Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Skoliosis adalah suatu masalah kelainan bentuk pada tulang belakang dimana
terjadinya pembengkokan (deviation) tulang belakang ke arah lateral kiri atau kanan
(Afrian Faturrahman, 2013). Menurut Rahayussalim pula, skoliosis adalah suatu
kelainan bentuk pada tulang belakang dimana terjadi pembengkokan tulang belakang ke
arah lateral kiri atau kanan. Kelainan Skoliosis ini dilihat biasa dan sederhana, namun
apabila diamati lebih teliti, skoliosis terjadi dengan perubahan luar biasa pada tulang
belakang akibat perubahan bentuk (deformity) tulang belakang secara tiga dimensi, iaitu
perubahan pada struktur penyokong tulang belakang seperti tetisu lembut sekitarnya dan
struktur lainnya (Rahayussalim, 2007).

Menurut satu kajian tentang penyarigan visual pada kanak-kanak sekolah yang
dijalankan oleh Dilay Acil dari Universiti Dokuz Eylul, Turki dan Dr. Sultan Ayaz dari
Jabatan Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Gazi Ankara Turki pada
March 2014, mendapati sekitar 39.2% dari jumlah 74 orang pelajar mengalami risiko
skoliosis.

Justeru, kajian kes ini adalah berkenaan dengan kes skoliosis yang terdapat pada
salah seorang remaja yang mengalami tanda visual skoliosis yang datang kerana dirujuk
oleh Pegawai Perubatan ketika saringan menggunakan scoliometer dijalankan.

1
1.1 Pernyataan Masalah

Nama : PAVITIRAN A/L SARAVANA Tarikh Lahir : 16/11/2004


Berat : 31.3 kilogram(kg) Tinggi : 1.4 meter(m) BMI : 15.96 kg/m

Ketika memeriksa pelajar bernama Pavitiran a/l Saravana ini dengan kaedah
Adams forward bending test ini, didapati terdapat kehadiran hump pada
bahagian kanan dengan ukuran 7 darjah pada scoliometer yang digunakan.
Saringan ke atas pelajar ini dilakukan sebanyak tiga kali sebelum rujukan
seterusnya dibuat. Pelajar berkenaan telah dirujuk oleh Pegawai Perubatan yang
bertugas, ke Klinik Ortopedik (Klinik Spine) Hospital Taiping.

2
2.0 Pencarian Literatur
2.1 Keratan Berita
Sumber: (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=507454)

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Masalah skoliosis atau penyakit bengkok tulang
belakang di kalangan murid tiada kaitan dengan membawa beg sekolah yang berat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kajian
pengesanan skoliosis di kalangan murid Tahun Enam di Selangor, Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Kuala Terengganu pada tahun 2008 dan 2009 tidak membuktikan
membawa beg yang berat merupakan punca berlakunya bengkok tulang belakang.

Beliau berkata hasil kajian menunjukkan di kalangan 13,340 murid Tahun Enam yang
diperiksa, enam kes disah skoliosis dan kini menjalani rawatan.

"Kementerian Kesihatan peka dengan masalah skoliosis di kalangan remaja amnya dan
telah mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran menerusi beberapa kajian bagi
mengesan kadar skoliosis di kalangan pelajar.

"Hasil pemeriksaan mendapati hanya 0.97 peratus atau 129 orang disyaki mengalami
skoliosis dan apabila dirujuk ke hospital hanya enam kes disah mengalami skoliosis dan
sedang menjalani rawatan," katanya menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok)
pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Rashid dalam soalannya ingin tahu sejauh mana kementerian bekerjasama dengan
Kementerian Pelajaran untuk menangani masalah penyakit Skoliosis di kalangan pelajar
sekolah yang disebabkan faktor kekerapan membawa beg sekolah yang berat.

Rosnah berkata kajian Kementerian Pelajaran mengenai isu beg sekolah pada tahun 2003
dan disambung semula pada 2008 dan tahun ini juga menunjukkan beban beg sekolah
bukan penyumbang kepada terjadinya penyakit Skoliosis kerana jika diambil kira kajian
itu, berat keseluruhan buku teks ialah sebanyak 2.8kg sehingga 3kg sahaja.

Beliau berkata berat buku teks itu akan jauh berkurangan jika murid hanya membawa
buku teks mengikut jadual buku harian persekolahan.

3
Bagaimanapun Rosnah berkata kekerapan membawa beg galas yang mempunyai berat
melebihi 10 hingga 20 peratus berat badan boleh menyebabkan murid mengalami sakit
belakang.

Beliau berkata walaupun isu mengenai penyakit itu bukanlah sesuatu yang serius,
Kementerian Kesihatan merancang untuk memasukkan ujian saringan Skoliosis dalam
garis panduan perkhidmatan kesihatan sekolah bagi membolehkan ia dilaksana di seluruh
negara.

