Anda di halaman 1dari 1

Quiz 1 SXEP2107

Nama : Dayang NorSheilla Binti Hairul Anam


No Matrik : SEP130004
"Bincangkan satu kaedah yang boleh digunakan guru dalam pengajaran
matematik dengan menggunakan teknologi"

Pada pendapat saya, kaedah yang sesuai digunakan oleh guru dalam
pengajaran matematik ialah kaedah demonstrasi. Kaedah ini melibatkan
kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu
aktiviti di hadapan murid. Guru perlu menggunakan teknologi sebagai alat
untuk membuat demonstari dan ia memerlukan aktiviti penerangan guru
bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan
murid. Contohnya untuk menerangkan sesuatu konsep matematik seperti
konsep membina sudut. Guru perlu memberi demonstrasi dengan
menayangkan video tentang langkah-langkah untuk membina sudut
menggunakan protaktor atau secara terus menggunakan perisian yang ada
di komputer seperti Geogebra. Tayangan yang disediakan sepatutnya
mengandungi elemen multimedia yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar. Secara tidak langsung guru akan melaksanakan teori pembelajaran
Bruner kerana guru memberi informasi baru dan mentransformasi informasi
tersebut dengan membuat demonstrasi. Demonstrasi dalam bentuk
tayangan ataupun alat bantu mengajar merupakan rangsangan dan pelajar
akan memberi respon serta memproses informasi tersebut. Objektif kaedah
pengajaran demonstrasi ialah murid dapat mencontohi dengan lebih tepat
serta mudah untuk mereka laksanakan sendiri. Bukan itu sahaja,
demonstrasi yang baik dapat mengukuhkan ingatan pelajar tentang langkah-
langkah melaksanakannya. Dengan demonstrasi pelajar juga mudah faham
dan bertambah minat untuk belajar. Disamping itu, guru dapat membetulkan
sebarang kesilapan yang berlaku. Persembahan dan prestasi pelajar juga
akan lebih bermutu. Pelajar dapat membina keyakinan untuk melaksanakan
demonstrasi secara individu kerana idea, prinsip atau konsep pelajaran
dapat diilustrasikan dengan jelas. Guru juga dapat mengurangkan masa
pelajaran berbanding dengan kaedah cuba jaya. Kesimpulannya saya akan
memilih kaedah demonstrasi dalam pengajaran matematik pada masa akan
datang tidak kira sama ada dengan menggunakan teknologi atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai