Anda di halaman 1dari 1

Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Tazim

Tel: 07-3324523 Fax: 07-3316532

Tarikh :04.10.2015
Kepada :

Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor


Jalan Larkin,
80648 Johor Bahru

(U/P : Pegawai Latihan)

Tuan,

UNDANGAN MENGADAKAN PAMERAN KERJAYA


______________________________________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk

2. Pihak Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau akan mengadakan Hari Kerjaya untuk semua murid terutama kepada
murid-murid Tahun 6 sebagai salah satu aktiviti selepas UPSR. Pameran tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 November 2015 (Isnin)


Masa : 8.00 pagi 1.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SK Sri Tebrau

3. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kerjaya kepada semua murid di sekolah ini.

4. Sehubungan itu kami berbesar hati memohon jasa baik tuan agar dapat meluangkan masa dan menyumbangkan
tenaga untuk mengadakan pameran serta membawa kenderaan rasmi pihak tuan masuk ke dalam kawasan sekolah agar
murid-murid dapat melihat dengan lebih dekat serta menimbulkan minat untuk memilih kerjaya ini sebagai profesion
mereka di masa hadapan.

5. Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Kerjasama tuan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...........................................................
(MOHAMED NOOR BIN BASIRON)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau,
Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai