Anda di halaman 1dari 2

FAKTA KES MAL 8

SAFAR BIN ODI (NO. K/P :590511-08-5411) tinggal No 1, RK 2/6, Port

Dickson, 70300 Seremban mempunyai seorang anak bernama NURUL BINTI

SAFAR yang telah berkahwin dengan ABDUL BIN YUSOF. NURUL dan

ABDUL telah bernikah pada 27hb. Ogos, 2014. Pernikahan tersebut

dikatakan berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand

dengan menggunakan Wali Hakim.

Walaubagaimanapun, ketika pernikahan itu berlaku, SAFAR berada di

Seremban dan berada dalam keadaan yang sihat. SAFAR langsung tidak

mengetahui mengenai hal perkahwinan tersebut dan hanya mendapat tahu

apabila HIZ iaitu isteri ketiga ABDUL memberitahunya. NURUL langsung

tidak pernah memberitrahu SAFAR niatnya untuk berkahwin. SAFAR sangat

kecewqa dengan tindakan NURUL.

HIZ memberitahu SAFAR bahawa suaminya, ABDUL bukan seorang yang

baik, dan mempunyai niat yang jahat terhadap NURUL. Malahan HIZ

beritahu bahawa NURUL merupakan isteri yang kelima kepada ABDUL.

Isteri pertama, bernama SALIK, Isteri kedua bernama SITI, isteri ketiga HIZ

dan keempat adalah AIN. Ini bermakan isteri kelima adalah AIN.

HIZ beritahu bahawa ABDUL telah mempergunakannya bagi mendapatkan

dana untuk perniagaan, di mana ABDUL memintanya untuk meminjam

sejumlah wang yang banyak daripada bank. Setelah HIZ daparkan wang

tersebut, HIZ diabaikan oleh ABDUL dan juga tidak diceraikannya.

NURUL selepas tarikh beliau berkahwin dengan ABDUL pada 27hb. Ogos,

2014 telah menunjukkan sikap yang agak pelik secara mendadak di mana

beliau tidak mahu tinggal lama di rumah SAFAR sedangkan pada ketika itu

SAFAR dan keluarga tidak mengetahui tentang pernikahan tersebut lagi.


NURUL juga pernah menguhut untuk membunuh diri dengan

menggunakan pisau namun mujur dapat ditangani perkara tersebut oleh

ahli keluarga yang lain. Rentetan daripada beberapa kejadian tersebut,

SAFAR berikhtiar untuk membawa NURUL berubat di Pusat Perubatan

Darul Syifa dan pihak perubatan tersebut telah mengesahkan bahawa

NURUL telah terkena sihir.

SAFAR mendapat beberapa keeping gambar perkahiwnan antara ABDUL

dan SITI. SAFAR juga telah membuat carian di Pejabat Agama Islam dan

Mahkamah Syariah Selangor dan Kuala Lumpur dan mendapati bahawa

ABDUL ada membuat pendaftaran pernikahan dengan NURUL dan juga


pernah mendaftarkan kes pengesahan pernikahan poligami dan pengesahan

nikah pada Jun 2014 (AIN) dan Ogos 2014 (NURUL). SAFAR juga mendapat

tahu bahawa SALIK masih tinggal bersama dengan ABDUL di Petaling Jaya

apabila saman tuntutan yang dihantar di rumah ABDUL ditandatangani

oleh SALIK dan SALIK mengakui bahawa beliau dalah isteri kepada ABDUL.

SAFAR telah berjumpa anda untuk mefailkan kes farak nikah. Saman telah

dihantar bersama Penyata Tuntutan kepada ABDUL. SAFAR mohon Salinan

Penyata Tuntutan dan Afidavit Keterangan bagi persediaan beliau di hari

perbicaraan kelak. Sediakan.

Anda mungkin juga menyukai