Anda di halaman 1dari 52

IBADAH BERKUALITI TUNGGAK MUSLIM SEJATI

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima Kasih pengerusi majlis, Yang Berusaha para hakim yang arif lagi
bijaksana, para hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersilat lidah untuk mencari yang hak. Demi meninggalkan yang bathil,
menghanyutkan yang lara dan menegakkan panji perjuangan serta
menerbitkan keinsafan. Insya Allah, pada pagi yang penuh kemuliaan hari
ini akan saya sampaikan sebuah syarakah bertajuk

IBADAH BERKUALITI TUNGGAK MUSLIM SEJATI

Namun, sebelum itu ayuh kita dengar definisinya dahulu.

Ibadah : tunduk,patuh kepada Allah.

Berkualiti : bermutu

Tunggak : asset

Muslim sejati : menyerah diri kepada Allah, patuh dan taat serta
membenarkan perkara yang dibawa oleh Rasul.

Hadirin sekalian,

Marilah kita menyelusuri apakah yang dikatakan oleh ibadah yang


khusyuk melahirkan hamba yang bertaqwa dengan menerapkan konsep
yang digelar K-A-M-U-S iaitu KAMUS. Kamus ini merupakan rangkaian
abjad yang bermaksud :

K- Khusyuk

A- Amalan yang benar

M- mahu melakukan

U- usaha yang bersungguh-sungguh

S- sayang akan agama Islam

Andai konsep ini diterapkan dalam sanubari hadirin, Insya Allah ibadah
yang dilakukan tidak menjadi sia-sia. Firman Allah :-

1




5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang
benar.

(Al-Bayyinah : 5)

Ibadah berkualiti ini bukanya memerlukan belanja yang besar, dan tidak
perlu melabur berjuta-juta. Cukuplah hanya bersuluhkan kekhusyukan,
keikhlasan dan ibadah yang dilakukan sejajar dengan syarat-syarat
sahnya. Lihatlah betapa indahnya agama Islam ini.

Hadirin sekalian,

Peningkatan ibadah berbeza dan beraneka rupa sesuai dengan segala


persiapan, perangai dan kecenderungan manusia itu sendiri. Sebagai
mana dalam firmanNya :


4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

(al-Lail :4)

Beristiqamahlah dalam beribadah. Hayati dengan mendalam akan ibadah


yang dilakukan. Ibadah ini juga terbahagi kepada dua iaitu khusus dan
umum. Ibadah khusus ini ialah ibadah wajib yang merangkumi solat
fardhu dan puasa manakala ibadah umum pula merangkumi ibadah sunat
melibatkan aktiviti yang kita lakukan untuk diri kita dengan sesama
makhluk. Maka jelas terbukti kita sebagai manusia tidak lari daripada
melakukan ibadah. Namun, adakah ibadah yang kita lakukan benar-benar
berkualiti?

Hadirin sekalian,

Indahnya muslim sejati bersulamkan ibadah

Indahnya ibadah dihayati dengan kualitinya

Begitulah kiasan mauduk yang dapat digambarkan akan ibadah ini.


Lihatlah, bagaimana nabi yang kita sayang, yang sangat kita cintai, iaitu
Nabi Muhammad s.a.w yang hebat sahsiahnya, tinggi budi pekertinya dan

2
amat disanjung tinggi kerana baginda merupakan muslim sejati kerana
ibadahnya benar-benar berkualiti.

Firman Allah :


56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.

(az-Zariyat : 56)

Sejarah juga telah membuktikan muslim yang berpegang teguh akan


ibadah yang sempurna merupakan orang yang mempunyai wawasan yang
jauh dan mampu mencapainya.

Hadirin sekalian,

Masalah akhlak muslim kita semakin menjadi-jadi, mereka bangga dengan


imej buruk mereka. Mereka tidak malu minum arak, tidak malu
mengamalkan seks bebas malah tampil dengan imej samseng, kaki
pukul. Isu mat rempit juga berleluasa. Pembuangan bayi juga semakin
menjadi-jadi. Mengapa perkara ini terjadi? Sudah tentu jawapannya ialah
kurangnya kesempurnaan dalam ibadah. Ingatlah bahawa ibadah yang
berkualiti dan sempurna dapat menghindarkan diri daripada melakukan
maksiat. Firman Allah dalam surah al-Ankabut : 45 :


Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar

Justeru, ayuhlah kita sempurnakan solat agar kemungkaran tidak lagi


bernaung di hati.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Paradigma masyarakat hari ini semakin hebat seiring arus semasa yang
semakin maju dan moden. Namun, umat Islam masih dengan ibadahnya
yang umpama bermain dengan air. Mengerjakan ibadah apabila dipaksa
dan terpaksa. Lantas, bagaimana ibadah yang sempurna dapat
dilaksanakan terutamanya dalam bab solat kerana Allah telah berfirman :



4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan
ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

3
(al-Maun :4-5)

Maka, marilah kita menjadi muslim yang jelas matlamatnya, khusyuk


solatnya, dan beribadah dengan hati yang terbuka mencapai tahap
sempurna. Sudah tentu kita tidak mahu mencontohi kaum-kaum terdahulu
yang dilaknat Allah, bukan? Nauzubillahi minzalik

Bersamalah kita mengorak langkah dengan mendirikan solat yang betul


kerana solat itu tiang agama, tanpanya runtuhlah segala.

Hadirin sekalian,

Marilah kita bergabung tenaga bagi memastikan permasalahan ini bisa


diatasi dengan menerangkan pendidikan agama sedari kecil lagi. Yakinlah
bahawa pendedahan awal ini mampu membentuk kesedaran diri untuk
beribadah dengan lebih sempurna. Sabda Rasulullah :

(riwayat abu daud)

Selain itu, bertawaduklah agar wujudnya nilai ihsan dalam diri dalam
pelaksanaan ibadah. Akhir sekali, jadikan para sahabat baginda sebagai
idola seperti Saidina Ali, Bilal b Rabah dan beberapa nama agung lain
kerana mereka merupakan golongan sejati kerana ibadahnya berkualiti.

Hadirin sekalian,

Konklusinya, sentiasalah menjaga hubungan kita dengan Allah.


Beribadahlah dengan lebih keyakinan agar diterima dan diredhainya.
Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Bertawakkallah agar ibadah
yang dilakukan berkualiti supaya menjadi muslim sejati.

Masa telah mencemburui hubunga kita bersama. Sebelum mengundur


diri, serangkap pantun saya hadiahkan :

Pagi subuh ayam berkokok,

Bangun Mukmin menghadap ilahi,

Ibadah berkualiti harus dipupuk,

Agar menjadi muslim sejati.

Harap tarbiyah membina jati diri, Yang benar bersama kita imani, Mohon
diri mengundur diri.

4
IMAN DAN TAQWA ASAS JATI DIRI MUSLIM

Bismilahirahmanirahim
Lafaz Bismilah pembuka segala,Putera Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Panglima memulakan bicara.Sebelum bibir menitip kata membawa
wacana Iman dan Taqwa Asas Jati Diri Muslim izinkan saya mengucapkan
apresiasi saya untuk pemimpin dewan yang budiman,kombinasi panel
hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru yang saya hormati,dan
seterusnya hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Hadirin sekalian,
Iman dan Taqwa Asas Jati Diri Muslim adalah satu pegangan untuk
membentuk umat Islam supaya mempunyai satu keperibadian yang
unggul.Iman yang bermaksud tasdiq iaitu iktiqad dengan hati kepada apa
yang diketahui daripada Deen Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w serta ikrarnya dengan lidah dan amal.

Warga dewan yang dihormati,


Iman juga boleh didefinisikan sebagai kepercayaan yang tertanam di
lubuk hati dengan penuh keyakinan tanpa syak dan ragu.Imanlah yang
mempengaruhi pandangan hidup,perilaku,dan amalan seseorang.
Lidahnya mengucapkan syahadah,hatinya mengakui,dan anggota
badannya membuktikan dalam bentuk tingkah laku.Taqwa pula
merupakan satu istilah yang mempunyai pengertian yang amat
luas.Andainya iman itu dijiwai oleh taqwa baharulah sempurna keislaman
seseorang dalam erti kata yang sebenarnya. Justeru, memang sewajarnya
iman dan taqwa menjadi asas jati diri muslim kerana melalui iman dan
taqwalah akan terbentuknya keperibadian unggul seseorang muslim yang
dapat mengawal diri daripada azab api neraka dengan mengerjakan
suruhan Allah swt dan meninggalkan larangannya.

Hadirin yang dirahmati Allah,


Jati membawa maksud asli,murni,dan tidak bercampur.Namun jika kita
lihat dasawarsa kini anak-anak remaja kita sudah terhakis nilai jati diri
dalam diri mereka.Remaja hari ini rata-rata amat menyanjungi budaya
hedonisme.Mengapakah hal ini terjadi? Pokok pangkalnya fenomena ini
berlaku kerana iman mereka senipis kulit bawang.Lantaran itu,iman dan
taqwa amat penting sebagai asas jati diri seseorang muslim.

Sidang dewan yang dikasihi,


Sebagai orang Islam kita sepatutnya mengamalkan budaya dan etika

5
Islam yang menjadi cerminan peradaban.Kita sepatutnya sentiasa
mempertahankan ciri-ciri dan budaya Islam supaya dihormati oleh agama
lain.Namun akibat,iman dan taqwa yang senipis kulit bawang ini budaya
Islam kini semakin ternoda kerana diresapi kegilaan memuja dan
menyanjung Bollywood dan Hollywood,mabuk akan Shah Rukh Khan,
Salman Khan, Kajol,Leanardo De Caprio dan entah siapa lagi?Jati diri kita
semakin terhakis.Tersiat daripada amalan Islam yang sebenar.Kenapa ini
berlaku?Pesoalan ini akan terjawab kerana umat Islam pada hari ini tidak
mempunyai asas dan benteng iman dan taqwa yang kukuh.

