Anda di halaman 1dari 5

UJIAN PRA

BAHAN SUMBER PdP MATEMATIK

STATISTIK
Masa: 20 minit

Nama Murid:

Tingkatan:

Nama & Alamat Sekolah:

Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


Jawab semua soalan berikut.

1 Skor ujian Nazmi ialah 10, 8, 6, 9, 8 dan 7. Tentukan nilai


(a) min
(b) mod
(c) median
bagi markah Nazmi.

2 Hasil jualan kek keju di Kedai Kek Anis untuk 3 hari adalah 15, 18 dan 24 biji manakala hasil jualan kek
mentega untuk 3 hari yang sama ialah 13, 22 dan 16 biji. Bagaimanakah min kek keju yang dijual di
Kedai Kek Anis berbanding kek mentega?
A Min jualan kek keju adalah 1 biji lebih tinggi
B Min jualan kek keju adalah 1 biji lebih rendah
C Min jualan kedua-dua kek adalah sama
D Min jualan kek keju adalah 2 biji lebih tinggi
E Min jualan kek keju adalah 2 biji lebih rendah

3 Purata harga kek yang dijual di Radz Resepi ialah RM80. Antara berikut, yang manakah tidak benar?
A Harga 4 jenis kek adalah lebih daripada RM80
B Setiap jenis kek berharga lebih daripada RM80
C Sebahagian kek berharga kurang daripada RM80
D Setiap jenis kek berharga RM80

4 Zarida ingin mengetahui sama ada mata pelajaran Matematik lebih digemari berbanding mata pelajaran
Sains dalam kalangan murid-murid Tingkatan 2. Dia menemubual 12 orang murid menggunakan skala
berikut untuk menentukan tahap kegemaran mereka.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Suka Sangat
tidak suka suka pasti suka
Jadual berikut menunjukkan keputusan yang diperoleh.

Murid Matematik Sains


Jamil 3 1
Zailan 3 2
Liyana 5 4
Dashvin 2 3
Geogie 4 4
Mee Ling 3 5
Janet 3 2
Susie 2 3
Fahmi 5 4
Farah 4 2
Juraimi 3 5
Ismail 4 5

(a) Hitung min kesukaan murid bagi mata pelajaran


(i) Matematik,
(ii) Sains.

(b) Berdasarkan nilai min yang diperoleh di (a), apakah kesimpulan yang boleh anda buat?
5 Gaji Jalinan Mesra Gaji Sinar
Bilangan
Jawatan Sdn. Bhd. Mentari
pekerja
(RM) (RM)
Pengurus 1 225 000 95 000
Penolong Pengurus 1 140 000 70 000
Pegawai Pemasaran 4 30 000 30 000
Pembantu Pegawai
9 25 000 35 000
Pemasaran
Kerani 5 15 000 20 000

Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd. menyatakan bahawa purata gaji pekerja syarikatnya adalah lebih tinggi
berbanding dengan syarikat Sinar Mentari.

(a) Mengapakah Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd. membuat kenyataan begitu? Adakah anda bersetuju
dengan kenyataan Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd. tersebut? Berikan justifikasi anda.

(b) Sekiranya anda diberi pilihan untuk bekerja di salah sebuah syarikat tersebut, syarikat yang manakah
akan anda pilih? Berikan justifikasi anda.
JAWAPAN
1 Min = 8, Mod = 8, Median = 8

2 D

3 B

4 (a) Min Matematik = 3.42, Min Sains = 3.33

(b) Mata pelajaran Matematik lebih digemari. Pertimbangkan kesimpulan yang diberikan oleh murid.

5 Jalinan Mesra Sdn. Bhd. Sinar Mentari


Purata
(RM) (RM)
Min 39 250 35 000
Mod 25 000 35 000
Median 25 000 35 000
Julat 210 000 75 000

(a) Syarikat Jalinan Mesra menggunakan nilai min bagi menerangkan purata gaji pekerja syarikatnya.
Perbandingan ini adalah mengelirukan dan tidak tepat. Sekiranya perbandingan berdasarkan nilai
mod dan median, maka gaji Sinar Mentari adalah lebih tinggi.

(b) Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah Penolong Pengurus dan ke atas, maka adalah lebih
menguntungkan sekiranya bekerja di Syarikat Jalinan Mesra Sdn. Bhd.
Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah Pembantu Pegawai Pemasaran dan ke bawah, maka adalah
lebih menguntungkan sekiranya bekerja di syarikat Sinar Mentari.