Rosnah berkata memandangkan punca penyakit itu tidak diketahui dan hanya dapat
dikesan apabila seseorang itu berusia 12 tahun, ujian saringan itu sesuai dikhususkan bagi
murid Tahun Enam.

"Untuk makluman, penyakit skoliosis juga terjadi bukan disebabkan postur tubuh yang
lemah atau memikul beban beg yang berlebihan ataupun kekurangan zat kalsium di
dalam tubuh," katanya.-- BERNAMA

4
3.0 Perbincangan dan Hujah

Dr. Ahmad Mahyuddin melalui artikelnya di The Malaysia Medical Gazette


dengan tajuk Skoliosis: Apabila Tulang Belakang Membengkok keluaran 2013,
membahagikan jenis-jenis skoliosis iaitu skoliosis yang Idiopathic, Congenital,
Neuromuskular, Tumor, Jangkitan, disebabkan gangguan metabolic, disebabkan
gangguan Mesenchymal (Sel tisu badan), Trauma dan disebabkan oleh proses penuaan.
Menurutnya juga, Idiopathic Scoliosis adalah yang paling kerap dijumpai diikuti dengan
Degenerative Scoliosis dan Congenital Scoliosis. Manakala Idiopathic Scoliosis
dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan umur pesakit iaitu yang pertama;
Infantile Idiopathic Scoliosis bagi bayi baru lahir sehingga usia 3 tahun. Yang kedua;
Juvenile yang boleh dikesan pada usia 3 tahun hingga 10 tahun. Yang ketiga;
Adolescent yang boleh dikesan pada umur 10 tahun ke atas.

Mihaela Golumbeanu dan Alexandru Pop dalam jurnal perubatan mereka yang
bertajuk Study On Child and Adolescent Idiopathic Scoliosis, keluaran 2010,
menyatakan klasifikasi skoliosis boleh dibahagikan kepada dua iaitu Non-Structural
Scoliosis dan Structural Scoliosis. Menurut mereka, Non Structural Scoliosis adalah
skoliosis yang diakibatkan oleh bagaimana tulang belakang digunakan. Ini bermaksud ia
bukanlah disebabkan oleh kecacatan pada struktur tulang belakang, tetapi lebih kepada
sikap atau bagaimana seseorang itu berdiri, berjalan, bermain atau ketidakseimbangan
badan ketika menggunakannya. Sebagai contoh, seseorang yang pernah menjalani
amputasi pada bahagian tangan, akan terbiasa untuk berjalan dengan keadaan terangkat
sebelah. Ini mewujudkan ketidakseimbangan pada penggunaan struktur axial dan akan
menjadi habit kepada keadaan tulang belakang. Klasifikasi seperti ini adalah bersifat
sementara dan boleh diperbetulkan dengan kembalikan fungsi struktur badan pesakit.Bagi
klasifikasi kedua iaitu Structural Scoliosis, menurut mereka ia bermaksud skoliosis
yang diakibatkan oleh struktur tulang belakang atau saraf tunjang yang terlibat. Sama ada
struktur tulang yang tidak simetri atau pun gangguan pada pertumbuhan normal tisu-tisu
tulang belakang pesakit.

Jens Ivar Brox dari Jabatan Perubatan dan Pemulihan Fizikal, Hospital Universiti
Oslo, Norway dalam tulisannya yag bertajuk Idiopathic Scoliosis (2014), dalam

5
penyaringan awal kes skoliosis pelajar sekolah, kaedah Ujian Lentur ke Hadapan boleh
mengesan tanda awal kes ini. Menurutnya lagi, bacaan scoliometer yang melebihi nilai
>7 adalah disarankan untuk menjalani pemeriksaan X-ray. Bagi mereka yang
mempunyai lengkungan >20 pula disarankan terus menjalani pemeriksaan bersama
pakar.

Bagi tanda dan gejala, pada kebanyakan kes, pada mulanya pesakit tidak akan
merasakan adanya keabnormalan, tetapi pada keadaan yag teruk, pesakit boleh merasakan
ketidakseimbangan posisi thoraks, scapula yang menonjol pada satu sisi, posisi bahu yang
tidak horizontal, pinggul yang tidak simetri dan adakalanya merasakan sengal-sengal
pada kawasan pinggul (Liklukaningsih, 2009)

Bagi tujuan rawatan, maklumat dari National Institute of Arthritis and


Musculoskeletal and Skin Disease,(NIAMS), Amerika Syarikat (July, 2008)
merumuskan, bahawa terdapat tiga kaedah rawatan yang biasa digunapakai iaitu kaedah
Observation (Pemerhatian), kaedah Bracing (Pendakap) dan juga kaedah Surgery
(Pembedahan). Bagi kaedah pemerhatian, doktor akan memantau dan mengikuti
perkembangan pesakit melalui pemeriksaan setiap 4-6 bulan dan juga bagi kes yang
dibawah bacaan <25. Manakala, kaedah pendakap adalah saranan doktor untuk

6
mengurangkan kesan keterukan pembengkokan tulang belakang bagi kes antara 25
hingga 30. Kaedah pedakap yang konservatif seperti pemasangan Body Cast ataupun
penggunaan Jaket dan Bracer yang lebih moden. Bagi kaedah pembedahan adalah bagi
kes yang mempunyai pembengkokan lebih 45 di mana pakar bedah ortopedik akan
membuat pembedahan pembetulan tulang belakang.

