Anda di halaman 1dari 5

UJIAN PRA

BAHAN SUMBER PdP MATEMATIK

KEBARANGKALIAN MUDAH
Masa: 20 minit

Nama Murid:

Tingkatan:

Nama & Alamat Sekolah:

Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


Jawab semua soalan berikut.

1 Di dalam sebuah mangkuk, terdapat 36 biji manik yang sama berwarna biru, hijau, merah dan selebihnya
berwarna kuning. Sebiji manik telah diambil dari mangkuk itu tanpa melihat. Kebarangkalian mendapat
4
manik biru ialah . Berapakah bilangan manik biru di dalam mangkuk itu?
9
A 4 B 8
C 16 D 18

2 Kotak kecil mengandungi 20 keping tiket bernombor 1 hingga 20. Kotak besar mengandungi 100 keping
tiket bernombor 1 hingga 100.

20 kepingtiket 100 keping tiket

Tanpa melihat ke dalam kotak itu, anda boleh mengambil tiket dari mana-mana kotak. Kotak yang manakah
akan memberikan anda peluang yang lebih besar untuk mendapat tiket yang bernombor 17?
A Kotak yang mempunyai 20 keping tiket
B Kotak yang mempunyai 100 keping tiket
C Kedua-dia kotak mempunyai peluang yang sama
D Mustahil untuk diketahui

3 Sophie mempunyai beg yang mengandungi 8 biji guli merah dan 8 biji guli biru. Dia mengambil 2 biji guli
dari beg itu dan tidak meletakkan kembali guli tersebut. Kedua-dua guli itu berwarna hitam. Kemudian, dia
mengambil guli ketiga dari beg itu. Apakah kemungkinan warna guli yang ketiga ini?
A Lebih besar kemungkinan untuk mendapat guli merah berbanding guli hitam
B Lebih besar kemungkinan untuk mendapat guli hitam berbanding guli merah
C Kemungkinan untuk mendapat guli merah atau guli hitam adalah sama
D Sukar untuk menentukan guli yang mana lebih besar kemungkinannya
1 1 1
4 Di dalam sebuah beg terdapat keping kad berwarna hijau, keping kad berwarna kuning, keping
6 12 2
1
kad berwarna putih dan keping kad berwarna biru. Jika seseorang mengambil kad daripada beg itu tanpa
4
melihat, apakah warna kad yang besar kemungkinan untuk dipilih?
A Putih B Biru
C Hijau D Kuning

5 Sembilan cip seperti yang ditunjukan diletak di dalam sebuah balang.

1 2 3 4 5

6 7 8 9

Mazni mengambil sekeping cip dari balang itu. Apakah kebarangkalian bahawa Mazni mengambil cip yang
mempunyai nombor genap?
1 2
A B
9 9
4 1
C D
9 2

6 Setiap permukaan sebuah kubus dicatkan sama ada dengan warna merah atau biru. Apabila kubus itu
2
dilambung, kebarangkalian permukaan kubus berwarna merah berada di atas ialah . Berapakah bilangan
3
permukaan kubus yang berwarna merah?
A Satu B Dua
C Tiga D Empat

7 Daripada 3000 biji mentol lampu yang ada, 100 biji mentol telah dipilih secara rawak dan diuji. Jika 5 biji
mentol yang diuji itu didapati rosak, berapakah bilangan mentol lampu yang dijangka rosak dalam
keseluruhan 3000 biji mentol lampu itu?
A 15 B 60
C 150 D 300
8 Pat dan Chris adalah calon-calon ketua murid. Berikut ialah keputusan undian yang telah dijalankan di
sekolah.

Pat: 80%

Chris: 20%

Apakah kemungkinan murid-murid yang disoal secara rawak mengundi Pat?


A Adalah pasti murid yang disoal mengundi Pat
B Adalah besar kemungkinan murid yang disoal mengundi Pat
C Adalah kecil kemungkinan murid yang disoal mengundi Pat
D Adalah pasti murid yang disoal tidak mengundi Pat
JAWAPAN
1 C

2 C

3 A

4 A

5 C

6 D

7 C

8 B