Anda di halaman 1dari 13

RAMBUT BRO MCM NI KER ?

DAH LAMA CARI CARA LEBATKAN SEMULA TAPI TAK MENJADI?


.
Kalau bro LELAKI berumur dari 25 ke atas yang nak rawat masalah rambut macam
ni (kalau TAK ADA RAMBUT LANGSUNG pun boleh) boleh whatsapp kami.
Jangan risau, tak mahal pun.
Harga tonik ni sebotol hanya RM99, tapi kalau bro order cepat kami akan kasi 2
botol RM150 sahaja, JIMAT RM48
..
===================
KESAN PALING KETARA
===================
Rambut gugur mula berkurang seawal 14.h.a.r.i.
Rasa segar pada bahagian kulit kepala
Menyuburkan rambut
Akar rambut semakin kuat
Merangsang penumbuhan rambut dengan cepat
Rambut beruban semakin kurang
Anak-anak rambut mulai tumbuh
.
.
.
Jom kunjungi stokis cabelo di KOTA BHARU @whatappas SHUK sekarang untuk
dapatkan info lanjut CABELO HAIR TONIC ni.
.
( ) Whatsapp "CABELO" ke +6019 946 7137 - SHUK
( ) Whatsapp "CABELO" ke +6019 946 7137 - SHUK
( ) Whatsapp "CABELO" ke +6019 946 7137 SHUK

5 Petua Rambut Gugur Yang Boleh


Menyelamatkan Penampilan Anda
Tidak kiralah anda lelaki mahupun perempuan, anda satu hari nanti akan merasakan rambut anda
akan berkurangan dan akan gugur (hair loss). Perkara ini berlaku kerana beberapa sebab,
mungkin anda sudah tua ataupun tidak mendapat nutrisi yang secukupnya.

Selain itu, faktor seperti menopause, mengandung, genetik, dan berpenyakit juga boleh

Terdapat beberapa cara komersial untuk mengembalikan rambut anda, ini adalah seperti
penggunaan Tonik Cabelo ataupun anda boleh melakukan pembedahan kulit kepala.

Namun, cara yang paling berkesan dan paling murah adalah dengan mencegahnya daripada
berlaku, secara tradisi dan semula jadi.

Terdapat banyak cara untuk mencepatkan rambut anda tumbuh semula, dengan sihat tanpa
melibatkan penggunaan bahan kimia secara langsung.

Dalam artikel petua rambut gugur ini, anda akan didedahkan dengan:

Kaedah #1: Pengambilan Makanan Tambahan

Kaedah #2: Rawatan Topikal

Kaedah #3: Ubah Gaya Hidup

Kaedah #4: Elak Daripada Merosakkan Rambut

Kaedah #5: Amalkan Penjagaan Rambut Yang Betul

Tips Tambahan

Amaran

Produk Cadangan

Kesimpulan

\
Kaedah #1: Ambil Makanan Tambahan

Sila ambil makanan tambahan ataupun supplement vitamin untuk menghalang rambut anda
daripada gugur.

Selain memberikan kebaikan kepada sistem dalaman badan, pengambilan supplement yang
mencukupi juga menunjukkan hasil yang memberansangkan kepada kesihatan rambut.

Pastikan anda mengambil beberapa vitamin yang dicadangkan di bawah ini:

Vitamin A:

Vitamin A merupakan satu anti-oksida yang membantu pembentukan sebum pada permukaan
kulit kepala. Ubi kentang mempunyai banyak kandungan beta karotene yang mana tinggi
kandungan vitamin A. Ia bukan sahaja membantu kulit kepala, malah membantu kesihatan
rambut secara tidak langsung.

Omega-3:

Ambil omega-3, salah satu sumbernya adalah ikan, kuning telur, telur ikan dan susu.

Vitamin E:
Vitamin ini boleh membantu peredaran darah, dan perkara ini boleh membantu mengekalkan
folikel rambut pada kulit kepala kekal sihat dan produktif.

Vitamin B:

Vitamin B boleh membantu badan anda menghasilkan melanin, iaitu satu bahan yang
memberikan rambut warnanya. Selainitu, melanin juga boleh membantu peredaran darah.

