Anda di halaman 1dari 38

DRAF

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN


KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
TAHUN 4 6
DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


1
Malaysia Tahun 4 hingga 6
1.0 PENGENALAN

Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis merupakan


kemahiran asas Bahasa Malaysia. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pendidikan formal dalam kelas aliran
perdana. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam
Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 memberi
tumpuan kepada penambahbaikan sistem sedia ada, iaitu memperkenalkan pelaksanaan
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia merupakan inisiatif KPM bagi memastikan murid yang
mempunyai masalah berbahasa dalam Bahasa Malaysia dapat menguasai kemahiran
berbahasa dengan baik. Dalam tempoh ini, murid yang mempunyai masalah dalam
Bahasa Malaysia akan mendapat bimbingan secara berfokus melalui modul Program
Membaca, Menulis, dan Mengira (ProTiM). Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu selaras dengan
dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 KPM prihatin terhadap penguasaan kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa


Malaysia (BM) dalam kalangan murid. PPPM (2013-2025) menyatakan tentang
pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga
Tahun 6 yang mengalami masalah membaca, dan menulis dalam Bahasa
Malaysia. Inisiatif ini terkandung dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015,
iaitu memperkukuh sistem sedia ada.

2.2 Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini juga selaras dengan dasar
MBMMBI.

2.3 Program membasmi masalah membaca, menulis dan mengira (3M) ini turut menjadi
fokus utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 20062010 .

2.4 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan. Hal
ini termaktub dalam Laporan Razak 1957 dan Laporan Rahman Talib 1961.
Oleh itu, penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia penting untuk
memastikan semua murid dapat berinteraksi dengan baik dan sebagai
wahana merealisasikan perpaduan kaum.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


2
Malaysia Tahun 4 hingga 6
3.0 RASIONAL

3.1 Memastikan setiap murid mahir dan cekap berbahasa dalam Bahasa Malaysia.
3.2 Menyediakan murid dengan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Menaakul)
sebelum ke sekolah menengah.
3.3 Merapatkan jurang pencapaian murid antara jenis dan lokasi sekolah.
3.4 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid semasa berkomunikasi.
3.5 Mengeratkan perpaduan antara kaum.
3.6 Membina jati diri murid.
3.7 Memartabatkan bahasa kebangsaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah hanya
akan dijalankan jika masih terdapat dalam kalangan murid:

i. Tidak menguasai literasi (LINUS) Saringan 2 Tahun 3


ii. Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 Bahasa Malaysia dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)
iii. Tidak melepasi penguasaan praujian dan pascaujian ProTiM (2M)

5.0 KERANGKA KONSEP

INPUT/SUMBER PROSES
a) Kelas Linus Kelas Pemulihan Bahasa
(Murid tidak menguasai Malaysia di luar jadual
kemahiran literasi saringan 2 waktu
Tahun 3)

b) KSSR Bahasa Malaysia


(Murid Tahun 3 yang berada OUTPUT/KELUARAN
pada TP 1 dan 2 ) Pencapaian 100% murid OUTCOME/HASIL
dalam kemahiran Bahasa Murid menguasai
c) ProTiM kemahiran literasi dan
Malaysia pada tahun 2015
(Praujian - murid yang belum kemahiran Bahasa
Tahun Pencapaian
menguasai kemahiran Bahasa Malaysia
2014 4 94%
Malaysia)
2015 5 100%
*Tidak termasuk murid
berkeperluan khas

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


3
Malaysia Tahun 4 hingga 6
6.0 OBJEKTIF

6.1 Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai
kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015.
6.2 Memastikan semua murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa
Malaysia.
6.3 Memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah.
6.4 Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa
kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.

7.0 MATLAMAT

Merealisasikan visi dan misi PPPM (2013-2025) serta meningkatkan prestasi pencapaian
Bahasa Malaysia dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

8.0 PERANAN PENTADBIR

8.1 Peranan KPM

8.1.1 Membentuk Jawatankuasa Kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan


Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat
kebangsaan.
8.1.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama bahagian di KPM.
8.1.3 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).
8.1.4 Menyediakan garis panduan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.1.5 Menyediakan modul untuk pembelajaran dan pengajaran Kelas
Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6
(modul ProTiM).
8.1.6 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua JPN.
8.1.7 Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru yang
mengendalikan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga
Tahun 6.
8.1.8 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4
hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan JPN.
8.1.9 Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan pengarah JPN.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


4
Malaysia Tahun 4 hingga 6
8.10 Mengumpulkan pelaporan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga 6 daripada pihak JPN.
8.1.11 Melaporkan pencapaian pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada pihak Pengurusan
Tertinggi KPM.

8.2 Peranan JPN

8.2.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan


Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat negeri.
8.2.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama PPD.
8.2.3 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada PPD .
8.2.4 Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sebagai
Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Pengarah Pendidikan Negeri.
8.2.5 Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur
pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga
Tahun 6.
8.2.6 Mengumpul, menyemak dan membuat analisis data berkaitan
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.2.7 Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai
kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia di peringkat JPN.
8.2.8 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di luar jadual waktu
persekolahan.
8.2.9 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4
hingga Tahun 6 secara berkala.
8.2.10 Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan pegawai pelajaran daerah.
8.2.11 Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada KPM.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


5
Malaysia Tahun 4 hingga 6
8.3 Peranan PPD

8.3.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan


Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat daerah.
8.3.2 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru besar.
8.3.3 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar dan ketua
panitia Bahasa Malaysia.
8.3.4 Memantau dan membimbing secara berterusan pelaksanaan Kelas
Pemuliha n Bahasa Ma laysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.3.5 Mengadakan dialog prestasi berkaitan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dengan guru besar.
8.3.6 Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD.
8.3.7 Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai
k e m a hira n Ba ha sa M a lay s ia pa da pe ring k at da e ra h.
8.3.8 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia dengan berkesan.
8.3.9 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia dijalankan di luar jadual waktu persekolahan.
8.3.10 Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada JPN.

8.4 Peranan Guru Besar

8.4.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan


Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah.
8.4.2 Memastikan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 dijalankan mengikut garis panduan yang
dikeluarkan oleh KPM.
8.4.3 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru di sekolah.
8.4.4 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru di sekolah.
8.4.5 Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru
besar.
8.4.6 Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4
hingga Tahun 6 dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah pada
waktu yang ditetapkan.
8.4.7 Membuat unjuran bilangan murid yang belum menguasai
kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia di peringkat
JPN.
Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT
6
Malaysia Tahun 4 hingga 6
8.4.8 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4
hingga Tahun 6 secara berterusan.
8.4.9 Mencerap pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru di Kelas
Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara
berkala.
8.4.10 Mengenal pasti murid yang terlibat dalam kelas pemulihan Tahun 4
hingga Tahun 6 dengan melaksanakan ujian/saringan.
8.4.11 Melantik guru untuk mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.4.12 Memastikan tempat pelaksanaan yang sesuai dan kondusif bagi
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di
sekolah.
8.4.13 Menyediakan jadual Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4
hing ga Ta hun 6 di lua r ja dua l wa kt u pe rs ek ola ha n.
8.4.14 Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa murid yang terlibat
dalam Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.
8.4.16 Memastikan murid menghadiri Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
sepenuhnya.
8.4.17 Menyebar luas pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
kepada ibu bapa dan komuniti.
8.4.18 Memastikan pelaksanaan/pelaporan /pencapaian Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia menjadi agenda mesyuarat profesionalisme di
sekolah.
8.4.19 Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai
tahap penguasaan berbahasa Malaysia.

8.5 Peranan Guru

8.5.1 Merancang dan melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia


Tahun 4 hingga Tahun 6 mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan.
8.5.2 Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia.
8.5.3 Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid
Tahun 4 hingga Tahun sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru.
8.5.4 Memastikan dan merekodkan kehadiran murid ke Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia sepenuhnya.
8.5.5 Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4
hingga Tahun 6 dihantar kepada guru besar pada waktu yang
ditetapkan.
8.5.6 Melaporkan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar secara berterusan.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


7
Malaysia Tahun 4 hingga 6
8.5.7 Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai
sasaran.
8.5.8 Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan
murid.

8.6 Peranan Guru Pemulihan Khas

8.6.1 Menjadi ahli jawatankuasa Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.


8.6.2 Menjalankan PdP Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sekiranya
bilangan waktu mengajar kurang daripada 30 waktu seminggu.
8.6.3 Memberi khidmat bimbingan kepada guru Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia.
8.6.4 Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia.

8.7 Peranan Ibu Bapa/Penjaga

8.7.1 Menyokong dan memberi kerjasama dalam pelaksanaan Kelas


Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang
dijalankan di sekolah.
8.7.2 Memastikan anak jagaan hadir dan mengikuti Kelas Pemulihan
Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di
sekolah.

8.8 Peranan PIBG

8.8.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid


Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah sama ada
dari segi kewangan dan sokongan moral.
8.8.2 M e ny e ba r l ua s pe la k s a na a n K e la s P e m uli ha n Ba ha s a
Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua ibu bapa.
8.8.3 Menjadi perantara antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang
terlibat.
8.8.4 Memastikan setiap murid pemulihan yang terpilih mengikuti
kelas pemulihan yang dirancang.

8.9 Peranan Komuniti

8.9.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid


Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah sama ada
kewangan atau pun sokongan moral.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


8
Malaysia Tahun 4 hingga 6
9.0 PROSEDUR STANDARD OPERASI

9.1 Pentadbiran

9.1.1 Jadual Waktu

i. Agihan Waktu Mengajar

a) Dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan.


b) 2 hingga 5 jam seminggu.
c) Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan sebelum
atau selepas sesi persekolahan.
d) Jadual waktu hendaklah diberikan kepada guru, murid dan ibu bapa
yang terlibat.
e) Bekerjasama dengan jawatankuasa induk jadual waktu.

ii. Bilangan Murid

Maksimum 5 orang murid bagi setiap Kelas Pemulihan Bahasa


Malaysia.

iii. Penyediaan jadual waktu

a) seorang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau


b) lima orang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau
c) seorang guru berdasarkan kemahiran; atau
d) p i l i h a n - p i l i h a n l a i n b e r da s a rk a n k e b ij a k s a n a a n G u r u
Besar.

iv. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan Bahasa


Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mestilah menggunakan Bahasa
Malaysia sepenuhnya.

9.1.2 Pengurusan Fail

i. Fail Induk Pengurusan


Pelan Tindakan
Takwim
Carta Gantt
Jadual Waktu
Surat Keluar / Masuk
Borang Tindakan Susulan

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


9
Malaysia Tahun 4 hingga 6
ii. Fail Individu Murid
Borang Pencalonan
Profil Murid
Salinan Surat Persetujuan Ibu Bapa

iii. Fail Guru


Data Prestasi Murid (Individu)
Data Praujian ProTiM
Data Pascaujian ProTiM
Rekod Pencapaian Murid
Rekod Persediaan Mengajar (Boleh ditulis dalam bentuk
helaian)
Rekod Kedatangan Murid

9.1.3 Rekod Kedatangan Murid

Rekod Kedatangan Murid di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia hendaklah


disediakan bagi merekodkan kehadiran murid setiap kali kelas dijalankan.

9.2. Sumber Kewangan

9.2.1 Pihak Pentadbir sekolah disarankan merujuk kepada Pekeliling Kewangan


Bil:2/91KP1573/17/ jld.8 (78) bth. 11 Feb. 1991 ( Di bawah Bantuan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling)
9.2.2 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi
Bahasa Malaysia diguna sama untuk penyediaan bahan bantu
mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.
9.2.3 Pihak pentadbir sekolah boleh memohon bantuan kewangan daripada
PIBG/Komuniti.

9.3 Pelantikan Guru

Semua guru boleh dilantik sebagai guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Tahun 4 hingga Tahun 6. Guru yang dilantik mestilah berkemahiran Bahasa
Malaysia dengan baik.

9.4 Pencalonan Murid

Pencalonan murid adalah berdasarkan kepada pencapaian dalam:


i. Kelas LINUS (belum menguasai literasi)
ii. KSSR Bahasa Malaysia (TP 1 dan TP 2)
iii. ProTiM (Praujian)

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


10
Malaysia Tahun 4 hingga 6
9.5 Pelaksanaan program

Bermula pada tahun 2014 selepas praujian ProTim

9.6 Bahan sokongan

9.6.1 Modul ProTiM yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan


Kurikulum (BPK).
9.6.2 Bahan-bahan sokongan lain yang sesuai

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


11
Malaysia Tahun 4 hingga 6
10.0 CARTA ALIR

CARTA ALIR PELAKSANAAN


KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Murid
LINUS (Saringan 2 Tahun 3)
KSSR ( TP 1 & 2)

Praujian ProTiM

Sudah menguasai Keputusan


Praujian
ProTiM

Belum menguasai

Pengajaran dan
pembelajaran Belum
menguasai
kemahiran
berbahasa
Pascaujian ProTiM meneruskan
pengajaran
pemulihan
Bahasa Malaysia

Murid belajar Keputusan


seperti biasa
Pascaujian ProTiM

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


12
Malaysia Tahun 4 hingga 6
11.0 SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

Menyediakan perancangan strategik


untuk peningkatan pencapaian murid
yang tidak menguasai kemahiran
membaca dan menulis Bahasa
Malaysia

Waktu PdP guru Membantu murid Tahun 4


pemulihan Bahasa hingga 6 yang tidak
Malaysia Tahun 4 hingga menguasai kemahiran
6 selama 2 hingga 5 jam asas bertutur, membaca,
seminggu di luar PdP. menulis dan menaakul.

