Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS 2

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN

Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

TARIKH

3 - 9 Julai 2012

TEMPAT

Bilik Buku Teks

ANJURAN

Unit SPBT

Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas 2


KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BILIK BUKU TEKS ANJURAN PELAJAR PISMP
DENGAN KERJASAMA GURU SPBT SK BAYAN LEPAS 2

1.0 PENGENALAN

Program keceriaan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)


melibatkan 4 orang guru pelatih PISMP bersama seorang guru penyelaras
SPBT sebagai pembimbing. Program ini dirancang bertujuan untuk
menceriakan dan mengemaskini BOSS supaya menjadi lebih sistematik
dan tersusun agar dapat memudahkan pihak sekolah mengurus dan
mengelola skim pinjaman buku teks dengan baik.

2.0 RASIONAL

Rasional mengadakan program keceriaan BOSS adalah selaras


dengan salah satu bantuan pendidikan yang diberikan oleh pihak kerajaan
iaitu Skim Pinjaman Buku Teks untuk semua murid. Program ini
diharapkan agar Skim Pinjaman Buku Teks dapat diselaras dengan baik
dan teratur serta memastikan Bilik BOSS SPBT agar ceria dan
berinformasi terkini. Program ini juga bertujuan untuk menyelaras
pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan pelupusan buku teks SPBT.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan bilik buku teks disusun dengan sistematik dan teratur.

3.2 Meningkatkan keceriaan dan kebersihan bilik buku teks.

3.3 Mengurus kutipan data dan maklumat murid dengan baik.


3.4 Memastikan prosedur pengagihan buku terhadap semua murid yang
layak dapat berjalan lancar di samping memastikan semua murid
mengikuti prosedur penjagaan buku yang telah ditetapkan.

4.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM

4.1 TARIKH

3 Julai 2012 9 Julai 2012 (seminggu)

4.2 HARI

Selasa hingga Isnin

4.3 TEMPAT

Bilik Operasi SPBT Sekolah

5.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PROGRAM KECERIAAN BILIK BUKU TEKS (SPBT)

Penaung : En.Nazri bin Abd Hamid (Guru Besar)


: En. Azlin b. Jambut (Guru Penolong Kanan 1)
: Pn. Norsilawati binti Ishak ( PK Hal Ehwal Murid)
: En.Mohmad Nasir bin Ahmad (PK Kokurikulum)
Guru Penasihat : Pn.Aifa Hazwani bt Mukhtar Affandi
Pengerusi Program : Nur Afiqah Auni bt. Mohd Rosdan
Setiausaha : Che Ku Nor Azren bt Che Ku Abdul Rahim
Ahli jawatankuasa :
Peralatan :
1) Nur Syuhadah bt. Januri

Dokumentasi dan penggambaran:

1) Nur Fatin binti Shuhaimi

6.0 ATURCARA PROGRAM

HARI TARIKH AKTIVITI

- Melukis mural
SELASA 3 JULAI 2012

- Mengemaskini data atau stok


RABU 4 JULAI 2012 buku

- Melabel rak buku

KHAMIS 5 JULAI 2012


- Mengurus pelupusan buku teks

JUMAAT 6 JULAI 2012 - Mengemaskini sudut rekreasi


dan sudut informasi

- Membersih dan menceriakan


ISNIN 9 JULAI 2012 carta dan papan kenyataan

- Menyusun atur bilik SPBT


7.0 PERUNTUKAN

BIL. PERKARA BILANGAN UNIT ANGGARAN KOS


1
Cat Pelaka (mural) 5 botol Diperoleh dari
sekolah SKBL 2

2 Kertas warna 30 keping RM 10.00

8.0 PENUTUP

Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan dapat memberikan manfaat


kepada semua pihak dan mencapai matlamat dan objektif program yang
telah disasarkan.

Disediakan oleh:
..................................................................

(CHE KU NOR AZREN BT CHE KU ABDUL RAHIM)

Setiausaha,

Program keceriaan bilik buku teks.

Disemak oleh:

..............
( PN.AIFA HAZWANI BT MUKHTAR AFFANDI )
Guru Penyelaras SPBT
SK Bayan Lepas 2

Diluluskan oleh:

.....................................

(EN.NAZRI BIN ABD HAMID)

Guru Besar

SK Bayan Lepas 2

Anda mungkin juga menyukai