Kaedah #2: Rawatan Topikal

Kaedah rawatan topikal merujuk kepada kaedah rawatan sapuan pada permukaan kulit.
Memandangkan masalah keguguran rambut ini sangat berkait rapat dengan kulit, maka kaedah
rawatan ini sangat berkesan merawat rambut gugur. Di sini kamu senaraikan 4 cara yang anda
boleh guna:

1. Gunakan minyak pati dan urut kulit kepala

Urutan pada kulit kepala boleh membantu peredaran darah, dan mengekalkan folikel rambut
dalam keadaan aktif dan sihat. Untuk menjadikan urutan anda lebih efektif, letakkan beberapa
titik minyak ke atas kulit kepala anda.

Anda boleh menggunakan minyak bayi ataupun minyak zaitun untuk tujuan tersebut.

2. Gunakan Minyak Telur (eyova)


Minyak telur boleh digunakan untuk mengembalikan kesihatan rambut dan mengelakkan
masalah rambut gugur. Berikut adalah cara-caranya:

1. Urut kulit kepala dengan minyak telur dan biarkan semalaman.

2. Syampu rambut dengan sepenuhnya pada keesokan harinya.

3. Gunakan minyak telur sebanyak 2-3 kali seminggu, selama 12 minggu untuk
mendapatkan hasil yang memuaskan.

4. Penggunaan yang secara berterusan boleh mencegah daripada berlakunya masalah


keguguran rambut.

3. Mengembailkan Kelembapan Kulit Kepala

Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan minyak panas. Anda digalakkan untuk
menggunakan minyak zaitun untuk tujuan ini. Cara-caranya adalah:

1. Panaskan minyak tersebut, namun jangan terlalu panas.

2. Biarkan ia suam sedikit dan sapukannya pada kulit kepala.

3. Anda boleh pakai shower cap, sekiranya ada. Namun jika tiada, biarkannya seperti biasa.

4. Biarkannya selama sejam, kemudian bilas dengan air ataupun syampu.

4. Teh Hijau

Anda boleh menggunakan teh hijau untuk kulit kepala anda. Teh tersebut mengandungi anti-
oksida yang mana boleh mengatasi masalah keguguran dan membantu pertumbuhan rambut.

Cara-caranya mudah sahaja, ikuti langkah berikut:

1. Renehkan 2 beg teh hijau ke dalam satu cawan. Biarkan teh tersebut menjadi sejuk, dan
kemudian sapukannya pada permukaan kulit kepala.

2. Biarkan teh tersebut selama 1 jam.

3. Bilas dengan air sepenuhnya.

Kaedah #3: Ubah Gaya Hidup


Selain itu, gaya hidup yang betul memainkan peranan kepada kesihatan dan kekuatan rambut.
Pastikan anda mengikuti beberapa cadangan yang dinyatakan di bawah:

1. Makan Makanan Kaya Protein

Anda dinasihatkan agar makan makanan yang kaya dengan kadar protein. Antara sumber
makanan yang anda boleh makan adalah daging, ikan, soya dan lain-lain. Selain itu, makanan
yang disebut tadi juga mengandungi kadar vitamin B12 yang tinggi.

Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak daripada berlakunya masalah rambut
gugur adalah dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Oleh itu, anda perlu
memperbanyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dapatkan zat besi yang secukupnya setiap hari. Zat besi merupakan mineral yang boleh
mengekalkan kesihatan folikel (secara tidak langsung).

Pada masa yang sama, anda perlu pandai mengelak daripada memakan makanan yang boleh
memudaratkan kulit kepala mahupun rambut. Antara makanan yang ada potensi untuk
menyebabkan masalah keguguran rambut adalah pemanis tiruan dan aspartame, yang mana ada
menunjukkan rekod menipiskan rambut.

2. Penjagaan Rambut Yang Betul

Menjaga rambut dengan betul memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
keguguran. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberus rambut ketika basah, elakkan
menggosok rambut kering dengan tuala.
Sebaliknya, anda perlu membiarkannya kering dengan sendiri.

3. Kurangkan Tekanan Diri (Stress)

Salah satu faktor berlakunya masalah keguguran rambut adalah pada emosi seseorang itu. Orang
yang kerap stress ataupun mempunyai tekanan diri, lebih cenderung untuk mengalami masalah
keguguran.

