza. Qaza
bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian
rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang.
Contoh qaza ialah rambut punk.
4. MEMBERIKAN NAMA ANAK
Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama
ada pada hari pertama atau hari ketujuh.
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan
makna yang baik. Antara cadangannya ialah
berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:
Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik
nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman.
Yang bagus ialah Harith ( )dan Hammam ()
manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.
Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba
selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga
memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul
sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang
buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak
sempena orang Islam terkenal yang fasiq.
5. AQIQAH
Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie
menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan
untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak
perempuan seekor kambing.
Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan
tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat
hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan.
Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa,
maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya
adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut
mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai
waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama
ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran.
Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke
umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang
pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan
Islam terhadap kesucian anak.
AKTIVITI
LASAK

(FLYING FOX)
Maksud flying fox
Flying Fox adalah game tentang individu yang diadaptasi dari
pelatihan militer.Game ini dilakukan dengan cara meluncur
dari ketinggian tertentu melalui wire(cabel baja).
Peralatan Flying Fox
Anda tidak perlu risau untuk mencuba kerana peluncur akan
dilengkapi dengan peralatan yang baik dan terjamin selamat :
carnmantel(ropes) sebagai alat keselamatan dan belayer
seat harness adalah alat pengaman tubuh dari ikatan tali
"figure of eight" sebagai alat keselamatan dan belayer
carabiner sebagai kunci pengaman dan conector sling
dan katrol
( Rajah 1 ) Senarai peralatan yang perlu ada untuk
menjalankan aktiviti Flying Fox seperti yang di tunjukkan
didalam rajah 1 di sebelah. Peralatan ini perlu ditunjukkan
untuk memudahklan para peserta mengenali peralatan yang
digunakan untuk Flying Fox.

( Rajah 2 ) Sebelum aktiviti dijalankan, sesi taklimat perlu


dijalankan untuk memaklumkan kepada peserta tentang
langkah keselamatan dan pendedahan kepada pelajar tentang
alat-alat untuk menjalankan aktiviti Flying Fox.
( Rajah 3 ) Pelantar Flying Fox dimana ianya menjadi tempat
untuk melepaskan para peserta. Pelantar ini di kendalikan oleh
sekurang-kurangnya 3 orang Jurulatih dimana dua orang
sebagai pelepas dan seorang sebagai pemeriksa kelengkapan
yang digunakan oleh peserta untuk keselamatan dan berfungsi
dengan baik.

( Rajah 4 ) Salah seorang peserta hampir sampai di kawasan


penamat. Di garisan penamat pergerakan Flying Fox peserta
akan di kawal henti oleh Jurulatih yang bertugas di bahagian
penamat. Cabaran yang tinggi menggugat keberanian peserta.
Disinilah tempat kayu pengukur setakat mana kekuatan
mental pelajar dan menguji setakat mana keberanian pelajar
untuk menempuhi alam kehidupan.
Adab-Adab Berkomunikasi Sebagai Orang
Mukmin

1. Merendahkan suara dan berlemah lembut dalam


berbicara
Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara
yang lembut. Sungguh, Dia tidak menyukai orang yang
melampaui batas. (Al-Araf: 55)
Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah
suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keldai. (Lukman: 19)

2. Mendengar dan tidak memotong perbicaraan orang


lain
Marilah kita bermuhasabah diri, kadang-kadang apabila kita
bercakap dengan orang lain, kita tak sedar bahawa mungkin
kita pernah terpotong perbicaraan mereka, secara tak langsung
melukai hati mereka.
Dan apabila dibacakan Alquran, maka dengarkanlah baik-
baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat
rahmat. (Al-Araf: 204).
Cara Berjalan Yang Baik

1. Pandangan Lurus Kedepan


2. Posisi badan tegap
3. Tidak menyeret-nyeret sepatu
4. Jangan berjalan dibuat-buat yang menunjukan seolah-olah
ingin meminta perhatian orang disekitar
5. Ketika berjalan dagu jangan terlalu diangkat
6. Jaga kecepatan yang wajar,jangan terburu-buru
7. Penuh percaya diri dan selalu siap disapa atau menyapa
dengan senyum

Cara Duduk Yang Baik

1. Atur kaki serapi dan sesopan mungkin dengan cara kaki


diarahkan miring
2. Bila duduk dikursi tamu upayakan untuk tidak bersandar
3.Bila duduk dibelakang meja, maka biasakan untuk
merapatkan punggung dengan sandaran kursi atAU paling
tidak badan tetap tegak
PROJEK PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

