Anda di halaman 1dari 9

SINOPSIS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN MENGIKUT

BAB

BAB 1 - CEMAS

Tengah hari itu, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berjalan ke Masjid Lubuk Terua. Mereka
melalui kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Mereka berempat tidak berbual dan hanya melayani
perasaan masing-masing. Zahid terkenang akan Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan yang telah
banyak berubah sejak pulang dari Pulau Tawar. Dahulu, setiap malam selepas menyelia Mat Lela dan
Datuk Panglima Raja Awang Ishak mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita tentang
pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang tetapi sekarang tidak lagi. Tiba-tiba, Samad bertanya kepada
anak bongsu Datuk Bahaman, Awang Muhammad tentang perubahan sikap Datuk Bahaman. Awang
Muhammad hanya menggelengkan kepalanya. Antara mereka berempat, Rahmanlah yang lebih mengerti
tentang hati dan budi Datuk Bahaman kerana Rahman bekerja dengan Datuk Bahaman sebagai jurutulis
pelatih. Menurut Rahman, Datuk Bahaman memikirkan perjanjian antara Inggeris dengan raja. Dalam
perjanjian itu, banyak perkara yang dirunding dan diputuskan tidak dimasukkan. Hal ini menyebabkan
Datuk Bahaman marah kepada Inggeris. Setibanya mereka di simpang jalan ke tebing sungai, mereka
terjumpa dengan Mat Lela. Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual tentang ketamakan Inggeris
kerana mereka memunggah emas dan bijih timah dari negeri itu ke negeri mereka serta memungut cukai
dan memeras rakyat tempatan. Perbualan mereka terhenti setelah tiba di halaman masjid. Zahid dan
rakan-rakannya masuk dan duduk di bahagian tengah masjid sementara Mat Lela ke bahagian depan dan
duduk di sebelah Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Kelihatan juga Imam Perang Weh yang duduk
bersebelahan dengan Datuk Bahaman. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman menyampaikan nasihatnya
kepada para jemaah supaya bangkit menentang Inggeris. Datuk Bahaman menyeru rakyatnya agar
menentang Inggeris setelah dada penuh dengan ilmu dan kepandaian. Oleh itu, Datuk Bahaman meminta
rakyatnya meningkatkan latihan dan ajaran agama. Zahid dan rakan-rakannya bercadang untuk membina
kubu di pangkal Merbau Berdarah' di tebing Lubuk Sengarat. Semasa mereka berbincang tentang
perancangan mereka membina kubu itu, Mak Long Esah, ibu Samad tiba dalam keadaan tergesa-gesa
untuk memaklumkan bahawa Inggeris sudah sampai di Lubuk Terua. Berita kedatangan Inggeris ke Lubuk
Terua merebak ke seluruh tempat. Penduduk-penduduk kampung bersiap sedia dengan keris mereka dan
menunggu perintah daripada Datuk Bahaman.

MINDA KREATIF :

1. Apakah nasihat Datuk Bahaman kepada rakyatnya?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

2. Cadangan Zahid untuk membina kubu adalah cadangan yang baik. Pada pendapat anda,
apakah fungsi kubu?
...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................
BBAB 2 LUBUK TERUA TERGUGAT

