Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KAWAD ASAS
1. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan
dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar
berjalan ialah 120-128 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5
markah pasukan.
Melapor.
Ketua Platun melapor siap untuk diuji kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor,
skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika
melapor, contoh;
Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan Pengakap L3 siap untuk diuji tuan,
terima kasih tuan. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, tutup
barisan.......gerak.
kawad statik
1. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Platun diwajib melakukan semua
pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
KAWAD DINAMIK
Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman:
bergerak ke kiri, kiri......pusing.
Berjalan dalam masa cepat jalansebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri
hukuman kiri belok.
Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D
dan sebelum kon A.
Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila
semua anggota platun selesai membelok,
1.2 pandang...kanan
1.3 pandang...depan.
Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri, kiri.....pusing
diberikan.
Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah skuad berada antara kon C dan
kon D.
Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau)
hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan
pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar
langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.
Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.
Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.
Mara mengadap. Bahasa hukuman: skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan.
(Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
Catatan (1) :
1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua
Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)
2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar
pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.