Anda di halaman 1dari 12

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

PROMOSI PENDERMAAN ORGAN DI NEGERI

BAHAGIAN A
1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan memberi panduan kepada Ketua Penolong


Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah (Promosi Kesihatan) tentang
langkah-langkah dan tindakan untuk melaksanakan aktiviti Promosi Pendermaan
Organ di peringkat negeri dengan menggunakan peruntukkan yang disalurkan
oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan kepada Unit Pendidikan Kesihatan Negeri.

2. JAWATANKUASA

2.1 Sebuah Jawatankuasa Khas perlu ditubuhkan di negeri. Jawatankuasa ini


hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) /
Timbalan Pengarah (Perubatan).

2.2 Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong


Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih (Pusat Sumber Transplan/Top
Team) dan Ketua-ketua Jabatan atau wakil agensi / masyarakat yang
terlibat. Manakala Unit Promosi Kesihatan (Pegawai Pendidikan
Kesihatan) merupakan urusetia kepada jawatankuasa ini.

2.3 Pengarah Kesihatan Negeri merupakan Penasihat kepada Jawatankuasa


tersebut.

2.4 Jawatankuasa ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan aspek


berkaitan program ini .

2.5 Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah :-

i) Merancang aktiviti-aktiviti Program Promosi Pendermaan Organ di


peringkat negeri.
ii) Membangunkan modal insan dalam program promosi pendermaan
organ menerusi Echo Training penggunaan kit promosi
pendermaan organ dan aktiviti-aktiviti program promosi.
iii) Melaksanakan aktiviti promosi pendermaan organ dengan
menggunakan pendekatan:
• Media Massa
• Setting (Tempat Kerja, Sekolah, Komuniti, Inst. Pengajian
Tinggi)
iv) Memantau dan menyelaras pelaksanaan aktiviti.
v) Menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti dan menyediakan laporan.

3. SKOP PROGRAM DAN AKTIVITI

3.1 Skop yang perlu diberi tumpuan dalam program ini ialah :

i) Pendermaan organ dari perspektif perubatan


ii) Pendermaan organ dari perspektif agama
iii) Kemahiran Komunikasi dalam Pendidikan Kesihatan pendermaan
organ.

3.2 Skop tersebut adalah selari dengan mesej-mesej utama Promosi


Pendermaan Organ

3.3 Pembangunan program promosi pendermaan organ di peringkat negeri


mestilah mencakupi perkara berikut:-

3.3.1 Echo Training


3.3.2 Aktiviti Promosi Pendermaan Organ
BAHAGIAN B

1. ECHO TRAINING PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

1.1 Bermula tahun 2008, Bahagian Pendidikan Kesihatan telah memulakan


sesi Training of Trainers kepada anggota kesihatan terpilih. Bagi
memastikan kesinambungan latihan yang dijalankan, anggota kesihatan
yang dilatih di peringkat nasional perlu bertindak sebagai Fasilitator dalam
melaksanakan echo training di peringkat negeri dengan melibatkan
anggota-anggota kesihatan.

1.2 Objektif Echo Training Pendermaan Organ diadakan untuk:-

• Meningkatkan pengetahuan anggota kesihatan mengenai kepentingan


pendermaan organ.
• Memastikan anggota kesihatan mempunyai kemahiran dalam
mengendalikan maklumat pendermaan organ apabila berhadapan
dengan pelanggan.

1.2 Tarikh / Tempoh Masa

Tarikh dan tempoh masa Echo Training ditentukan oleh Pegawai


Pendidikan Kesihatan.

1.4 Peserta

Pemilihan peserta perlu selari dengan TOT nasional, walau


bagaimanapun negeri berhak memilih peserta yang difikirkan wajar untuk
dilatih.

a. Pegawai Pendidikan Kesihatan Daerah / Hospital


b. Pegawai Perubatan dan Kesihatan
c. Penolong Pegawai Perubatan dan Kesihatan
d. Jururawat Terlatih / TOP TEAM / Pusat Sumber Pendermaan
Organ.

1.5 Skop Latihan


Pelaksanaan Echo Training di peringkat negeri perlu melibatkan skop-
skop berkenaan:-

• Kepentingan Pendermaan Organ


• Organisasi dalam pelaksanaan
• Polisi Pendermaan Organ
• Proses pendaftaran dan Pendermaan Organ
• Mati Otak
• Pendermaan Organ dari sudut agama
• Isu-isu berkaitan pendermaan organ
• Pelan pelaksanaan Promosi Pendermaan Organ Negeri / Daerah /
Hospital / Klinik Kesihatan

1.6 Penilaian
Dalam melaksanakan echo training di peringkat negeri, dua bentuk
penilaian perlu dilaksanakan iaitu Pre dan Post latihan (soalan
disertakan).
2. AKTIVITI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

2.1 Program Promosi Pendermaan Organ di Malaysia bermula pada tahun 1999
apabila Bekas Menteri Kesihatan Dato’ Dr. Chua Jui Meng melancarkan kad
pengikrar pendermaan Organ. Bagi memastikan kelancaran program, satu
Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Kesedaran
Awam Pendermaan Organ yang dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri Dato’
Lee Lam Thye telah ditubuhkan. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada
orang perseorangan, media dan badan bukan kerajaan (NGO).
Jawatankuasa ini terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksana
program promosi pendermaan organ sama ada di peringkat negeri mahupun
di peringkat nasional.

2.2 Objektif

• Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai


kepentingan pendermaan organ/tisu selepas meninggal dunia.

• Meningkatkan bilangan pengikrar penderma organ selepas meninggal


dunia

2.3 Tarikh / Tempoh Masa / Tempat

Ditentukan oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat negeri

2.4 Kumpulan Sasar

Bagi menjamin keberkesanan program, aktiviti harus ditumpukan kepada


kumpulan sasar.

Antara kumpulan sasar adalah :-


• Masyarakat Umum
• Pelajar Sekolah
• Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
• Pekerja
2.5 Aktiviti
Aktiviti yang dapat memberi faedah secara langsung kepada kumpulan sasar
perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuklah:-

a) Forum / Ceramah / Seminar / Dialog


b) Pameran
c) Kuiz
d) Khidmat Nasihat

2.6 Penilaian Keberkesanan Program


Setiap aktiviti promosi pendermaan organ yang dijalankan di peringkat negeri
harus di pantau dan dinilai. Penilaian keberkesanan program perlu dibuat
berdasarkan format penilaian yang dilampirkan.

BAHAGIAN C

1. Perancangan Aktiviti
Unit Promosi Kesihatan bertanggungjawab membuat perancangan senarai
aktiviti berdasarkan skop yang ditentukan. Dalam menentukan aktiviti yang akan
dirancang, pandangan dan maklumbalas daripada kumpulan sasar, pemimpin
serta agensi-agensi berkaitan perlu diperolehi. Ini bertujuan mempastikan aktiviti
yang dirancang memenuhi kehendak kumpulan sasar yang seterusnya akan
membantu penyertaan mereka dalam aktiviti itu nanti.

2. Sumber Kewangan
Menggunakan peruntukan Bahagian Pendidikan Kesihatan.

3. Laporan
Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri perlu menghantar laporan
lengkap pelaksanaan dalam tempoh sebulan setelah selesai melaksanakan
semua aktiviti berkenaan (Format laporan seperti yang dilampirkan).

Disediakan:
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
LAMPIRAN 1
FORMAT LAPORAN
PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN
PERINGKAT NEGERI

ECHO TRAINING PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

A. Echo Training Peringkat Negeri

Tarikh Tempat Bil. Sesi Latihan Peringkat Negeri Bil. Anggota Kesihatan dilatih
mengikut Profesion

Peg. Pendidikan Kesihatan


Peg. Perubatan
Jururawat
Pen. Pegawai Perubatan

Jumlah

B. Echo Training Peringkat Daerah


Tarikh Tempat Bil. Sesi Latihan Peringkat Daerah Bil. Anggota Kesihatan dilatih
mengikut Profesion

Peg. Pendidikan Kesihatan


Peg. Perubatan
Jururawat
Pen. Pegawai Perubatan

Jumlah

• Laporan yang disediakan perlu dilampirkan bersama analisa Pra dan Post echo training dan gambar semasa latihan
diadakan untuk tujuan dokumentasi.
PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

Tarikh Tempat Kumpulan Jenis Aktiviti Penceramah Bilangan Bilangan Perbelanjaan


Sasar Yang Kehadiran Pengikrar
Diadakan Pengunjung Organ
(Jika Ada)

• Laporan yang disediakan perlu dilampirkan bersama analisa soal selidik keberkesanan program dan gambar semasa aktiviti
diadakan untuk tujuan dokumentasi.
TINJAUAN KE ATAS PENGETAHUAN TERHADAP ANGGOTA KESIHATAN
(ECHO TRAINING)

Bahagian A : Demografi Responden

1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Agama Islam Buddha Kristian Lain-Lain

3. Bangsa Melayu India Cina Sikh Lain-Lain

4. Pekerjaan Peg. Pendidikan Pegawai


Kesihatan Perubatan

Jururawat Pen. Pegawai


Perubatan

Lain-lain
________________(Nyatakan)

Bahagian B : Pernyataan Tentang Pendermaan Organ

1. Berikut merupakan jenis organ/tisu yang boleh YA TIDAK TIDAK TAHU


didermakan selepas meninggal dunia.

Hati

Jantung

Buah Pinggang

Paru-Paru

Mata (Kornea)

Tulang

Kulit

Injap Jantung

1
YA TIDAK TIDAK PASTI

4. Pemindahan organ/tisu selepas meninggal dunia boleh


didermakan kepada ahli keluarga sahaja.

5. Ahli keluarga perlu dimaklumkan sekiranya


seseorang berikrar untuk menderma organ
selepas meninggal dunia.

6. Penderma kadeverik merupakan mereka


yang berikrar untuk menderma organ/tisu selepas
meninggal dunia.

7. Organ/tisu penderma selepas meninggal dunia, akan


diambil walaupun tidak mendapat kebenaran
ahli keluarga.

8. Hanya mereka yang mengalami Mati Otak boleh


menderma semua organ dan tisu badan.

9. Orang yang meninggal dunia secara biasa


(Jantung Berhenti Berdegup) juga boleh menderma
Semua organ dan tisu badan.

10. Kempen promosi pendermaan organ Kementerian


Kesihatan Malaysia menekankan pendermaan organ
Selepas meninggal dunia.

11. Adakah anda berniat untuk menderma organ.

2
SOAL SELIDIK PROGRAM PROMOSI PENDERMAAN ORGAN

Tandakan pada petak berkenaan

BAHAGIAN A : BIODATA BAHAGIAN B : PANDANGAN TERHADAP AKTIVITI


PROMOSI PENDERMAAN ORGAN
Umur : __ tahun
Sila tandakan pada aktiviti yang anda hadiri
Jantina : Lelaki
Perempuan Anda menghadiri Forum/ Ceramah/ Seminar/ Dialog
1. Adakah aktiviti ini memberi maklumat kepada anda? Ya Tidak Tidak pasti
Bangsa : Melayu Cina 2. Adakah anda faham maklumat yang disampaikan? Ya Tidak Tidak pasti
India Lain-lain 3. Adakah penceramah berjaya menyampaikan maklumat
dengan berkesan? Ya Tidak Tidak pasti
Agama : Islam Buddha 4. Adakah aktiviti ini meningkatkan pengetahuan anda? Ya Tidak Tidak pasti
Hindu Lain-lain
Kristian
Anda melihat pameran
1. Adakah isi pameran mudah difahami? Ya Tidak Tidak pasti
Pekerjaan : Pelajar sekolah
2. Adakah maklumat yang disampaikan berguna? Ya Tidak Tidak pasti
Pelajar IPT
3. Adakah maklumat yang disampaikan mencukupi? Ya Tidak Tidak pasti
Kakitangan Kerajaan
4. Adakah pameran ini meningkatkan pengetahuan anda? Ya Tidak Tidak pasti
Kakitangan Swasta
Suri rumah
Pesara Anda menyertai kuiz
lain-lain 1. Adakah soalan kuiz memberi informasi kepada anda? Ya Tidak Tidak pasti
2. Adakah kuiz ini sesuai diadakan? Ya Tidak Tidak pasti
Tahap 3. Adakah kuiz ini meningkatkan pengetahuan anda? Ya Tidak Tidak pasti
Pendidikan : Sekolah Rendah 4. Adakah hadiah yang ditawarkan kepada anda menarik? Ya Tidak Tidak pasti
Sekolah Menengah
Kolej/ Universiti Anda menghadiri Khidmat Nasihat
Tidak bersekolah 1. Adakah khimat nasihat membantu anda memahami
pendermaan organ? Ya Tidak Tidak pasti
2. Adakah pegawai yang memberi khidmat nasihat
mesra pelanggan? Ya Tidak Tidak pasti
3. Adakah khimat nasihat ini mampu menjawab
kemusykilan anda? Ya Tidak Tidak pasti
4. Adakah perkhidmatan ini perlu dikekalkan? Ya Tidak Tidak pasti

BAHAGIAN C : PENGETAHUAN

1. Pernahkah anda mendengar tentang Program Promosi Pendermaan Organ? Ya Tidak


(Jika TIDAK sila ke soalan nombor 3)

2. Anda mengetahui tentang pendermaan organ menerusi :


(boleh ditanda lebih dari satu)
Kakitangan kesihatan Siaran TV/Radio Akbar/ Majalah Risalah/ Poster
Perbincangan Kumpulan Pameran Internet Rakan-rakan
Ahli keluarga Lain-lain : ________________________
(sila nyatakan)

3. Berikut merupakan jenis organ dan tisu yang boleh didermakan selepas meninggal dunia?
Hati Ya Tidak Tidak Tahu
Jantung Ya Tidak Tidak Tahu
Buah pinggang Ya Tidak Tidak Tahu
Paru-paru Ya Tidak Tidak Tahu
Mata (kornea) Ya Tidak Tidak Tahu
Tulang Ya Tidak Tidak Tahu
Kulit Ya Tidak Tidak Tahu
Injap Jantung Ya Tidak Tidak Tahu
4. Pendermaan organ selepas meninggal dunia boleh
didermakan kepada ahli keluarga sahaja. Ya Tidak Tidak pasti

5. Ahli keluarga perlu dimaklumkan sekiranya seseorang


berhasrat menjadi pengikrar penderma organ? Ya Tidak Tidak pasti

6. Penderma kadeverik merupakan penderma


yang berikrar untuk menderma organ selepas
meninggal dunia. Ya Tidak Tidak pasti

7. Organ penderma selepas meninggal dunia, akan


diambil walaupun tidak mendapat kebenaran
ahli keluarga. Ya Tidak Tidak pasti

8. Hanya mereka yang mengalami Mati Otak boleh


menderma semua organ dan tisu. Ya Tidak Tidak pasti

9. Orang yang meninggal dunia secara biasa


(Jantung Berhenti Berdegup) juga boleh
menderma semua organ dan tisu. Ya Tidak Tidak pasti

10. Kempen Promosi Pendermaan Organ Kementerian


Kesihatan Malaysia menekankan pendermaan organ
selepas meninggal dunia. Ya Tidak Tidak pasti

11. Adakah agama anda menghalang pendermaan


organ? Ya Tidak Tidak pasti

BAHAGIAN D : HASRAT

1. Adakah anda berniat untuk menjadi Pengikrar Penderma Organ? Ya Tidak


(Jika TIDAK terus ke soalan 3)

2. Apakah faktor yang mendorong anda berniat untuk berikrar sebagai penderma organ?
Kesedaran diri sendiri Dorongan keluarga Ingin berbakti
Rakan-rakan Lain-lain : ______________________________________ (sila nyatakan)

3. Apakah faktor yang menghalang anda daripada berniat untuk mendaftar sebagai pengikrar
Penderma Organ?
Halangan keluarga Maklumat tidak lengkap Kemusykilan Agama
Jenazah Terseksa Tiada sokongan kakitangan kesihatan
Tidak tahu di mana untuk mendaftar Lain-lain : _____________________________ (sila nyatakan)

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA


DERMALAH ORGAN DEMI SEBUAH KEHIDUPAN

Anda mungkin juga menyukai