Darah Zahid berderau apabila melihat empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah
tertambat di tebing sungai bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Setelah
mendapati ibu dan ayahnya sudah ke sawah, Zahid ke rumah Samad. Kemudian, mereka ke rumah
Rahman tetapi Rahman telah keluar lebih awal ke rumah Datuk Bahaman. Seterusnya, mereka ke rumah
Awang Muhammad. Tujuan mereka berjumpa adalah untuk berbincang tentang kerja-kerja menggali kubu
di Lubuk Sengarat. Selepas itu, mereka bergerak ke rumah Datuk Bahaman. Dalam perjalanan ke rumah
Datuk Bahaman, mereka terserempak dengan Pak Long Abas dan Datuk Panglima Raja yang menghala
ke rumah Datuk Bahaman. Sebaik sahaja Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas tiba, Datuk Bahaman
keluar ke serambi rumahnya. Datuk Panglima Raja melepaskan kemarahannya terhadap tindakan Inggeris
menceroboh Semantan dan menggunakan kawasan dusun duriannya sebagai tempat mereka bertapak
kepada Datuk Bahaman. Pak Long Abas memohon kebenaran Datuk Bahaman supaya membenarkannya
dan rakan-rakannya mengamuk di Semantan. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman menyabarkan
mereka kerana persiapan mereka untuk menyerang Inggeris belum lagi cukup. Bagi Datuk Bahaman, tiada
gunanya berperang kalau untuk kalah. Datuk Bahaman menyatakan bahawa dia berasa terhina kerana
Syres tidak menemuinya sebelum menggali kubu dan membina rumah pasung di kawasannya. Walau
bagaimanapun, Datuk Bahaman memberitahu pengikutnya bahawa Inggeris tetap akan ditentang setelah
menghadap sultan. Setelah mendengar kata-kata Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Pak Long
Abas berjanji akan terus menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman juga memuji Zahid dan rakan-
rakannya kerana tindakan mereka hendak membina kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk
Sengarat. Selain itu, Datuk Bahaman juga meminta mereka berempat menyiapkan bambu runcing untuk
digunakan dalam peperangan nanti. Dalam perjalanan ke Lubuk Sengarat, Zahid dan rakan-rakannya
mengikut jalan di tepi tebing sungai dan mereka dapat melihat di seberang sungai, mata-mata Inggeris
sedang sibuk menggali kubu panjang di atas tebing yang menghadap ke rumah Datuk Bahaman.

BAB 3 MENCARI PENYELESAIAN

Rahman mengikut ayahnya, Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja ke Johor. Zahid tertanya-tanya
akan sebab mereka ke Johor. Menurut Samad, mungkin mereka ke sana untuk mengadukan hal Inggeris
yang mendesak raja menurunkan tandatangan pada perjanjian tersebut. Zahid pula mengagak Datuk
Bahaman ke Johor kerana hendak membeli senapang kopak dan peluru yang banyak dijual di pasar gelap
di Singapura. Samad mengusulkan cara berkawal semasa ketiadaan Rahman. Zahid dan Awang
Muhammad bersetuju dengan cadangan Samad supaya mereka bertiga keluar meronda bersama-sama.
Zahid menyangkal kata-kata Samad bahawa pokok merbau berdarah ada penunggu. Zahid berpendapat
bahawa hantu itu ada di dalam hati dan haruslah ditentang supaya tidak dipengaruhi perasaan malas,
hasad dengki, dan besar diri. Tiba-tiba, Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad keluar meronda ke
Mempatih. Mereka ingin melihat persiapan budak-budak sebaya dengan mereka di sana. Setelah sampai
di belukar di dusun durian di Mempatih, mereka melihat Rahmad dan kawan-kawannya sedang bermain
sembunyi-sembunyi. Rahmad mengajak Zahid dan rakan-rakannya bermain bersama-sama. Zahid berkata
kepada Rahmad bahawa sekarang bukan masa untuk bermain-main sebaliknya berlatih untuk bermain
senjata atau membaling bambu runcing kerana peperangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Semasa berada di kubu, Zahid dan rakan-rakannya melihat dua buah perahu yang dikayuh oleh empat
orang Melayu. Perahu pertama membawa seorang Inggeris dan tiga orang mata-mata Inggeris. Perahu
kedua pula membawa empat orang mata-mata Inggeris. Awang Muhammad menghalang Samad supaya
tidak menyerang mereka kerana ayahnya tidak berada di Semantan ketika itu. Zahid dan rakan-rakannya
pergi ke rumah Tuk Muda Bidin untuk melaporkan peristiwa tersebut. Setelah mendengar berita itu, Tuk
Muda Bidin menukar pakaian dan menuju ke sebelah hulu. Mat Lela mengatakan bahawa orang Inggeris
itu mungkin Owen yang datang untuk membanci penduduk di situ atau hendak menakut-nakutkan mereka.
BAB 4 BUDI KEDAPATAN

Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad ke Mempatih. Semasa tiba di kawasan dusun durian,
Zahid dan Samad terkejut apabila melihat kawasan semak di dusun itu bertukar menjadi padang kecil.
Kehairanan mereka terjawab apabila Rahmad mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan menjadikan
kawasan itu sebagai tempat untuk latihan membaling bambu runcing. Rahmad juga menerangkan bahawa
mereka juga belajar silat dengan Abang Lajis. Zahid memuji tindakan Rahmad dan rakan-rakannya. Zahid,
Samad, dan Awang Muhammad hendak meneruskan rondaan mereka ke sebelah hilir, tetapi diingatkan
oleh Rahmad tentang kehadiran dua orang pemuda Melayu yang tidak dikenali. Semasa tiba di hujung
kampung dan berdekatan dengan rumah Lajis, Zahid dan rakan-rakannya mendengar suara perempuan
meminta tolong. Zahid melihat dua orang pemuda sedang mengepung Kak Minah, iaitu isteri Lajis. Zahid,
Samad, dan Awang Muhammad bergelut dengan dua orang pemuda itu. Tiba-tiba, muncul Datuk
Bahaman, Rahman, dan Datuk Panglima Raja di situ. Datuk Bahaman menyoal dua orang pemuda itu.
Kedua-dua orang pemuda itu mengatakan bahawa mereka ke Lubuk Terua untuk membuat bancian atas
arahan Owen. Datuk Bahaman menghalau kedua-dua orang pemuda itu dari situ. Sebelum itu, Datuk
Bahaman mengingatkan mereka supaya tidak menjadi pengkhianat bangsa sendiri. Setelah kedua-dua
orang pemuda itu pergi, mereka dipeluk oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Awang
Muhammad bertanya kepada ayahnya tentang hasil perjumpaan ayahnya dengan Gabenor Singapura.
Menurut Datuk Bahaman, Gabenor Singapura hanya mengakui apa-apa yang ditulis dalam perjanjian
sahaja dan hakikatnya mereka tidak berpegang pada janji kerana banyak perkara yang dipersetujui tidak
dinyatakan dalam perjanjian. Tidak lama kemudian, Lajis dan Rahmad tiba. Setelah mendengar cerita
daripada Samad tentang kejadian yang menimpa isterinya, dia naik angin dan bersumpah akan menentang
Inggeris.

BAB 5 INGGERIS MENCABAR LAGI

Samad tertanya-tanya akan kedatangan Syres ke Lubuk Terua. Samad berpendapat bahawa terdapat
dalam kalangan orang Semantan yang menjadi hantu Inggeris dengan melaporkan kegiatan anak-anak
muda di situ kepada Inggeris. Lajis datang ke kubu Zahid untuk mengucapkan terima kasih kepada Zahid
dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan isterinya. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya
bahawa peristiwa tempoh hari telah menyedarkan dia untuk bangkit menentang Inggeris. Lajis telah
bermuafakat dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel untuk membuat bedil. Menurut Lajis, Datuk
Bahaman juga memberikan jaminan bahawa beliau telah berjumpa dengan seorang saudagar Melayu yang
sanggup membekalkan besi untuk dibuat laras bedil. Datuk Bahaman telah menyuruh ayah Samad, iaitu
Pak Long Abas mencari rotan yang akan dijual dan hasil jualannya akan diberikan kepada saudagar
Melayu itu. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman meminta dia menjadi
pengintip di Kuala Semantan. Dia dan Rahmad akan menjadi pekerja kedai kopi di pekan itu. Segala
gerakan pihak Inggeris akan dimaklumkan kepada Datuk Bahaman. Sebelum pulang, Lajis memberitahu
Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman mahu semua orang berkumpul di masjid pada malam
itu untuk bacaan surah Yasin.

MINDA KREATIF :

1. Mengapakah Datuk Bahaman meminta Lajis menjadi pengintip?

.................................................................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................................................