Oleh itu, anda perlu pandai untuk mengatasi masalah ini sebelum anda menjadi botak
sepanjang hayat. Anda boleh mencuba beberapa cadangan di bawah ini:

Senaman: Berjalan bersiar-siar, jogging, ataupun bersukan selama 30 hingga 60 minit sudah
memadai untuk menghilangkan fikiran anda dari masalah yang menyebabkan tekanan tersebut.

Bercakap atau berinteraksi dengan seseorang: Anda boleh melegakan tekanan diri sekiranya anda
berkongsikan masalah tersebut dengan orang yang terdekat, seperti ahli keluarga ataupun
suami/isteri.

4. Elakkan Pemakaian Rambut Palsu

Ia mungkin merupakan satu cara penyelesaian kosmetik. Namun, ia juga boleh mempercepatkan
proses keguguran rambut secara anda tidak sedar.

Kaedah #4: Elak Daripada Merosakkan Rambut

Selain menjaga kesihatan kulit kepala, anda juga perlu mengelakkan daripada merosakkannya.
Berikut adalah beberapa cadangan cara untuk mengelakkan anda merosakkan rambut.
1. Hadkan Penggunaan Pengering Rambut

Hal ini kerana haba yang berlebihan boleh melemahkan protein rambut. Penggunaan yang
kerap boleh menyebabkan kekuatan rambut berkurangan dan secara tidak langsung boleh
membawa kepada keguguran.

Selain itu, alat-alat yang berunsurkan haba juga ada potensi untuk memberikan kesan yang
sama, seperti contoh hot curlers, hot brushes dan alat penglurus rambut.

Anda sebaik-baiknya membiarkan rambut anda kering dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.

2. Elakkan Penggunaan Dye Rambut

Dye rambut ataupun mewarnakan rambut mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada
kulit kepala dan rambut pada jangka masa yang lama. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk
mewarnakan rambut anda.

Namun, sekiranya anda sudah mewarnakan rambut dan ingin menghilangkannya, anda sebaik-
baiknya menggunakan syampu yang berkualiti dan disusuli dengan conditioner.

Dan sekiranya rambut anda mula beruban, anda sebaik-baiknya membiarkannya dengan warna
uban tersebut tanpa menggunakan sebarang bahan pewarna rambut.

3. Jangan Terlalu Kasar Dengan Rambut

Sesetengah gaya rambut memerlukan ikatan yang kuat dan sesetengah perlu rambut ditarik
dengan tegang. Gaya rambut seperti itu sangat tidak digalakkan dan anda perlu berubah style
rambut anda untuk mengelak daripada masalah keguguran.

Kaedah #5: Amalkan Penjagaan Rambut Yang Betul


Setelah anda mengetahui cara mengatasi rambut gugur, adalah baik sekiranya anda
mengamalkan cara menjaga rambut dan kulit kepala dengan betul selepas ini. Berikut adalah
beberapa yang anda sepatutnya amalkan:

1. Kerapkan Menggunakan Syampu Yang Sesuai

Menjaga kebersihan dan kesihatan kulit kepala boleh mengelakkan daripada masalah keguguran
rambut. Hal ini kerana ia boleh menghilangkan kelemumur dan bakteria yang ada kemungkinan
menyebabkan kulit kepala tidak sihat dan tidak kuat.

Anda perlu pandai memilih syampu yang sesuai dengan keadaan kulit kepala anda dan sesuai
dengan jenis kulit. Setiap syampu tidak dihasilkan dengan tujuan yang sama, ada yang kearah
menghilangkan kelemumur, ada yang dihasilkan untuk mengekalkan warna rambut dan lain-lain.

Oleh itu, anda perlu memilih syampu yang dihasilkan untuk mengatasi masalah keguguran.
Syampu Bawang adalah salah satu jenama syampu untuk rambut gugur yang sering
digunakan oleh rakyat Malaysia.

2. Pandai Menilai Kandungan Syampu

Sesetengah bahan di dalam syampu boleh mengakibatkan masalah alahan dan membuatkan kulit
kepala anda semakin teruk. Oleh itu, anda perlu mengelak daripada menggunakan syampu yang
mengandungi bahan seperti sulfate dan/atau sulfonate.

Sebaliknya, pilihlah yang mengandungi Isethionate ataupun Glucoside. Ataupun, anda juga boleh
menggunakan syampu yang 100% diperbuat daripada bahan semula jadi.
3. Gunakan Sikat Yang Sesuai

Cara anda menyikat rambut memainkan peranan yang penting dalam menuntukan kondisi
rambut anda. Oleh itu, anda dinasihatkkan untuk menggunakan cara sikatan yang betul dan
tidaknya menghentak keromo sahaja.
Anda boleh memulakan sikatan anda dari bawah ke atas, dan jangan terlalu kasar. Elakkan
daripada menyikat rambut ketika ianya basah.

Tips Tambahan : Rawatan Rambut Gugur


1. Apabila anda menggunakan rawatan topikal (sila rujuk Kaedah #2 di atas), pastikan anda
tidak menggunakannya semasa berdekatan dengan pakaian dan perabut. Hal ini kerana ia
boleh meninggalkan bau yang tidak sedap untuk dibau.

2. Perlu dapatkan nasihat doktor. Ada kalanya masalah keguguran rambut adalah satu
simptom penyakit yang lain. Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut
seperti berikut, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dengan cepat:

rambut gugur dengan satu corak yang tertentu

rambut gugur dengan cepat pada awal 20-an

rambut gugur dengan teruk

berasa gatal pada permukaan kulit kepala

kulit kepala berwarna merah

sekiranya anda seorang perempuan dan mengalami masalah corak keguguran rambut
seperti lelaki dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu.

anda mengalami peningkatan berat badan, mengalami kepenatan dan lemah badan

3. Ketahui Rawatan untuk lelaki. Faktor genetik adalah salah satu faktor keguguran rambut.
Bagi lelaki, permulaan keguguran rambut bermula dengan pengurangan jumlah rambut pada
kepala sehingga membentuk huruf M.

Terdapat dua medikasi yang doktor boleh bagi anda:

Minoxidil (Rogaine): Satu larutan yang perlu disapu pada permukaan kulit kepala untuk
menguatkan folikel rambut

Finasteride (Propecia, Proscar) sejenis pil yang menghalang perbentukan hormon


testosterone yang boleh dikaitkan dengan masalah botak.
4. Ketahui rawatan untuk perempuan/wanita. Anggaran 1/3 wanita mengalami masalah
keguguran. Dan 2/3 daripada wanita yang mengalami menopause mengalami masalah penipisan
rambut.

Antara medikasi yang sering digunakan oleh wanita adalah:

Minoxidil (Rogaine) : disapu pada kulit kepala dan sedikit urutan

Supplement zat besi: diberikan kepada yang mempunyai latar belakang anemia ataupun
yang mengalami kadar pendarahan haid yang banyak.

5. Elakkan daripada terdedah dengan cahaya matahari secara berlebihan.

6. Elakkan styling gel rambut, kerana ia boleh merosakkan akar rambut.

7. Pengambilan antibiotik boleh menyumbangk kepada masalah botak, jadi elakkan daripada
mendapat penyakit dengan menjaga kesihatan badan.

8. Manusia biasanya akan gugur rambut dengan kadar yang sedikit setiap hari. Oleh itu, jangan
terlalu terkejut jika anda mengalami sedikit keguguran semasa tidur ataupun mandi.

9. Sekiranya anda mengandung, jangan terlalu bimbang dengan postpartum alopecia.


Keguguran rambut ketika mengandung adalah perkara normal kerana terdapat perubahan
hormon di dalam badan. Rambut yang gugur atas sebab mengandung biasanyan akan tumbuh
kembali dalam masa beberapa bulan selepas bersalin.

10. Anda boleh pilih untuk menerima rawatan seperti Yun Nam Hair Care untuk menumbuh
kembali akar rambut anda selepas keguguran.

Produk Cadangan Untuk Rambut Gugur Toppik

Sponsored Masalah Rambut gugur bukan lagi masalah ringan yang dihadapi oleh golongan
muda hari ini. Pemuda sekarang memang sibuk berkerja dari pagi sampai malam, overtime selalu
sememangnya stress. Tekanan hidup yang tinggi menyebabkan rambut gugur di kalangan
individu individu ini makin buruk dan meningkat.

Rambut gugur juga boleh disebabkan oleh faktor genetik keturunan. Jika ahli keluarga anda
mempunyai sejarah rambut gugur, ada kemungkinan anda juga akan menghadapi masalah
tersebut. Kini, hanya terdapat dua jenis ubat yang diiktiraf oleh sains yang dapat membantu
rambut gugur. Pertamanya ialah minoxidil (rogaine) dan finasteride (propecia). Walaupun
kedua dua ubat tersebut berkesan untuk sesetengah individu, tetapi mungkin terdapat kesan
sampingan. Misalnya propecia akan menyebabkan kemandulan di kalangan lelaki.
Rambut gugur mendatangkan pelbagai jenis masalah mental dan psikologi kepada seseorang,
misalnya rambut gugur akan menyebabkan seseorang kurang keyakinan diri. Tetapi semua ini
sudah menjadi sejarah dengan Toppik!

Global hair solution, syarikat eksklusif untuk produk Toppik Hair Building Fiber di Amerika
Syarikat telah membawa masuk Toppik Hair Building Fiber yang canggih ke Malaysia. Anda
boleh melayari ToppikMalaysia.com untuk maklumat lanjut.

Toppik Hair Building Fiber terdiri daripada 99% keratin protein daripada bulu biri biri,
sememangnya Halal dan keratin ini adalah secara sainsnya sama dengan rambut manusia yang
tulen.

Apabila anda taruh Toppik ke atas kepala, serat toppik akan campur dengan rambut anda yang
sedia ada melalui kuasa electro static dan menghasilkan rambut yang panjang, tebal dan bebas
daripada rambut gugur. Lihat bagaimana produk Toppik ini digunakan berhasil dalam video di
bawah:

Tidak perlu bersusah payah memakai rambut palsu, Toppik tidak dapat diperasan oleh sesiapa
pun walaupun dilihat secara dekat. Toppik nampak sangat natural dan macam rambut sebenar.

Untuk keterangan lebih lanjut bagaimana Toppik berfungsi

RAMBUT MARI DALAM 30 SAAT!

Itu adalah slogan untuk produk Toppik. Toppik berupaya menyelesaikan masalah rambut gugur
dalam masa beberapa saat sahaja. Petua ini sememangnya bijak untuk meningkatkan keyakinan
diri individu-individu yang menghadapi masalah rambut gugur.

Toppik senang dicuci dan ditanggalkan dengan menggunakan disyampu. Pada masa yang
sama, ia tidak akan melekat pada baju, anda boleh bersenam dengan Toppik dan ia tidak akan
jatuh atau menjadi cair seperti air mengalir. Toppik kukuh pada rambut anda sepanjang hari anda
menggunakannya.

Toppik datang dalam 3 saiz iaitu 12 gram, 27.5 gram dan 55 gram. Warna yang boleh dipilih
adalah hitam, dark brown dan medium brown. Size kecil kalau digunakan setiap hari boleh
tahan selama 1 bulan, sememangnya berbaloi!

Untuk sebarang pembelian, anda boleh layari ToppikMalaysia.com/Shop. Mereka melakukan


penghantaran ke seluruh negeri dan menerima banyak bentuk pembayaran.

Sila Like Facebook Page Toppik Malaysia di bawah untuk kekal up-to-date dengan sebarang
promosi produk.

Amaran!
Keguguran rambut sinonim dengan kadar kesihatan yang tidak memberansangkan, kadar nutrisi
yang kurang. Oleh itu, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda khuatiri dengan pemakanan diet
anda.

Kesimpulan
Secara ringkasnya, masalah rambut gugur ini adalah perkara yang biasa berlaku kepada lelaki
dan perempuan. Perkara ini boleh berlaku kepada orang yang kurang dari segi pengambilan
nutrisinya setiap hari dan juga boleh berpuncakan daripada ketikseimbangan hormon.

Terdapat banyak petua rambut gugur yang boleh diamalkan (semuanya sudah dinyatakan di
atas), oleh itu para pembaca bolehlah mengambil tindakan segera untuk memulihkan rambut
yang gugur tersebut.

Kami harap artikel ini membantu anda, dan sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan
ataupun cadangan petua sebagai tambahan kepada di atas, anda bolehlah berbuat demikian di
bahagian komen di bawah.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai