Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Menurut Asmah Hj. Omar (1998), retorik bermaksud kajian tentang penggunaan

bahasa secara berkesan. Berdasarkan pada konteks yang bersesuaian, retorik juga

dapat diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan atau ciri-

ciri yang berkaitan dengan bahasa. Secara amnya, retorik ialah pertuturan atau

tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah untuk mempengaruhi

pemikiran pendengar. Retorik mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah bentuk

retorik pemujukan.

Menurut Lanham (1991), retorik merupakan seni dalam mendapatkan

keyakinan seseorang melalui wacana bahasa. Retorik menyentuh hal yang berkaitan

dengan cara menyampaikan pendapat, 2 idea, dan saranan, atau cara

menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan

pemikirannya, tanggapannya, atau perasaannya dengan jelas dengan gaya yang

berkesan. Pemahaman penulis tentang retorik dan kecekapan menerapkannya amat

penting untuk membolehkannya menghasilkan penulisan yang terdiri daripada

wacana yang kukuh.

Menurut Raminah Sabran (2002), menjelaskan bahawa retorik pemujukan

bermatlamat memujuk pembaca berbuat sesuatu, seperti yang diharapkan penulis.

Sebagai contoh, penghasilan penulisan yang bertujuan untuk mendapatkan simpati

pembaca terhadap kesengsaraan hidup seseorang, dan seterusnya meminta

pembaca memberikan derma untuk membantunya, penulisan itu dikatakan bersifat

pujukan. Retorik pemujukan ialah retorik yang mana menggunakan bahasa pujukan

untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai

sesuatu perkara yang diperkatakan itu. Penulis akan menggunakan bahasa yang

menarik yang mampu mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan


1
pembaca atau pendengar. Kebiasaannya kita dapat lihat para peniaga menggunakan

kaedah ini untuk mempengaruhi para pelanggannya.

Retorik pemujukan terbahagi kepada dua iaitu pemujukan rasional dan

pemujukan tidak rasional. Pemujukan rasional ialah pemujukan yang menggunakan

fakta dan data yang lengkap untuk mempengaruhi pembaca ataupun pendengar.

Pemujukan tidak rasional pula ialah pemujukan yang melibatkan emosi untuk

mempengaruhi pemikiran pendengar. Hal ini bertujuan menarik khalayak

berdasarkan pengaruh psikologi dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan

sesuatu yang sedang diperkatakan. Kebiasaannya retorik jenis ini digunakan dalam

bidang pengiklanan. Retorik pemujukan lazimnya akan melibatkan bahasa pujukan

bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu

perkara yang diperkatakan.

2
2.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperolehi melalui lima ciri tersebut memberi kesan terhadap

retorik pemujukan berserta contoh skrip yang berkaitan.

2.1 MEMENTINGKAN KEHALUSAN BERBAHASA

Retorik Pemujukan mementingkan ciri kehalusan berbahasa menjadi kegunaan

utama dalam retorik. Penggunaan berbahasa yang halus dan sopan santun akan

memberi kesan positif terhadap pendengar seperti menyenangkan hati serta

secara langsung menarik minat pendengar tersebut terutama dalam proses atau

urusan jual beli. Dalam retorik pemujukan mempunyai unsur-unsur ayat yang

manis berbaur pujukan, gaya yang mampu menarik minat pendengar serta kata-

kata jaminan terhadap sesuatu. Oleh itu, hasil daripada retorik pemujukan,

pendengar akan tertarik dan mempunyai keinginan untuk mencuba atau membeli

produk dan barang yang ditawarkan dengan menggunakan retorik pemujukan.

Secara tidak langsung akan mempengaruhi pendengar tersebut dengan kesan

positif.

Contoh Skrip:

Penjual :Mari-mari.! Promosi jualan hebat produk kecantikan

DHerbs Terlajak Laris. Produk kecantikan ini mampu

mengubah diri anda 100% cantik dan mengekalkan

kecantikan yang ada.

Pembeli :Encik, apakah fungsi produk kecantikan muka yang

ada pada produk ini?

3
Penjual :Hah...! banyak fungsinya seperti produk Set Wajah

Madu Propolis yang berfungsi untuk mencerahkan

kulit, memudarkan parut dan kesan jerawat,

menganjalkan dan menghaluskan kulit, anti penuaan

dan anti oksigen, menyerikan wajah, mengecilkan

liang pori, serta menyingkirkan bintik bintik hitam

di wajah.

Pembeli :oh.. banyak juga fungsinya.. bagaimana pula kesan

apabila saya menggunkannya?

Penjual :Kesannya? Mestilah akan mampu memberi kecantikan

secara sihat dan mampu mengekalkan kecantikan bak

cantiknya sekuntum mawar yang puan ada sekarang.

Percayalah.., ia akan menjadi produk yang puan

perlukan selama ini.

Pembeli : oh. Begitu. Saya mahu membeli satu set

produk kecantikan tersebut.

Berdasarkan skrip di atas, komunikasi antara penjual dan pembeli

menggunakan retorik pemujukan yang menggunakan kehalusan bahasa dalam

komunikasi tersebut. Kehalusan bahasa yang digunakan dalam skrip tersebut

oleh pembeli seperti pada skrip Mestilah akan mampu memberi

kecantikan secara sihat dan mampu mengekalkan kecantikan bak

cantiknya sekuntum mawar yang puan ada sekarang yang

menunjukkan kesopanan dan kesantunan dalam berbahasa. Kesopanan dan

4
kesantunan tersebut boleh mempengaruhi pembeli untuk membeli produk

kecantikan yang ditawarkan. Jelas menunjukkan retorik pemujukan mampu

menarik minat kepada sesiapa sahaja terutamanya penutur dengan pendengar.

Tambahan lagi, kehalusan yang dapat dilihat dalam skrip di atas penjual

dengan senang hati menerangkan tentang fungsi produk kecantikan tersebut

dengan lebih mendalam supaya pembeli dapat memahami kegunaan produk

tersebut tanpa ragu-ragu. Sebagai contoh didalam skrip, banyak fungsinya

seperti produk Set Wajah Madu Propolis yang berfungsi untuk

mencerahkan kulit, memudarkan parut dan kesan jerawat,

menganjalkan dan menghaluskan kulit, anti penuaan dan anti

oksigen, menyerikan wajah, mengecilkan liang pori, serta

menyingkirkan bintik bintik hitam di wajah yang menunjukkan

kehalusan berbahasa tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung dapat menarik

keinginan pembeli untuk membeli produk itu. Rumusnya, retorik pemujukan yang

bericirikan kehalusan bahasa sangat penting dalam komunikasi dua hala yang

melibatkan tarikan minat seseorang.

2.2 WUJUD PERBANDINGAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


Perbandingan adalah bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran pendengar agar

pendengar akan terpengaruh dan berpihak dengan sesuatu yang dinyatakan

oleh penutur. Selain itu, retorik pemujukan banyak menggunakan perbandingan

ketika mempromosikan produk atau barangan masing-masing. Propaganda

dengan membuat bandingan ini adalah bertujuan untuk menggambarkan kepada

pelanggan bahawa produk sendiri lebih bagus berbanding produk yang

dibandingkan tersebut. Ramai peniaga menggunakan pelbagai kaedah untuk

mempromosikan barangan antaranya ialah membuat perbandingan barangan

5
atau perkhidmatan pihak sendiri dengan pihak yang lain.Perbandingan ini adalah

penting agar pendengar terpengaruh untuk membeli sesuatu produk atau

barangan yang dipromosikan oleh penutur.


Contoh skrip:
Pelanggan :Encik, saya nampak produk air masyur keluaran

dherbs ini adalah sama dengan minuman air

kesihatan yang lain, betul ke ?


Peniaga :Eh, tak lah puan. Produk air masyur ini sangat

berbeza dengan air minuman kesihatan yang lain.