BAB 6 KEDATANGAN MAT KILAU

Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan Samad beredar ke pekarangan masjid. Zahid ternampak
ada orang asing yang datang. Orang itu ialah Mat Kilau. Mat Kilau bersalaman dengan Datuk Bahaman
dan Datuk Panglima Raja. Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford,sultan dan orang
-orang besar di Pulau Tawar. Banyak perkara tentang Datuk Bahaman dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Syres mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan kerjasama kepadanya sewaktu
dia membina rumah pasung. Owen pula berkata Datuk Bahaman menghalang orangnya membuat bancian.
Rodger pula mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada Residen
Selangor meminta Semantan ini di masukkan di bawah pemerintahan Selangor. Perkara paling
menyedihkan apabila Clifford meminta sultan menitahkan Datuk Bahaman telah menderhaka.Jika sultan
tidak mahu mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka,Inggeris menganggap bahawa sultan
menyebelahi Datuk Bahaman. Sultan boleh dibuang daerah ke lautan hindi.Sultan terpaksa bersetuju lalu
menandatangani perisytiharan itu yang berbunyi Datuk Bahaman telah derhaka. Oleh itu segala gelaran
datuk yang telah dianugerahi sultan telah ditarik semula.Datuk Bahaman tidak berkuasa lagi di Semantan.
Datuk Bahaman memberitahu orang di Semantan bahawa pangkat tidak penting baginya. Inggeris telah
mencabarnya. Inggeris telah memisahkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu. Dengan demikian
senang mereka mengalahkan bangsa Melayu. Menurut Datuk Bahaman lagi,semasa di Johor dahulu
Gaabenor Singapura telah menawarkan wang berjumlah 500 ringgit sebulan kepadanya jika beliau tidak
memihak kepada rakyat.Namun Datuk Bahaman menolak.

BAB 7 RETAK MENANTI BELAH

Zahid dan Awang Muhammad mengawal di kubu Lubuk Sengarat. Rahman membantu Pak Cik Hassan
Tahmid di rumah Datuk Bahaman kemudian datang Imam Perang Weh bersama Datuk Panglima Raja.
Lajis pula tiba membawa berita bahawa Ismail, Pak Long Abas dan Samad ditangkap Desborough dekat
Batu Hampar. Datuk Bahaman mengajak mereka ke hilir Kuala Semantan untuk membebaskan Pak Uda
Ismail, Pak Long Abas, dan Samad. Mereka tiba di Kuala Semantan lewat tengah malam. Datuk Bahaman
membacakan sesuatu. Dua orang pengawal yang sedang berkawal tertidur lena. Pak Uda Ismail,Pak Long
Abas, dan Samad berjaya diselamatkan. Perang sebenar semakin hampir kata Datuk Bahaman. Inggeris
pasti akan datang dalam tempoh yang singkat untuk menangkapnya. Walaubagaimanapun, Datuk
Bahaman berpendapat bahawa peperangan perlu dielakkan buat masa itu. Datuk Bahaman juga
menyampaikan titah sultan yang berharap agar barisan mereka sangat kuat sebelum berperang.

BAB 8 DARAH TITIK DI SEMANTAN

Tengah hari itu, Rahman dan Awang Muhammad sedang mengawal kubu. Zahid dan Samad meronda di
hujung kampung. Kamudian mereka ke bengkel membuat senapang. Setelah wang dihantar,barulah besi
laras senapang akan dihantar daripada Singapura.
Tiba-tiba Long Abas berlari menuju ke sebelah hulu dengan pakaian basah kuyup.Kelihatan Pak Long Abas
terlentang di tangga rumah Datuk Bahaman.Samad mengejar ayahnya. Mereka berlari ke arah rumah
Datuk Bahaman. Pak Long Abas tersedar setelah Datuk Bahaman memercikkan air sejuk ke mukanya. Pak
Long Abas menceritakan kejadian pagi tadi apabila rakit mereka ditahan oleh Desborough. Desborough
kenal Pak Long Abas kerana dia pernah ditangkap suatu ketika dahulu oleh Desborough. Desborough
menyatakan bahawa Datuk Bahaman mesti ditangkap. Selepas itu,Pak Long Abas terjun ke dalam air dan
terus menyelam untuk menyelamatkar diri. Dia tidak mengetahui tentang nasib Ismail. Desborough tetap
mengatakan Datuk Bahaman derhaka kerana tidak mahu mengikut perintah Inggeris.Kini, Datuk Bahaman
tidak peduli lagi kepada siapa-siapa. Datuk Bahaman akan menentang Inggeris. Kata Datuk Bahaman,
sekiranya benar Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan. Kali ini
giliran darah Desborough pula menitik. Datuk Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk
menentang Inggeris.

