Anda di halaman 1dari 9

GARIS PANDUAN MENJAWAB SOALAN KBAT SPM SEJARAH

PANDUAN MENJAWAB:

Soalan KBKK sejarah dalam SPM seringkali menghantui murid-murid. Ini


kerana mereka menganggap soalan KBKK adalah sukar dan memerlukan
tempoh berfikir yang lama dalam membina jawapan KBKK.

Kita perlu ubah persepsi ini kerana soalan KBKK adalah mudah; sebab
soalannya adalah terbuka jadi jawapan KBKKnya juga adalah terbuka. Ini
bermaksud jawapan KBKK tidak terikat dengan peraturan pemarkahan.
Selagi jawapan yang diberikan oleh murid adalah munasabah maka
markah yang baik akan diberi.

Suka chegu ingatkan, jika calon SPM tidak menjawab soalan KBKK
sejarah(biarkan kosong) maka sudah tentu tiada markah akan diberikan
tetapi jika calon menjawab soalan KBKK walaupun calon merasakan
jawapan tersebut seperti salah/terpesong peluang dapat markah tetap ada.
Jadi yang mana satu lebih baik? Menjawab atau tidak menjawab? Sudah
tentu menjawab.

Andaikan pecahan soalan terakhir (soalan KBKK) dalam K2 bhg A


memperuntukkan 3 markah. 4 soalan struktur dan ini bermakna 12 markah.
Bhg B perlu jawab 3 soalan. Andaikan terdapat satu sub soalan KBKK
yang memperuntukkan 6 markah dan ini bermakna 18 markah. Jadi
18+12=30 markah. Mulai SPM tahun 2012 soalan KBKK mula bertambah.
30 markah minimum / 50 markah dalam K2 jika semua betul. Betul-betul
mudah!

SPM 2013 menyaksikan soalan KBAT lebih banyak iaitu dalam kertas 2
bahagian struktur, markah soalan KBAT ialah 22 markah daripada 40
markah, manakala bagi bahagian esei, pecahan soalan KBAT (soalan c (i)
dan (ii)) memperuntukkan 12 markah. Ini bermakna markah KBAT soalan
esei ialah 36 markah daripada 60 markah. KBAT lebih banyak daripada
fakta!!

Sebagai kemudahan calon-calon SPM, disini chegu kongsikan beberapa


garis panduan menajwab soalan KBKK sejarah SPM. Semoga ianya
bermanfaat buat semua calon SPM:

1. Kenal pasti bentuk soalan KBKK. Lazimnya ada 3 bentuk soalan KBKK
iaitu:
Kontek diri (generasi muda)-nyatakan pendapat sendiri yang logik
dan positif.
Kontek negara (rakyat)-nyatakan pendapat sendiri yang logik dan
positif
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda-fakta sejarah/pendapat
sendiri yang berlandaskan fakta.
Tanda pengenalan KBAT: Pada pendapat anda, pada pendangan
anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kepentingan, kesan,
sekiranya anda..., adakah anda bersetuju...Anda adalah..dan lain-lain
Terdapat 2 bentuk respon jawapan KBAT iaitu respon terbuka atau
respon tertutup. Respon terbuka bermaksud jawapan KBAT calon
boleh diambil daripada sumber luar/isu-isu semasa manakala respon
tertutup bermaksud jawapan KBAT adalah bersandarkan fakta dalam
buku teks sejarah (pengetahauan sejarah sedia ada).

2. Berani keluarkan apa sahaja idea yang logik walaupun anda berasakan
idea itu tidak hebat.

3. Berikan pendapat yang mudah serta ringkas serta ayat yang lengkap
dan tidak tergantung.

4. Pecahkan jawapan anda kepada isi-isi jawapan yang kecil.

5. Jawapan anda tidak semestinya dalam kontek sejarah kerana semua


aspek jawapan adalah diterima!

6. Bersikap empati iaitu meletakkan diri dalam situasi soalan KBAT. Calon
perlu membuat imiginisasi (bayangan) terhadap soalan KBAT.

CONTOH BENTUK SOALAN KBKK KONTEK DIRI (GENERASI MUDA)

Soalan: Sebagai warganegara yang cintakan tanah air, jelaskan


persiapan anda lakukan untuk mempertahankan Malaysia daripada
sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan.

Perhatikan ayat yang telah chegu hitamkan, ini menunjukkan soalan KBKK
ini berbentuk kontek diri.

Cadangan rangka jawapan KBKK yang boleh calon berikan:

1. Dari sudut akhlak diri:


mematuhi ajaran agama
mematuhi larangan agama
jujur dalam perbuatan
bertanggungjawab terhadap perbuatan
menghindar budaya negatif
kuat beribadah
taat kepada Tuhan/Allah
sentiasa muhasabah diri

2. Dari sudut positif diri:


rajin belajar/ulangkaji pelajaran
amalkan pendidikan sepanjang hayat

kuasai ilmu
kuasai kemahiran teknologi
kuasai pelbagai bahasa/bahasa Inggeris
tidak mudah putus asa
berdikari
kreatif dan inovatif
berani mencuba
tidak mementingkan diri sendiri
sanggup berkoraban untuk kebaikan
berdisiplin
menjaga jati diri
berani menegakkan kebenaran
tegas pertahankan idea
bijak bertindak
bijak merancang masa depan
bersemangat waja
berbudi bahasa

3. Dari sudut hubungan sosial:


meningkatkan perpaduan kaum
semangat kekitaan
semangat bermasyarakat
bersedia bekerjasama
saling menghormati
menghargai rakan
bertolak ansur
menghormati pegangan agama lain
menghormati amalan budaya orang lain
membantu golongan yang memerlukan
menyokong dasar-dasar kerajaan
aktif dalam aktiviti sukarela

4. Dari sudut patriotisme:


cinta akan negara
setia kepada negara

menjaga nama baik negara


sanggup berkorban demi negara
berani berjuang
bersemangat kental
sanggup mempertahankan maruah negara
bijak merancang strategi sebelum bertindak
kekalkan kedaulatan negara
negara kita tanggungjawab kita
sepakat dalam perjuangan
berbangga dengan keunikan negara
menghormati perjuangan tokoh-tokoh negara
sedia berubah untuk kemajuan
tolak ansur dalam menghadai konflik
menolak amalan rasuah.
CONTOH BENTUK SOALAN KONTEK NEGARA (SEBAGAI RAKYAT)

Soalan: Berdasarkan pengkajian anda terhadap kegemilangan kerajaan


Bani Umaiyyah, terangkan iktibar yang boleh diambil untuk menjadikan
negara dan bangsa Malaysia lebih gemilang pada masa akan datang.

Perhatikan ayat yang telah chegu hitamkan. Ini bermaksud soalan KBKK
tersebut adalah berbentuk kontek negara (sebagai rakyat).

Cadangan rangka jawapan yang calon boleh berikan:

ASPEK POLITIK:

1. Dari sudut kepimpinan:

memilih pemimpin yang benar-benar layak


memilih pemimpin yang berwawasan
memilih pemimpin yang jujur dan amanah
memilih pemimpin yang cemerlang
menghormati pemimpin
mencontohi pemimpin agung/Nabi Muhammad s.a.w
menolak pemimpin yang rasuah

2. Dari sudut keamanan:


mengekalkan keamanan negara
tidak memainkan isu yang sensitif

menghormati hak asasi


menghormati agama lain
menghormati budaya lain
mematuhi undang-undang negara
menolak sebarang bentuk keganasan
mengamalkan konsep 1 Malaysia
elak campur tangan asing
menghormati amalan demokrasi
menghargai keamanan
tidak bersikap fanatik
menegakkan undang-undang yang adil
menghormati prinsip demokrasi
menghormati suara ramai
mewujudkan perpaduan kaum
menolak politik perkauman

3. Dari sudut hubungan luar


mengelakkan peperangan
bersahabat dengan semua negara

menghormati negara lain


menghapuskan diskriminasi
bersama menentang gejala negatif
elakkan campurtangan asing
membantu negara yang memerlukan
adil kepada semua negara
menyokong usaha-usaha keamanan
mengamalkan prinsip berkecuali
mengelakkkan perlumbaan senjata
berpegang kepada nilai sejagat
menentang penggunaan senjata nuklear
menyokong keputusan PBB

ASPEK SOSIAL

4. Dari sudut pendidikan:


menekankan kepentingan pendidikan
menambah peruntukan bagi pendidikan

melaksanakan dasar pendidikan wajib


memperbanyakkan pusat pengajian tinggi
menghargai para ilmuan
menggalakkan kajian dan penyeliddikan
membudayakan pendidikan sepanjang hayat
memberi biasiswa
membudayakan ilmu
memperbanyakkan perpustakaan
menambah bilangan penuntut PhD
menghargai sistem pendidikan negara
meluaskan capaian internet

5. Dari sudut hubungan kaum:


meningkatkan perpaduan kaum
bersedia bekerjasama

saling menghormati
saling menghargai
menghormati pegangan agama lain
menghormati amalan budaya lain
menghormati kebebasan beragama
menyokong budaya kebangsaan
tidak memperbesarkan perbezaan yang wujud
mengamalkan nilai-nilai murni
membudayakan gotong royong
semangat kejiranan
bertolak ansur

6. Dari sudut alam sekitar:


menyokong pemeliharaan alam sekitar
menyertai kempen alam sekitar

menjaga kebersihan
tidak membuang sampah merata-rata
menyokong teknolgi hijau
mengelakkan pencemaran
menjimatkan tenaga
menyokong penggunaan tenaga solar
menyokong program kitar semula
mengelakkan pembakaran terbuka

7. Dari sudut kesihatan:


sentiasa bersenam
amalan pemakanan yang seimbang

amalkan gaya hidup sihat


sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan
tidak merokok
tidak mengamalkan seks bebas
hindari penyalahgunaan dadah

ASPEK EKONOMI

8. Dari sudut kemajuan ekonomi:


menggunakan semua sumber negara
meneruskan kecemerlangan sedia ada

bekerja kuat bagi memajukan ekonomi


menumpukan kemahiran tinggi
menambah bingan pekerja mahir
membina pusat latihan
mengurangkan karenah birokrasi
berusaha dan produktif
mengekalkan kestabilan ekonomi
memajukan IKS
memajukan industri asas tani
memajukan perdagangan antarabangsa
menghasilkan produk yang berkualiti
memberi bantuan kewangan
memberi bantuan mesin/tekologi
memberi bantuan teknikal

9. Dari sudut mencari peluang baru:


mencari peluang ekonomi baru
meluaskan pasaran

meningkatkan kajian dan pembangunan (R&D)


melakukan inovasi
menyediakan kemudahan asas
idea bertaraf dunia
mampu mereka cipta
menarik pelabur luar
berani mengambil risiko
mengantarabangsakan produk negara
menyediakan pelbagai insentif
menumpukan kepada k-ekonomi

Anda mungkin juga menyukai