Kalau puan hendak tahu, air masyur keluaran

dherbs ini mempunyai lapan fungsi dalam satu air

minuman. Tak macam air minuman kesihatan yang

lain, yang hanya berfungsi untuk mencergaskan dan

menyihatkan badan. Selain itu, jika puan minum

air masyur ini, puan bukan sahaja dapat

menghilangkan tenaga dan memberi tenaga, tetapi

puan juga dapat melegakan sakit tekak. Bukan itu

sahaja, produk air masyur ini juga dapat membantu

melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam

badan kerana terdapat gingko biloba didalam madu.

Jika puan beli produk ini, puan juga dapat

menjadi awet muda kerana air masyur ini

mengandungi collagen dan sarang burung.


Pelanggan :Wah bagusnya produk ini, boleh saya tahu berapa

harga air masyur keluaran produk dherbs ini ?


Peniaga :Puan jangan risau, harga produk ini sangat murah

dan berpatutan dengan khasit dan fungsinya. Kalau

puan hendak tahu, air minuman herba jus rayyan

6
adalah berharga RM 25.50 sen manakala harga air

masyur ini adalah serendah RM 4.50 sahaja. Puan

boleh lihat sendiri bahawa air masyur ini adalah

lebih murah berbanding air minuman yang lain.


Berdasarkan contoh jadual diatas, penjual membuat perbandingan diantara

produk air masyur dan produk minuman kesihatan yang lain. Peniaga

menggambarkan kepada pelanggannya bahawa produk air masyur keluaran

dherbs adalah lebih baik berbanding air minuman kesihatan yang lain. Peniaga

juga menggambarkan kelebihan produk air masyur dengan menyatakan

kelebihan produk air masyur yang pelbagai berbanding dengan produk kesihatan

yang lain hanya mempunyai fungsi yang sedikit. Perbandingan ini adalah

bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran pembeli bahawa produk air masyur

keluaran dherbs merupakan produk yang terbaik. Selain itu, peniaga juga turut

membuat perbandingan harga dan fungsi diantara produk air masyur dan produk

herba jus rayyan. Peniaga memperlihatkan bahawa produk yang dijual adalah

lebih berbaloi untuk dibeli berbanding produk lain. Propaganda dengan

membanding produk sendiri dengan produk yang lain adalah penting agar dapat

mempengaruhi pembaca untuk membeli produk yang dijual.


2.3 MENGGUNAKAN BAHASA YANG EMOTIF DAN IMAGINATIF

Gaya penyampaian yang berkesan boleh didefinisikan sebagai satu

penyampaian ilmu yang mampu menarik perhatian pendengar untuk mengambil

maklumat dan input yang hendak disampaikan. Retorik pemujukan sangat

bergantung kepada gaya dan teknik untuk mempengaruhi seseorang individu.

Maksud imaginatif ialah pendengar dapat membayang sesuatu daripada apa

yang disampaikan oleh pemberi maklumat. Manakala maksud emotif pula ialah

perkara yang melibatkan emosi dan pemikiran pendengar.

7
Dalam konteks retorik pemujukan, penutur akan menggunakan kaedah psikologi

untuk mempengaruhi pendengar yang mendengar. Kaedah psikologi yang

digunakan adalah untuk bermain emosi pendengar dan mempengaruhi

pemikiran mereka tentang apa cadangan yang diusulkan atau apa yang telah

disampaikan. Kebiasaannya dalam iklan, pengeluar produk akan menggunakan

ayat yang berbaur unsur psikologi bagi mempengaruhi atau menarik minat

pembeli untuk membeli barang mereka. Dari segi penyampaian pula, sangat

memberi kesan kepada pendengar kerana dari aspek tersebut pendengar dapat

menambah keyakinan untuk mendapatkan produk atau cadangan yang

diberikan.

Contoh Skrip :

Pembeli : Encik boleh saya tahu tentang produk kecantikan

dengan lebih lanjut

Penjual : Boleh Puan, terdapat satu produk kecantikan yang

laris di pasaran ketika ini seperti Krim Mutiara

DHerbs yang sesuai untuk merawat kulit yang

bermasalah.. Banyak kegunaannya seperti krim

siang dan malam Mutiara gold bertindak sebagai

agen pelembap dan pencerah wajah kerana

strukturnya yang ringan dan lembap dan tidak

berminyak, ianya sesuai digunakan bagi semua

kulit. Krim ni banyak keistimewaannya kerana

mempunyai satu warna yang sesuai mengikut tona

kulit cerah atau gelap.

8
Pembeli : Berapa lama dapat melihat perbezaan pada kulit

jika memakai produk ini.

Penjual :Puan jangan risau, apabila memakai Krim Mutiara,

Puan akan dapat melihat perbezaan hanya dalam masa

dua hari sahaja. Puan boleh melihat tona kulit puan

berubah daripada gelap hingga menjadi cerah. Kulit

akan lebih cerah, dan berseri-seri.

Pembeli :Dalam masa dua hari sahaja sudah ada perbezaan?

Penjual :Betul Puan, dalam masa dua hari sahaja muka puan

akan nampak berseri-seri seperti anak dara tanpa

jerawat, jeragat dan sebagainya. Produk saya ini

sangat berkesan dan antara produk yang terlaris

dalam hasil jualan saya. Rugi rasanya jika puan

tidak membelinya. Hari ini saya ada buat promosi

potongan harga sehingga 50 peratus dan sekarang

harganya hanya RM50 ringgit sahaja.

Berdasarkan contoh skrip diatas terdapat penggunaan bahasa yang emotif dan

imaginatif. Peniaga menggunakan ayat yang bersifat psikologi untuk mengajak

pelanggan berimaginasi dan beremosi ketika urusan jual beli yang berlangsung

bagi meyakinkan pelanggan untuk membeli produk tersebut. Peniaga

menggunakan ayat pujukan atau rayuan bagi menarik minat pembeli untuk

membeli produk yang dijual contohnya Rugi rasanya jika puan tidak

membelinya. Selain itu, peniaga juga cuba meyakinkan pembeli dengan

memberi imaginasi atau gambaran kepada peniaga agar pembeli bersetuju untuk

9
membeli seperti dalam masa dua hari sahaja muka puan akan

nampak berseri-seri seperti anak dara tanpa jerawat, jeragat

dan sebagainya. Dalam konteks ini, pelanggan secara tidak langsung

menggalakkkan pelanggan berimaginasi dengan apa yang diperkatakan oleh

peniaga bagi menambah keyakinan kepada pelanggan untuk membeli produk

yang dijual.
2.4 MEMPUNYAI PEMUJUKAN RASIONAL

Dalam aspek retorik pemujukan, terdapat pemujukan rasional yang digunakan

dalam kaedah pemujukan untuk menarik perhatian masyarakat. Pemujukan yang

oleh seseorang dengan fakta yang logik dan bukti yang sahih. Pemujukan

rasional ini boleh berlaku dalam pelbagai rasional merujuk kepada perlakuan

memujuk situasi dan tujuan pemujukan tersebut dilakukan adalah untuk

mempengaruhi pemikiran pendengar agar terpengaruh dengan bukti dan contoh

yang menarik.

Contoh 1:

Penjual :Mari sini kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik

mari semua saya nak perkenalkan satu produk yang

terlajak laris yang memang menjadi pilihan ramai

buat sekarang. Produk kecantikan Dherbs telah

menjadi viral dan menjadi pilihan golongan wanita

untuk masalah penjagaan muka. Saya telah memakai

produk ini hampir dua tahun. Tengoklah muka saya

sekarang, langsung tidak ada masalah jerawat,

jeragat, bintik-bintik hitam dan malah telah

10
mencerahkan kulit muka saya dua kali ganda

berbanding dengan sebelum ini.

Pembeli :Status produk ni macam mana? Ada kelulusan daripada

kementerian kesihatan atau tidak ? . Kami risau

kalau produk yang awak jual ini tiada kelulusan

dari pihak kesihatan. Lagipun sekarang banyak

produk tempatan ada yang tiruan dan banyak bahan

kimia yang boleh menyebabkan kesan yang teruk pada

kulit wajah . Jadi kami risau kalau-kalau produk

tersebut memberi kesan yang mendalam kepada kami.

Penjual :Produk ni tak perlu risau tak ada rasa ragu-ragu

kerana tidak ada langsung bahan kimia yang boleh

mengancam dan kesan yang teruk pada muka.

Berbanding dengan produk lain yang banyak

menggunakan bahan kimia sebagai kandungan produk

mereka. Produk yang saya jual sememangnya mendapat

kelulusan daripada pihak kementerian kesihatan.

Jadi anda semua tak perlu risau tentang status

produk ini.

Berdasarkan dialog diatas iaitu diantara penjual dan pembeli, terdapat unsur

pemujukan yang menarik yang dilakukan oleh penjual tersebut untuk menarik

perhatian pembeli. Pada dialog yang pertama tersebut, penjual cuba

mempengaruhi pembeli dengan mengeluarkan atau menunjukkan bukti yang ada

pada diri beliau yang untuk meyakinkan pembeli. Selain itu juga, penjual

meyakinkan pembeli dengan menyatakan bahawa produk yang dijual mendapat

11
kelulusan daripada pihak yang berwajib dan telah dijamin selamat oleh pihak

berkuasa. Hal ini secara langsung telah menyebabkan pembeli tertarik terhadap

produk yang diklankan dan keyakinan yang ditunjukkan penjual terhadap produk

yang diniagakan itu kepada pembeli memberi kesan yang positif kerana penjual

menggunakan testimoni diri sendiri sebagai medium untuk menarik pembeli.

Contoh 2 :

Penjual :Sekarang musim panas tambahan lagi jerebu lagi

kakak-kakak sekalian. Jadi mari sini, mari sini

adik manis, kakak-kakak , makcik-makcik mari

sini. Saya nak perkenalkan satu produk yang boleh

halang kulit awak semua daripada kering dan hitam

. Dijamin tiada bahan kimia 100% daripada bahan

herba. Jadi tak perlu risau dan ragu-ragu dengan

keberkesanan produk ini. Lagi satu produk

melindungi kulit awak semua daripada terkena

pancaran cahaya matahari serta boleh mencerahkan

kulit dua kali ganda.

Pembeli :Betul ke sapu-sapu terus putih? Macam tak

percaya.Lagi satu ada kelulusan daripada pihak

kementerian ke ? produk sekarang bukan boleh

percaya sangat banyak yang tiruan.

Penjual :Kakak-kakak, adik-adik manis tak perlu risau tak

perlu ragu-ragu dengan status kelulusan produk

12
ini. Memang setiap produk kami telah kami daftar

di bawah kementerian kesihatan. Jadi lagi sekali

saya buktikan memang produk Losyen putih gebu

memang menjadi pilihan ramai sekarang. Orang

kata kalau nak putih tak perlu perg klinik suntik

sana-sini. Pakai losyen sapu pada lengan. Kena

matahari pun tak hitam. Harga pun berpatutan

bukannya beribu-ribu kena keluarkan kalau nak

putih.

Berdasarkan contoh dialog yang kedua. Penjual cuba memujuk dan

mempengaruhi pembeli dengan mengaitkan keadaan semasa dengan produk

yang diperkenalkan. Tambahan lagi penjual membandingkan produk mereka

dengan produk lain untuk menarik perhatian pembeli. Selain itu juga, pemujukan

yang dilakukan oleh penjual ini selaras dengan ciri retorik pemujukan iaitu

mempunyai pemujukan yang rasional. Perbandingan yang dilakukan oleh penjual

adalah untuk mencapai tujuan mereka untuk melariskan produk tetapi tidak

memburukkan produk lain. Seterusnya juga, penjual turut memberi dorongan dan

kaedah cara memakai produk yang diklankan. Secara ringkasnya kedua-dua

contoh dialog tersebut memggunakan maklumat yang logik yang sangat

menepati dengan ciri retorik pemujukan rasional iaitu ada maklumat yang logik.

2.5 PENGGUNAAN BAHASA YANG MEYAKINKAN PEMBELI

Penggunaan bahasa ini sering diguna pakai oleh penjual terhadap pembeli untuk

menarik perhatian pembeli bahawa produk yang dijual mempunyai

keberkesanan. Penjual akan memberikan jaminan terhadap pembeli agar

13
pembeli tidak mempunyai risiko kerugian sekiranya barangan yang dibeli tidak

berkesan.

Contoh skrip 1:

Pembeli :Macam mana kami nak tuntut duit kami semula

sekiranya produk ini tidak berkesan ?

Penjual :Anda boleh datang ke syarikat kami yang

terletak di seksyen 7. Pihak kewangan kami akan

membantu anda untuk mendapatkan semula wang anda

sekiranya produk ini tidak berkesan. Anda tak

perlu risau tak perlu rasa rugi sekiranya produk

kami tidak memberi kesan yang baik kepada anda.

Berdasarkan dialog diatas penjual telah memberi jaminan kepada pembeli

tentang produk yang dijual oleh mereka. Jaminan yang diberikan penjual kepada

pembeli adalah untuk meyakinkan pembeli bahawa mereka sebuah syarikat

yang boleh dipercayai dan tidak akan merugikan pelanggan mereka.

Penggunaan perkataan yang menunjukkan keyakinan mereka turut digunakan

diantara penjual dan pembeli tersebut. Hal ini menunjukkan berlaku penggunaan

bahasa yang meyakinkan pembeli untuk tertarik terhadap sesuatu produk itu.

Contoh skrip `2:

Penjual :Mari sini saya tunjuk bagaimana losyen saya

ini boleh memutihkan lengan kakak dengan

sekelip mata sahaja. Tak perlu risau kalau

betul saya ni menipu bukti saya tunjuk depan

mata akak sekarang ni.

14
Pembeli :Kalau berkesan akak nak beli banyak-banyak la.

Bukan senang jumpa produk yang betul-betul

berkesan sekarang ni.

Berdasarkan contoh 2 dialog di atas. Penjual telah menggunakan bahasa tubuh

untuk meyakinkan pembeli. Penjual juga pada ketika itu menunjukkan bukti

dengan membuat percubaan ke atas pembeli. Keyakinan yang ditunjukkan

penjual kepada pembeli telah berjaya menarik perhatian pembeli terhadap

produk yang dijual. Keyakinan yang ditunjukkan oleh penjual dalam pelbagai

bentuk bahasa perlu untuk melariskan produk mereka untuk dipasarkan.

15
3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, retorik pemujukan ini merupakan satu kaedah yang sangat

berkesan dalam mempengaruhi pembaca. Retorik jenis ini kebiasaannya dapat

dilihat oleh para peniaga dalam memujuk pelanggan untuk membeli baranngannya.

Retorik pemujukan dapat menarik minat pendengar untuk membeli barang yang

disyorkan oleh pembeli. Selain itu, retorik jenis ini juga dapat memudahkan peniaga

untuk memperlihatkan bahawa produk yang dijual adalah lebih berbaloi untuk dibeli

berbanding produk lain. Disamping itu juga, retorik ini juga mementingkan kehalusan

dalam berbahasa dan bahasa yang bersifat emotif dan imaginatif untuk

mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu

perkara yang diperkatakan itu. Pembeli juga menggunakan pemujukan rasional

untuk menarik yang mampu mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan

pembaca atau pendengar.

16
RUJUKAN

Nik Safiah Karim et.al, (2013). Ace Head teks Stpm Bahasa Melayu Penggal 2 Edisi
kemas Kini. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. 1984. Bahasa Iklan Perniagaan : Satu Kajian Bahasa Retorik,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Rohana Jaafar, Zaharah Abu Hasan dan Baharudin Dolamat,2015. Effectives


Practices STPM Bahasa Melayu Penggal 2. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Sharifah Nor S.A Rahman, D. Khatirasan dan Sharifah Hussin, 2016. Teks STPM
Bahasa Melayu Penggal 2. Petaling Jaya : Pelangi Book Sdn. Bhd.

Maimunah haji Omar, 1993. Bahasa, format penulisan & tatacara penyampaian
ceramah, ucapan dan taklimat. Shah Alam : Biroteks, ITM

17
LAMPIRAN

Contoh Skrip :

Penjual :Mari-mari.! Promosi jualan hebat produk kecantikan

DHerbs Terlajak Laris. Produk kecantikan ini mampu

mengubah diri anda 100% cantik dan mengekalkan

kecantikan yang ada.