BAB 9 ADA UBI ADA BATAS

Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu lubuk Sengarat. Buluh runcing sudah siap. Pak
Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang. Keris diselir dipinggangnya, berserta senapang yang
tersandang di bahunya. Datuk Bahaman tiba dengan seutas rantai besi. Diikatnya rantai itu di pangkal
pokok merbau berdarah. Datuk Bahaman memegang rantai besi lalu terjun ke dalam sungai dan berenang
ke seberang. Sampai di seberang terus mengikat itu pada pangkal pokok jambu air. Datuk Bahaman
berenang balik naik ke darat. Rantai besi itu dijampi. Datuk Bahaman mengarahkan, Tuk Muda Bidin dan
Imam Perang Weh untuk mengumpulkan orang kampung bagi mengepung rumah pasung. Apabila
mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya akan merempuh rumah pasung itu dan
membunuh semua mata-mata Inggeris. Zahid dan Samad diarah agar balik makan dahulu dan kembali ke
kubu Lubuk Sengarat untuk menanti ketibaan Inggeris.Berita Desborough mudik dengan lima puluh orang
mata-mata Inggeris. Salah sebuah perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan. Dalam perahu itu ada
mayat. Bisik Datuk Bahaman, tentu mayat Ismail. Enam buah perahu yang lain sedang berpatah balik
untuk menangkap Datuk Bahaman. Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka mesti menangkap Datuk
Bahaman dengan hidup-hidup. Apabila senjata tiba, perahu yang membawa Desborough sampai ke tempat
air berpusing di hilir lubuk. Perahu-perahu yang lain pun sampai. Perahu Desborough cuba bergerak
semula. Apabila bahagian tengah perahu itu bersetentangan dengan rantai yang tenggelam dalam
air,Datuk Bahaman merentap rantai besi sehingga tegang. Perahu Desborough pun terbalik. Desborough
dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai. Tabuh dibunyikan. Datuk Bahaman memberi perintah
untuk menyerang. Berpuluh-puluh buluh runcing bertaburan menghujani tempat air berpusing mengenai
sasaran. Beberapa orang Inggeris hilang di olak lubuk. Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris
panjangnya. Dia mengejar musuh-musuh yang berpaut pada perahu yang terlingkup. Kira-kira sejam
kemudian, keadaan kembali tenang. Orang-orang Datuk Bahaman pun pulang ke kubu mereka.Pada
malamnya, di rumah Datuk Bahaman Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai
kemenangan yang besar. Semua mata-mata Inggeris di rumah pasung tewas kecuali seorang dua yang
dapat melarikan diri. Senjata-senjata dan ubat bedil kini dalam kawalan mereka. Pada malam itu juga suatu
rnesyuarat penting diadakan di rumah Datuk Bahaman.

MINDA KREATIF :

1. Jelaskan nilai yang boleh dicontohi dalam sinopsis Bab 9 di atas?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................
BAB 10 INGGERIS MESTI DIKALAHKAN

Mesyuarat malam itu berbeza daripada mesyuarat yang lalu. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda
Bidin dan Imam Perang Weh membawa sebanyak lima hingga enam puluh orang di rumah pasung itu
untuk menyerang Bentong pada malam itu juga. Rahman dan Hassan Tahmid berkawal di Lubuk Terua,
untuk kuatkan semangat orang-orang di situ.Perang sudah bermula. Pesanan juga disampaikan kepada
Tuk Selampi dan Batin Orang Asli di hutan. Mereka juga perlu untuk bersarna-sama berjuang. Datuk
Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat hingga lima puluh orang akan berjalan kaki
ke Temerloh dan dijangka sampai pada malam itu juga untuk menyelamatkan mayat Ismail. Zahid, Awang
Muhammad, dan Samad pula akan mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan. Selepas selesai
mesyuarat, semua orang pun beredar. Zahid, Samad Awang Muhammad dan Lajis mengikut Datuk
Bahaman ke Kuala Semantan. Mereka tiba di Kuala Semantan sebelum subuh. Datuk Bahaman bergerak
ke rumah pasung. Dia berhenti kira-kira tiga puluh depa daripada rumah pasung itu, lalu membaca
sesuatu. Kemudian, dua orang mata-mata yang berkawal di situ terlentok tidur. Mayat Ismail kemudian
dibawa ke perahu. Datuk Bahaman memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan
mengebumikan mayat Ismail keesokan harinya. Datuk Bahaman dan orang-orangnya kemudian bergerak
ke rumah pasung. Datuk Bahaman dan Mat Lela masuk ke dalam. Semua mata-mata Inggeris telah
dibunuh. Senapang dan peluru telah dirampas. Mereka kemudian naik perahu menyeberang Sungai
Semantan dan terus ke tanjung dan berehat di situ. Datuk Bahaman mengarahkan orang-orangnya agar
jangan tidur berbaris bagi mengelakkan diri daripada dipukau.