Hadirin sekalian,
Di dalam Al Quran, iman itu dibandingkan sbagai tanah yang subur.Di atas
tanah yang subur inilah lahirnya tamadun yang kuat,teguh,kukuh,dan
mencapai kebahagiaan.Dengan syarat tamadun itu dibina di atas
keimanan,ketaqwaan dan amal salih. Selain itu,Al Quran juga
membandingkan dunia ini sebagai kebun Allah.ia disediakan untuk
manusia agar dapat dijadikan tempat bercucuk tanam dengan
keimanan,ketaqwaan,ibadat,amal salih seperti mana dijelaskan di dalam
ayat Surah Al Nisa,4:124




Sesiapa yang beramal salih,dari lelaki atau perempuan,sedang mereka
beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak
..dianiaya walau sedikit pun

,Sidang dewan yang dihormati


Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas b Malik
..terjemahannya
Perumpamaan iman itu ialah laksana pohon kayu yang tumbuh dengan
teguh dan tegap.Iman adalah akar-akarnya,sembahyang adalah urat-
uratnya,zakat adalah ranting-rantingnya,puasa adalah dahan-
dahannya,bersakit-sakit menegakkan agama Allah adalah tumbuh-
tumbuhannya,budi pekerti luhur sebagai daun-daunnya dan menahan diri
.daripada segala yang diharamkan oleh Allah adalah buahnya
Kesinambungan daripada hadis ini dapatlah disimpulkan bahawa iman
dan taqwa itu merupakan asas jati diri muslim yang kukuh dan
unggul.Iman diibaratkan sebagai tanah yang subur,kebun yang rimbun
dan pohon yang rendang.Iman dan taqwa perlu
dipelihara,dipertingkatkan,diperkukuhkan dari semasa ke semasa kerana
iman akan berkurangan dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan musuh

6
utamanya iaitu iblis,syaitan,dan hawa nafsu manusia sendiri.Justeru,iman
dan taqwa yang kukuh perlu untuk membentuk jati diri muslim yang
.unggul

,Hadirin yang dimuliakan


Setiap yang bermula pasti akan berakhir,sebelum lidah berhenti
bicara,sebelum kaki mengatur langkah,ingatlah bahawa iman dan taqwa
asas jati diri muslim yang perlu dibajai selalu.Jika tanpa iman dan taqwa
jadilah kita seperti kapal di tengah lautan yang hilang kemudinya dipukul
gelombang entah ke mana haluannya? Sekian,Putera SMK taman
.panglima mengundur diri.Wassalam

SEDEKAH MENINGKATKAN KUALITI UMMAH

Bismillahi 'l-Rahmani 'l-Rahim.

Assalamu'alaikum warahmatu 'l-Llahi wa barakatuh.

Alhamdulillahi rabba 'l-'alamin, wassolatu wassalamu 'ala asyrafi 'l-


anbiya'i wa 'l-mursalin, wa a'ala ali baytihi wa ashabihi ajma'in.

Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga


masa yang setia,

seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

Maksudnya : dan infakkanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami


kurniakan kepadamu sebelum saat kematianmu....

Ayat di atas memberikan peringatan kepada umat Islam bahawa rezeki


yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita wajar diinfakkan sebagai sedekah
kepada mereka yang memerlukan. Persoalannya, mengapa Allah SWT
memerintahkan umat Islam memberikan sedekah? Apa kepentingan
sedekah kepada umat? Bagi merungkai persoalan tersebut, maka saya
berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan pada pagi yang berbahagia
ini untuk menyampaikan sebuah syarahan bermauduk : Sedekah
Meningkatkan Kualiti Umat.

7
Muslimin warga budiman;

Secara konsepnya sedekah boleh ditakrifkan sebagai pendermaan atau


perbelanjaan sesuatu, sama ada dalam bentuk material ataupun bukan
material dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Sementara meningkatkan kualiti bermaksud menambahkan atau
memperkasakan darjah kecemerlangan dan mutu, sementara ummah
yang dimaksudkan di sini ialah masyarakat atau komuniti Muslim di mana-
mana sahaja tempat dilaksanakan sedekah itu. Lantas secara tuntasnya
Sedekah Meningkatkan Kualiti Umat boleh saya konsepkan sebagai
pemberian sesuatu, sama ada material mahupun bukan material yang
dilakukan secara ikhlas oleh umat Islam dalam sesebuah komuniti akan
menambahkan darjah kecemerlangan dan mutu masyarakat Muslim di
sesebuah tempat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t :

Maksudnya : dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) pada jalan
Allah.

Hadirin yang dirahmati Allah;

Minda bicara saya yang pertama : sedekah meningkatkan keimanan.


Sedekah adalah antara wadah meningkatkan keimanan dalam jiwa raga
umat Islam. Pastinya dengan menghulurkan sedekah, pahala akan
bertambah, amalan pula akan dipandang oleh Allah, dan akhirnya, iman
meningkat sebagai natijah. Orang yang sentiasa bersedekah secara tulus
dan ikhlas sentiasa ingin melaksanakannya tanpa mengharapkan balasan
dan imbalan, apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk sesama insan. Firman
Allah swt :

(al-Baqarah : 264)



Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu rosakkan
(pahala) sedekah kamu dengan mengungkit-ngungkitnya serta

8
menyakitkan hati (penerimanya) seperti orang yang menginfakkan
hartanya kerana riya.

Dengan imanlah, sahabat Rasulullah, Abul Rahman bin Auf telah


menyumbangkan banyak harta, waima 700 ekor unta yang penuh dengan
barang keperluan diatasnya untuk keperluan penduduk Madinah semata-
mata kerana Allah. Jelas menunjukkan kepada kita bahawa sedekah akan
dapat meningkatlkan iman dan seterusnya melahirkan ummah yang
berkualiti.

Muslimin yang dimuliakan, muslimat yang diraikan;

Kualiti akhlak ummah juga dapat dilahirkan melalui sedekah, selari


dengan buah bicara saya yang kedua, sedekah memupuk akhlak
mahmudah. Melalui sedekah, jiwa dan harta dapat disucikan. Jiwa yang
suci akan mendapat keberkatan, lantas memangkin nilai-nilai murni
seperti penyayang, bertanggungjwab, dan prihatin dalam jiwa setiap
individu. Allah berfirman dalam surah al-Taubah, ayat 3:

Maksudnya : Ambillah sebahagian daripada harta mereka (sebagai)


sedekah, (supaya) dengannya engkau membersihkan mereka (daripada
dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk).

Jika kita telusuri sirah sahabat, pasti kita akan saksikan betapa sahabat
seperti Abu Bakar al-Siddiq, meng-infak-kan seluruh harta bendanya demi
mengharap kasih sayang dan maghfirah Allah! Lihatlah akhlak para
sahabat, Allah menyucikan jiwa mereka kerana amal sedekah yang tidak
pernah pudar kerana-Nya. Bukankah ini bukti bahawa dengan bersedekah,
sikap dan peribadi unggul dapat dibentuk, insan syumul jelas dipupuk.

Warga dewan penerus wawasan,

9
Beralih pula kepada rentas bicara saya yang ketiga : sedekah
memberkatkan rezeki. Hadirin yang dihormati, pernahkah terdetik di
dalam hati : kalau asyik bersedekah, duit setinggi bukitpun pasti habis
ditarah! Jika demikian yang terfikir dalam jiwa, insaflah kita bahawa Allah
ialah al-Razzaq, Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki! Mahukah kita ditimbuni
harta tetapi hidup seperti di dalam neraka? Firman Allah dalam surah al-
Baqarah, ayat 245 :

Maksudnya : Sesiapa yang meminjamkan (yakni membelanjakannya pada


jalan) Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipatgandakan
ganti kepadanya.

Sesungguhnya, rezeki yang berkat akan membawa manfaat. Syed


Mukhtar al-Bukhari sebagai contoh, banyak bersedekah kepada umat:
menjaga anak yatim dan golongan fuqara. Melalui Yayasan al-Bukhari
yang didirikannya, masyarakat dibantu, umat dibangunkan. Hasilnya?
Syed Muhammad al-Bukhari dikurniakan rezeki melimpah ruah sehingga
menjadi salah seorang 10 orang terkaya di Malaysia. Jelas membuktikan
bahawa rezeki yang disedekahkan akan mendapat keberkatan Allah,
lantas menyuburkan hati, membuka pintu rahmat, rezeki pula bertamah-
tambah.

Umat Muhammad pewaris dunia,

Rezeki yang kita sedekahkan sesungguhnya satu wadah membangunkan


umat. Dengan bersedekah, masyarakat semakin gagah. Maka, buah fikir
saya yang keempat: Sedekah membangunkan masyarakat. Bersedekah
boleh meringankan beban orang lain. Bersedekah juga boleh
mengukuhkan hubungan sesama hamba, serta dapat mengurangkan
kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Allah berfirman :


Maksudnya : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang
demikian adalah baik (al-Baqarah : ayat 271).

Bersedekah sama ada dengan harta mahupun tenaga meningkatkan


ukhwah sesama kita. Mangsa gempa bumi di Padang dan Haiti tidak
kebulur atas semangat sedekah daripada sukarelawan seluruh dunia.

10
Pakaian, makanan, rumah dibina semula. Yang sakit, cedera dan
menderita jiwa dibantu oleh pakar-pakar dari seluruh dunia. Terbuktilah
bahawa bersedekah mampu mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
bagi membangunkan masyarakat yang sejahtera.

Hadirin warga dewan yang budiman;

Mandala fikir saya yang kelima : Sedekah memantapkan ekonomi. Firman


Allah :

(al-Baqarah, ayat 261).




Maksudnya : Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada
jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada
setiap tangkai ada seratus biji.

Melalui sedekah yang berterusan, wang tidak hanya disimpan. Aliran tunai
dalam negara akan bergerak aktif, peniaga dan pelanggan akan
mendapat impak positif. Lantas, golongan peniaga mendapat laba,
sedekah dan zakat mengalir kepada asnaf-asnafnya. Pembiayaan atau
pinjaman tanpa faedah juga adalah salah satu bentuk pertolongan atau
sedekah kepada golongan yang memerlukan. Melalui aktiviti ini, ekonomi
negara dapat ditingkatkan, sama ada dalam bidang perniagaan mahupun
pendidikan. Kesimpulannya, bersedekah menjana ekonomi umat yang
kukuh, sekali gus menjadikan negara kekal teguh.

Sidang saksi bervisi;

Sedekah juga dapat menolak bala, memanjangkan umur serta


memurahkan rezeki. Hal ini selari dengan hujah saya yang keenam,
sedekah bertambah, sejahteralah ummah. Apabila ummah sejahtera,
maka kehidupan yang berkualiti akan dapat dizahirkan. Penyakit
terhindar, sosial segar, pemikiran bugar. Sabda Nabi s.a.w mafhumnya :

11
Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat
melangkahi sedekah (Hadis riwayat Baihaqi).

Jika kita renung sejarah silam, hal ini terbukti pada zaman khalifah Umar
Abdul Aziz. Sedekah dan zakat melimpah ruah, menyebabkan masyarakat
sejahtera : tiada penyakit berjangkit, tiada peminta sedekah. Bukanklah
ini membuktikan hasil daripada sedekah yang dihulur, negara dan
masayarakat sejahtera, makmur.