Pembeli :Encik, apakah fungsi produk kecantikan muka yang

ada pada produk ini?

Penjual :Hah...! banyak fungsinya seperti produk Set Wajah

Madu Propolis yang berfungsi untuk mencerahkan

kulit, memudarkan parut dan kesan jerawat,

menganjalkan dan menghaluskan kulit, anti penuaan

dan anti oksigen, menyerikan wajah, mengecilkan

liang pori, serta menyingkirkan bintik bintik hitam

di wajah.

Pembeli :oh.. banyak juga fungsinya.. bagaimana pula kesan

apabila saya menggunkannya?

Penjual :Kesannya? Mestilah akan mampu memberi kecantikan

secara sihat dan mampu mengekalkan kecantikan bak

cantiknya sekuntum mawar yang puan ada sekarang.

Percayalah.., ia akan menjadi produk yang puan

perlukan selama ini.

18
Pembeli : oh. Begitu. Saya mahu membeli satu set

produk kecantikan tersebut.

Pelanggan :Encik, saya nampak produk air masyur keluaran

dherbs ini adalah sama dengan minuman air

kesihatan yang lain, betul ke ?


Peniaga :Eh, tak lah puan. Produk air masyur ini sangat

berbeza dengan air minuman kesihatan yang lain.

Kalau puan hendak tahu, air masyur keluaran

dherbs ini mempunyai lapan fungsi dalam satu air

minuman. Tak macam air minuman kesihatan, yang

hanya berfungsi untuk mencergaskan dan

menyihatkan badan. Selain itu, jika puan minum

air masyur ini, puan bukan sahaja dapat

menghilangkan tenaga dan memberi tenaga, tetapi

puan juga dapat melegakan sakit tekak. Bukan itu

sahaja, produk air masyur ini juga dapat membantu

melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam

badan kerana terdapat gingko biloba didalam madu.

Jika puan beli produk ini, puan juga dapat

menjadi awet muda kerana air masyur ini

mengandungi collagen dan sarang burung.


Pelanggan :Wah bagusnya produk ini, boleh saya tahu berapa

harga air masyur keluaran produk dherbs ini ?


Peniaga :Puan jangan risau, harga produk ini sangat murah

dan berpatutan dengan khasit dan fungsinya. Kalau

puan hendak tahu, air minuman herba jus rayyan

adalah berharga RM 25.50 sen manakala harga air

19
masyur ini adalah serendah RM 4.50 sahaja. Puan

boleh lihat sendiri bahawa air masyur ini adalah

lebih murah berbanding air minuman yang lain.

Pembeli : Encik boleh saya tahu tentang produk kecantikan

dengan lebih lanjut

Penjual : Boleh Puan, terdapat satu produk kecantikan yang

laris di pasaran ketika ini seperti Krim Mutiara

DHerbs yang sesuai untuk merawat kulit yang

bermasalah.. Banyak kegunaannya seperti krim

siang dan malam Mutiara gold bertindak sebagai

agen pelembap dan pencerah wajah kerana

strukturnya yang ringan dan lembap dan tidak

berminyak, ianya sesuai digunakan bagi semua

kulit. Krim ni banyak keistimewaannya kerana

mempunyai satu warna yang sesuai mengikut tona

kulit cerah atau gelap.

Pembeli : Berapa lama dapat melihat perbezaan pada kulit

jika memakai produk ini.

Penjual :Puan jangan risau, apabila memakai Krim Mutiara,

Puan akan dapat melihat perbezaan hanya dalam masa

dua hari sahaja. Puan boleh melihat tona kulit puan

berubah daripada gelap hingga menjadi cerah. Kulit

akan lebih cerah, dan berseri-seri.

Pembeli :Dalam masa dua hari sahaja sudah ada perbezaan?

20
Penjual :Betul Puan, dalam masa dua hari sahaja muka puan

akan nampak berseri-seri seperti anak dara tanpa

jerawat, jeragat dan sebagainya. Produk saya ini

sangat berkesan dan antara produk yang terlaris

dalam hasil jualan saya. Rugi rasanya jika puan

tidak membelinya. Hari ini saya ada buat promosi

potongan harga sehingga 50 peratus dan sekarang

harganya hanya RM50 ringgit sahaja.

