Anda di halaman 1dari 12

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal


agak terpencil dari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan
Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun sudah lama mereka
berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai
cahaya mata.

Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya.
Labu, aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana
berkehendakkan anak, walaupun sudah lama engkau menjadi
isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.
Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain
walaupun berat rasa hati ini, beritahu Mak Labu terus terang.

Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat


sama adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti, janji pak
Ali.

Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama
Mak Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal
serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-
isterinya itu seadil-adilnya.

Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka


isteri tuanya yang disangka mandul itu mengandung empat
bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.

Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan


mendapat dua orang anak sekaligus, fikirnya dalam hati.

Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun


melahirkan anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak
Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak Mak Kundur
bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena
dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu
bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama
kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan
Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua
anaknya telah mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua
gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak gadis di
kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah
dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya kepada Mak Bawang
Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak Bawang Putih akan
menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada Mak
Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang
kedua-duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.
Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan
jahat. Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat
kerja itu dan ini. Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai
pula bermuka-muka membuat kerja.

Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang
Merah. Hari itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah
bagaimana Pak Ali disengat oleh seekor ikan sembilang yang
baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali memanggil anaknya
Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan menanggung
kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan yang
cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat


melihatkan Pak
Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi
menjemput Pawang Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal
di kampung itu. Pawang Jidun pun mengubat Pak Ali secara
perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya telah sampai,
perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. Pak Ali
pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu
ditangisi oleh keluarganya.

Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan


pergaduhan diantara Mak Bawang Merah dan Mak Bawang
Putih selalu sahaja terjadi. Sebab utama tentulah hal anak-
anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu sajalah
mereka bertengkar.

Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah.


Dia sentiasa sahaja mencari peluang untuk menghapuskan
Mak Bawang Merah. Pada suatu hari, peluang yang ditunggu-
tunggu selama ini terbuka. Apalagi hanya mereka berdua
sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak Bawang
Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih
datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang
Merah ke dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus
tenggelam dan lemas. Perigi itu jarang digunakan. Selalunya
mereka menggunakan perigi di hadapan rumah mereka.

"Mampuslah engkau! jerit Mak Bawang Putih dengan


geramnya.

Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu


kemana emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih
hati memikirkan ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang
dari arah belakang dan memukulnya lalu Bawang Merah pun
jatuh pengsan di situ juga dengan berlumuran darah keluar
dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih yang tidak
menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah
pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke
rumah saudaranya.

Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari


pengsan. Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-
manggil nama emaknya. Puas dipanggil dan dicari namun
tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak Bawang Putih dan
Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah malam tidak
ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas
tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal
itu. Pintu rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam
akhirnya dia pun tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya
dengan memakai telekung putih. Anakku bawang Merah! Mak
telah mati ditolak ke dalam perigi lama oleh Mak Bawang Putih
semasa mak menceduk air. Mak tidak sangka dia tergamak
melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah anakku, kau
jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas itu.
Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.

Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun


terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari
emaknya. Mulutnya memanggil-manggil Mak.Mak.

Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia


bermimpi, dia menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia
pecaya segala kata-kata dalam mimipinya tadi dan tambahan
pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang memukulnya dan
meninggalkannya itu.

Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa


disedari air matanya membasahi kedua belah pipinya sambil
mulutnya bersuara. Mak..Mak.
Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi
itu, dengan kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan
kaloi. Ikan itu boleh berkata-kata:Wahai anakku Bawang
Merah. Akulah mak engkau. Mak telah mati ditolak ke dalam
perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau datanglah bermain
dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak
sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Kemudian ikan itu
tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.
Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di
rumah didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah
menunggu dengan muka bengis.

Ke mana engkau pergi?

Mak cik, saya sedang mencari mak saya, jawab Bawang


Merah.

Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam


perigi. Aku telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak
terdaya, jawab Mak Bawang Putih berbohong.

Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya


dengan kata-kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan
mimpinya malam tadi dan percakapan ikan kaloi di perigi
sebentar tadi.

Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari
ini kami berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu
membuat apa-apa kerja. Segala kerja seperti memasak,
mencuci kain dan mengemas rumah adalah tugas engkau!
beritahu Mak Bawang Putih dengan sombong.

Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap


hari tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik
dengan membuat kerja sahaja.

Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan


Bawang Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu
dia bergurindam memanggil ibunya:

Mak.Mak..Ikan kaloi,

Timbullah Bawang Merah datang,

Nasi melukut sayur keladi,

Untuk mak makan di pagi hari.

Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun


timbul lalu Bawang Merah pun memberi makan. Setelah
selesai Bawang Merah pun pulang.

Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua


minggu selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang
Putih bangun dari tidur terlebih awal kerana hendak
membuang air kecil. Selepas buang air, dia terdengar suara
orang bergurindam. Perlahan-lahan dia mengintai di sebalik
semak.
Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan
aku perhatikan apa yang dibuatnya disini. bisik Bawang Putih.

Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang


berlaku. Lantas dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada
emaknya.

Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu! kata mak


Bawang Merah. Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak
Bawang Putih. Pada waktu tengah hari ketika Bawang Merah
sedang bekerja di rumah, Mak Bawang Putih pergi ke perigi itu
dan membawa sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Mak
Bawang Putih pun bergurindam:

"Mak.Mak..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.

Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi.


Tidak timbul juga. Kemudian Bawang Putih pula yang
bergurindam. Tidak juga timbul. Bawang Putih bergurindam
lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja ikan itu timbul, ikan
itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diam mereka
membawa balik ikan itu.

Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau
pergi cari kayu api, katanya kepada Bawang Merah.

Baiklah Mak Cik.

Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun


menggulai ikan itu. Bila Bawang Merah pulang dari mencari
kayu api, dia terus dipelawa makan nasi berlaukkan ikan gulai
tadi. Berselera sekali nampaknya dia memakan ikan itu.
Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi
untuk memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi
berkali-kali dia mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak
timbul-timbul. Dia pun menangis teresak-esak kerana ikan
kaloi tidak lagi timbul. Sedang dia menangis tiba-tiba
terdengar satu suara ghaib
Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi
sudah ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat
gulai yang engkau makan semalam. Dan sekarang engkau
carilah tulang-tulangnya dan tanamlah. kemudian suara itu
pun hilang.

Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari
arah belakang dan memukulnya dengan kayu.

Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau
hendak berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang
engkau makan itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke
rumah dan masak nasi herdik Mak Bawang Putih.
Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke
bawah rumah untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia
mencari, barulah berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan
ditanam di atas bukit jauh sedikit dari rumahnya. Atas
kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan sahaja tukang-
tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yang rendang.
Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada
masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu.
Sambil berbuai dia akan menyanyi:
Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu

Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya


yang sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang
berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang hulubalangnya.
Sudah dua hari dua malam baginda berburu tetapi tidak
mendapat seekor binatang buruan pun. Namun begitu baginda
tetap sukacita. Perangainya berbeza dari biasa. Biasanya kalau
dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan terus
mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahan
perangai baginda itu sangat luar biasa.

Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas


di hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda
memanah tetapi tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu
sudah tentu terkena anak panah baginda.

Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa


itu sambil mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-
galanya hampa. Sedang mereka berjalan-jalan, salah seorang
hulubalang mendengar suara seorang perempuan menyanyi.
Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang
menyanyi! kata hulubalang kepada Datuk Menteri.

Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada


perempuan menyanyi! jawab Datuk Menteri.

Cuba Datuk dengar sendiri.

Jangan-jangan suara hantu! kata Datuk Menteri.

Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu,


akhirnya mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang
Merah. Kerana wajah Bawang Merah yang sangat cantik
mereka berpakat hendak mempersembahkan pertemuan itu
kepada tuanku kerana tuanku raja masih belum beristeri.

Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-


cepat lari pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori
Bawang Merah secara sulit untuk mengetahui rumahnya.

Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada


baginda. Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu.
Mereka pun beramai-ramai pergi ke rumah Bawang Merah.
Assaalamualaikum.
Waalaikumussalam.jawab Mak Bawang Putih.
Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis
cantik sedang bermain buaian di bukit sana. Kata Datuk
Menteri.
Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik, jawab Mak
Bawang Putih.
Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar
untuk mengadap Datuk Menteri.
Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik! jawab Datuk Menteri.
Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik jawab Mak
Bawang Putih.
Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap
Datuk Menteri tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.
Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi
dengan merdunya!
Menyanyi? fikir Mak Bawang Putih.
Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih
lagi pandai.

Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan


orang ramai. Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi.
Bawang Putih belum pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu
merasa kekok sekali. Hendak naik ke atas buaian pun teragak-
agak. Kemudian dia pun menyanyi. Suaranya sumbang dan
tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak ada erti
langsung.

Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia


menaiki buaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai
sendiri semakin lama semakin laju. Nyanyiannya pula sangat
merdu. Sama seperti yang di dengar oleh Datuk Menteri dan
hulubalang-hulubalang. Dengan itu baginda sultan pun
bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri baginda.

Apakah ini orang gaji Mak Cik? tanya baginda.


Ampun tuanku, sebenarnya dia ini anak tiri patik. Walaupun
anak tiri, patik menjaga seperti anak sendiri.

Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun


menjadi isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di
istana baginda. Walaupun begitu Bawang Merah tetap tidak
menyisihkan Mak Bawang Putih dan Bawang Putih. Mereka
tetap diajak tinggal bersama di istana.
Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan
disediakan, namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak
Bawang Putih ingin melihat Bawang Merah bercerai dengan
baginda sultan dan mengambil anaknya Bawang Putih sebagai
ganti.

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.

Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu? tanya Mak


Bawang Putih kepada Bawang Merah.

Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang


kepada suami! jawab Bawang Merah.

Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri


kerana tidak berketurunan raja!

Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?

Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh


tabur di seluruh tempat tidur baginda.

Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada


engkau dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan
engkau, kata Mak Bawang Putih. Tetapi jangan beritahu yang
Mak Cik suruh berbuat begitu, pesannya lagi.

Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat,


baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.

Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?

Kenapa kanda? tanya Bawang Merah terperanjat.

Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?

Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih


sayang kita berdua.

Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat! keluh baginda


sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang
Merah untuk menghasut.

Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur


itu?

Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga


tetapi tidak berpanjagan.

Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau


baginda betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau, kata
Mak Bawang Putih. Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang
engkau mesti lakukan terhadap baginda.

Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!

Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak


lakukan yang ini, kasih sayang engkau tidak akan
berpanjangan.

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang


Merah terperanjat mendengarnya.

Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang


Merah termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang
diajar oleh Mak Bawang Putih itu.
Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya
di atas palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu,
dia akan menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan
mengena dahi baginda.

Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah


bersedia dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun
masuk. Kapak dihayun.

Aduh kenapa ini dinda? baginda berteriak kesakitan.

Kanda! Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi


baginda akibat terkena mata kapak.

Apakah yang dinda lakukan ini? tanya baginda kehairanan.

Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!

Siapa yang mengajar semua ini?

Mm..Mm..Mak Bawang Putih.

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana


niat jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau
Mak Bawang Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari
istana.

Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk


menyara hidup mereka.