Anda di halaman 1dari 3

APR

Tempat Menarik untuk Dilawati di Sandakan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk entri ini saya akan berkongsi tempat- tempat menarik untuk makan dan berjalan di sandakan.
Sebelum ini saya menetap di Sandakan selama 2 tahun bagi meneruskan posting housemanship di
Hospital Sandakan.

Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah. Populasi agak padat. Kedudukan betul-
betul di kawasan laut membuatkan ia tempat terbaik untuk mencari makanan laut yang enak dan
sedap. Secara jujurnya walaupun kota kinabalu berdekatan dengan laut, tetapi harga makanan laut
di Sandakan jauh lagi sedap dan murah. Sangat berbaloi

Saya dan isteri melawat Sandakan untuk kali terakhir ( sebelum balik bekerja di semenanjung) pada
2013. lawatan ini adalah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.

Kami menetap di sabah hotel , Sandakan. kenapa memilih sabah Hotel


- Kedudukan yang strategik di tengah - tengah bandar
- Walaupun di tengah- tengah bandar , jarang kelihatan kanak- kanak non local yang tidak
berpakaian berjalan- jalan ( merosakkan pemandangan)
- Di tengah - tengah kawasan hutan
- Harga yang berpatutan
- Tilam yang empuk, kalau tidur memang boleh terlajak
Selepas check in Sabah Hotel kami terus bergegas ke tempat paling best dan murah untuk
menikmati makanan laut yang dibakar. Kami pergi melawat restoran ikan bakar SIM- SIM. Dulu
semasa housemanship hampir setiap hari saya pergi ke restoran ini. Ikan yang paling special ialah
"ikan Baulu". Isi ikan macam rasa ikan patin. Dan tak dilupakan Sotong and makanan laut yang lain.
Saya pernah membawa keluarga datang makan di restoran ini semasa housemanship, keluarga
mengatakan dalam banyak-banyak restoran yang saya bawa, inilah yang paling sedap. Di sini nasi,
sayur dan air kosong adalah percuma. Hanya perlu bayar untuk makanan laut sahaja.

Makan malam pula kami bercadang untuk memilih western style cuisine. Kami melawat restoran
Balin roof top. Kedudukan restoran ini betul-betul di roof top Hotel Nak. kedudukannya yang strategik
membuatkan pengunjung dapat melihat pemandangan bandar sandakan pada waktu malam.
Biar gambar berbicara
Pada hari seterusnya kami bercadang untuk melihat Monyet Proboscis di Labuk Bay, pengunjung
perlu mempunyai kenderaan sendiri kerana terdapat 2 platform untuk melihat proboscis monkey ini
dan setiap platform dibuka pada waktu yang berlainan
Pada Hari seterusnya saya membawa isteri ke Agnes tea house untuk menikmati
breakfast ala high tea. kedudukan betul- betul atas bukit. Pemandangan persekitaran yang indah
dan suasana yang nyaman

Perjalanan diteruskan ke kinabatangan bagi menaiki river cruise. Senang untuk sampai ke
Kinabtangan river cruise memandangkan jalan di Sabah tak banyak cabangnya berbanding di Kuala
Lumpur

Untuk yang ingin melawati kinabatangan river cruise ini anda haruslah membawa
- payung ( sangat panas dan terik)
- mosquito repellant
- teropong ( kerana ada masa jarak hidupan liar agak jauh
- kamera yang boles focus jauh