7
Bagi Walter P.SAmora, MD dan Allen C. Beebe, MD mereka menemukan kaedah
terbaru bagi membetulkan/meluruskan tulang spine dengan menambahbaik kaedah
Verticle Expandable Prosthetic Titanium Rib (VEPTR) dengan Magnetic Expansion
Control (MAGEC) pada tahun 2014. Menurut mereka, kaedah VEPTR sudah sinonim
dengan tujuan untuk meluruskan tulang belakang di mana dua (2) rod akan dipasang dan
akan dilaraskan secara manual dan memerlukan banyak pembedahan, berdanding
MAGEC yang hanya perlu menggunakan alat kawalan jauh dan sekali pembedahan untuk
melaraskan pemanjangan rod apabila diperlukan. Kajian kes mereka menunjukkan
mereka berjaya meluruskan tulang belakang pesakit kanak-kanak dalam masa 3 tahun
tanpa atau dengan sedikit kesakitan.

Dengan hanya VETPR Dengan pemasangan MAGEC


.

8
4.0 Rumusan

Berdasarkan hasil kajian dan perbincangan yang telah dilakukan keatas pesakit
skoliosis. Pesakit perlu pergi kepada pakar Ortopedik yang telah dirujuk dari pegawai
perubatan bertugas seperti tarikh yang telah diarahkan. Pendedahan dan pendidikan
kepada pesakit adalah penting bagi memastikan tahap pesakit ini tidak menjadi teruk dan
dapat dibantu awal terutama bagi pesakit dari kalangan kanak-kanak.

Skoliosis masih tidak diketahui punca penyebabnya yang sebenar tapi terdapat
beberapa andaian yang menjadi penyumbang pada penyakit ini. Antaranya adalah, postur
tulang belakang yang lemah, beg sekolah yang berat, penggunaan bahagian badan yang
tidak seimbang, kekurangan kalsium dan sebagainya.

Oleh itu sebagai warga dan ahli staf kesihatan kita perlu memberi pendidikan
kesihatan kepada masyarakat terutamanya golongan remaja tentang implikasi dan
komplikasi penyakit ini pada usia dewasa mereka.

Pemeriksaan berkala mengikut tarikh temu janji oleh Pakar Ortopedik sangat
penting bagi pesakit skoliosis dan mencegah daripada penyakit ini menjadi semakin
teruk. Pesakit juga perlu tahu kaedah rawatan dan pilihan yang terbaik dan sesuai dengan
diri mereka.

Kesimpulannya, Klinik Pakar Ortopedik memainkan peranan dalam memberikan


makluman, pendidikan, saringan serta cadangan rawatan yang teliti kepada pesakit-
pesakit skoliosis terutama pada mereka yang dapat dikesan awal bagi mengelakkan
keterukan mendatang.

9
5.0 Rujukan
5.1 Dr. Ahmad Mahyuddin, Skoliosis: Apabila Tulang Belakang Membengkok, The
Malaysian Medical Gazette, 4 Oktober 2013.

5.2 Jens Ivar Brox, Idiopathic Scoliosis, Department of Physical Medicine and
Rehabilitation, Oslo University Hospital, Norway, EMJ Rheumatol.2014;1:48-55

5.3 Questions and Answers about Scoliosis in Children and Adolescents, National
Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases (NIAMS), July 2008.

5.4 Mihaela GOLUMBEANU and Alexandru POP, Study On Child And Adolescent
Idiopathic Scoliosis, Western University Arad, Romania, Vol. Xiii, Issue 2, 2010,
pp.59-67.

5.5 J.I.P James, Professor of Orthopedic Surgery, University of Edinburgh, Scotland,


The Etiology Of Scoliosis, vol. 52B, no.3, August 1970.

5.6 Dilay Acil (MSN) and Sultan Ayaz (PhD), Screening of Visually Impaired
Children for Health Problems, Asian Nursing Research 9 (2015) 285-290

5.7 Afrian Faturrahman NIM. J100 100 018, Penatalaksanaan Fisioterapi Pada
Scoliosis Vetebra Thoracal 7-Lumbal 1 Di RSAL DR. Ramelan, 2013.

10

Anda mungkin juga menyukai