Anda di halaman 1dari 30

LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ

VOKASIONAL BEAUFORT

Bab 1 : Pengenalan
1.1 PENDAHULUAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinnya dapatlah saya menamatkan

latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan

laporan akhir ojt saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya. Dalam

tempoh masa 4 bulan bermula pada 23 NOVEMBER 2015 sehingga 23 MAC 2016 ,

saya telah menjalankan latihan industri di syarikat EASTREN RADIO &

ELECTRICAL ENGINEERING.

Dalam tempoh saya berada di organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru

dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi

ini saya dapat mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di kolej dan

mengenali bahan, kelemgkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri.

Aspek paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah , bagi saya dapat

memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar.

Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka

minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan mengenalpasti

cara untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga

dapat membantu kami menambah keyakinan diri terhadap kemampuan kami.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar

seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga

pihak atasan. Di dalam latihan industri ianya akan memberi peluang kepada saya untuk

mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak

atasan. Ini kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titik

beratkan dalam alam pekerjaan. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan

sikap lebih berdisiplin, bertanggungjawab, membuat keputusan untuk dan berupaya

menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk

melahirkan graduan yng berkuliti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan

didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Kolej Vokasional

Perlulah menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4

bulan . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas

setiap pelajar sebelum di anugerahkan sijil atau diploma daripada Kementerian

Pelajaran Malaysia. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum mendapat sijil

atau diploma. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah :

1. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

2. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di

kolej dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

3. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama

pekerja di firma tersebut.

4. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan

berkeyakinan tinggi semasa latihan industri dijalankan dan dimasa

akan datang.

5. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas

tamat pengajian di kolej.

6. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang

diarahkan oleh kolej seperti menyediakan buku laporan industri.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu, maka

setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut

piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Ia adalah bertujuan untuk menilai

sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang

tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana

untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis

panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.

Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah

pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semesta yang

berikutnya. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak

dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar.

Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan arahan dan segala

peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah

yang memeriksa dan juga firma serta pihak pihak lain untuk penilaian serta rujukan

terhadap laporan tersebut.Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan

dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran

elektrik khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada

semua pihak secara langsung atau tidak langsung.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang

memberi peluang kepada eseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses

pembelajaran yang dilalui semasa sesididalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai

perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang

sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat

kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui.

Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang

pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal

apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala

cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu

menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri

sendiri. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di

dalam alam pekerjaan sebenarnya dalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk

teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar

untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan

kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu

pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak

mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat

pengajian kelak.
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat

besar.Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa

tempoh latihansebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang. Selain daripada

itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi

pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang

tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan

cemerlang kelak.
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Bab 2 : Latar Belakang Syarikat

2.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKAT

Eastren Radio Electrical Engineering beroperasi di kawasan Beaufort, di alamat

P.O. BOX 319 89808 Beaufort Sabah Malaysia.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

2.1.1 AKTIVITI SYARIKAT

2.1.1.1 PERNIAGAAN
Kegiatan utama EREE ialah membuat pendawaian elektrik dan astro.

2.1.1.2 PEMASARAN
EREE memberikan perkhidmatan berdasarkan permintaan yang diinginkan oleh
pelanggan tempatan di pendalaman bawah Sabah dan Labuan untuk perkhidmatan.
EREE juga meningkatkan usaha untuk mengukuhkan dan meperbesarkan
pasaran saham dalam kemasukan pasaran baru.
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

2.1.2 MATLAMAT SYARIKAT

MISI

Untuk menjadi satu syarikat elektrik betul-betul bersepadu di Asia, dan yang paling

disenangi pelanggan.

VISI

Kami memberikan perkhidmatan kepada industri dengan mengurus secara proaktif

dalam perkhidmatan dan mengeluarkan tenaga pelatih yang berkualiti secara konsisten.