BAB 11: DESBOROUGH DATANG LAGI

Pasukan yang diketuai oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raha semuanya terdiri daripada orang-
orang muda yang tahan lasak.Pasukan ini ditugaskan untuk meronda di luar kawasan bandar Kuala
Semantan. Semasa meronda itu mereka terdengar dari sebuah bukit bunyi orang bercakap dalam bahasa
yang tidak difahami. Ada lima orang Inggeris yang sedang memasak roti di dalam hutan itu. Tiba-tiba
pemudi yang membawa senapang kopak dari pasukan mereka telah menembak mata-mata Inggeris itu.
Pada malam itu mereka tidak tidur di tanjung tempat mereka bermalam pada malam sebelumnya.
Keesokan harinya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan Zahid, Awang
Muhammad, Samad, dan lima orang lagi untuk meminjam sebiji kawah, lima puluh biji mangkuk dan
sepuluh biji kelapa parut serta gula kabung. Beberapa pemuda yang lain diarahkan pergi mencari ubi
gadung di hutan. Mereka hendak membuat bubur ubi gadung. Bubur itu diisikan ke dalam mangkuk dan
dihidangkan di atas tikar yang terbentang di tempat lapang itu. Kemudian, Datuk Panglima Raja
mengarahkan mereka bersembunyi. Tidak lama kemudian datang empat puluh orang mata-mata Ingeris
dan dua orang Inggeris. Mata-mata Inggeris itu berebut-rebut memakan bubur ubi gadung itu. Walau
bagaimanapun, dua orang Inggeris itu tidak menjamah bubur itu termasuklah Desborough. Mata-mata
Inggeris itu mula mabuk. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai.
Akhirnya, semua mata-mata Inggeris itu hilang dibawa arus. Dua orang Inggeris itu melarikan diri. Setelah
lima hari di Kuala Semantan, mereka bertemu semula dengan kumpulan Datuk Bahaman. Mereka balik ke
Lubuk Terua. Rahman dan Hassan Tahmid telah mendapatkan nama beratus-ratus orang yang mahu
berjuang menentang Inggeris.Tugas mereka belum selesai kerana Desborough dan Owen masih belum
mati.
BAB 12 TIPU HELAH INGGERIS