Muslimin muslimat, ummah pilihan;

Saya ingin membawa hadirin sekalian berfikir sejenak : apa yang akan
terjadi sekiranya umat kita ini mengamalkan sikap seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing? Sudah pasti yang kaya
menghina yang miskin, yang miskin membenci yang kaya. Namun,
alhamdulillah... dengan keindahan dan keadilan Islam, syariat tentang
sedekah diturunkan. Maka ayuhlah kita memahami falsafah di sebalik
tuntutan sedekah ini. Bukanlah sedekah itu hanya menghulurkan seringgit
kepada tabung masjid pada setiap hari Jumaat, tetapi kita sedekahkan
tenaga, pemikiran, dan kewangan demi membangunkan kesihatan,
pendidikan, sosial, dan kerohanian umat. Sekurang-kurangnya,
senyumlah, kerana senyum itu pun sedekah!

Sekian,

IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt.salam integriti pembuka bicara

,









Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya,
seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah. Tampilnya saya di pentas
ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk IMAN DAN
TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG.

12
Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan
saya pada pagi ini. Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah,
membenarkan di dalam hati dan mengamalkan segala perintah Allah
Taqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada melakukan perkara
yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan
meninggalkan larangannya.

Frasa Pencetus Ummah Gemilang adalah merujuk kepada ummat Islam


yang bermutu dan cemerlang. Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan
Bertakwa Teras Masyarakat Gemilang Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri
dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah tentu bertitik
tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui
kesungguhan amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan
penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :


Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah
daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya.
Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah
dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan
dadah, pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004
menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim.

Nah! terbuktilah iman dan takwa teras masyarakat cemerlang memacu


kecemerlangan ummah. Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak
MuliaTeras Ummah yang gemilang Ini amat bertepatan dengan motif
utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak
manusia sebagaimana Sabda Baginda :

( )
Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui


karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang
sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau
sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing
di dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut
bahkan baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi
memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan
akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja
syaitan serta vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak
mulia tonggak ummah gemilang.

13
Wacana Fikrah ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah
Gemilang". Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa
muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep
Al ihsan:

( )
Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya,
jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar


Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan
keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bilamana
menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang
jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada
segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah,
tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah. Konklusinya, tidak tertegak
rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak
ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan
senyuman, hiasi masyarakat dengan peribadi unggul, pasti cerialah
hidup.

Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus


solidarity dan perpaduan ummah Tema ukhuwwah dan perpaduan
bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah, bahkan islam
telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas
islam. Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus
mempertahankan kesatuan ummah yang ada sebagaimana firmannya
dalam surah al hujurat ayat 10.


Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu;

Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi
akidah yang jelas. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang
mendapat asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah
bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada sekelumit rasa
perbezaan taraf dan warna kulit. Begitulah kekuatan madinah yang
dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan
kiaskan lah bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam
penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus
gemilang bersama perpaduan dan keamanan. Tuntasnya integrasi
nasional berpaksikan agama teras kegemilangan ummah.

14
Menuntun bicara hujah saya yang kelima ; keagungan akidah pencetus
semangat jihad dan pengorbanan. Dengarlah ayat 41 surah at-Taubah



41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan
berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah

Ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat
islam kini dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan
dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan, pembangunan
mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis saidina
khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia
dan benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis
Abdrahman bin auf melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan
monopoli ekonomi kapitalis yahudi penjajah di madinah 14 dekad yang
lalu. ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi ummah dan daulah
berwibawa.

Wacana fikrah keenam Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang


Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha dan Qadar mencetuskan
muslim yang gigih berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan
takdir semata-mata menjadikan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama
sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara serta keyakinan yang
tinggi kepada Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita
pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika ,namanya gah
terukir dipersada dunia. Ini bertepatan dengan seruan Allah: (
) Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan
Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya
saing serta berlumba-lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama
besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al Khawarizmi perintis
ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka
meniti dibibir sepanjang zaman.

Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi
untuk kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Konklusi dari
hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan
islamisasi ilmu dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan
peradaban ulung berteraskan iman an taqwa dan paradigma yang dibawa
oleh alquran dan sunnah.

Akhirnya : Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri


Dengan lafaz yang mulia Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum
warahmatullahi

15
MASJID MEMBINA KEUNGGULAN UMMAH

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga


masa yang setia, seterusnya hadirin umat Muhammad semua.

Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi
menyampaikan syarahan yang bermauduk Pengimarahan Masjid
Membina Keunggulan Ummah.

Secara konseptualnya, frasa pengimarahkan bermaksud menggerakkan


atau menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatan
berfaedah. Masjid pula, menurut Fatwa Lajnadah Imah ialah tempat yang
disediakan untuk dilaksanakan atau ditunaikan solat lima waktu secara
berjamaah di dalamnya. Sementara frasa membina keunggulan ummah
dapat saya konsepkan sebagai membangunkan masyarakat atau komuniti
Muslim yang lebih baik, cekap dan ulung. Keunggulan ini dapat dilihat
daripada pelbagai aspek, terutamanya dari segi kerohanian, sosial,
pendidikan dan ekonomi umat.

Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapat takrifkan
sebagai proses menjalankan aktivti menghidupkan masjid dalam kalangan
masyarakat mampu meningkatkan ketinggian mutu umat Islam
seluruhnya. Maka melalui syarahan saya pada pagi yang berkat ini, saya
akan menghuraikan bagaimana keunggulan umat dapat dicapai menerusi
pelbagai aktiviti yang berfaedah yang dijalankan di masjid oleh muslimin
dan muslimat.

Sidang hadirin paksi umat,

Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama : masjid pemangkin


rohani umat. Tujuan utama pembinaan masjid adalah sebagai tempat
beribadat. Maka, hendaklah kita menghidupkan masjid dengan ibadat
yang sesuai dengan maqasid atau tujuan utama pembinaan masjid. Allah
s.w.t berfirman dalam surah al-Nur, ayat 36 :


Maksudnya : Di rumah-rumah (Allah) itu, diperintahkan Allah untuk
memuliakan dan menyebut nama-Nya.

Ayat ini menjelaskan masjid perlu dipenuhi dengan aktiviti aktiviti


ibadah. Maka janganlah kita jadikan masjid yang indah dan mahal ini
hanya untuk berbangga atau sebagai pusat pelancongan sahaja, tetapi
imarahkanlah masjid-masjid ini dengan aktiviti aktiviti ibadat dengan

16
sebaik-baiknya. Maka, ayuhlah kita memastikan masjid kita diimarahkan
mengikut maqasid pembinaanya yang utama.

Hadirin warga dewan yang cendekia,

Beralih kepada bicara minda saya yang kedua : masjid pemangkin


perkembangan ilmu. Sejak awal perkembangan Islam lagi, Rasulullah
s.a.w telah menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan
dakwah. Masjid Nabawi ialah pusat ibadat, juga pusat pengajian Islam
terunggul pada waktu itu. Pada zaman khalifah Jafar al-Mansur pula,
masjid Jami al-Mansur menjadi pusat pengajian ilmu Islam. Bahkan,
Universiti al-Azhar sendiri berkembang daripada sebuah masjid. Firman
Allah dalam surah al-Mujadalah, ayat 11:



Maksudnya : Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang berilmu daripada kalangan kamu dengan beberapa
darjat.

Namun kini kita dapati banyak masjid yang hanya didirikan solat
berjamaah, tetapi tidak diimarahkan dengan pengisian ilmu kepada ahli
jamaah. Lebih menyedihkan ada masjid lengang seusai sahaja bulan
Ramadan. Maka, seharusnya kita kembali menjadikan masjid sebagai
pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat kerana apabila
masyarakat kita kaya dengan ilmu, keunggulan ummah akan jelas
kelihatan.

Hadirin sidang kemasyarakatan;

Seterusnya beralih kepada mandala fikir saya yang ketiga; masjid sebagai
sebagai pusat sosial masyarakat. Masjid bukan tempat ibadat khusus
semata-mata, bahkan sebagai pusat kegiatan masayarakat. Aktiviti
kemasyarakatan seperti walimatul urus, pusat kaunseling, tempat
penginapan musafir dan lain-lain perlu diwujudkan di seluruh masjid. Jika
diimbau sirah, masjid telah dijadikan pusat pentadbiran, syura dan
strategi dakwah. Allah telah berfirman dalam surah al-Tawbah, ayat 18:





Maksudnya : Orang yang layak mengimarahkan (yakni menghidupkan)
masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta
tidak takut melainkan kepada Allah.

17
Masalah pandangan bahawa masjid hanya semata-mata sebagai tempat
beribadat khusus dapat dikikis sekiranya semua masjid di negara ini
mempunyai kemudahan yang lengkap seperti yang terdapat di masjid
Jamek Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Di masjid tersebut ditempatkan
klinik, tadika, rumah musafir, pusat seni khat, dan pelbagai kemudahan
untuk keperluan masyarakat setempat. Natijahnya, masjid ini sentiasa
menjadi pusat kegiatan sosial masyarakat sekitarnya. Jelaslah apabila
masjid dijadikan sebagai pusat kegiatan sosial, masjid dapat membina
masyarakat dan sosial yang unggul.

Sidang dewan sekalian,

Seterusnya wacana minda saya yang keempat, Masjid pemangkin


penyatuan ummah. Perpaduan ialah elemen terpenting dalam menjana
ummah gemilang. Pembinaan masjid Quba dan Masji d Nabawi di Madinah
oleh Rasulullah membuktikan bahawa dengan wujudnya masjid,
masyarakat akan dapat berkumpul dan bertanya khabar, menjadikan
ukhuwah Islamiah dapat dijalinkan dengan lebih erat. Hal ini seterusnya
memangkin keunggulan ummah. Hal ini selari dengan perintah Allah
seperti yang terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 103:


Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam)
dan jangan kamu bercerai berai...

Malangnya kini ada pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat


menyebarkan fitnah dan menimbulkan sengketa sesama umat. Jika hal ini
berterussan sudah pasti keunggulan umat Islam akan pecah berderai.
Sewajarnya kita perlulah menghayati dan mengimarahkan masjid dengan
aktiviti yang mampu membina perpaduan sesama kita agar keunggulan
umat terus terpelihara.

