Anda di halaman 1dari 6

Duhai sahabat..

Andai perkenalan kita ini diredhai Allah


Engkau genggamlah ukhuwah ini
Dengan keikhlasan yang kudus
Dengan rasa cinta kepada Illahi

Duhai sahabat...
Tatkala air mata turun laju membasahi pipiku
Kau hadir di sisiku meminjamkan bahu
Untukku lepas segala tangis yang terpendam di hati
Lalu kau tatap wajahku
Dan kau hadiahkan ukiran senyum terindah buatku

Duhai sahabat...
Di saat aku terleka akan cinta terhadap duniawi
Kau berulang-kali menegurku dengan selembut-lembut perkataan
Kau datang kepadaku membisikkan kalimat Illahi...
"Cinta dunia tidak ke mana, kejarlah cinta Allah,
InsyaAllah kita ke Al-Jannah!"
Dan aku tersedar dari buaiku...

Duhai sahabat...
Sesalku tidak terungkap Sewaktu dulu aku mencarik sukmamu
Sewaktu dulu aku mengguris perasaanmu
Kau tidak mengungkitnya kembali...
Sesungguhnya hatiku terkesan dengan kata-katamu
"Aku sayangi engkau demi Allah,
Aku sayangi engkau kerana Allah,
Dan aku tidakkan mahu memutuskan ukhwah ini, kerana Allah...

Duhai sahabat...
Masihku ingati peristiwa itu
Tika ada perselisihan faham antara kita
Akibat aniaya orang ketiga
Kau duduk di hadapanku dengan linangan air mata teresak-esak
Kau tebalkan muka memohon maaf kepadaku walau itu bukan salahmu
Dan aku cuba menyembunyikan
Cucuran manik-manik jernih yang tidak dapat ditahan lagi
"Allah sedang menguji kita,
sejauh mana kuatnya kita mempertahankan,
Ikatan persahabatan yang kita jalinkan ini..
" Dan aku terangguk-angguk sedangkan hati ini masih celaru
Kau genggam tanganku Dan aku yakin,
kaulah sahabatku yang satu...

Duhai sahabat...
Tika itu aku merasa sebak
Beruntungnya aku mempunyai sahabat sepertimu...
Sedangkan aku tidak pernah berterima kasih

Duhai sahabat... Aku berharap agar aku mampu


Menjadi seorang sahabat sama sepertimu
Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
Sahabat yang mengasihi sahabatnya,
Hanya kerana ketulusan cinta kepada Allah
Lalu aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
Moga Allah utuhkan ukhuwah kita Yang terjalin selama ini...
Berterusan hinggalah ke Al-Jannah...InsyaAllah!
Dengan setitis air mata
Aku mahu mengkhabarkan kepadamu sesuatu,
Sesuatu yang tidak pernah ku ungkapkan pada zahirnya...
Daku sangat menyayangimu duhai sahabatku...

Anugerah Untuk Sahabat


Sahabat,
Jalannya tak berjejak,
Tak pula berpeluh keringat,
Namun memberi semangat.

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa,


Bukan pula bara api rindu di dada,
Hanya seuntai benang sutera,
Yang cukup erat mengikat,
Nurani yang jahat.

Sahabat adalah serumput kata yang sejuk


Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta aksara

Sahabat
Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?
atas anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikanAtau tsunami duka yang
menenggelamkan

Alangkah indahnya...
Jika kata-katamu mengingatkan aku
Kata-kataku mangingatkanmu
Lalu jadilah kita umpama batu-bata
saling memerlukan untuk membina
bangunan yang kukuh

Tapi...
Betul juga kata sahabat...
Iman itu bukan angan-angan
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan...

Sahabatku
Hati ini sedih
Masih tidak mampu memberi rasa hati
Mungkin kerana hati ini keras
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab
Dan amat sedih jika hati ini mati
Maafkanlah kelemahan diri ini........
SAJAK-SAHABATKU

Sahabatku.
Dikala hidupku diselebungi kegelapan,
Kau bagaikan lilin,
Yang menyinari hidupku,
Walaupun tidak aku pinta akan semua itu,
Kau tetap lakukan juga.

Sahabatku.
Pengorbananmu begitu luas ,
Membantu aku di kala aku susah,
Menegur aku andainya aku melakukan kesilapan,
Memberi semangat dan inspirasi di masa aku memerlukan,
Sungguh aku menghargai segala pengorbanan mu,
Walaupun aku tahu,
Aku tidak mampu untuk membayar balik semua itu.

Sahabatku
Sudah tertulis di Luh Mahfuz,
Kita akan berpisah,
Membawa haluan masing-masing,
Membina mahligai sendiri,
Aku pasti akan merindui segala celoteh dan gurauanmu
Aku hanya mampu berdoa,
Bahawa suatu saat nanti,
Kita pasti akan bertemu jua.