SOP GURU PEMULIHAN


BAHASA MALAYSIA TAHUN 4
HINGGA TAHUN 6

Menyediakan BBM untuk


Kelas Pemulihan
murid pemulihan Bahasa
Bilangan murid dalam PdP
Malaysia
tidak melebihi 5 orang
untuk seorang guru.
(Nisbah Guru : Murid; 1 : 5)
Mengadakan Program Intervensi
untuk murid pemulihan BM

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


13
Malaysia Tahun 4 hingga 6
12.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM

Mula

Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana Kelas Pemulihan BM

Mendapat data murid yang tidak menguasai LINUS/KSSR TP 1 dan TP 2 daripada


guru BM tahun 3 sebelumnya

Menjalankan praujian ProTiM kepada murid yang telah dikenal pasti

Menyediakan pelan tindakan/intervensi untuk murid Kelas Pemulihan Bahasa


Malaysia

Melaksanakan PdP murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang telah dikenal pasti

Melaksanakan pascaujian ProTiM

Membuat analisis kepada murid pemulihan selepas selesai pelaksanaan modul ProTiM

Membuat pelaporan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia


(Murid menguasai BM masuk arus perdana, belum menguasai BM akan
meneruskan PdP pemulihan pada tahun yang berikutnya)

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


14
Malaysia Tahun 4 hingga 6
13.0 SOP GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SEMASA PdP

SOP GURU KELAS PEMULIHAN BM SEMASA PdP

Mula

Merekod kehadiran murid pemulihan BM

Melaksanakan PdP kepada murid pemulihan BM

Membuat refleksi PdP

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


15
Malaysia Tahun 4 hingga 6
14.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SELEPAS
PROSES PdP

PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM SELEPAS PROSES PdP

Mula

Memaklumkan hasil dapatan bimbingan dan tahap pencapaian murid kelas


pemulihan kepada pihak pentadbir sekolah

Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat hasil dapatan selepas bimbingan

Melaporkan perkembangan dan pencapaian kepada pentadbir, PPD, JPN

Merangka pelan tindakan susulan/intervensi

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


16
Malaysia Tahun 4 hingga 6
15.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA
TAHUN 6

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BM

Pengerusi
Guru Besar

Timbalan Pengerusi
PK Kurikulum

Naib Pengerusi
PK HEM
PK Petang
PK Pendidikan Khas

Setiausaha
Ketua Panitia BM

AJK
Semua Guru yang Dilantik
Guru Pemulihan

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


17
Malaysia Tahun 4 hingga 6
16.0 TERMA RUJUKAN (TOR)

BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN


Jenis SJK(C) dan SJK(T)
PPPM 2013-
Jenis dan lokasi Lokasi bandar, luar bandar dan
1 2025,
sekolah pedalaman
EMIS
Semangat penyatuan antara Melayu, Cina, Kamus
Mengeratkan
India, Bumiputera dan lain-lain melalui Dewan,
2 perpaduan antara
Bahasa Malaysia PPPM 2013-
kaum
2025
Jangkaan pengurangan murid yang belum
LINUS,
Unjuran bilangan menguasai kemahiran berbahasa Bahasa
3 KSSR-PBS,
murid Malaysia
ProTiM
Ketua Jabatan di Pejabat Pendidikan
Pegawai Pendidikan
4 Daerah
Daerah
Setiap bulan kepada guru besar, PPD , JPN
Melaporkan secara
5 dan KPM
berkala
Kumpulan pelaksana pada peringkat KPM,
6 Jawatankuasa kerja JPN, PPD dan sekolah

Bilik darjah atau mana-mana ruang yang


7 Tempat pelaksanaan sesuai dan kondusif untuk PdP

Garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM


Garis panduan yang
8 dan perlu dipatuhi
ditetapkan
Semua murid Kelas Pemulihan Bahasa
9 Kehadiran sepenuhnya Malaysia wajib hadir dan direkodkan

Dimasukkan di dalam Fail Induk Panitia


10 Fail induk pengurusan
Bahasa Malaysia
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang
dirancang di luar jadual waktu
(Penetapan guru, kelas, murid dan jadual
Kelas Pemulihan yang waktu)
11
dirancang

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


18
Malaysia Tahun 4 hingga 6
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN
Semua guru terlatih boleh dilantik. Guru
Semua guru boleh
12 pelatih, guru ganti dan guru sandaran
dilantik
tidak terlatih tidak boleh dilantik
Guru besar, penolong-penolong kanan
13 Pentadbir sekolah
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula
Tahun 2014.

