Anda di halaman 1dari 4

CARA DAN PERATUARAN KAWAD KAKI

KAWAD ASAS

1. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan
dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar
berjalan ialah 120-128 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5
markah pasukan.

2. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya menghadap ke hadapan,


kanan....pusing.

3. Buka barisan. Bahasa hukumannya, buka, barisan......gerak.

4. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, ke kanan....lurus. Pandang......depan.

Melapor.

Ketua Platun melapor siap untuk diuji kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor,
skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika
melapor, contoh;

Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan Pengakap L3 siap untuk diuji tuan,
terima kasih tuan. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, tutup
barisan.......gerak.

KAWAD STATIK

1. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:

i. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: ke kanan...lurus. pandang....depan.


ii. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: bergerak ke kiri, kiri.....pusing.
iii. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: bergerak ke kanan, kanan..pusing
iv. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: menghadap ke belakang,
belakang....pusing.
v. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: menghadap ke hadapan,
belakang....pusing.
KAWAD DINAMIK

Antara Hukuman aktiviti/pergerakan yang perlu ada dalam kawad dinamik

1. Pusing keliling

2. Berjalan perlahan

3. Tukar langkah

4. Tabik Hormat

5. Hentak Kaki

6. Mara mengadap

7. Melapor Keluar

1. Pusing Keliling

Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman:
bergerak ke kiri, kiri......pusing.

Berjalan dalam masa cepat jalansebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri
hukuman kiri belok.

2. Tukar langkah perlahan...

Arahan perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A..

3. Tukar Langkah

Tukar langkah semasa berjalan.

Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar
langkah, maju.

4. Tabik Hormat
Skuad akan berjalan sehingga ke kon B, hukuman kiri belok diberikan dan kon F (kon hijau)
hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan
pergerakan kawad berikut mengikut urutan:

Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.

Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.

5. Hentak kaki.

Bahasa hukuman:Hentak kaki.

Henti. Bahasa hukuman: Skuad....henti.

6. Mara mengadap.

Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun
akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)

7. Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Contoh bahasa
hukuman melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pasukan
Pengakap telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan.
Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman
Terima kasih tuan.

Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Arahan diatas hanya sebagai panduan sahaja.. kretiviti adalah bergantung kepada unit
masing-masing.. terima kasih

Catatan (1) :

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua Platun
sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar
pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.
3. Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.

4. Isyarat tamat masa pertandingan aka diberikan oleh penjaga masa.

Anda mungkin juga menyukai