Keadaan di Semantan tenang dalam dua hingga tiga minggu. Mat Lela menyediakan daftar bertugas
pemuda-pemuda bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh menyusun jadual latihan menembak. Tuk
Selampit menggerakkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi. Malam itu suatu
mesyuarat diadakan di rumah Datuk Bahaman. Keesokan harinya, semua perajurit Semantan dikumpulkan
oleh Datuk Bahaman untuk memberitahu bahawa musuh akan mudik ke Semantan. Beliau meminta semua
bersiap sedia. Batu Hampar di bawah jagaan Datuk Panglima Raja. Imam Perang Weh dan Tuk Muda
Bidin akan mengetuai kawalan kubu dekat Pasir Tuk Anjang. Tuk Muda Bidin, Datuk Bahaman, Mat Lela
dan Tuk Selampit mengawal Lubuk Sengarat. Menurut Datuk Bahaman lagi, Desborough sendiri akan
mengetuai satu pasukan yang terdiri daripada lima puluh orang mata-mata Inggeris. Mereka akan tiba
bersama-sama dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Pesan Datuk Bahaman
lagi, jika askar-askar sultan bercampur gaul dengan mata-mata Inggeris, mereka akan berundur.Datuk
Bahaman mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman untuk mengikut pasukan Datuk
Panglima Raja ke Batu Hampar. Mereka membina kubu sebaik sahaja mereka sampai di sana. Zahid dan
Samad yang diarahkan oleh Datuk Panglima Raja untuk pergi mengintai musuh, ternampak akan mata-
mata Inggeris yang bersama-sama dengan askar-askar sultan. Apabila mendengarkan perkhabaran itu,
Datuk Panglima Raja mengarahkan orang-orangnya berundur ke Lubuk Terua. Menjelang senja,
Desborough tiba di Lubuk Terua. Namun, tidak kelihatan askar-askar sultan di dalam perahunya itu.
Sebaik-baik bahagian haluan perahu itu bersetentangan dengan rantai yang merentang Sungai Semantan,
Datuk Bahaman pun menarik rantai itu. Perahu Desborough terbalik menyebabkan Desborough dan mata-
mata Inggeris tercampak ke dalam air. Orang-orang Datuk Bahaman menghujani Desborough dan orang-
orangnya menggunakan bambu runcing. Tuk Selampit pula menyumpit bertalu-talu menggunakan
sumpitannya. Perahu-perahu musuh yang lain tidak mahu mudik lagi. Akhirnya, Datuk Bahaman
mengarahkan Samad untuk memukul tabuh. Pengawal-pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat bertindak
menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris. Askar-askar sultan terpinga-pinga, lalu dari hilir semula ke
Batu Hampar dan terus ke Kuala Semantan. Keadaan di Semantan kembali tenang. Mat Kilau datang dari
Pulau Tawar membawa berita bahawa Clifford tidak berpuas hati kerana tiada seorang pun askar sultan
yang mudik hari itu tercedera. Inggeris menganggap bahawa askar-askar sultan telah ada perjanjian
dengan Datuk Bahaman. Clifford mengugut sultan dengan ugutan akan dibuang daerah ke mana-mana
pulau di Lautan Hindi. Rodger sangat marah terhadap Datuk Bahaman dan akan mudik ke Semantan
dengan membawa sultan dan Tengku Ali. Jika askar-askar sultan tidak menembak perajurit-perajurit Datuk
Bahaman, bererti sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Rodger tahu apa yang perlu dilakukannya kelak.
Kini, Datuk Bahaman dalam dilema. Mat Kilau mengusulkan Datuk Bahaman agar berunding dengan
sultan apabila baginda tiba kelak.

MINDA KREATIF :

1. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda, apakah faedah yang diperolehi

sekiranya kaedah perundingan digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................
BAB 13 SEBUAH PERJANJIAN

Berita kedatangan musuh kali ini disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut. Empat hari
kemudian Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat. Beliau mengakui apa-apa yang dikatakan oleh Mat
Kilau, iaitu Rodger seperahu mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Oleh itu, Datuk Bahaman mengarahkan
Hassan Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua ke Darat Kelubi.
Datuk Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang. Tuk Selampit
membantah kata-kata Datuk Bahaman. Dia tetap mahu menyumpit orang-orang Inggeris dan mata-mata
Inggeris. Datuk Bahaman tetap bertegas bahawa Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan
tidak duduk di sebelahnya. Suasana di Lubuk Sengarat petang itu sepi.Tiba-tiba Lajis datang memberitahu
mereka bahawa musuh sudahpun sampai. Rodger berada dalam perahu yang pertama sekali sampai di
Lubuk Sengarat. Dia diapit oleh sultan dan Tengku Ali. Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger etapi
dihalang oleh Datuk Bahaman. Akhirnya, perahu-perahu yang membawa mata-mata Inggeris dan askar-
askar sultan berlalu satu demi iaitu. Tuk Selampit beredar dari situ dalam keadaan marah. Malam itu, Datuk
Bahaman dan orang-orangnya berpindah ke darat Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman bersiap-siap hendak
berjumpa dengan sultan. Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada nalam itu
juga. Menurut Datuk Bahaman, baginda sultan sememangnya menyokong perjuangan mereka. Baginda
mahukan perjuangan esoknya menjadi perjuangan yang penghabisan. Selepas itu Datuk Bahaman dan
pengikut-pengikut perlu meletakkan senjata dan menjalani kehidupan seperti biasa. Baginda sultan akan
mengampunkan mereka dan menganugerahkan pangkat dan kuasa semula kepada Datuk Bahaman.
Mengikut perjanjian yang dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman, askar-askar baginda akan naik ke
darat dan berpura-pura melakukan peperangan dengan pihak Datuk Bahaman. Namun sebenarnya,
mereka hanya akan menembak ke udara. Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara.
Kemudian, lewat tengah hari pihak Datuk Bahaman akan melarikan din. Pihak sultan dan Inggeris akan
bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan mengajak Rodger nenyaksikan kemenangan itu. Bagi
memastikan pengikut-pengikutnya faham akan apa-apa yang bakal berlaku, Datuk Bahaman menyuruh
Mat Lela pergi ke kubu Datuk Panglima Raja, Tuk Muda Bidin dan kubu Imam Perang Weh supaya
memberitahu mereka tentang perjanjian itu.

