Anda di halaman 1dari 8

BAB 7: WARNA

PENGENALAN:

1. Warna merupakan tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan


atau objek.

2. Warna amat penting bagi melahirkan karya seni yang menarik.

3. Kekuatan cahaya mempengaruhi terang atau gelapnya sesuatu


warna.

JENIS-JENIS WARNA:

1. Warna asas - warna utama

merah biru kuning

Warna Asas

2. Warna sekunder campuran dua warna asas

+ = + =

merah kuning jingga biru merah ungu


.

+ =

kuning biru hijau

Warna Sekunder
3. Warna Tertier campuran warna asas dengan warna sekunder

+ = + =

biru hijau Hijau merah jingga Jingga


kebiruan kemerahan

+ = + =

kuning jingga Jingga biru ungu Ungu


kekuningan kebiruan

+ = + =

mera ungu Ungu kunin hijau Hijau


h kemerahan g kekuningan

Warna tertier
4. Warna neutral warna hitam atau putih atau campuran kedua-
duanya.

NILAI WARNA:

A. Ton Warna / warna sewarna:

1. Ton warna ialah nilai terang atau gelap sesuatu warna tertentu.

2. Ton warna dihasilkan dengan mencampurkan sesuatu warna dengan


warna hitam atau putih.
3. Ton warna semakin gelap terhasil dengan mencampurkan warna
hitam

4. Ton warna semakin cerah terhasil dengan mencampurkan warna


putih

+
B. Kroma Warna:

1. Kroma warna merupakan nilai ukuran kuasa sesuatu warna.

2. Kroma warna terhasil melalui campuran warna-warna penggenap


( warna yang bertentang dalam roda warna ) dengan nisbah
tertentu.

C. Warna Harmoni:

1. Merupakan gubahan yang menggunakan warna-warna yang


bersebelahan dalam roda warna.
D. Warna Penggenap:

1. Merupakan gubahan warna yang menggunakan warna yang


bertentangan dalam roda warna atau dikenali sebagai warna yang
bertentangan @ kontras.

E. Suhu Warna:

1. Suhu warna merujuk kepada kesan pancaran cahaya panas atau


cahaya sejuk.

2. Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan.

3. Suhu warna merupakan satu perasaan atau tindakan kita terhadap


warna.

4. Terdapat 2 jenis suhu warna iaitu:

a. Warna panas

Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya


yang tinggi
Memberi kesan terang, garang, panas atau kurang selesa
seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari.

Warna-warna panas iaitu merah, kuning dan jingga.

Warna panas mempunyai nilai kehebatan tinggi.

b. Warna sejuk

Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya


yang rendah, redup, selesa dan tenang mata memandang.

Warna sejuk memiliki nilai kehebatan rendah.

Warna-warana sejuk iaitu hijau, biru dan ungu.

F. Warna Bertindak:

1. Merupakan warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza


apabila bertemu dengan warna latar belakang yang lain.
2. Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang berkontra
warna melahirkan warna bertindak yang aktif.

3. Manakala pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang


yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.

AKTIVITI SENI

BAB 6: WARNA

Aktiviti 1 : Ton warna asas


Aktiviti 2 : Ton Warna / Warna Sewarna