Anda di halaman 1dari 6

Akil baligh

Remaja perempuan akan mencapai akil baligh apabila didatangi haid


untuk kali pertama. Manakala remaja lelaki pula tanda akil baligh ialah akan
mengalami ihtilam atau mimpi basah.Pada umumnya, akil baligh bagi remaja
perempuan bermula dari umur 8 hingga 12 tahun. Manakala akil baligh remaja
lelaki pula bermula dari umur 10 hingga 14 tahun.

Pengurusan kesihatan diri

Pada peringkat akil baligh, remaja lelaki dan perempuan akan menjadi
lebih aktif dan mudah berpeluh. Remaja lelaki dan perempuan perlu mencuci
muka dengan air yang bersih serta pencuci muka bagi mengelakkan jerawat.
Mereka perlu mandi dengan air yang bersih dan menggunakan sabun bagi
mengeluarkan kotoran yang terlekat pada badan. Selain itu, mereka perlu
mencuci rambut dengan menggunakan syampu dua atau 3 kali seminggu bagi
mengelakkan kelemumur dan rambut berbau busuk.

Bagi remaja perempuan, mereka perlu menggunakan tuala wanita ketika


haid. Mereka perlu menukar tuala wanita sekerapnya. Mereka perlu mencuci
kemaluan dengan menggunakan cecair pencuci penjagaan wanita dan air yang
bersih bagi mengelakkan jangkitan bakteria. Tuala wanita yang kotor perlu dicuci
sebelum dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah.

Bagi remaja lelaki pula, mereka perlu membersihkan kemaluan dengan


air yang bersih dan sabun. Mereka perlu memastikan alat kemaluan dilap
dengan kering dan perlu menukar seluar dalam setiap hari. Sekiranya memakai
seluar dalam yang lembap, kemaluan akan dijangkiti penyakit kulit.
Mimpi
basah
A
k
h
i l
b
a
l i
q
h

Anda mungkin juga menyukai