Tuan-tuan, puan-puan hadirin yang budiman;

Hujah saya yang kelima, masjid sebagai pusat pembentukan sahsiah


ummah. Masjid ialah rumah Allah yang mulia. Oleh sebab itu, Islam telah
mengajarkan tataetika khusus kepada umat Islam ketika berkunjung ke
masjid. Pakaian mestilah menutup aurat, percakapan di masjid juga
perlulah menjurus ke arah perkara-perkara yang positif dan membina
sahaja. Secara tidak langsung tataetika ini mengajar kita bersahsiah
terpuji. Khutbah-khutbah Jumaat pula boleh dijadikan landasan untuk
memperingatkan umat Islam agar sentiasa berkeperibadian mulia agar
menjadi contoh kepada orang lain. Firman Allah:

18

Maksudnya : Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah
dan berhiaslah ketika kamu ke masjid-masjid (al-Araf : 31)

Malangnya ada segelintir umat Islam kini tidak memelihara adab-adab di


masjid sehingga Islam dipandang sebagai agama yang tidak
mementingkan adab dan sahsiah penganutnya. Oleh itu, kita wajar
menjadikan masjid sebagai pusat latihan membina sahsiah dan
keperibadian agar keunggulan umat Islam terserlah di mata dunia.

Warga dewan penerus wawasan,

Shah Waliullah Ad-Dahlawy, ulama terkemuka dari India, (1703-1762)


berkata, Kesejahteraan ekonomi merupakan prasyarat untuk suatu
kehidupan yang baik. Tingkat kesejahteraan ekonomi sangat menentukan
tingkat kehidupan. Seseorang semakin tinggi tingkat kesejahteraan
ekonominya, akan semakin mudah untuk mencapai kehidupan yang lebih
baik (hayatan thayyibah). Hal ini selari dengan mandala fikir saya yang
terakhir, masjid penjana ekonomi ummah. Kita lihat kini, kawasan sekitar
masjidil haram dan masjid nabawi telah diiktiraf sebagai pusat perniagaan
bertaraf dunia. Allah sendiri mrenggalakkan kita mencari rezaeki selepas
sahaja kita menunaikan solat seperti yang terkandng dalam firman-Nya
dalam surah al-Jumaah, ayat 10:



Kemudian setelah selesai sembahyang, bertebaranlah kamu di muka
bumi, dan carilah apa yang kamu hajati daripada kurniaan Allah.

Sehubungan dengan itu, masjid hari ini perlu diimarahkan sebagai pusat
ekonomi umat dengan menjadikannya sebagai pusat pungutan zakat,
infaq, sedekah dan kemudahan perbankan seperti yang dilakukan oleh
kebanyakan masjid kini seperti masjid Negara dan Masjid Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Masjid Jamek Bandar Baru UDA Johor Bahru
pula menyediakan peluang perniagaan di bazar tetap dan bazar ramadan
setiap kali bulan Ramadan.

Kesimpulannya, jika ekonomi umat dapat dijana melalui masjid-masjid di


seluruh dunia sudah pasti umat Islam akan lebih unggul dalam bidang
ekonomi dan muamalat. Sidang hadirin Umat Pilihan; Bagunan pertama
yang didirikan oleh Rasulullah setibanya baginda ke Madinah ialah masjid.
Berpusat di masjid, Rasulullah membina umat Islam melalui sistem
musyawarah dan pentadbiran, menjadikannya pusat pengembangan ilmu,
sebagai pusat sosial dan kemasyarakatan dan sebagai penjana ekonomi
umat Islam. Maka pada hari ini, kita sewajarnya mengimarahkan masjid

19
masjid dengan fungsi-fungsinya seperti yang tlah ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. Jika kita memiliki kekuatan untuk mengimarahkan masjid
dari masa ke masa, sudah tentu ummah yang unggul dapat dilahirkan dan
tidak dapat disangkal lagi, kegemilangan Islam akan berada di
persadanya! Sebagai pengakhiran, cuba kita renungkan kata-kata Imam
Malek Tidak akan memperolehi kejayaan ummah kemudian, melainkan
mencontohi bagaimana ummah terdahulu memperolehinya.

20
SUNNAH DIHAYATI INSAN BERKUALITI

Kata alu-aluan,

Sunnah dihayati insan berkualiti bergitulah tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada hari ini. Menurut Ulama Hadis sunnah dihayati
bermaksud perkara yang disandarkan kepada Nabi yang kita
amalkan.Manakala frasa kata insan berkualiti pula ialah insan yang
cemerlang ,gemilang dan terbilang. Tuntasnya tajuk syarahan saya pada
hari ini ialah,dengan mengamalkan sunnah Nabi mampu melahirkan insan
yang hebat.

Pertama, sunnah menyitai saudara seagama melahirkan mukmin


cemerlang,

sebagai muslim kita perlulah menyintai dan menyayangi saudara


seagama.firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10:



Mafhunya:sesungguh nya setiap muslim itu adalah bersaudara.

Lihatlah, kepada sikap Saad bin Rabbi.dek kerana cinta dan saying nya
kepada Abdul Rahman bin Auf,beliau sanggup menyerahkan separuh
daripada hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Bergitu jugalah sifat
menyintai saudara seagama yang ditunjukkan olehRaudah arafah perlulah
kita contohi. Beliau sanggup mengadaikan nyawa demi menyelamatkan
umat islam di Palestin. Jelaslah,insan yang cemerlang adalah insan yang
menyintai saudara seagama.

Kedua, sunnah wasatiah melahirkan insan


dermawan,

insan yang memiliki sifat wasatiah tidak akan terlampau taksub dengan
perkara duniawi.sifat wasatiah yang cemerlang ini terpancar melalui
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 201


Mafhumnya:ya Allah kau berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat.

21
Sifat wasatiah inilah yang telah menjadikan Abdul Rahman bin
Auf seorang insan yang dermawan. Bergitu jugalah sifat wasatiah yang
telah ditunjukkan oleh Tan Sri Sheikh Mukhtar al-Bukhary. Dengan
mendermakan berjuta-juta ringgit demi pembangunan islam.Terbuktilah,
insan yang dermawan lahir daripada sifat wasatiah.

ketiga,istiqamah melahirkan insan


yang gemilang

Seseorang insan
yang gemilang sudah tentu merupakan seseorang yang melakukan
sesuatu kebaikan secara berterusan.firman Allah dalamsurah hud ayat
112

Mafhumnya:berdirilah kamu dilandasan yang benar seperti mana yang


telah di syariatkan

Contohnya sifat istiqamah yang telah ditunjukkan oleh as-Syahid Imam


Hassan Al-Banna ,telah menjadikan beliau seorang insan yang
gemilang.lihatlah sifat istiqamah dalam mendaulatkan Islam yang telah
dipamerkan oleh Syahibus Samahah Tan Sri Dr Harusani Zakaria,Mufti
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Benarlah,bahawa insan yang
gemilang adalah insan yang mengamalkan sunnah istiqamah.

Kesimpulannya,tanpa menghayati sunnah Rasulallah mana mungkin


seorang insan yang hebat mampu dilahirkan.Saya menyeru kepada
muslimin muslimat seluruhnya bersama-samalah kita menghayati sunnah
Rasulallah bagi melahirkan insan yang cemerlang,gemilanng dan
terbilang.

*niat mesti betul


*Syarahan tidak perlu terlampau panjang.
*Jangan masukkan pantun,syair,lagu,sajak dan seangkatan denganya.
*Elakkan penggunaan ayat bombastik (interprestasi,kongklusi dan lain-
lain).
*Syarahan yang baik mengandungi isi utama,huraian,contoh
dahulu,kaitan dengan situasi semasa dan penegasan.
*dalil dari al-Quran dan Hadis sahaja yang dibenarkan.
*didahulukan dengan Bismillah,Salam dan Selawat.
*fungsi Syarahan adalah untuk membuat orang faham tentang tajuk kita
bukan untuk menarik perhatian(pidato)
*intonasi perlu tepat,intonasi syarahan amat berbeza dengan intonasi
pidato.

22
AMALAN SUNAT MEMBAWA BERKAT

-SALAM

-PUJI- PUJIAN & SELAWAT KE ATAS NABI SAW

Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis, yang saya hormati barisan


hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam
randiknya, rakan- rakan seperjuangan dan seterusnya hadirin- hadirat
sekalian.

Amalan Sunat Membawa Berkat

Begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini.

Amalan sunat bermaksud suatu amalan yang apabila dilakukan akan


mendapat pahala & ditinggalkan tidak berdosa seperti puasa sunat,
bersedekah & membaca Al-quran.

Membawa berkat pula bermaksud Allah akan memberi keberkatan &


kebahagiaan kepada kehidupan kita.

Rangkumannya, apabila kita sentiasa melakukan amalan- amalan sunat


seperti puasa sunat & sebagainya, maka sudah pasti akan berkatlah
kehidupan kita dunia & akhirat.

Oleh itu, marilah bersama saya menghayati bagaimanakah amalan sunat


membawa keberkatan dalam kehidupan kita.

23
Hadirin sekalian,

Pertama, amalan puasa sunat meraih keberkatan hidup.

Sesungguhnya amalan puasa sunat dapat melatih muslim bersabar,


menahan diri daripada makan, minum & hawa nafsu.

Inilah yang akan membentuk kekuatan jiwa sekaligus meraih keberkatan.

Marilah kita imbau kembali, sejarah Islam YANG merakamkan tentera


Islam mencapai kemenangan didalam peperangan Badar adalah
disebabkan amalan puasa yang diberkati Allah.

Begitulah juga Nur Hidayah Bt Abdul Rahman yang sentiasa berpuasa


sunat, Allah memberkati pembelajarannya, akhirnya beliau muncul
sebagai pelajar terbaik SPM 2011.

Justeru itu, marilah kita hayati firman ALLAH di dalam surah Al- Kahfi, ayat
13 :



Mafhumnya : Sesungguhnya mereka adalah pemuda yang beriman
kepada Tuhan mereka dan Kami menambahkan mereka petunjuk.

Terbuktilah, puasa sunat membawa keberkatan.

Hadirin sekalian,

Kedua, amalan sedekah meraih keberkatan hidup.

Sebenarnya masyarakat yang kuat imannya akan sentiasa bersedekah.

Lihatlah betapa berkatnya hidup Saidina Uthman Bin Affan yang telah
menginfakkan 1000 ekor unta dagangan untuk penduduk Islam Madinah
yang kesempitan makanan.

Begitulah juga kerajaan kita yang sanggup membantu rakyat dengan


Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) 2.0 sebanyak RM500 kepada setiap
keluarga yang berpendapatan dibawah RM3,000.

24
Alhamdulillah Inilah hasil keberkatan yang membentuk kasih sayang
yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya :


Maksud : Sesiapa yang tidak mengasihi, ia tidak akan dikasihi.

( Rawaahu Bukhari wa Muslim )

Ternyatalah, amalan sedekah meraih keberkatan hidup.

MUAMALAT ISLAM MENJAMIN KEADILAN SOSIAL


Assalamualaikum.

Bissmillah.

Terima kasih buat saudari pimpinan majlis, yang dimuliakan barisan para
hakim yang arif lagi bijaksana seterusnya para hadirin yang dirahmati
Allah sekalian.

Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah tatkala kita dipertemukan


dalam satu majlis keilmuan yang mana para malaikat turut berpusu-pusu
duduk bersama kita, berzikir dan mendengar fikrah islamiyyah.

Insya-allah, pada hari ini saya akan cuba membawa hati-hati para hadirin
agar turut serta bersama saya menyelami, mendalami akan satu mauduk
islami yang berjudul.

MUAMALAT ISLAM MENJAMIN KEADILAN SOSIAL

Namun sebelum itu ayuh kita perdengarkan dahulu apakah definisi di


sebalik tajuk syarahan saya. Muamalat Islam membawa erti sebagai
tatacara atau peraturan dalam perhubungan sesama manusia samada
berlandaskan syariat Islam. Menjamin menurut Kamus Dewan pula
bermaksud berjanji menanggung kewajipan atau keselamatan orang lain
manakala Keadilan Sosial pula bererti manifestasi keadilan di dalam
seluruh hal-hal kemasyarakatan.

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

25
Wacana fikrah saya yang pertama berbunyi Muamalat Islam Membentuk
Negara Berintegriti.

Muamalat Islam yang dibina atas wahyu Ilahi telah memupuk nilai-nilai
kejujuran,keikhlasan dan amanah ketika berurusan sesama manusia
dalam apa jua bidang. Budaya ini akan membebaskan masyarakat
daripada tertindas angkara perlakuan tidak jujur dan pecah amanah.
Kerajaan telah berjaya melaksanakan enam daripada sembilan inisiatif
yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi dalam
usaha membanteras rasuah di negara kita. Hal ini selaras dengan
peringatan yang Allah sebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 188,


Maksudnya dan janganlah kamu memakan harta orang lain diantara
kamu dengan jalan yang salah.

Maka, jelaslah di sini bahawa Muamalat Islam Membentuk Negara


Berintegriti.

Hadirin warga dewan sekalian,

Wacana fikrah saya yang kedua merupakan Muamalat Islam


Membanteras Penipuan Dan Pergaduhan.

Urusan jual beli, pinjaman dan insurans yang tidak mematuhi garis
panduan syarak lazimnya dikaitkan dengan unsur penipuan dan
pergaduhan. Urwah b. Zubair merupakan seorang sahabat Rasulullah
yang bijaksana dan jujur dalam berniaga sehingga didoakan oleh baginda
agar mendapat keberkatan dalam urusan jual belinya. Perkara ini tepat
dengan firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 8,


Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa

Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah dapat membantu


membanteras unsur penipuan dan pergaduhan dalam aktiviti-aktiviti
perniagaan dan kepenggunaan. Oleh yang demikian, jelaslah
bahawa Muamalat Islam Membanteras Penipuan dan Pergaduhan.

Hadirin Penjana Transformasi Negara,

Wacana fikrah saya yang ketiga merujuk kepada Muamalat Islam


Membentuk Budaya Kerja Cemerlang.

26
Seorang manusia yang mematuhi tatacara muamalat Islam pasti akan
berusaha meningkatkan produktiviti amal dan memperbaiki kesilapannya.
Allah berfirman dalam surah an-Nisa ayat 58 ,


Maksudnya : Sesungguhnya Allah memerintahkan setiap kamu
menunaikan amanah kepada ahlinya.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan suatu budaya kerja yang


cemerlang dan perlu dilaksanakan oleh setiap kakitangan kerajaan. Indeks
Prestasi Utama dalam Enam Teras Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
membuktikan kesungguhan pemimpin Negara dalam membentuk budaya
kerja yang cemerlang dalam kalangan masyarakat.

Maka, perasaan ingin memberikan yang terbaik ketika berkhidmat ini


mengukuhkan fakta bahawa Muamalat Islam Melahirkan Budaya Kerja
Cemerlang.

Hadirin sekalian,

Wacana fikrah saya yang keempat ialah Muamalat Islam Menjana Negara
Berkebajikan.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 276 yang berbunyi,


Maksud Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedeqah.

Khalifah Islam yang ketiga, saidina Umar al-Khattab telah menunjukkan


cara bagaimana untuk membantu golongan fakir dan miskin secara
efisyen. Sifat suka membantu dan berbuat kebajikan ini akan berupaya
membentuk perpaduan mapan dalam sesebuah masyarakat. Sebanyak 50
Klinik 1 Malaysia telah dibina dengan peruntukan RM10 juta bagi
membantu golongan berpendapatan rendah. Maka, jelaslah di sini
bahawa Muamalat Islam Menjana Negara Berkebajikan.

Sidang dewan yang budiman,

Wacana fikrah saya yang kelima merupakan Muamalat Islam Menjamin


Keseimbangan Ekonomi Negara

Ekonomi Islam berteraskan keadilan dan seimbang menghapuskan jurang


antara golongan miskin dan kaya. Islam amat mengambil berat terhadap
keadilan sosial dan keseimbangan ekonomi sejajar dengan sabda

27
Rasulullah riwayat Muslim yang bermaksud Ambillah harta daripada
orang kaya dalam kalangan kamu dan diberikan kepada orang-orang
miskin. Bantuan rakyat dan Kedai rakyat 1 Malaysia merupakan suatu
mekanisma pengagihan wang dalam dasar transformasi ekonomi negara
kita.

Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa Muamalat Islam menjamin


Keseimbangan Ekonomi Negara.

Hadirin yang dimuliakan Allah sekalian,

Wacana fikrah saya yang keenam dibawah lembayung kata Muamalat


Islam Membina Kestabilan Politik

Islam adalah agama pembawa sejahtera. Rasulullah merupakan contoh


tauladan yang baik dalam menangani masalah masyarakat Islam dengan
menggunakan pendekatan hikmah dan bijaksana ketika berhadapan
dengan masyarakat Thaif . Firman Allah dalam surah an-Nahl : 125



Maksudnya Serulah ke jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang
baik.

Oleh itu, kita haruslah menggunakan pendekatan Islami dalam


menghadapi krisis kewangan dunia, ketidaktentuan politik dalam dan luar
negara serta beriltizam menjadikan kesaksamaan dan keadilan sebagai
asas dalam mengendalikan negara.

Maka, jelaslah bahawa Muamalat Islam Membina Kesejahteraan Politik

Akhir kalam, dengan mengambil keenam-enam wacana fikrah saya


sebentar tadi, Maka dapatlah deduksikan bahawa Muamalat berlandaskan
syariat Islam dapat

1. Membentuk Negara Berintegriti

2. Membanteras Penipuan dan Pergaduhan

3. Membentuk Budaya Kerja Cemerlang

4. Menjana Negara Berkebajikan

5. Menjamin Keseimbangan Ekonomi

6. Membina Kesejahteraan Politik

28
Seandainya segala isi yang telah saya kupaskan tadi dibumikan dan
dipraktikkan oleh masyarakat mutakhir ini, maka impian kita untuk
melihat Negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang pasti akan
menjadi kenyataan.

Sekian.

29
REMAJA BERWAWASAN TERAS KEGEMILANGAN NEGARA

Assalammualaikumwarrahmatullahi taala wabarokatuh,

Alhamdulilahirobbilalamin, assolahtuwassalam wa ala asrofil anbia hi wal


mursalim wa ala alihi wasobbihi ajmain.

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, En. Iswang Piut,
yang di hormati saudara Naim bin Azhar selaku ketua unit PPISMP
Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2009 dan rakan- rakan seperjuangan
yang dikasihi sekalian.

Bedirinya pokok kerana akarnya, berdirinya rumah kerana tiangnya,


berdirinya saya disini kerana saudara sekalian yang duduk sedia
menantikan syarahan saya yang bertajuk REMAJA BERWAWASAN TERAS
KEGEMILANGAN NEGARA.

Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut dan terperinci lagi, izinkan
saya untuk mendefinisikan frasa demi frasa tajuk syarahan saya:

REMAJA didefinisikan sebagai golongan yang mulai dewasa, manakala


BERWAWASAN pula membawa maksud berpandangan jauh, seterusnya
TERAS pula membawa maksud asas, seterusnya KEGEMILANGAN
membawa maksud kecemerlangan , manakala NEGARA pula ditakrifkan
sebagai kawasan di bawah kekuasaan kerajaan tertentu.

Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, remaja
berpandangan jauh menjadi asas kepada pembentukan
kecermelangan sesebuah Negara.

Hadirin yang dimuliakan,

Meniti hujah saya yang pertama bernaung di bawah kata kunci : jati diri
yang kental membentuk remaja berpandangan jauh

Sesebuah Negara yang gemilang mestilah didukungi oleh golongan yang


berjiwa kental dan berpandangan jauh. Ini kerana tuntutan semasa
mendesak remaja untuk sama-sama bekerja keras dan bertindak dalam
dimensi yang lebih luas. Hasilnya nanti akan lahirlah kelompok remaja
yang bukan sekadar mampu mengangguk atau menggelengkan
kepalanya sahaja bahkan turut sama-sama menyumbangkan ke arah
pembentukan Negara yang gemilang.

Firman Allah dalam surah Ar-Rad, ayat 11 :

30
Sesungguhnya Allah tidak mengubah yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Hadirin pasca kemerdekaan,

Meniti hujah saya yang kedua bernaung di bawah kunci : Remaja


Berwawasan Berjiwa Merdeka.

Remaja berjiwa merdeka mampu mengatasi belenggu pemikiran yang


terjajah, bersikap terbuka kepada perubahan dan kemajuan semasa dan
tidak jumud dalam menghasilkan pemikiran baru. Justeru, lahirlah buah
fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea
baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-isra, ayat 70:





Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak adam, dan kami
telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan
di laut ; dan kami telah memberikan rezeki kepada meraka dari benda-
benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-
lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.

Ini jelas dalam pelaksanaan Islam Hadhari yang mula diperkenalkan oleh
YAB Mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004.

Hadirin minda kelas pertama,

Meniti hujah saya yang ketiga bernaung di bawah kata kunci : remaja
progresif dan holistik pelopor tamadun.

Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan remaja yang


progresif dan holistik sebagai pelopor kepada tamadun baru. Oleh itu,
mereka bukan sahaja dapat bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain
malah mempunyai usaha, komitmen dan pengorbanan untuk terus maju,
dinamik dan progresif ke arah mencapai umat terbilang dengan mencipta
pelbagai kecermelangan dan kegemilangan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

sesungguhnya Allah SWT sangat sayang kepada orang yang melakukan


sesuatu pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh

( Riwayat Al-Baihaqi)

31
Hadirin yang dirahmati Allah,

Meniti hujah saya yang keempat bernaung di bawah kata kunci : remaja
berwawasan aspirasi perpaduan.

Dalam Negara yang komposisinya berbilang kaum dan agama, perpaduan


adalah agenda yang tidak boleh dikesampingkan kerana disitulah letaknya
tunjang kegemilangan sesebuah negara. Remaja yang berwawasan
adalah penerus kepada tradisi keamanan dan keharmonian yang sedia
ada. Melalui program PLKN, remaja dipupuk dengan nilai-nilai
kebersamaan, setiakawan dan cintakan perpaduan.Firman Allah SWT
dalam surah Ali Imran, ayat 103 :


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam),
dan janganlah kamu bercerai-berai.

Hadiri penerus satu Malaysia,

Oleh yang demikian apa yang dapat saya simpulkan disini, pembentukkan
remaja yang berwawasan secara langsung akan membentuk negara yang
maju dan akan mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan perpaduan.

Sekian sahaja syarahan saya kali ini, wabillah hi tawfiq wal hidayah,
wasalamualaikum warrahmatullahi taala wabarokatuh.

32
GURU BERKUALITI MENJANA INSAN CEMERLANG

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Bismillah, Alhamdulillah.

Terima kasih pengerusi majlis,


Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya hadirin hadirat sekalian,

"Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang"

Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang berbahagia ini, Sebelum
saya melangkah dengan lebih jauh lagi, izinkan saya mendefinisikan tajuk
syarahan saya satu persatu.

Menurut Kamus Dewan, "Guru" bermaksud pendidik,pengajar atau


pengasuh.
"Berkualiti" pula bererti bermutu tinggi. "Menjana" pula ditakrifkan
sebagai menghasilkan manakala "Insan" pula merujuk kepada individu
manusia
dan "Cemerlang" menurut kamus dewan lagi ialah kejayaan yang tinggi.
Dari definisi tadi jelaslah bahawa pendidik yang bermutu yang tinggi
mampu melahirkan manusia yang terdiri daripada golongan "Al-Muflihun"
atau mereka yang berjaya.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Kualiti guru yang pertama ialah melaksanakan tugas dengan sepenuh


keikhlasan. Jasad yang digerakkan oleh keikhlasan kerana Allah S.W.T
akan memampukan seorang guru menjalankan tanggungjawabnya
dengan sebaik mungkin.Segala usaha ini dilakukan untuk mendapat
keredhaan Allah dan diserahkannya kepadaNya untuk dinilai.
Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Bayyinah ayat 5,


Maksudnya: "Mereka tidaklah diperintahkan, melainkan supaya beribadat
."kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya

Berhubung ayat ini, Imam Habib Abdullah Hadad mengulas bahawa tanpa
keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk-

33
.nunjuk kepada orang ramai
Sebagai contoh,lihat sahaja keihklasan guru yang mengajar di pedalaman.
Kisah mereka dipaparkan di akhbar dan televisyen beberapa bulan yang
lepas. Mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki sampan malah ada yang
terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Niat mereka adalah ikhlas
untuk mendidik anak bangsa supaya cemerlang,gemilang,terbilang. Jika
.tiada keikhlasan mana mungkin tugas ini sanggup dilakukan
,Hadirin-hadirat

Kualiti guru yang kedua ialah berilmu. Tanpa ilmu, guru tidak mampu
.menyampaikan pelajaran dengan baik kepada murid-murid
Sepertimana yang diungkapkan oleh hadis Nabi S.A.W dari riwayat Anas
;bin Malik dari "Majmu' Zawaid yang bermaksud

Sesungguhnya, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang dilangit "


.menjadi penunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut

Hadis ini mengingatkan kita, bahawa guru yang berilmu mampu


membimbing para murid ke arah kecemerlangan. Sesungguhnya, ilmu
adalah ibarat bintang yang menunjuk arah kepada kita dalam belayar,
.tanpa ilmu hilanglah pedoman dan sesatlah arah

Justeru itu, didalam memastikan para guru dilengkapi dengan ilmu


mengajar maka setiap guru hari ini diberikan latihan terlebih dahulu di
Institut-Institut Perguruan seluruh negara. Bahkan kerajaan juga turut
menggalakkan para guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat
.universiti

,Hadirin-hadirat

Kualiti guru yang ketiga ialah berhikmah didalam mendidik.Hikmah disini


.bererti bijaksana
Allah berfirman didalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 125



yang bermaksud"Serulah mereka kejalan Tuhanmu dengan cara yang
."bijaksana dan contoh teladan yang baik

Berhikmah disini merujuk kepada kreativiti pendakwah didalam


mempelbagaikan cara dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa.
Begitulah juga peranan guru yang berhikmah. Mencari dan menggunakan
.kaedah yang sesuai didalam mendidik

34
Sebagai contoh, guru disaran oleh Kementerian Pelajaran untuk
menggunakan teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran para
murid. Penggunaan teknologi adalah kaedah yang bijaksana dan
merupakan langkah terbaik meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran

Kualiti guru yang keempat ialah berakhlak mulia. Guru sebagai ibu dan
bapa di sekolah merupakan contoh teladan bagi murid. Justeru itu guru
perlu terlebih dahulu berakhlak mulia sebelum dapat melahirkan murid
yang berakhlak mulia. Sepertimana hadis Nabi S.A.W daripada riwayat
;Abu Ya'la yang bermaksud

Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan boleh mempengaruhi manusia "


dengan hartamu,maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang
.manis dan berbudi pekerti

Jelaslah pada kita, bahawa akhlak mulia mampu merubah manusia


sedangkan akhlak buruk yang dipamerkan oleh guru hanya
.mendatangkan kejelekan
Lihat sahajalah bagaimana media massa memaparkan beberapa siri
keganasan guru terhadap murid. Sikap panas baran dan melampau bukan
akhlak yang mulia. Guru-guru terbabit bukan sahaja gagal mendidik ,
bahkan dicerca kerana tidak menunjukkan contoh yang baik

Kesimpulannya, guru berkualiti akan dapat melahirkan insan cemerlang


dunia dan akhirat. Oleh itu sebagai guru marilah kita tingkatkan kualiti diri
.ke arah melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi


.wabarakatuh

35
36
BIDANG AKIDAH

Aqidah Kukuh Umat Teguh

Al-Quran Asas Kejayaan

Kekuatan Aqidah Menjana Ummah Gemilang

Tawakkal Memupuk Kesucian Jiwa

Al-Quran Dihayati Masyarakat Terpuji

Kemantapan Iman Teras Perpaduan

Iman Teras Kejayaan

Aqidah Mantap Mampu Mendepani Cabaran Teknologi

BIDANG IBADAT

Ibadat Sunat Pemangkin Kejayaan

Solat Berkualiti Masyarakat Terpuji

Solat Membina Jati Diri Insan

Amalan Nawafil Menjana Kecemerlangan Ummah

Puasa Memupuk Sifat Sabar

Zakat Membawa Berkat

Ibadah Haji Tunggak Perpaduan Islam

Solat Membentuk Pelajar Berdisiplin

Solat Khusyuk Meningkatkan Ketakwaan

Puasa Membentuk Masyarakat Beriman

BIDANG SIRAH/ KEPIMPINAN

Kepimpinan Rasulullah Nadi Keutuhan Ummah

Pengorbanan Para Sahabat Contoh Ikutan Terbaik

Rasulullah Qudwah Pelajar Cemerlang

Pemimpin Berilmu Masyarakat Maju

Kesabaran Faktor Kejayaan Dakwah Rasulullah

Kepimpinan Cemerlang Negara Maju

37
Ketokohan Para Sahabat Model Insan Bestari

Pemimpin Cemerlang Mampu Membentuk Perpaduan

Mencontohi Keluarga Rasulullah Asas Keluarga Sakinah

Rasulullah Pemimpin Cemerlang

BIDANG AKHLAK/ ILMU

Peribadi Mulia Asas Kecemerlangan

Tolong- Menolong Asas Perpaduan Ummah

Sabar Dihayati Hidup Berkualiti

Menghormati Ibu Bapa Suatu Kewajipan

Perpaduan Asas Masyarakat harmoni

Remaja Berkualiti Masyrakat Maju

Akhlak Mulia Pemangkin Kemajuan Negara

Pengorbanan Tonggak Kejayaan

Ibu Bapa Berilmu Asas Keluarga Bahagia

Sifat Amanah Menjamin Keadilan Bangsa

BIDANG SOSIAL

Dosa Besar Punca Kehancuran Ummah


Pergaulan Bebas Memusnahkan Bangsa

Kejahilan Membawa Kehancuran

Iman Lemah Punca Maksiat Berleluasa

Arak Pemusnah Masyarakat

Dadah Memusnahkan Diri

Rokok Membahayakan Kesihatan Manusia

Zina Punca Kehancuran Ummah

Rasuah Menghancurkan Bangsa Dan Negara

Muamalat Islam Menjamin Keadilan Sosial

KETOKOHAN SAHABAT RASULULLAH MODEL INSAN BESTARI

38
Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman intelektual
berkarisma, sidang hadirin yang berwibawa, Assalamualaikum w.b.t dan
salam bahagia

Sebelum kata membuka bicara , meneroka minda membuka mata untuk


kita sama-sama berkongsi cerita dan fakta dibawah tajuk syarahan saya
pada hari ini Ketokohan Sahabat Rasulullah Model Insan Bestari. Secara
konseptualnya, frasa ini membawa maksud akhlak dan ketokohan yang
ada pada sahabat sahabat Rasulullah adalah merupakan model yang
terbaik untuk dicontohi dalam membentuk insan bestari yang berguna
untuk agama,masyarakat bangsa dan negara.

Firman Allah dalam Surah Ali `Imran: 110



Yang bemaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang
salah, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman).

Hadirin yang dikasihi sekalian, Ketokohan sahabat Rasulullah juga dapat


melahirkan insan yang dermawan. Sikap dermawan juga amat penting
kepada manusia bagi membantu insan yang memerlukan.

Pernahkah anda melihat sungai yang airnya mengalir terus menerus


mengairi dataran dan lembah ? Begitulah Thalhah bin Ubaidillah yang
merupakan seorang yang kaya raya tapi pemurah dan dermawan. Pada
suatu hari, Thalhah duduk termenung sedih memikirkan hartanya yang
banyak sehingga memeningkan kepala. Isterinya yang berada disisi
menasihatkannya untuk mendermakan kepada fakir miskin. Sifat pemurah
yang berada dalam diri Thalhah membuatkan beliau mendermakan
seluruh hartanya kepada fakir-fakir miskin tanpa meninggalkan sedikitpun
hartanya. Sifat yang beginilah yang harus ada dalam diri setiap manusia
untuk menambahkan amal kebajikan kita didunia.

Sabda Rasulullah S.A.W : Yang bermaksud: apabila mati seorang anak


Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah
jariah, ilmu yang dimafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian, Ketokohan sahabat Rasulullah


juga mampu melahirkan insan yang sentiasa ikhlas dan amanah.
Fenomena pada hari ini menunjukkan bahawa perbuatan-perbuatan

39
seperti pecah amanah, rasuah,fitnah dan lain-lain lagi,semakin
membarah dalam jiwa umat Islam. Bagi mengurangkan perbuatan-
perbuatan begini,umat Islam pada masa kini harus mencontohi sifat Abu
Ubaidah bin Jarrah yang merupakan seorang pemegang amanat umat dan
Rasulullah.

Rasulullah saw pernah bersabda: maksudnya, "Setiap umat mempunyai


sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah
bin Jarrah." Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh
Abu Ubaidah dari Rasulullah saw. Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Islam menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka yang


berani,hebat dan sanggup bejuang bermati-matian untuk islam antara
yang hebat itu adalah Ikramah bin Abu Jahal.Kalau dahulu hidup dan
matinya melawan Islam, kini beliau berjuang habis-habisan
mempertahankan kalimah tauhid Islam. Ketika peperangan Yarmuk,
tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera Rom. Ikramah kemudian
mara kehadapan dengan berani dan menyerang tentera Rom yang sedang
menggila. Meskipun sedemikian, tentera Islam berjaya mendapat
kemenangan yang gemilang walaupun Ikramah sendiri yang terkorban.

Lihatlah hadirin dan hadirat sekalian,ketokohan sahabat Rasulullah dapat


melahirkan seorang pejuang yang berani yang benar-benar
memperjuangkan Islam . Lantas dapat melahirkan manusia yang benar-
benar bertaqwa. Firman Allah dalam surah Al- Imran ayat 102:



wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam.

40
AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT SEJAHTERA

Terima kasih saudara peneraju majlis,yang saya hormati kombinasi


kehakiman pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga dewan
yang dimuliakan Allah
sekalian.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.Akhlak Mulia
Pencetus Umat Sejahtera,begitulah bunyinya mauduk syarahan saya
pada hari yang dirahmati Allah ini.Sebelum kata melancarkan
bicara,izinkan saya menginterprestasikan frasa penting yang terkandung
dalam mauduk syarahan saya.

Frasa akhlak mulia merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah budi pekerti
atau tabiat yang luhur.Manakala definisi bagi pencetus diklasifikasikan
sebagai melahirkan ataupun perangsang.Seterusnya,frasa yang terakhir
sekali iaitu umat sejahtera dikatakan sebagai segolongan manusia yang
hidup dalam keadaan aman dan makmur.

Saudara-saudari yang saya kasihi,

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang-orang


mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya.(Hadith riwayat:al-Tarmidhi)

Dapat kita lihat kaitan yang erat antara iman dan akhlak. Rasulullah s.a.w
menyatakan bahawa orang yang mempunyai kesempurnaan akidah dan
iman ialah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Rasulullah sendiri
mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga mampu menjadi
contoh tauladan dan qudwah hasanah kepada seluruh umat manusia.

Hadirin-hadirat yang budiman,

Menelusuri kata kunci saya yang-1 iaitu Akhlak mulia pencetus umat
yang sejahtera.Dengan akhlak yang mulia,manusia mengetahui hala
tuju,tujuan dan tugasnya di atas muka bumi ini.Allah telah menciptakan
seluruh alam ini dan Dia tidak akan menciptakan tanpa sebab dan
tujuan.Begitu juga umat yang diciptakan oleh Allah untuk menggalas dua
tugas utama iaitu sebagai hamba-Nya dan khalifah-Nya di atas muka
bumi ini.Firman Allah :

41

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepada-Ku. - Surah az-Zariyat: ayat 56.

Sebagai hamba Allah,kita sebagai manusia haruslah melaksanakan segala


perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala
larangan-Nya.Jika manusia tidak mengabaikan apa yang disuruh-Nya pasti
dapat menciptakan umat yang sejahtera dan jauh daripada berakhlak
mazmumah.

Hadirin-hadirat yang dihormati Allah,

Seterusnya,kata kunci saya ke-2 adalah Kekuatan akidah memainkan


peranan penting dalam membentuk umat yang berakhlak
mahmudah.Menurut Ibn-Miskawayh,al-Tusi danal-Ghazali meyakini
sekiranya keadaan jiwa itu tidak tenang dan berserabut,ia akan
menghasilkan tindakan luaran yang janggal dan tidak
bermoral.Sebaliknya,jika jiwa seseorang itu tenang dan sihat,ia akan
menghasilkan tindakan luaran yang bermoral.Oleh itu,jiwalah yang perlu
dididik dengan sebaik-baiknya untuk mencapai akhlak yang
terpuji.Dengan kekuatan tauhid dan akidah, manusia akan merasa
persamaan antara manusia di hadapan Allah.Tanpa ada
perasaan egoistik dan invidualistik maka akan lahir umat yang berakhlak
mulia dan bersatu padu dalam keadaan damai dan harmoni.

Sidang dewan sekalian,

Huraian saya ke-3 iaitu Umat yang berakhlak mahmudah mengetahui


sifat-sifat Tuhan.Justeru,dia akan berusaha bersungguh-sungguh menurut
kekuatannya sebagai seorang manusia supaya dapat meneladani sifat-
sifat Allah s.w.t.Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang lalu dia
berusaha supaya mempunyai sifat santun dan penyayang.Begitulah jua
dengan sifat-sifat Allah yang dapat diketahui dalam al-
Quran danHadith.Maka umat yang beriman akan meyakini bahawa dalam
dirinya terdapat sifat-sifat kesempurnaan yang baik yang mampu
ditonjolkan melalui akhlak mahmudah.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang ke-4 ialah Umat yang mempunyai akhlak yang luhur
dan terpuji akan sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah
s.a.w.

Firman Allah :

42

Maksudnya:Sesungguhnya Rasulullah itu menjadi contoh tauladan yang
baik bagi kamu(surah al-Ahzab:21).

Peribadi Rasulullah merupakan contoh yang baik kepada sekalian umat


manusia.Ini kerana sebagai nabi dan utusan Tuhan,baginda merupakan
orang yang paling mengetahui tentang agama yang dibawanya iaitu Islam
dan bagindalah yang paling sempurna mengamalkan ajaran Islam.Maka
sebagai umat baginda yang kasih kepadanya,seharusnya kita mencontohi
peribadi dan akhlak yang dimiliki baginda.Kemuliaan dan keluhuran
akhlak baginda tidak sahaja diakui oleh manusia sehingga baginda diberi
julukan al-Amin bahkan Allah yang mengutusnya sendiri mengakui hal ini.

Firman Allah:


Sesungguhnya engkau (hai Muhammad),memiliki budi pekerti yang
luhur(surah al-Qalam:4)

Sidang dewan sekalian,

Kata kunci saya yang seterusnya ialah Dengan keluhuran akhlak dapat
membataskan manusia daripada melakukan perbuatan yang dilarang
Islam.Selain itu,dengan berakhlak mulia dapat membataskan manusia
daripada mengikut hawa nafsu terus-terusan mengajak mereka berakhlak
dengan akhlak mazmumah.Mereka yang mempunyai asas akhlak yang
luhur akan sentiasa meyakini bahawa Allah mengawasi gerak-geri mereka
dan Dia tahu apa sahaja mereka lakukan sama ada terang-terangan atau
tersembunyi daripada pandangan orang lain.Sebaliknya,mereka yang
tidak mempunyai asas akhlak yang mulia akan terumbang-ambing kerana
kehilangan arah dan hanya menurut hawa nafsu dan bisikan
syaitan.Malangnya,mereka alpa bahawa keseronokan duniawi hanyalah
sementara.

Hadirin-hadirat sekalian,

Huraian saya yang ke-6 iaitu yang terakhir sekali ialah Dengan keluhuran
akhlak dan akidah yang utuh,sistem moral atau ideologi ciptaan manusia
secara automatiknya tertolak.Manusia yang mempunyai akhlak yang
luhur dan akidah yang utuh,tidak akan terpengaruh dengan slogan anti-
agama atau anti-wahyu yang akan menciptakan umat yang huru-hara dan
hidup tanpa landasan undang-undang dan batasan.Ini kerana manusia

43
menciptakan sesuatu berdasarkan tingkat akal mereka yang terbatas dan
menurut hawa nafsu semata-mata demi agenda tertentu.Namun,sistem
moral dan akhlak yang diciptakan Allah yang menciptakan manusia
adalah lengkap dan universal.Malahan,sistem moral dan akhlak-Nya
menepati fitrah manusia itu sendiri.

Muslimin-muslimat yang dihormati Allah,

Konklusinya,jelaslah kepada kita bahawa akhlak mulia pencetus umat


sejahtera.Akhlak mulia merupakan jati diri kepada umat Islam.Dalam
konteks negara kita yang sedang berjuang untuk lahir sebagai sebuah
negara maju bersandarkan modal insan yang cemerlang.Kita perlu
mengorak langkah sedaya upaya untuk kembali menghayati dengan
setepatnya pengajaran agama dari segenap sudut terutama pencetus
umat sejahtera iaitu akhlak mulia.Sekian,terima
kasih.

SOLAT TIANG AGAMA

Assalamualaikum....barisan panel hakim, sidang hadirin hadirat yang


dihormati ...
Berdirinya saya di atas pentas yg mulia ini adalah untuk menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk Solat tiang agama..

Sidang hadirin hadirat sekalian..


Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana
Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam.
Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan
suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi
pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-
benar bertaqwa. Solat bermaksud doa yang mengandungi beberapa
perkataan dan perbuatan tertentu yang didahului dengan takbir dan
diakhiri dengan salam.
Firman Allah dalam surah al Taubah ayat 103,

Maksudnya, ..doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu

44
...menjadi ketenteraman bagi mereka

Solat merupakan tiang agama kerana mengerjakan solat membabitkan


seluruh anggota badan. Mulut menyebut, hati menghayati segala erti
setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruh anggota lain berusaha
dan bekerja dengan cara yang teratur dari awal hingga akhir solat
:didirikan. Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud
Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya dia menegakkan
-agama
.nya. Setiap yang meninggalkannya dia merosakkan agamanya
(Riwayat Baihaqi)

Solat merupakan antara ibadat yang telah lama disyariatkan. Detik 18


bulan sebelum Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, dalam peristiwa Isra
telah termaktub kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas
.setiap muslim dan wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun

Menurut Muaz bin Jabl r.a, Rasulullullah s.a.w telah bersabda, Mahukah
kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara?
Aku menjawab? Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala
semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan menaranya
.adalah jihad
(Riwayat Muslim)
..Sidang hadirin hadirat yang dikasihi
Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kekadang ada
kesilapan yang dilakukan sengaja atau tidak. Melalui ibadah solat manusia
dapat mengambil kesempatan menjadikannya sebagai waktu untuk
bertaubat daripada dosa-doa yang dilakukannya. Maka solat yang
dilakukan berulang kali akan membersihkan dirinya daripada maksiat dan
dosa.. Dengan pembersihan itu hati akan sentiasa suci. Hati yang suci
akan memancarkan segala sumber kebaikan dan kehalusan budi pekerti
.pada setiap individu Muslim

menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, Apa


pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh
kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal
dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun
dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah
telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya?. ( H.R
Bukhari & Muslim )

Hadirin hadirat sekalian

45
Solat dapat membina jati diri seseorang. Imam Abu Al Aliyah berkata,
Solat mempunyai tiga keistimewaan, iaitu iklas, khusyuk dan zikrullah.
Ikhlas akan membawa seseorang kepada makruf, khusyuk akan
mencegah dari perbuatan mungkar, manakala zikrullah akan membantu
seseorang melakukan perbuatan makruf dan meninggalkan perbuatan
.mungkar
Di samping itu solat dapat menguatkan jiwa seseorang kearah
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dan dapat meninggalkan kekejian dan
.kemungkaran

,Di dalam surah al Ankabut ayat 45, Allah berfirman

Maksudnya, sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari


.perbuatan keji dan mungkar

Peribadi unggul yang dibentuk melalui solat, akan membentuk sistem


kekeluargaan yang harmoni dan diredhai. Di samping itu, masyarakat
yang aman dan selamat dunia akhirat akan melahirkan generasi yang
.baik akhlaknya

.Sidang hadirin hadirat sekalian

.Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik

Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah
bertanya kepada nabi, Apakah amalan yang Allah paling sukai? Baginda
menjawab, Solat tepat pada waktunya, Abdullah ibn Masud bertanya
lagi, Kemudian apa? Baginda menjawab, Melakukan kebaikan kepada
kedua ibubapa. Abdullah bertanya lagi, Kemudian apa? Nabi menjawab,
. Jihad kerana Allah

Allah berfirman, dalam surah an Nisa ayat 103

Maksudnya, Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang


.diwajibkan ke atas orang-orang mukmin

46
Oleh kerana solat fardu yang lima terikat dengan waktu, mereka yang
bersolat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang
dilakukan di luar waktu dengan sengaja dianggap sebagai tidak sah dan
bakal mendatangkan dosa. Kepekaan kepada waktu ini, jika
dikembangkan kepada seluruh kehidupan akan menjadikan umat Islam
satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang menghargai masa
.pasti akan melahirkan warga yang cemerlang

..Sidang hadirin hadirat yang dihormati

Solat juga dapat membentuk disiplin diri setiap muslim. Di antara perkara
yang wajib dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wuduk.
Wuduk dianggap tidak sah melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud ,
yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. Demikian juga
ketika bersolat, tertib wajib dipelihara. Jika seseorang mendahulukan
amalan yang sepatutnya dikemudiankan, sebagai contoh, melakukan
sujud sebelum qiam solatnya dianggap tidak sah. Sebagaimana . Sabda
: Rasul s.a.w

Barangsiapa memelihara lima solat fardhunya, dengan menyempurnakan


wudhuknya dan menjaga waktu-waktunya, maka ia akan menjadi nur
(cahaya) dan burhan (hujjah, bukti) baginya pada Hari Kiamat. Dan
barang siapa melalaikannya, akan dikumpulkan kelak bersama Fir aus dan
Hamam
(Riwayat abu Daud, Tarmizi dan Baihaqi)

Latihan-latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur


.lagi berdisiplin sekaligus menjadikannya efisien dalam setiap pekerjaan

.Sidang hadirin hadirat yang dimuliakan


Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna,
.meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir

,Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda

Perbezaan antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah
.meninggalkan Solat
(H.R Muslim)

,Ubadah bin Somit r.a telah berkata


Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda
Baginda s.a.w,Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun,
walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan

47
meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat
dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan
maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan
jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.( H.R
Imam Tabrani )

Sidang hadirin hadirat yang dikasihi

Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Ini telah dijelaskan


sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Toha ayat 14 yang
,berbunyi

..Ertinya, ..dirikanlah solat untuk mengingat ku


Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi Muhammad s.a.w
pernah berkata, Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah
,kami dengan solat
(Riwayat Imam Ahmad)

Khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan


.dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif

,Hadirin hadirat sekalian

Hujahan tentang solat tiang agama telah dihuraikan.. tidak sempurna


..kiranya saya tidak simpulkan
..Kesimpulannya

Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertama


khusyuk dan kedua, memastikan solat dilaksanakan secara berterusan
mengikut cara dan jadual yang ditetapkan. Umat Islam tidak boleh
mengabaikan solat. Umat Islam melaksanakan kewajipannya sebagai
seorang muslim. Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh
Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar
,Rasulullah s.a.w bersabda
Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat
tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju.
Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah
berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang
boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan

48
perkara yang sama pada amalan- amalan lain. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )
.. Saya akhiri syarahan saya dengan kalimah...wabillahi taufiq wal hidayah

49
UKHWAH MANTAP, UMMAT HEBAT

Auzubillahi

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillahirabilalamin.

Kalungan aspresiasi buat saudara/I nakhoda majlis, barisan panel hakim


yang arif lagi bijaksana, guru-guru pendidik anak bangsa, seterusnya
sidang hadirin , umat Muhammad sekalian.

Assalamualikum warahmatullahi wabrakatuh.

Tidak beriman seseorang dalam kalangan kamu, sehingga dia mengasihi


saudaranya sepertimana dia mengasihi dirnya sendiri.

Justeru, tampillah saya ke podium keramat ini bagi melakarkan maudhu

Ukhwah Mantap, Ummat Tegak

Ukhwah Mantap Menjamin Keunggulan/Keutuhan Ummat

(ada 2 cadangan utk tajuk)

Lantas, sebelum terus laju saya menjengah ke gelanggang, molek kiranya


jika definisi tajuk saya huraikan..

Ukhwah asal perkataan arab diterjemahkan membawa maksud


persaudaraan,

Mantap pula sinonim dengan hebat, unggul dan cemerlang,

Ummat merujuk kepada suatu kelompok masyarakat yang besar,

Tegak menjunjung erti kukuh dan stabil.

Secara totalnya, tajuk ini membicarakan tentang persaudaraan yang


unggul akan membina sebuah masyarakat yang kukuh lagi utuh.

Sidang hadirin warga dewan sekalian,

Meneliti elemen saya yang pertama,

Ukhwah memupuk perpaduan mapan

Perpaduan merujuk kepada interaksi dan komunikasi yang baik dalam


kehidupan sosial sesebuah masyarakat. Nilai perpaduan ini hanya dapat
diwujudkan pabila persaudaraan timbul dalam jiwa dan minda setiap
anggota masyarakat. Hakikatnya, perpaduan amat penting dalam
kehidupan. Ia diperlukan untuk menumbangkan kepimpinan yang zalim

50
seperti yang diterjemahkan di Mesir. Tahukah kalian, perpaduan yang
kukuh ini diperolehi melalui ikatan ukhwah yang erat. Perssaudaraan
sesama muslim ibarat sekujur tubuh, jika kulit merasa sakit, mata
mengalirkan air, mulut mengaduh sakit, dan seluruh anggota memberi
sokongan. Nah, inilah natijah yang melahirkan perpaduan yang diidamkan
setiap insan.

Benarlah firman Allah dalam surah

Elemen saya yang kedua,

Ukhwah menjana mahabbah

Mahabbah atau kasih sayang amat diperlukan oleh manusia. Cinta dan
manusia tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu. Mana mungkin
dapat hidup bahagia jika kasih sayang dan cinta tidak dipupuk. Ukhwah
yang diimpikan tanpa cinta kasih sayang hanyalah angan-angan kosong.

Sabda Rasulullah :

Tidak beriman seseorang dalam kalangan kamu, sehingga dia mengasihi


saudaranya sepertimana dia mengasihi dirnya sendiri.(Riwayat malik)

Al Hasil, persaudaraan membuahkan kecintaan sesama manusia.

Sidang penonton penuh santun,

Elemen saya yang ketiga,

Ukhwah Pemangkin Generasi Intelektual

Pernah kalian tahu penah wujud suatu generasi ayng merubah corak
peradaban dunia. Dengan menggunakan intelektual yang mereka miliki
menyinari alam buana ini daripada kerosakan kepada sejahtera.
Merekalah sahabat seperjuangan rasul yang memberi impak kepada
dunia. Membangunkan yang tidur, mencelikkan yang buta. Lihatlah,
tertubuhnya institusi pendidikan Baghdad yang menjadi pusat rujukan
ilmuan dunia ketika era pemetintahan Abbasiyah. Ketahuilah bahawa,
kunci mereka Berjaya melakarkan kejayaan adalah kerna ukhwah yang
utuh dalam kalangab mereka menjadikan intelektual nadi kehidupan.

Sabda junjungan mulia,

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim

Justeru, ukhwah dijaga intelek terjana.

Elemen saya yang terakhir,

51
Ikatan ukhwah pencorak kegemilangan Negara

Jika disoroti kembali lembaran sejarah dahulu kala. Ketika Islam mula
berkembang. Perhatikan bagaimana Negara Madinah yang baru sahaja
dibina mampu membuka mata dunia dengan memacu kegemilangan.
Gandingan bahu mambahu antara rakyat dengan pemerintah di atas
landasan akidah yang benar membentuk sebuah Negara yang berdaulat.
Inilah natijah, ukhwah yang ditanamkan di dada setiap individu rakyatnya
yang mementingkan persaudaraan, memerangi kesukuan lantas
membentuk daulah islamiyah yang tersergam indah.

Maka, benarlah firman Allah SWT dalam/ sabda nabi Muhammad.

Lantas, semangat kekitaan yang padu menjamin ketabilan dan


keharmonian Negara.

Akhir kalam, dengan mengambil keempat-empat hujah saya sebentar


tadi. Maka dapatlah diduksikan bahawa Ukhwah yang mantap dapat
menjana peribadi umat kelas pertama yang kukuh.

Konklusinya :

1.Ukhwah memupuk perpaduan mapan

2.Ukhwah menjana mahabbah

3.Ukhwah Pemangkin Generasi Intelektual

4.Ikatan ukhwah pencorak kegemilangan Negara

Sekian, yang baik datang daripada Allah yang lemah dan kurang datang
daripada saya, hamba yang hina lagi dhaif.

Wabillahitaufiq

52