SUASANA hijau semula jadi, pemandangan yang mencuri perhatian di


laman pasti memberikan persepsi tersendiri kepada keluarga dan tetamu
bertandang.Berlatarkan tumbuhan segar yang menjalar berbunga bagai
pelengkap pagar dan menjadi simbol menyambut kehadiran keluarga serta
tetamu.Reka letak dan perancangan teliti tumbesaran setiap tanaman itu
membuatkan visual pemandangan tetap mengilhamkan
ketenangansepanjang masa.Suasana redup dan nyaman lebih terasa di
laman kediaman teres tiga tingkat itu kerana pepohon yang ditanam
berfungsi mendinginkan suasana.Susunan menarik pasu yang ditanam
pelbagai jenis tanaman dan digantung pada sudut khas di laman
menggambarkan latar landskap tersendiri.Kehadiran kerusi santai benar-
benar memberi peluang keindahan landskap dihayati sepenuhnya saban
waktu.Laman indah itu menjadi antara lokasi paling sesuai merehatkan
minda dan mencari ketenangan sepanjang masa.Bukan sekadar pada
laman keindahan semula jadi diterjemahkan kerana sebaik melangkah ke
ruang dalaman, suasana hijau turut mengambil tempat terutama di ruang
tamu. Konsep hijau tetap menjadi pilihan utama baik untuk laman
mahupun ruang kediaman. Kehijauan itu sendiri memberikan ketenangan
dan keselesaan berpanjangan tanpa mengira waktu selain menyejukkan
suasana.Dalam menghias ruang tamu, pemilihan pepohon hijau menjalar
sebagai latar kemasan dinding sekali gus membuatkan suasana di ruang
berkenaan sejuk mendamaikan. Kehijauan dan kesegaran pepohon
menjalar ini membawa keunikan tersendiri setiap kali berehat di satu-satu
ruang itu sambil mata disajikan dengan pemandangan semula jadi.

AURAT PEREMPUAN SESAMA PEREMPUAN


Wanita solehah

Dalam ajaran Islam, kaum wanita merupakan di antara makhluk Allah yang sangat
dimuliakan. Mereka diberi kemulian sama taraf dengan kaum lelaki jika mereka benar-
benar beriman dan menurut segala perintah Allah Subhanahu wa taala. Hal ini telah
dibuktikan dengan lahirnya Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam membawa risalah
Islam yang membebaskan manusia dari memperhambakan diri sesama manusia kepada
memperhambakan diri semata-mata kepada Allah Subhanahu wa taala. Kaum wanita
telah dibebaskan dari menjadi hamba kepada kaum lelaki, sebaliknya berkhidmat kepada
kaum lelaki (yang bernama suami atau ayah) selama mereka menjaga dan
memeliharanya dengan baik menurut panduan Ilahi.

HAK DAN KEMULIAAN WANITA DALAM ISLAM


Pada masa bangsa Arab Jahiliyyah dan seluruh bangsa di dunia ini menganggap kaum
wanita sebagai najis, hina, haiwan dan sebagainya, maka Rasulullah Sallallahu alaihi wa
sallam. dibangkitkan oleh Allah Subhanahu wa taala untuk mengisytiharkan kepada
dunia bahawa wanita juga adalah manusia dan mempunyai hak-hak tertentu.

Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan yang sebaik-baiknya. Kaum wanita
tidak lagi dijadikan sebagai barang dagangan, pelacur atau hamba abdi. Sebaliknya
mereka hidup dalam keadaan suasana yang teratur dan terpelihara. Bukan setakat itu
sahaja, malah Islam telah mengangkat darjat wanita ke taraf yang tinggi yang tidak
dapat ditandingi dalam perkembangan-perkembangan tamadun kemanusiaan.

Wanita tidak diperintah ke medan perang atau membuat tugas-tugas sebagaimana kaum
lelaki kerana kekuatan mereka kurang dan tidak sesuai melaksanakan perkara-perkara
tersebut. Pusat kegiatan bagi kaum wanita sebagaimana yang digariskan oleh syarak
ialah di rumah. Rumah merupakan syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum
wanita menumpukan masanya bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka
dalam urusan rumahtangga.

Firman Allah di dalam Al-Quran, Dan hendaklah kamu (hai isteri-isteri Nabi) tinggal tetap
di rumahmu. (Surah Al-Ahzab ayat 33)

Ayat secara khusus ditujukan kepada para isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam.
juga secara tidak langsung ditujukan kepada seluruh kaum wanita beriman kerana para
isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. merupukan contoh ikutan yang sebaik-
baiknya bagi setiap wanita Islam. Alangkah baiknya jika setiap wanita Islam mengikuti
serta mencontohi bentuk kehidupan para isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam
daripada mengikuti dan mencontohi kehidupan wanita-wanita musyrik yang sentiasa
mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa taala.

Sungguhpun kaum wanita dinaikkan darjat sama mulianya dengan kaum lelaki andai
kata mereka benar-benar beriman dan bertaqwa, namun demikian mereka tidak sekali-
kali dibolehkan menjadi pemimpin kepada kaum lelaki. Wanita adalah tetap wanita
sesuai dengan sifat-sifat kewanitaan.

Hendaklah diingat bahawa di antara tanda-tanda hampirnya turun azab serta laknat
Allah Subhanahu wa taala. ke atas sesuatu kaum atau bangsa ialah apabila merosotnya
akhlak kaum wanitanya dalam berbagai segi dan mereka berbondong-bondong keluar
rumah dengan alasan untuk sama menyumbangkan bakti terhadap masyarakat. Perkara
ini banyak disebut oleh para ulama Islam di dalam kitab-kitab mereka, bahkan
memperingatkan akan bahayanya apabila wanita-wanita telah dibenarkan keluar tanpa
uzur syariyy.

WANITA BERHAK DALAM MENUNTUT ILMU

Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Dunia ini adalah kesenangan dan sebaik-
baik kesenangan ialah wanita yang solehah. (Riwayat Muslim dan An-Nasaei)

Wanita yang solehah ialah wanita yanbg berpendidikan baik dan berakhlak mulia
sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa taala. Sekiranya wanita tidak
diberikan pendidikan yang sewajarnya, amat sukar sekali hendak menjadikan mereka
sebagai wanita solehah sebagaimana yang diharapkan.

Sejarah telah membuktikan bagaimana seorang ibu telah dapat membakar semangat
perjuangan ke dalam anak lelakinya. Wanita tersebut ialah Asma Binti Abu Bakar. Asma
telah memberi perangsang kepada anaknya ketika pertempuran sengit berlaku di antara
Abdullah bin Zubir (anak lelakinya) dan tentera-tentera Yazid bin Muawiyah. Di antara
kata perangsang yang diucapkan oleh Asma kepada anaknya itu ialah,

Hai anakku, jika engkau yakin bahawa engkau di atas kebenaran yang engkau seru
maka teruskanlah dan janganlah sekali-kali engkau biarkan tengkukmu dipermain-
mainkan olah budak-budak Bani Umaiyah.

Akan tetapi, jika engkau mengkehendakinya keduniaan, maka alangkah celakanya


engkau sabagai hamba Allah dan dengan demikian engkaulah sendiri yang
menghancurkan diri sendiri dan orang-orang yang bersama-sama itu.

Akan tetapi, jika engkau berkata, Aku berada di atas kebenaran tetapi apabila sahabat-
sahabatku menjadi lemah semangat maka aku pun turut lemah semangat. Maka sikap
seperti ini bukanlah sikap orang-orang yang merdeka, malah bukan sikap orang yang
berkebajikan kerana berapa lama sangatkah hidupmu di dunia, hai anak Zubir. Demi
Allah ! Dipancung dengan pedang dalam kemuliaan lebih baik bagiku dari pukulan cemeti
dalam kehinaan. Abdullah Bin Zubir meneruskan perjuangan dan akhirnya ia gugur
sebagai seorang syahid.

Begitu juga isteri Saiyidina Ali r. a. iaitu Saiyidatina Fatimah Az-Zahrah telah dapat
mendidik kedua-dua orang anaknya iaitu Hasan dan Husin sehingga mereka akhirnya
menjadi orang yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa taala. Kedua-dua wanita yang
sepatutnya dicontohi olah generasi wanita Islam hari ini adalah terdidik dalam suasana
Islam dan hidup mengikut tuntutan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wa
sallam.

Wanita-wanita yang tidak mendapat didikan Islam yang sempurna tidak mungkin dapat
memberikan contoh yang sedemikian rupa. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan
Islam dan pendididkan bagi kaum wanita kerana mereka adalah institusi pendidikan bagi
anak-anak mereka.

WANITA BERHAK DALAM URUSAN IBADAH

Sedang manusia menganggap bahawa wanita tidak boleh menjalankan amalan agama
kerana dianggap sebagai haiwan yang tidak berjiwa, maka Islam mengakui bahawa
untuk wanita pahala amal ibadah yang dikerjakannya sama sebagaimana yang diperolehi
oleh kaum lelaki. Firman Allah Subhanahu wa taala. Barangsiapa yang mengerjakan
amal soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka
masuk syurga dan mereka tidak akan dizalimi sedikitpun. (Surah An-Nisa ayat 124)

Islam telah meletakkan tanggungjawab beribadah kepada Allah Subhanahu wa taala ke


atas wanita sama seperti tanggungjawab yang dibebankan terhadap kaum lelaki. Ini
adalah disebabkan kerana lelaki dan wanita sama-sama hamva Allah Subhanahu wa
taala. yang diperintahkan untuk beribadah kepadaNya. Tugas lelaki dan wanita itu sama
sungguhpun terdapat beberapa perbezaan atau kelainan yang timbul, tetapi tidaklah
begitu banyak, kerana sememangnya begitu peraturan yang ditetapkan oleh syariat
Islamiyah.

Umpamanya, kaum wanita tidak diwajibkan mendirikan sembahyang atau berpuasa


ketika didatangi haid atau nifas. Hanya diwajibkan mengqadhakkan kembali puasa yang
telah ditinggalkan ketika didatangi haid atau nifas.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. telah bersabda,

Jika sekiranya ada perintah dari Allah Subhanahu wa taala. untuk menyuruh manusia
sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Imam Ahmad)

Hadis ini merupakan peringatan dari Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. kepada para
isteri agar mereka menumpukan seluruh kecintaan dan kepatuhan kepada suami mereka
selama mana mereka tunduk kepada perintah Allah dan Rasul.

Salah satu daripada perkara yang dapat membantu untuk mewujudkan rumahtangga
yang bahagia ialah ketaatan isteri kepada suami dalam setiap perintahnya selama
perintah itu bukan merupakan suatu perkara maksiat kepada Allah Subhanahu wa taala.
Islam menjelaskan bahawa tidak boleh taat kepada makhluk yang melaksanakan maksiat
kepada Allah Subhanahu wa taala. dan ketaatan hanya diperbolehkan dalam hal yang
dibenarkan oleh syariat Islam.

Isteri yang solehah hendaklah sentiasa bersikap jujur dan taat setia yang tidak berbelah
bagi terhadap suaminya di dalam sebarang hal yang diizinkan oleh syarak. Kesetiaanya
terhadap suami itu bukanlah kerana disebabkan kerana ia lebih rendah darjatnya, tetapi
adalah kerana ia telah pun menerima dengan sepenuh jiwa raga suaminya itu sebagai
pelindungnya.

Isteri yang solehah juga berperanan menjadi penghibur yang amat meyenangkan dan
menyukakan hati suaminya. Seorang isteri hendaklah berusaha melahirkan ciri-ciri
keselarian jiwa dengan suaminya. Ia tidak menentang pendapat suaminya walaupun ia
merasakan dirinya benar dan di dalam perkara yang termasuk larangan agama.

Namun demikian, ia boleh memberikan pendapatnya dengan jalan lemah lembut dan
tidak menjatuhkan martabat suaminya. Perlu diingatkan, ketidak selarian jiwa di antara
suami isteri seringkali mengakibat berlakunya pertengkaran yang kadang-kadang
berakhir dengan perceraian. Seorang isteri hendaklah memperhatikan hal ini dengan
baik agar kerukunan rumahtangganya dapat dipelihara.
Isteri yang solehah hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa, menjadi
pendorong dan menjadi pembantu perjuangan suaminya. Adalah tidak wajar bagi mana-
mana isteri yang menjadi penghalang yang besar kepada suaminya dalam perjuangan
menegakkan hukum Allah Subhanahu wa taala. Jika dilayan dengan baik dan sempurna,
suami akan hidup jiwanya dan ia akan menjadi pejuang Islam yang hebat.

