Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah
dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.
Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik,
dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran.
Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan
selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.
Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif
untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa
yang kita baca.
Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir
sebelum menghadapi peperiksaan.
Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah
berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku.
Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]
What [Apa]
Why [kenapa]
When [bila]
Where [di mana]
How [bagaimana]
Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.
Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.
Contoh-Contoh Nota
Peta Minda
Carta
Grafik
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan.
Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang
berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling
mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran,
maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan
gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana
ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa
duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen
bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi.
Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga
yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang
diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda,
satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di
tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula
ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat,
anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari
sekarang.
Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).
3)PENGURUSAN MASA
Kepentingan Masa
Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang
menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh
kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali merka yang beriman dan
beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Pembahagian Masa
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima
masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan
seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam
peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi
persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah
pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.
Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh
menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
keluarga
rakan-rakan
aktiviti yang tidak berfaedah
pengaruh media massa
sikap