Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN SEMPENA PELANCARAN NILAM

Assalamualaikum WBT saya ucapkan kepada yang di hormati En Nurul Amali

Bin Mohd Shamsudin, guru-guru penolong kanan , guru- guru dan pelajar2 sekalian.

Seperti yang kita telah sedia maklum, program Nilam merupakan program

memupuk minat membaca buku yang dilancarkan seluruh negara.Sekolah kita juga

tidak terkecuali.Oleh hal demikian,saya berharap agar pelajar dapat benar - benar

memahami objektif program ini seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti yang telah dirancang.

Program Nilam bertujuan mewujudkan masyarakat membaca di negara ini ,

bermula dari alam persekolahan. Perangkaan menunjukkan bahawa masyarakat

rakyat Malaysia hanya membaca buku kurang daripada sebuah setahun , jauh lebih

kecil berbanding dengan negara - negara maju. Membaca merupakan jambatan ilmu.

Amalan membaca dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif yang dapat

memangkin kemajuan bangsa dan negara. Justeru , amalan ini perlu ditanamkan

dalam diri dan hal inilah yang menyebabkan Program Nilam ini dilancarkan dengan

tujuan mencapai misi dan visi yang digariskan oleh kerajaan.

Dalam Program Nilam , pelajar hanya perlu membaca buku - buku dalam

sebarang genre dan sebarang bahasa asalkan menambahkan pengetahuan , sebelum

membuat catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Guru - guru akan

memastikan bahan yang dibaca selaras dengan yang direkodkan oleh pelajar. Buku

rekod ini yang dipanggil Buku Nilam boleh dibeli di bilik guru PSS dengan harga RM

3.90 senaskah. Bahan - bahan bacaan pula boleh diperoleh pelajar dari perpustakaan

sekolah atau kedai - kedai buku. Buku - buku yang dibaca boleh terdiri daripada
buku ilmiah, fiksyen, atau bukan fiksyen. Bahan - bahan bacaan yang bersifat picisan

tidak diambil kira.

Hadirin yang dihormati,

Bagi menyelia program ini, bahan bacaan yang direkodkan di dalam Buku Nilam

akan dikumpulkan oleh guru perpustakaan. Statistik bacaan pelajar kemudian akan

dibuat dan dihantar ke pejabat pelajaran negeri masing - masing untuk tujuan

penyemakan.Pelbagai ganjaran akan diberikan kepada pelajar yang banyak membaca

buku sama ada di peringkat sekolah atau kebangsaan.

Akhir kata, dengan adanya Program Nilam ini saya berharap agar para pelajar

kini lebih berminat mengunjungi pusat sumber sekolah untuk mendapatkan bahan

bacaan.

Sebelum mengundur diri saya memohon ribuan maaf sekiranya terkasar bahasa dan

tersilap kata sepanjang penjelasan saya tadi . Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai