Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Pemulihan telah dilaksanakan di Malaysia untuk

membantu murid mengatasi masalah dalam menguasai kemahiran asas

membaca, menulis dan mengira (3M). Mneurut Koh Boh Boon (1982),

pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia

bertujuan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran. Program ini melibatkan

murid-murid yang lambat dalam pembelajaran berbanding dengan murid-murid

yang lain. Pencapaian murid-murid ini berada di bawah tahap pencapaian yang

sepatutnya.

Tanpa bantuan atau pendekatan pendidikan secara khusus, murid-murid ini

akan terus ketinggalan dan gagal bersaing secara sihat dengan rakan-rakan yang

sebaya dengan mereka. Mereka juga akan sentiasa mempunyai keyakinan diri

yang rendah untuk belajar dan sukar mengecapi pengalaman yang

menggembirakan semasa berada di sekolah. Mereka juga akan berpendapat

bahawa diri mereka sudah tidak bolehmaju ke hadapan. Justerus itu, mereka

akan cenderung untuk menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini kepada

guru-guru.

Bagi mengekang masalah ini daripada terus berlanjutan, penerokaan awal

harus dilakukan ke atas mereka. Guru-guru seharusnya menekankan aspek-


aspek lain seperti pengurusan tingkah laku disruptif murid terutama murid-

murid pemulihan. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid-murid

berkembang selari dengan pelajaran dan tingkah laku yang baik.

Anda mungkin juga menyukai