Penjual :Mari sini kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik

mari semua saya nak perkenalkan satu produk yang

terlajak laris yang memang menjadi pilihan ramai

buat sekarang. Produk kecantikan Dherbs telah

menjadi viral dan menjadi pilihan golongan wanita

untuk masalah penjagaan muka. Saya telah memakai

produk ini hampir dua tahun. Tengoklah muka saya

sekarang, langsung tidak ada masalah jerawat,

jeragat, bintik-bintik hitam dan malah telah

mencerahkan kulit muka saya dua kali ganda

berbanding dengan sebelum ini.

Pembeli :Status produk ni macam mana? Ada kelulusan daripada

kementerian kesihatan atau tidak ? . Kami risau

kalau produk yang awak jual ini tiada kelulusan

dari pihak kesihatan. Lagipun sekarang banyak

produk tempatan ada yang tiruan dan banyak bahan

kimia yang boleh menyebabkan kesan yang teruk pada

21
kulit wajah . Jadi kami risau kalau-kalau produk

tersebut memberi kesan yang mendalam kepada kami.

Penjual :Produk ni tak perlu risau tak ada rasa ragu-ragu

kerana tidak ada langsung bahan kimia yang boleh

mengancam dan kesan yang teruk pada muka.

Berbanding dengan produk lain yang banyak

menggunakan bahan kimia sebagai kandungan produk

mereka. Produk yang saya jual sememangnya mendapat

kelulusan daripada pihak kementerian kesihatan.

Jadi anda semua tak perlu risau tentang status

produk ini.

Penjual :Sekarang musim panas tambahan lagi jerebu lagi

kakak-kakak sekalian. Jadi mari sini, mari sini

adik manis, kakak-kakak , makcik-makcik mari

sini. Saya nak perkenalkan satu produk yang boleh

halang kulit awak semua daripada kering dan hitam

. Dijamin tiada bahan kimia 100% daripada bahan

herba. Jadi tak perlu risau dan ragu-ragu dengan

keberkesanan produk ini. Lagi satu produk

melindungi kulit awak semua daripada terkena

pancaran cahaya matahari serta boleh mencerahkan

kulit dua kali ganda.

Pembeli :Betul ke sapu-sapu terus putih? Macam tak

percaya.Lagi satu ada kelulusan daripada pihak

22
kementerian ke ? produk sekarang bukan boleh

percaya sangat banyak yang tiruan.

Penjual :Kakak-kakak, adik-adik manis tak perlu risau tak

perlu ragu-ragu dengan status kelulusan produk

ini. Memang setiap produk kami telah kami daftar

di bawah kementerian kesihatan. Jadi lagi sekali

saya buktikan memang produk Losyen putih gebu

memang menjadi pilihan ramai sekarang. Orang

kata kalau nak putih tak perlu perg klinik suntik

sana-sini. Pakai losyen sapu pada lengan. Kena

matahari pun tak hitam. Harga pun berpatutan

bukannya beribu-ribu kena keluarkan kalau nak

putih.

Pembeli :Macam mana kami nak tuntut duit kami semula

sekiranya produk ini tidak berkesan ?

Penjual :Anda boleh datang ke syarikat kami yang terletak

di seksyen 7. Pihak kewangan kami akan membantu

anda untuk mendapatkan semula wang anda. Anda tak

perlu risau tak perlu rasa rugi sekiranya produk

kami tidak memberi kesan yang baik kepada anda.

Penjual: Mari sini saya tunjuk bagaimana losyen saya ini

boleh memutihkan lengan kakak dengan sekelip mata

sahaja. Tak perlu risau kalau betul saya ni menipu

bukti saya tunjuk depan mata akak sekarang ni.

23
Pembeli: Kalau berkesan akak nak beli banyak-banyak la.

Bukan senang jumpa produk yang betul-betul

berkesan sekarang ni.

24

Anda mungkin juga menyukai