Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK PEMILIHAN PEMAIN

Pemain-pemain bola tampar dipilih sejak dari darjah dua lagi untuk memberi
pendedahan dan pengalaman kepada mereka dari awal. Murid-murid tahap satu
dipilih melalui sesi ujibakat dan pemerhatian daripada jurulatih semasa waktu
Pendidikan Jasmani. Jurulatih akan menggunakan masa senggangnya untuk
memerhati dan mencari bakat-bakat baharu dan melakukan beberapa ujian bagi
mengesahkan bakat yang terpendam pada murid tersebut. Murid-murid tahap satu
yang telah terpilih akan dibawa semasa kejohanan berlangsung untuk member
peluang kepada mereka melihat sendiri dan menghilangkan rasa gugup mereka.
Pada awalnya, murid-murid ini hanya akan jadi pemain simpanan. Namun begitu,
selepas dua atau tiga kejohanan, mereka akan menjadi pemain yang mempunyai
kemahiran yang tinggi dan mempunyai ketahanan mental yang kental untuk
menghadapi tekanan yang tinggi semasa kejohanan berlangsung.

BUDAYA SEKOLAH

Melalui amalan terbaik ini, permainan bola tampar telah menjadi satu budaya dan
sebutan oleh murid-murid SK Sungai Merab Luar. Murid-murid akan berlumba-lumba
untuk menyertai pertandingan bola tampar peringkat sekolah yang dianjurkan oleh
Panitia Pendidikan Jasmani setiap tahun untuk menonjolkan bakat-bakat mereka.
Selain itu, kebanyakan murid akan memilih bola tampar sebagai permainan mereka
pada waktu riadah sebbelah petang di rumah mereka. Murid-murid akan
didedahkan tentang permainan bola tampar oleh guru-guru Pendidikan Jasmani
sejak dari tahun satu untuk menimbulkan minat mereka. Budaya positif ini mampu
membantu sekolah melahirkan murid yang cergas dan cerdas.

MELAHIRKAN PEMAIN KEBANGSAAN

Program amalan terbaik Semerbak Spikers telah berjaya mencapai kemuncaknya


apabila berjaya melahirkan seorang pemain kebangsaan yang mewakili negeri
Perak pada kejohanan bola tampar MSSM peringkat kebangsaan 2017. Adik
Muhammad Ilhan adalah merupakan bekas murid SK Sungai Merab Luar yang
berpindah ke Perak pada tahun ini iaiatu semasa darjah enam. Ilhan adalah salah
seorang pemain yang telah dipilih melalui beberapa pemerhatian dan ujibakat
semasa dia berusia lapan tahun (darjah dua). Ilhan juga telah berjaya mewakili
Sepang dalam kejohanan bola tampar MSS Selangor bawah 10 tahun ketika beliau
masih berada di darjah dua lagi. Bakat istimewa ini telah diasuh dan dilatih dengan
baik sehingga dia berpindah ke Perak pada tahun ini. Kejayaan Ilhan mewakili
negeri Perak juga adalah merupakan kejayaan program amalan terbaik ini.