2014 2015 2016 2017 2018


Tahun Tahun Tahun
Pelaksanaan Kelas 4 5 6
14
Pemulihan BM Tahun Tahun Tahun
4 5 6
Tahun Tahun Tahun
4 5 6

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),


Pertubuhan Swasta, Masyarakat
15 Komuniti Setempat, JKKK, MGB, Pejabat Daerah dan
lain-lain.

Program Tiga M( Membaca, menulis dan


16 ProTiM
mengira)
Buku Program
17 LINUS Program Literasi dan Numerasi
LINUS
KSSR Tahap Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Penguasaan 1 dan Tahap Penguasaan 1 Sangat Terhad
18
Tahap Penguasaan 2 Tahap Penguasaan 2 Terhad
(TP)
Sebelum atau selepas waktu persekolahan
sehingga 2 hingga 5 jam seminggu. Buku Panduan
19 Luar jadual waktu Tidak boleh mengganggu waktu PdP PPPM 2013-
murid. 2025,

Bentuk bahasa yang betul/gramatis dan


Standard Bahasa Kamus Dewan
20 diterima oleh semua penutur
Malaysia Edisi Keempat

21 PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


19
Malaysia Tahun 4 hingga 6
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN

Surat pelantikan yang ditandatangani oleh


22 Pelantikan guru
guru besar

Prosedur tertentu yang ditetapkan bagi


menjamin kualiti dan kredibiliti yang Perfomance
23 Standard operasi
ditetapkan untuk mencapai sasaran Standard DBP

Garis panduan pengurusan kewangan


peruntukan bantuan persekolahan ke
SP Kewangan
24 Peruntukan PCG sekolah berdasarkan per kapita dan
Bil. 8 /2012
enrolmen murid.

Langkah-langkah tindakan yang diambil


Kamus Dewan
25 Pelan tindakan untuk mencapai satu tujuan
Edisi Keempat
Tindakan awal dalam mengesan
keupayaan murid dan mengambil langkah
26 Intervensi membantu mengatasi masalah yang
dikesan

Mencadangkan atau mengemukakan


nama murid untuk mengikuti Kelas
27 Pencalonan murid
Pemulihan Bahasa Malaysia

Hasil daripada proses mengesan murid


yang layak mengikuti Kelas Pemulihan
28 Saringan
Bahasa Malaysia

Proses kerja yang disediakan mengikut


29 Prosedur kerja prosedur yang ditetapkan

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


20
Malaysia Tahun 4 hingga 6
BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN

Jam Deskripsi
5 jam Murid Linus yang
tidak menguasai
Konstruk 1-2
Murid Tahap
Penguasaan (TP) 1
dan TP 2 dalam KSSR
4 Jam Murid Linus yang
30 2 jam hingga 5 jam tidak menguasai
Kontruk 3-6
3 jam Murid Linus yang
tidak menguasai
konstruk 7-10
2 Jam Murid Linus yang
tidak menguasai
konstruk 11-12

Bil Kriteria
1 Guru Bahasa Malaysia
2 Bukan guru Bahasa Malaysia
perlu sekurang-kurangnya
memperoleh gred B4 atau B-
dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia atau
Semua guru boleh setaraf dengannya (bagi
31 sekolah yang kurang guru
dilantik
opsyen BM).
3 Guru yang mengikuti kursus
bahasa Malaysia jangka
pendek yang dianjurkan oleh
IPG/ Universiti

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


21
Malaysia Tahun 4 hingga 6
17.0 RUMUSAN

Garis Panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mulai tahun 2014. Diharapkan
Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak
demimembantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran
berbahasa Bahasa Malaysia, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam
PPPM 2013-2025.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


22
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Soalan Lazim

1. Apakah Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6
di SJK?

Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK
adalah untuk Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai
kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015, menguasai kemahiran berbahasa
Bahasa Malaysia, memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua
sekolah dan memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa
kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.

