Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum W.b.t

Yang dihormati Tuan pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.
penjaga masa yang tidak di lupa. Seterusnya hadirin semua.

Warnanya menarik memikat kita,


Bunga mekar harum baunya,
Izinkan saya menyampaikan cerita,
Air mata keinsafan itulah tajuknya

Aqilah melihat jam di tangan kanannya sudah menunjukkan pukul 12.00


tengah malam.

Ahh, hari sudah lewat malam. Mengapa mataku masih belum mahu terlelap
dan perasaanku terasa aneh? keluh Aqilah lantas membuka lampu biliknya.

"Sungguh usang rumah nenek dan tok wan ni. Andai ibu bapaku masih hidup,
pasti hidup aku tidak sesukar ini. Aku pasti sedang memakai pakaian yang indah dan
makan makanan yang lazat. Aku akan dilayan bagaikan puteri kayangan kerana ibuku
seorang yang kaya raya," kata Aqilah sambil melihat sekeliling rumah yang usang.

Mata Aqilah kian mengantuk setelah membaca beberapa helaian pada buku
cerita. Namun, Aqilah bertekad untuk menghabiskan membacanya malam itu juga.
Aqilah bergegas ke dapur untuk merjerang air dan membancuh kopi agar matanya
kembali segar. Sengaja Aqilah membesarkan api agar air yang dijerangnya cepat
mendidih. Aqilah kembali menyambung membaca buku sementara menunggu air
mendidih. Mata Naemah kian mengantuk dan tersengguk-sengguk. Dia segera
kembali ke dalam bilik.

Tiba-tiba badannya terasa bahang dan terlalu panas. Kedengaran suara riuh-
rendah. Aqilah dapat menangkap beberapa suara yang memanggil namanya. Nafasnya
terasa sesak. Bajunya basah bermandikan peluh.
Aqilah membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat ke kiri dan ke kanan.
Matanya terasa pedih dan berair apabila dimasuki asap. Dia terbatuk -batuk akibat
terhidu asap yang memenuhi ruang rumah papan yang sedang dijilat api.

"Tolong!!! Tolong!!! Nenek !!! Tok Wan tolong saya," jerit Aqilah sekuat
hatinya. Jantungnya berdegup kencang. Terbayang difikirannya hanya mati sahaja.
Hatinya diserang rasa sedih dan pilu. Rasa menyesal meliputi hatinya. Dia dapat
merasakan kepanasan yang bakal dirinya terima jika dia dihumbankan ke dalam
neraka kerana dosa-dosa yang dilakukannya.

Aqilah memikirkan dirinya yang selalu menyakiti hati orang di sekelilingnya


terutamanya neneknya, Neneklah insan yang bersusah payah membesarkan dirinya
setelah ditinggalkan oleh bapanya. Dia suka mencuri, merampas dan mengambil hak
orang lain. Dosa pahala tidak pernah dia fikirkan. Perkara yang paling teruk adalah
dia jarang bersolat, berpuasa dan membaca al-Quran. Boleh dihitung dengan jari
dalam setahun berapa kali dia mengadap Allah.

Aqilah menjerit lagi, tolongtolong..tolong Namun jeritannya tiada siapa


yang dengar kerana suaranya tersekat di kerongkong. Tubuhnya menggeletar
memandang api yang kian marak. Matanya liar memandang sekeliling berharap agar
ada insan yang akan datang membantunya.

"YA Allah, aku menyesal atas segala dosa-dosaku. Ampunilah dosaku kerana
telah melupakanMu ketika aku senang. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini.
Tolonglah aku ya Allah," kata Aqilah sarmbil memeluk erat al-Qurannya

Air mata keinsafan bercucuran membasahi pipinya. Nafasnya kian sesak akibat
terlalu banyak menyedut asap dalam kebakaran tersebut.

"Syukur Alhomdulillah kerana Allah telah menyelamatkanku dan


memanjangkan umurku serta memberi kesempatan kepadaku untuk bertaubat dan
sujud kepadaMu, Ya Allah". 'Mulai saat ini aku berjanji pada diriku sendiri, aku mahu
berubah menjadi insan yang berguna," bisik Aqilah pada dirinya sendiri.