Anda di halaman 1dari 4

SJKT LADANG VALLAMBROSA

JALAN KAPAR,42200 KAPAR

KERTAS KERJA

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PEMBELAJARAN PERSEKITARAN


PEMBELAJARAN MAYA/ VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT(VLE)

TARIKH:

21 JANUARI 2017

TEMPAT

BILIK KOMPUTER SJKT LADANG VALLAMBROSA

ANJURAN:

PANITIA ICT/VLE FROG

PENGENALAN

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek
ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet
berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan
jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian
pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah
platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara
murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan
berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif
kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang
dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua
sekolah seluruh Malaysia.

RASIONAL
Program VLE Frog adalah merupakan penyelesaian bersepadu yang
memberikan fungsi pengajaran dan pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran
yang dapat dilakukan melalui Persekitaran pembelajaran Maya yang
berasaskan cloud. Program ini diharap dapat memberi pendedahan kepada
semua guru tentang kepentingan FROG VLE dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, memudahkan kerja-kerja pengurusan serta menggunakan
aplikasi tertentu dalam penggunaan perkhidmatan yang disediakan di
sekolah.
.

OBJEKTIF

1.1 Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai apa itu


1Bestarinet VLE Frog.
1.2 Menyediakan warga sekolah untuk menghadapi konsep maya dalam
pendidikan konvensional.
1.3 Mengalak warga sekolah bersikap positif terhadap perubahan.
1.4 Membantu KPM dalam merealisasikan visi 1Bestarinet

KOMPONEN KURSUS
Latihan ini akan dijalankan melalui pendekatan berikut:
1. Sesi soal jawab
2. Ceramah
3. Perbengkelan
4. Amali
5. Tunjuk ajar

METODOLOGI
Bengkel ini dijalankan dalam bentuk:
1. Kuliah/syarahan
2. Bengkel
2
3. Perbincangan

SASARAN
Semua Warga Sekolah SJKT Ladang Vallambrosa

PENCERAMAH DAN PEMUDAH CARA:


1. En Senathipathi( Guru Penyelaras Frog VLE)

URUSETIA:
1. Pn P.Supulachimy (Penyelaras ICT/VLE)

PELAKSANAAN:
Kursus ini akan dijalankan seperti butiran berikut:

Tarikh : 21 Januari 2017


Tempat : Bilik Komputer
Masa : 8.30pg- 12.30 tgh hari

JADUAL BENGKEL

Bil. Masa Aktiviti dan Deskripsi Tindakan


1. 8.30-8.45 Peserta mengambil tempat dan mengisi senarai Semua guru
kehadiran
2. 8.45- Pengenalan Yes Altitude (Smart Phone) En Senathipathi
10.00. Cara Pengunaanya

3. 10.00-10.30 Rehat

4. 10.30- Pengenalan kepada Personal Site En.Senathipathi


12.00 Pembinaan Personal Site
Penerangan kepada teknik berkongsi Site
Penerangan kepada teknik memberikan
tugasan dan menyemak tugas murid
5. 12.15 Pemberian Sijil dan cenderahati Ladap tamat Semua guru

HASILAN BENGKEL
Peserta- peserta bengkel akan dapat:
1. Pengetahuan mengenai Frog VLE dan penggunaannya dalam PdP
2. Menghasilkan personal site dan berkongsi site
3. Memberikan tugasan kepada murid dan menyemak tugasan murid

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Anggaran Perbelanjaan Kos


1. Makan dan minum peserta
(40 orang x RM 3.00) RM 120.00
2. Cenderahati Penceramah RM 300.00
JUMLAH RM 420.00

PENUTUP
3
Adalah diharapkan dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat SJKT Ladang
Vallambrosaa adalah diharapkan agar program ini dapat membantu guru-guru dalam
membantu KPM dalam merealisasikan pendidikan bersepadu bertaraf dunia dengan
mengubah platform pendidikan di Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

..
(Pn.P.Supulachimy)
Ketua Panitia ICT/VLE-Frog

Anda mungkin juga menyukai