Contoh terbaik adalah seperti apa yang dilakukan oleh Saiyidatina Khadijah Binti
Khuwailid, isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Kepulangan Rasulullah Sallallahu
alaihi wa sallam. dengan keadaan menggerunkan menggigil selepas menerima wahyu
yang pertama dari Jibril a. s. disambut oleh Khadijah dengan tenang dan penuh kasih
sayang. Khadijah, isteri yang patuh dan sangat setia kepada suaminya itu segera
menyelimuti suaminya. Setelah keadaan agak reda, Rasulullah Sallallahu alaihi wa
sallam. menceritakan kepadanya segala peristiwa yang berlaku terhadap baginda di Gua
Hira. Khadijah, isteri yang bijaksana itu tidak memperlihatkan kekhuatiran dan
kecemasan hatinya, bahkan dengan tenang ia berkata kepada Rasulullah Sallallahu
alaihi wa sallam.

Bergembiralah wahai anak pamanku, tetapkanlah hatimu. Demi Tuhan yang jiwa
Khadijah di tanganNya, aku berharap engkaulah yang akan menjadi Nabi bagi umat ini.
Allah tidak akan mengecewakan engkau. Bukankah engkau yang sentiasa berkata benar
dan selalu memperhubungkan tali silaturrahim, bukanlah engkau yang sentiasa
menolong anak yatim, memuliakan tetamu dan menolong setiap orang yang ditimpa
kemalangan dan kesengsaraan?

Demikianlah Khadijah mententeramkan hati suaminya, dan contoh seumpama inilah


yang seharusnya menjadi teladan buat sekalian wanita Islam.

Sebagai seorang isteri yang solehah, ia hendaklah bersopan-santun terhadap suaminya.


Iaitu dengan berlemah-lembut tutur kata dan gerak laku di hadapan suaminya. Sedapat
mungkin ia hendaklah menjauhi kata-kata atau perkataan yang boleh menunjukkan
kedurhakaan atau perkataan yang menyakitkan hati suaminya seumpama memaki, atau
melafazkan perkataan yang dilarang oleh syarak mahupun adat. Demikian juga
seseorang isteri itu hendaklah sentiasa merasa malu dan merendahkan pandangan
matanya ketika berada di hadapan suaminya. Hendaklah sentiasa memperlihatkan wajah
yang manis di hadapan suaminya, dan ini sudah tentu amat menyenangkan hati
suaminya.

Di samping itu, di antara perkara yang tidak wajar dilakukan oleh seorang isteri iaitu
memberati atau memaksa suaminya member nafkah seperti makanan, pakaian, wang
ringgit dan tempat lebih dari kadar yang diperlukan bahkan diluar kemampuan suami.
Bahkan ia hendaklah sentiasa berpada (bersifat qanaah) dengan apa jua pemberian dari
suaminya. Contoh yang paling ketara dan patut dicontohi oleh setiap muslimah ialah apa
yang diperlihatkan oleh puteri kesayangan Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. iaitu
Saiyidatina Fatimah Az-Zahrah. Walaupun ia terpaksa menghadapi pelbagai kesusahan
dalam kehidupan bersama suaminya, (Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. menangis
melihat keadaannya) namun ia tetap sabar serta sentiasa mengharapkan keredhaan
Allah Subhanahu wa taala. dan kesenangan hidup di akhirat. Dalam hal ini Rasulullah
Sallallahu alaihi wa sallam. pernah menyebut,

Untuk mencapai kesenangan akhirat, Fatimah seharusnya menelan segala kepahitan


hidup di dunia ini.
Seseorang isteri tidak sewajarnya merunggut-runggut terhadap suaminya tentang
keperluannya. Apa pun pemberian suaminya samada berupa nafkah mahu pun hadiah
hendaklah diterima dengan baik hati. Perlakuan para isteri masa kini yang sering
meminta itu dan ini daripada suaminya yang ternyata tidak berkemampuan adalah tidak
sewajarnya dilakukan. Para isteri seumpama ini pernah mendapat teguran dari Rasulullah
Sallallahu alaihi wa sallam. dengan sabdanya, Sesungguhnya aku tidak menyukai
wanita yang keluar dari rumahnya menyeret bajunya seraya mengeluh tentang
suaminya. (Riwayat At Tabrani)

Isteri dianggap sebagai durhaka sekiranya isteri tersebut keluar rumah tanpa izin atau
tanpa ditemani oleh suaminya atau mahramnya. Hal ini mendapat tegahan di sisi syarak
walaupun isteri keluar adalah semata-mata untuk menziarahi kaum keluarga, ibu bapa
atau kerana menuntut ilmu fardhu ain yang suaminya mampu mengajarkannya, apatah
lagi kalau ia keluar rumah kerana melibatkan diri dengan kelab-kelab wanita, persatuan-
persatuan dan sebagainya yang tiada kaitan dengan Islam.

Sesungguhnya telah berlaku satu peristiwa benar di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi
wa sallam. Seorang wanita tidak sanggup keluar rumah walaupun untuk menziarahi
ayahnya yang sedang tenat untuk menghembuskan nafas terakhir tanpa izin suaminya.
Wanita tersebut berada di tinggkat atas sementara ayahnya yang sedang tenat itu
berada di tinggkat bawah. Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. telah menyebut
mengenai peristiwa tersebut dengan sabdanya,

Sesungguhnya Allah mengampuni ayahmu dengan apa yang kamu lakukan itu.

Isteri yang solehah tidak langsung mempunyai cita-cita untuk keluar rumah kononnya
untuk berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, mengejar kemajuan agar standing
dengan kaum lelaki dan sebagainya, kerana yang demikian itu tidak menjamin rahmat
dan keredhaan Allah Subhanahu wa taala. bahkan mendedahkan diri kepada bernagai-
bagai fitnah. Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. pernah bersabda, Tiap wanita yang
keluar rumah tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dalam kemurkaan Allah
sehinggalah ia kembali ke rumahnya atau suaminya redha akan dia. (Riwayat Al-Khatib)

Syariat Islam tidaklah sebegitu kejam sehingga kaum wanita tidak dibenarkan langsung
untuk keluar rumah kerana sesuatu urusan yang penting. Tujuan meminta izin dan keluar
rumah dengan ditemani oleh suaminya atau mahramnya adalah sebagai tanda bahawa
ia hormat dan menghargai suaminya. Dengan keluar rumah ditemani oleh suami atau
mahramnya, perjalanannya menjadi selamat dan kehormatannya sebagai wanita Islam
dapat dipelihara.

Apabila seseorang isteri itu telah terlanjur mendurhaka atau menyakiti hati suaminya,
hendaklah ia segera meminta maaf kepada suaminya agar ia terlepas dari kemurkaan
Allah Subhanahu wa taala. Sememangnya tidak ada manusia yang sunyi dari melakukan
kesilapan dan kesalahan.

Di dalam satu riwayat disebutkan bahawa Saiyidatina Fatimah Az-Zahra telah menemui
Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. dengan keadaan menangis dan wajahnya sedih
tanda penyesalan. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. bertanya, Mengapa
wahai anakku Fatimah? Saiyidatina Fatimah menjawab, Kelmarin anakanda dengan Ali
bergurau-gurau sehingga terbit kata-kata dari anakanda yang menyakitkan sehingga Ali
marah kepada anakanda, lalu anakanda meminta maaf darinya dan mengelilinginya
sebanyak tujuh puluh kali sehinggalah ia memaafkan dan ia tertawa serta redha.

Mendengar keterangan Saiyidatina Fatimah, lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam.


pun bersabda, Demi diriku yang diangkat oleh Allah Subhanahu wa taala. sebagai Nabi,
sekiranya engkau mati sebelum Ali redha kepada kesalahan engkau itu, tidak akan aku
sembahyangkan jenazah engkau.

Isteri hendaklah tahu serta faham bahawa rumahtangga yang dibina itu merupakan
tempat penghibur di mana setelah penat suami menjalankan tugasnya di luar,
kepulangannya akan disambut dengan penuh setia dan sopan.

Contoh isteri yang benar-benar member layanan terhadap suaminya ialah apa yang
dilakukan oleh Saiyidatina Fatimah Az-Zahrah terhadap suaminya. Kepulangan suaminya
yang letih lesu dari medan peperangan disambut dengan wajah manis yang berseri-seri.

Begitu juga dengan ibunya, Saiyidatina Khadijah yang merupakan seorang isteri yang
sempurna serta seorang wanita beriman dan isteri yang begitu setia kepada suaminya.
Segala harta kekayaannya digunakan serta diserahkan kepada Rasulullah Sallallahu
alaihi wa sallam. untuk menyebarkan risalah Islam kepada umat manusia. Lantaran itu
dikatakan bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. pernah menyebut,

Islam terbangun atas harta Khadijah

Sewaktu berlakunya kepungan terhadap Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. dan


keluarga baginda serta umat Islam ketika itu, Khadijah meninggalkan segala-galanya dan
berdiri di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Kesusahan yang berlaku
semasa kepungan itu tidak pernah menyebabkan ia mengadu atau mengeluarkan kata-
kata yang melukakan hati Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam.

Anda mungkin juga menyukai