Anda di halaman 1dari 2

MD AMIRUL BIN SALIOH (DB140146)

PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN (SEKSYEN


3)

1. Perbezaan diantara penilaian, pengujian dan pengukuran?

Pengujian didefinisikan sebagai satu alat untuk mengukur perubahan tingkah laku
seseorang atau sesuatu. Selain itu, pengujian turut didefinisikan sebagai satu proses
mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang
penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus atau pun tugasan. Pengukuran pula boleh diertikan
sebagai satu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepad akewujudan sesuatu ciri
dan atribut. Penilaian pula didefinisikan sebagai suatu proses membuat keputusan yang
sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentaksiran maklumat yang berguna
bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
Pengujian dijalankan bertujuan mengesan kelemahan pelajar dalam sesuatu topik. Tujuan
pengukuran pula dilaksanakan untuk menempatkan pelajar berdasarkan keputusan
peperiksaan yang telah dijalankan melalui pengujian. Pengukuran juga bertujuan untuk
memberi penghargaan seperti sijil. Penilaian juga dilaksanakan untuk membantu guru
merancang sesi pengajaran pada masa akan datang dan merancang program-program yang
bakal dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

2. Apakah kepentingan pentaksiran, penilaian dalam kelas dan juga kursus?

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut
sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang
dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Seterusnya, Untuk menolong guru-guru
mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari
perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh
manakah pengajarannya itu berhasil. Selain itu, Untuk membandingkan tingkat pencapaian
pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat
kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk
kerja-kerja pemulihan dan sebagainya. Begitu juga, untuk menentukan pelajar yang tinggi
keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk
kerja-kerja pemulihan dan pengayaan. Seterusnya, Untuk membuat jangkaan terhadap potensi
atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah
jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka
ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sastera dan
teknikal. Selanjutnya, untuk guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.