MINDA KREATIF :

1. Jelaskan peranan dan tanggungjawab sultan terhadap rakyatnya.

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................
BAB 14 JATUHNYA LUBUK TERUA

Dari Pasir Tuk Anjang naik sekumpulan askar sultan ke atas tebing sambil meniarap dan menghalakan
senapang ke atas. Datuk Bahaman telah memberikan arahan agar tembakan dibuat ke udara sahaja.
Pasukan kedua naik ke darat. Diikuti oleh pasukan ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sehingga ke
tebing Pasir Tuk Anjang itu dipenuhi oleh askar-askar sultan. Tidak berapa lama kemudian, tembakan
pertama dilepaskan oleh askar sultan. Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan. Semua tembakan
dihalakan ke udara juga. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan.
Seterusnya, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya. Awang Muhammad tidak berjaya
diselamatkan. Datuk Panglima Raja menyuruh orang-orangnya mengamuk kerana askar-askar sultan telah
mungkir janji. Namun, Datuk Bahaman tidak membenarkan kerana dia berpegang pada janji. Imam Perang
Weh dan Tuk Muda Bidin sedar tentang perbalahan antara Datuk Bahaman dengan Datuk Panglima Raja.
Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid dan melompat keluar dari kubu. Datuk
Panglima Raja tercedera bahu kanannya semasa hendak menghentak peluru dan ubat bedil. Tuk Muda
Bidin dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Tetapi nasib
mereka begitu malang kerana ketua askar sultan telah menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang
Weh. Menjelang waktu zuhur bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Perajurit-perajurit Semantan telah
berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Petang itu, sultan dan Tengku Ali
telah membawa Rodger ke darat. Rodger mengucapkan tahniah kerana telah menang dan berkata bahawa
Datuk Bahaman mungkin telah mati.Pada suatu petang yang hening, Mat Kilau telah datang ke Darat
Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman. Dia membawa surat pengampunan beramai-ramai yang
ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad. Semua
yang telah menentang Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman mengarahkan
Hassan Tahmid supaya menghebahkan kepada orang ramai bahawa mereka boleh pulang ke kampung
halaman masing-masing. Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus
orang askar mudik ke Batu Hampar. Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah
keseorangan. Menurut Tuk Gajah lagi, rancangan besar-besaran Mat Kilau yang dirancang dahulu hampir
gagal kerana Inggeris telah tahu akan rahsia itu. Perancangan untuk membunuh Clifford juga gagal. Sultan
diberi amaran terakhir dan dipindahkan ke Pekan semula. Tuk Gajah pula akan mudik Sungai Tembeling
dan terus ke Kelantan atau Terengganu berserta dengan Mat Kilau. Seminggu kemudian askar-askar
sultan di bawah pimpinan orang lain datang ke Lubuk Terua. Mata-mata Inggeris yang diketui oleh Wise
turut serta dalam kumpulan itu. Mereka mencari Datuk Bahaman, tetapi tidak berhasil lalu mereka
bertindak membakar semua rumah orang kampung. Orang muda, tua, perempuan, dan kanak-kanak turut
ditembak dan dibakar hingga hangus. Datuk Bahaman yang telah meninggalkan Semantan berpatah balik.
Beliau dan orang-orangnya telah banyak membunuh mata-mata Inggeris. Kemudian, Datuk Bahaman
mudik ke Sungai Tembeling untuk bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.
MINDA KREATIF :

1. Terangkan kesan peperangan kepada rakyat dan negara.