2. Siapakah murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga
Tahun 6 di SJK?

Murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di
SJK ialah murid tidak menguasai kemahiran Literasi (LINUS) saringan 2 Tahun 3, m urid
Tahun 3 yang berada pada TP 1 dan 2 dalam KSSR dan murid yang belum menguasai
kemahiran Bahasa Malaysia semasa praujian ProTim.

3. Berapa lama masa pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6
di SJK?

Pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK mengambil
masa 2 jam hingga 5 jam mengikut keperluan murid.

4. Siapakah guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga
Tahun 6 di SJK?

Guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6
di SJK ialah semua guru terutamanya guru bahasa Malaysia, guru yang memperoleh
keputusan Bahasa Malaysia SPM sekurang-kurang B4 atau B- dan guru yang pernah
atau telah mengikuti kursus Bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh IPGM/
Universiti.

5. Bagaimanakah pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga


Tahun 6 di SJK?

Pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK
adalah melalui keputusan Linus saringan 2 tahun 3, Keputusan PBS tahun 3, murid yang
dicalonkan oleh guru. Kesemua murid ini akan mengambil praujian ProTim dan mereka
yang tidak melapas pra ujian inilah yang akan terlibat dalam kelas pemulihan Bahasa
Malaysia.
Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT
23
Malaysia Tahun 4 hingga 6
6. Adakah murid berkeperluan khas terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?

Murid berkeperluan khas tidak terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa
Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK.

7. Bilakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan?

Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK akan bermula pada
tahun 2014.

8. Adakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan
dalam waktu PdP atau di luar PdP?

Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan di luar
PdP.

9. Berapa orang murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun
4 hingga Tahun 6 di SJK?

Murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga
Tahun 6 di SJK ialah seramai 5 orang.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


24
Malaysia Tahun 4 hingga 6
LAMPIRAN A

BORANG PENCALONAN
KEMASUKAN KE KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA
TAHUN 20....

1. Nama Sekolah : .............................................................. 2. Kelas : .........................................

3. Nama Murid : ........................................................................................................................

4. Jantina : L P 5. Tarikh Lahir : ................................

6. Kaum / Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

7. No. Sijil Lahir : .............................................................................................

8. Umur : .............................................................................................

9. Jantina : .............................................................................................

10. Jumlah Kedatangan : ............................................................................................


(Tahun Sebelumnya)

11. Sebab-sebab dicalonkan ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia


(Tandakan pada kotak yang sesuai)

11.1. Tidak Menguasai Saringan LINUS Konstruk ..........................

11.2. Tidak melepasi Ujian PraProTiM Markah ............................

11.3. Tidak melepasi TP KSSR TP ....................................

11.4. Masalah Kesihatan Nyatakan:............................

11.4 Cadangan guru mata pelajaran

11.5. Permintaan ibu bapa

11.6. Cadangan Guru Besar

11.7. Lain-lain

Nyatakan: ..................................................................................................................................

Tandatangan Guru Kelas Tarikh : ...............................

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


25
Malaysia Tahun 4 hingga 6
LAMPIRAN B

BORANG PROFIL MURID KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA


TAHUN 20.............

-photo-

1. Nama Sekolah : .............................................................. 2. Kelas : .........................................

3. Nama Murid : ........................................................................................................................

4. Jantina : L P 5. Tarikh Lahir : ................................

6. Kaum / Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

7. No. Sijil Lahir : ...................................... Umur : .......................................................

9. Bil. Adik-beradik : ....................... anak ke : ...............

10. Tarikh Masuk Sekolah:..............

11. Alamat Rumah : ........................................................................................................................

........................................................................................................................

12. Bandar/Luar Bandar: ................................ Jarak dari sekolah: ....................................................

13. Cara ke sekolah : ........................................................................................................................

14. Nama ibu/bapa : ........................................................................................................................

15. Nombor Telefon Bimbit: ............................................... 16. Pekerjaan ibu/bapa: ..........................

17. Latar belakang Pendidikan Ibu bapa/penjaga: ................................................................................


(Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti)

Tandatangan guru Tarikh:

.......................................

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


26
Malaysia Tahun 4 hingga 6
LAMPIRAN C
Contoh Borang Ujian Saringan (Praujian ProTiM)

MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA


TAHUN :...............................

BIL KEMAHIRAN
(IKUT UNIT)
Skor
Keseluruhan
NAMA MURID

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


27
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran D

Contoh Borang Hasil Penilaian yang telah dijalankan (Pascaujian ProTiM)

NAMA : ________________
TAHUN : ________________
SEKOLAH : ________________

BIL NAMA MURID JANTINA KAUM MARKAH LULUS MENGIKUT UNIT


L P M C I L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

...................................... ...............................
Nama:
Guru Kelas Pemulihan BM Guru Besar

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


28
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran E

Contoh Rancangan Pengajaran

CONTOH 1 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Tajuk : Membaca dan menulis suku kata terbuka

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,


1. Murid dapat membaca suku kata terbuka
2. Murid dapat menulis suku kata terbuka

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan 10 gambar yang terdapat suku kata terbuka


Contohnya pasu, keju, baja, kerusi, kereta
2. Murid diminta menyebut nama gambar tersebut secara individu dan
kumpulan
3. Murid boleh menyebut suku kata terbuka mengikut gambar
4. Murid melengkapkan suku kata berdasarkan gambar

Refleksi : Semua murid boleh membaca dan menulis suku kata terbuka dengan
betul.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


29
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran F

CONTOH2 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Tajuk : Membaca Ayat Tunggal dengan sebutan yang betul serta intonasi yang
jelas dan lancar

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membaca 5


ayat tunggal yang ditunjukkan dengan betul dan lancar

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan beberapa keping kad perkataan.


Contohnya: perpustakaan , menghias , membuat
2. Murid diminta menyebut perkataan tersebut (sebutan lancar dan jelas)
3. Guru menunjukkan kad ayat tunggal
4. Guru meminta murid membaca bersama-sama (bacaan mekanis)
5. Murid diminta membaca secara individu (penilaian)

Refleksi : Semua murid boleh membaca 5 ayat yang diberi dengan jelas dan lancar

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


30
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran G

CONTOH 3 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Tajuk : Membaca dan menulis perkataan diftong

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,


1. Murid dapat membaca 6 perkataan diftong
2. Murid boleh menulis 6 perkataan diftong

Aktiviti : 1. Murid mengambil kad perkataan yang mengandungi diftong


Contoh: pulau, kedai, pakai, helai, lebai, boroi, pukau
2. Murid menyebut perkataan diftong secara individu dan kumpulan
3. Murid mengeja perkataan diftong dengan betul
4. Murid melengkapkan dan menulis perkataan diftong

Refleksi : Semua murid dapat membaca dan menulis perkataan diftong

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


31
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran H

CONTOH 4 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Tajuk : Bapaku pulang dari kota

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,


1. Murid dapat membaca cerita pendek yang diberi dengan intonasi dan
sebutan yang jelas dan lancar
2. Murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman yang diberi dengan tepat
dan betul .

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan petikan cerita pendek bertajuk 'Bapaku pulang dari
kota'
2. Guru meminta murid membaca bersama-sama petikan yang diberi
(bacaan mekanis)
3. Murid diminta membaca secara individu (penilaian)
4. Murid diberikan soalan pemahaman dan diminta untuk menjawab
5. Berbincang mengenai jawapan dan semakan jawapan pelajar (penilaian)

Refleksi : 1. Semua murid boleh membaca petikan yang diberi dengan jelas dan
lancar
2. Semua murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman dengan tepat dan
Betul

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


32
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran I

CONTOH 5 - PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Tajuk : Menulis ayat dalam perenggan

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,


Murid dapat menulis ayat dalam bentuk perenggan

Aktiviti : 1. Guru mempamerkan lima gambar pada papan tulis


2. Murid mengambil kad ayat yang disediakan dan padankan dengan
gambar
3. Murid membaca ayat yang lengkap berdasarkan gambar mengikut
urutan
4. Murid menulis ayat yang lengkap berdasarkan kad ayat mengikut
urutan dalam satu perenggan

Refleksi : Semua murid dapat menulis ayat dalam satu perenggan

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


33
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran J
Cadangan Jadual Waktu A
(sekolah 2 sesi)

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang


( 30 minit) (30 minit) (1 jam)
(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

Cadangan Jadual Waktu B

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang


( 30 minit) (30 minit) (1 jam)
(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

Cadangan Jadual Waktu C


(sekolah satu sesi)

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang


( 30 minit) (30 minit) (1 jam)
(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


34
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran K
Cadangan Jadual Waktu D

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang


( 30 minit) (30 minit) (1 jam)
(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

Nota :
1. Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula
pada hari Ahad hingga Khamis, manakala negeri-negeri lain kelas pemulihan bermula pada
hari Isnin hingga Jumaat.
2. Masa diperuntukkan adalah 2 hingga 5 jam seminggu.
3. Pindaan jadual tertakluk kepada pihak pengurusan sekolah.

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


35
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran L

Contoh Surat Pelantikan Guru Pemulihan Bahasa Malaysia

KEPALA SURAT SEKOLAH

Rujukan:
Tarikh :

Tuan/Puan/Encik/Cik

----------------------------------
----------------------------------

Tuan/Puan,

PELANTIKAN GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik ................................................................


(No. KP :.............................) telah dilantik sebagai Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di
SJK........................................................................ mulai .................................

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di


Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di luar waktu pengajaran dan pembelajaran agar matlamat Kelas
pemulihan Bahasa Malaysia untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia
(menulis dan membaca) tercapai.

4. Pelantikan ini hendaklah dipatuhi. Sebarang pertukaran Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
mestilah dirujuk kepada pentadbir sekolah untuk kelulusan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..................................................
( )

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


36
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Lampiran M

Contoh Surat Makluman Ibu Bapa

KEPALA SURAT SEKOLAH

Rujukan:
Tarikh :

Tuan/Puan/Encik/Cik

----------------------------------
----------------------------------

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA 2014

Saya dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan/Encik/Cik .............................................................


(No. Sijil Lahir :.............................) telah dikenal pasti untuk mengikutiKelas Pemulihan Bahasa Malaysia
tahun ............................... mulai .................................

3. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan dikehendaki hadir mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa
Malaysia. Kelas ini akan dijalankan di luar waktu pembelajaran supaya anak tuan/puan dapat menguasai
kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia dengan baik.

4. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi _______________


melalui talian ________________.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..................................................
( )

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


37
Malaysia Tahun 4 hingga 6
Jawatankuasa Kerja Penyediaan Buku Garis Panduan
Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia
Pengurus Program
Rusdi bin Mat Nor Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ahli Panel
Dr Roziah binti Abdullah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Dr Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Hjh Tuslah binti Abdan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Ismail bin Ibrahim Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Norhafizah binti Kamaruddin Bahagian Perkembangan Kurikulum
Norliah binti Mohd Amin Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Shafiron bin Hashim Lembaga Peperiksaan
Suaini binti Mohd Amin Bahagian Buku Teks
Khawidah binti Abd Samad Bahagian Pendidikan Guru
Tajudin bin Abdullah Bahagian Sukan
Hjh Siti Khadijah binti Hj Mion Bahagian Kokurikulum
Aishah binti Othman Bahagian Teknologi Pendidikan
Nor Zalina binti Nasir Bahagian Pendidikan Khas
Norhayati binti Aziz@Esa Intitut Aminuddin Baki
Siti Nafsiah binti Ismail Institut Pendidikan Guru Malaysia
Nordin bin Ismail Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kamarozaman bin Hj Ahmad Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Zoraimi bin Shariff Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Rubiaton binti Ibrahim Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Nasri bin Ramli Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan
Harun bin Mahbut Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Hesam bin Mohd Kasron Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Mohamad Hashim bin Ismail Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Ab. Abid bin Mohamad Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Meor Mohamad Zain bin Meor Jadi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Hanri bin Hamden Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Noorartini binti Hj Arjikal Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Azizah binti Jupri Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Afandi bin Nasir Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Muhammad Aris bin Shuib Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cheng Yew Teck Guru Besar SJK(C) Kepong 1, Kuala Lumpur
Sitha A/P Thangavaloo Guru Besar SJK(T) Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Chong Not Mooi Guru Besar SJK(C)Nan Yik Lee Rubber, Kuala Lumpur
Mariyamal A/P Sinathamby Nadarajah Guru Besar SJK(T) Sungai Besi, Kuala Lumpur
Chng Sim Imm Guru Besar SJK(C)Yoke Nam Oug, Kuala Lumpur
Goh Ai Guat Guru Besar SJK(C)Chung Hua Klang, Kota Kemuning, Selangor
T Hanaseelan A/L N. Seethapathy Guru Besar SJK(T) Ladang Rinching
Chin Ah Soon Guru Besar SJK(C) On Pong 2, Hulu Langat Selangor
Arasirani A/P Chelliah Guru Besar SJK(T) Batu Caves, Selangor
Chew Hock Jin Guru Besar SJK(C) Subang, Selangor
A. Rajendra Devi Guru Besar SJK(T) Bestari Jaya, Selangor
Malarkodi A/P Krishnan Pen. Kanan (HEM) SJK(T) Jalan San Peng, Kuala Lumpur

Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa SULIT


38
Malaysia Tahun 4 hingga 6

Anda mungkin juga menyukai