OBJEKTIF

Untuk mencapai keuntungan margin dalam 20% dan operasi

keuntungan margin 10%;


Semua asset akan mencapai minimum 90% kapasiti utility;
Menyediakan peluang untuk memupuk dan berkembang

kepakaran dan kesinambungan dalam nilai dan kemahiran

tenaga kerja.
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

2.2 POLISI SYARIKAT

2.2.1 POLISI KUALITI

Untuk berkhidmat dan memimpin syariakt kami dengan secara proaktif. Menguruskan

rantaian bekalan barang yang berkualiti pada kos yang paling berkesan.

Pengurus atasan hendaklah memastikan polisi kualiti :

Adalah sesuai dengan tujuan Eree


Menyediakan rangka kerja untuk mewujudkan dan menyemak

objektif kualiti
Disampaikan dan difahami dalam organisasi
Ia hendaklah sentiasa dikaji untuk kesesuaian dan kecukupan.

2.2.2 POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Mematuhi semua Dasar Keselamatan dan Kesihatan yang

ditetapkan undang undang.


Meningkatkan, melaksanakan dan memastikan system kerja yang

memuaskan bagi memenuhi keperluan Sistem Pengurusan

Keselamatan untuk Eastern Radio.


Meneruskan usaha bagi mengurangkan kecederaan berkaitan

kerja dan penyakit.


Sentiasa melakukan audit dan merujuk dasar, sistem dan

peraturan di semua bahagian bagi memastikan ianya mematuhi

segala syarat.
Berusaha bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan di dalam

semua aspek yang melibatkan perkerjaan dan perniagaan.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Menggalakkan penyertaan pekerja dalam meningkatkan dasar

dan peraturan bagi memastikan sistem kerja yang selamat.


Menyediakan latihan keselamatan kepada para pekerja bagi

memastikan semua yang berkerja di EREE memenuhi standard

keselamatan yang diperlukan.

2
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

2.3 LATIHAN DI PERINGKAT SYARIKAT

Pengurus syarikat adalah bertanggungjawab menyediakan latihan yang cukup

untuk memastikan petugas mereka berupaya melaksanakan tugas dengan cekap dan

berkesan.Aktiviti latihan di peringkat syarikat boleh dibahagikan kepada beberapa

kategori seperti berikut:-

Aspek teknikal (Operasi,senggaraan automasi dan lain-lain)


Aspek alam sekitar.
Aspek keselamatan dan kesihatan pekerja
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

2.4 CARTA ORGANISASI

Manager
Syarikat
Yu Lung Hwa

Ketua Pekerja
Katu

Pekerja Pekerja Pekerja


Doney Ilme Pucau
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Bab 3 : Ringkasan Mingguan

3.1 PENGENALAN

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan sepanjang

menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam

buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas

yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat

dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas

aktiviti-aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri

pada satu semester iaitu dua puluh minggu. Segala aktivitiyang dilakukan akan

diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah

dilakukan dalam seminggu di samping memudahkan proses penyemakan. Hari kerja

dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan

cuti yang diumum oleh pihak syarikat.

Dalam menjalani latihan industri, saya telah di dedahkan dengan banyak perkara

yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej, saya juga telah

didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan

setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri. Ketika

menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian

Maintenance yang lebih kepada kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara

peralatan mesin dan pendawaian dalam kilang.

Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 8 jam sehari,

bermula dari jam 08.00 a.m 04.30 p.m setiap hari bermula dari hari Isnin Jumaat.
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Berikut merupakan ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama

20 minggu.

3.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

MINGGU PERTAMA (23 NOVEMBER 201527 NOVEMBER 2015)

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Lapor diri dan briefing


Fiting Soket
Fiting Lampu
Fiting Kipas
Fiting Potohsel
Mengganti lampu kalimatan ke lampu led

MINGGU KEDUA ( 30 NOVEMBER 2015 04 DISEMBER 2015 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting Lampu
Menukar lampu kalimantang
Membaut pendawaian baru lampu pagar
Menukar mendawaian lama ke pendawaian baru
Fiting soket
Sambung membuat pendawaian lampu pagar

MINGGU KETIGA ( 07 DISEMBER 2015 11 DISEMBER 2015 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Menukar pendawaian lama


Membuat pendawaian baru
Membaiki pendawaian dan mengemaskannya
Fiting kipas
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Memahat untuk membuat laluan pendawaian lampu pagar


Fiting lampu pagar

MINGGU KEEMPAT ( 14 DISEMBER 2015 18 DISEMBER 2015 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting soket
Fiting lampu
Fiting kipas
Penyelenggaran Mcb
Menukar lampu
Fiting pemanas air

MINGGU KELIMA ( 21 DISEMBER 2015 01 JANUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Memasang soket dan suis kipas


Fiting soket
Fiting lampu
Penyelenggaran Mcb
Menukar mentol lampu pendaflour
Membuat pendawaian baru rumah

MINGGU KEENAM ( 04 JANUARI 2016 08 JANUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Fiting soket
Fiting lampu
Tanam pvc
Mengganti mentol lampu pendaflour
Fiting kipas
Pasang Astro

MINGGU KETUJUH ( 11 JANUARI 2016 15 DISEMBER 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting lampu
Fiting Mcb
Fiting soket
Membuat pendawaian baru rumah
Membuat laluan ke kotak agihan

MINGGU KELAPAN ( 18 JANUARI 2016 22 JANUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Membuat pelan pendawaian dewan


Membuat pengiran bajet untuk dewan
Membuka pendawaian lama
Membuat penyambungan bumi
Fiting lampu
Membuat trunking
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Membuat pendawaian baru dewan


Tutup trungking
Pasang kipas dinding
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

MINGGU KESEMBILAN ( 25 JANUARI 2016 29 JANUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Membuat pendawaian baru tandas


Fiting lampu
Fiting kipas
Fiting soket
Tarik kable
Penyelenggaran suis lampu
Penyelenggaran soket

MINGGU KESEPULUH ( 01 JANUARI 2016 05 FEBRUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting soket
Fiting lampu
Fiting kipas
Memgunakan mcb yang betul
Buat lubang pada siling
Membuat paip pvc untuk pendawaian

MINGGU KESEBELAS ( 08 FEBRUARI 2016 12 FEBRUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting soket
Fitng lampu
Fiting kipas
Mengganti soket yang rosak
Penyelenggaran suis kipas
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

MINGGU KEDUABELAS ( 15 FEBRUARI 2016 19 FEBRUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting lampu
Fiting kipas
Fiting soket
Tarik kable
Penyelenggaran suis lampu
Penyelenggaran soket

MINGGU KETIGABELAS ( 22 FEBRUARI 2016 26 FEBRUARI 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting lampu
Fiting kipas
Fiting soket
Fiting casing
Fiting suis lampu
Penyelenggaran soket

MINGGU KEEMPATBELAS ( 03 MAC 2016 04 MAC 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Fiting lampu
Fiting kipas
Fiting soket
Tarik kable
Pendawaian baru
Penyelenggaran soket

MINGGU KELIMABELAS ( 07 MAC 2016 11 MAC 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting lampu
Fiting kipas
Fiting soket
Tarik kable
Membuka pendawaian lama
Fiting potohsel

MINGGU KEENAMBELAS ( 14 MAC 2016 25 MAC 2016 )

AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG MINGGU INI

Fiting lampu
Fiting kipas
Fiting soket
Tarik kable
Penyelenggaran suis lampu
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Penyelenggaran soket
Pasang astro

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Semasa Latihan Industri, saya di beri pelbagai tugas harian berbeza.

Antara tugas yang kerap saya lakukan ialah penyelenggaran kipas. Berikut

adalah serba ringkas saya terangkan secara teknikal proses tersebut.

Penyelenggaran kipas adalah satu proses dimana pekerja boleh mengetahui keadaan

kipas tersebut baik atau tidak. Contohnya jika kipas itu kelihatan perlahan, itu

bermakna motor itu kurang minyak pelincir atau kapasitor mahu rosak.

Gambarajah: kipas siling


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Penyelengaran kipas siling ditunjukkan didalam gambar seperti di bawah;

Langkah yang pertama

Langkah kedua
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Langkah ketiga

Langkah keempat
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Langkah kelima

Langkah keenam
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Langkah ketujuh

Didapati kipas berpusing perlahan kerana power kapasitor sudah berkurangan sehingga

1.2 uf. Oleh itu,kapasitor kipas hendaklah diganti dengan kapasitor yang baru. Cara

pasang balik kapasitor pada kipas,turutannya sama macam kita buka tadi.
LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN

Saya selaku pelajar praktikal ingin mencadangkan agar pelajar yang

ingin menjalani latihan industri supaya sentiasa bersedia untuk menerima segala

tugasan yang diberikan oleh jabatan masing-masing dan juga dapat bersedia

untuk menghadapi segala kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh

pelajar.

Selain itu, pelajar praktikal juga sepatutnya didedahkan dengan meluas

terhadap bidang-bidang yang berkaitan dengan pelajaran serta didedahkan

dengan pelbagai projek agar dapat membantu pelajar di alam pekerjaan sebenar

pada masa akan datang. Ketua dan pekerja bawahan juga mestilah mempunyai

komunikasi yang baik agar dapat membantu pelajar praktikal memahami

matlamat tugasan.

Pada pendapat saya, semua pelajar seharusnya diwajibkan untuk

menjalani latihan industri kerana melalui latihan inilah para pelajar dapat

mempelajari dunia pekerjaan sebenar yang penuh cabaran. Di samping itu, para

pelajar juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri mereka dalam

komunikasi dan kerjaya. Ianya juga salah satu cara untuk mempersiapkan diri

para pelajar berhadapan dengan cabaran hidup dan mempraktikkan ilmu yang

telah dipelajari ketika di kolej.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

BAB 6 KESIMPULAN

Melalui latihan industri ini, terdapat banyak benda yang telah saya

pelajari.Bukan hanya pengetahuan berkenaan dengan bidang yang saya pelajari,

tetapi juga pendedahan kepada perkara-perkara yang penting dalam dunia

pekerjaan.Semasa bekerja, kita tidak boleh sentiasa berada di dalam keadaan

tertekan.Ini kerana beban kerja itu sendiri memerlukan kita untuk sentiasa

berada dalam keadaan yang bersedia, tambahan lagi jika kita kerap berhadapan

dengan pelbagai kerja.Kita perlulah menyelesaikan setiap tugasan yang telah di

berikan.

Melalui latihan ini juga, terdapat banyak ilmu dan pengalaman yang amat

berharga yang dapat saya pelajari dan ketahui daripada orang-orang yang lebih

berpengalaman.Teori semata-mata tidak mencukupi kerana di alam pekerjaan

sebenar, gerak kerja seseorang pekerja yang menjadi tunggak prestasi.

Selain daripada itu, komunikasi merupakan suatu aset yang sangat

penting kepada dan di dalam diri seseorang kerana ianya melambangkan tahap

keyakinan individu itu sendiri. Tanpa kemahiran komunikasi yang berkesan,

seseorang itu akan menghadapi kesukaran yang dalam menjalankan tugas yang

telah diamanahkan. Tambahan lagi, ini boleh menjejaskan keyakinan seseorang

semasa menjalankan tugas kerana orang lain mungkin akan berasa tidak yakin

jika seseorang itu sukar untuk menerangkan sesuatu atau sebarang pertanyaan

berkaitan. Melalui komunikasi yang berkesan, banyak perkara yang boleh

dicapai dan secara tidak langsung, mampu memberi keuntungan kepada individu

dan juga syarikat.


LAPORAN AKHIR OJT KOLEJ
VOKASIONAL BEAUFORT

Akhir sekali, daripada latihan industri ini saya dapat mempelajari

perkara-perkara mengenai etika-etika semasa bekerja. Walaupun ia bukan

sesuatu yang wajib tetapi pelaksanaan etika kerja yang baik melambangkan

sikap dan moral individu pekerja itu. Etika kerja yang baik perlu dipraktikkan

dengan sebaiknya semasa menjalankan tugas agar kerja yang diamanahkan dapat

disiapkan dengan efisien.

Anda mungkin juga menyukai