Anda di halaman 1dari 106

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PENGAJARAN
SAINS SUKAN
TINGKATAN EMPAT

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mac 2016
Diusahakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2016


@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara.
Muka Surat

Pendahuluan v
Maklumat Dalam Setiap Bidang iv

BIDANG 1 : PENGENALAN SAINS SUKAN DAN PENGURUSAN SUKAN 1

Unit 1 Pengenalan Sains Sukan 2

Unit 2 Dasar Sukan Negara 6

Unit 3 Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan 9

BIDANG 2 : FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM PERGERAKAN 15

Unit 1 Pengenalan Sistem Tubuh Manusia 16

Unit 2 Sokongan dan Pergerakan 22

Unit 3 Kawal Atur Sistem Tubuh Manusia 36

Unit 4 Fungsi Sistem Kardiorespiratori 45

Unit 5 Penghasilan Tenaga 53

Unit 6 Adaptasi Sistem Tubuh Manusia 57

BIDANG 3 : PENGENALAN SAINS PERGERAKAN 61

Unit 1 Satah dan Pergerakan Asas 62

Unit 2 Jenis-jenis Gerakan 67

Unit 3 Asas Kinematik Gerakan 70

Unit 4 Asas Kinetik Gerakan 74


Muka Surat

BIDANG 3 : PENGENALAN SAINS PERGERAKAN

Unit 5 Hukum Newton 77

Unit 6 Stabiliti 80

Unit 7 Asas Kemahiran Motor Manusia 84

Unit 8 Pembelajaran Kemahiran Motor 90

Bibliografi 93

Penghargaan 94
Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat ini merupakan usaha Unit
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
dan pelbagai pihak yang telah menyumbang kepakaran bagi menghasilkan buku ini.
Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat in membantu guru
menterjemah dan memperincikan kandungan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) Sains Sukan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan Tingkatan Empat ini mencakup


aktiviti PdP bagi Bidang Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan, Bidang
Fungsi Sistem Tubuh Dalam Pergerakan, dan Bidang Pengenalan Sains
Pergerakan.

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada


pencapaian standard pembelajaran berdasarkan kaedah pembelajaran abad ke-21.
Guru merangsang murid dalam proses PdP melalui aplikasi kemahiran
berkomunikasi, bekerjasama, menyelesaikan masalah, menganalisis,
mengkonsepsi, membuat refleksi, menginovasi, dan mencipta sesuatu yang
baharu. Aktiviti PdP juga memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan
murid, inkuiri, dan kerja projek. Murid juga dirangsang dengan kemahiran berfikir
secara kreatif dan inovatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta
menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Guru juga perlu menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam PdP

Buku panduan ini juga memberi idea kepada guru dalam mengendalikan
pentaksiran berasaskan sekolah. Aktiviti PdP murid boleh diukur berdasarkan
proses dan produk pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah
pengukuran bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam mempelajari sesuatu
bidang.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai


serta menambah baik aktiviti dalam buku panduan pengajaran ini mengikut
kesesuaian situasi, tempat, dan kebolehan murid. PdP yang terancang dapat
membina murid menjadi individu berkemahiran, berpengetahuan, dan mengamalkan
nilai murni.

Justeru, adalah diharapkan Buku Panduan Pengajaran Sains Sukan


Tingkatan Empat ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru secara maksimum dalam
proses PdP untuk mencapai matlamat dan objektif KSSM Sains Sukan.

v
MAKLUMAT DALAM SETIAP BIDANG

PENGENALAN SAINS
BIDANG 1
SUKAN DAN PENGURUSAN Tajuk dan
cadangan masa
setiap bidang.
1 PENGENALAN SAINS
HURAIAN UNIT Huraian unit
secara keseluruhan
Unit ini memerihalkan tentang perkembangan Sains Sukan dan etika yang hendak
dalam sukan. dicapai dalam
beberapa sesi p&p.
STANDARD KANDUNGAN
Standard
1.1 Pengenalan Sains Sukan, etika, dan semangat kesukanan. Kandungan dan
Standard
Pembelajaran
STANDARD PEMBELAJARAN dalam setiap
bidang.
1.1.1 Mentakrif Sains Sukan.
Kandungan dalam
SKOP PERNYATAAN setiap bidang
untuk aktiviti p&p.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN Kemahiran dan


pengetahuan yang
diperlukan dalam
PENGETAHUAN DIPERLUKAN setiap bidang.

Panduan kepada
PANDUAN HASIL KERJA MURID murid untuk
menghasilkan
PRODUK MURID sesuatu produk.

Kriteria dan
KRITERIA PENTAKSIRAN instrumen
pentaksiran yang
terdapat dalam
INSTRUMEN PENTAKSIRAN setiap bidang.

iv
BIDANG 1: PENGENALAN SAINS SUKAN
DAN PENGURUSAN SUKAN

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 1


PENGENALAN SAINS SUKAN DAN
BIDANG 1 PENGURUSAN SUKAN

1
PENGENALAN SAINS SUKAN

HURAIAN UNIT

Unit ini memerihalkan tentang perkembangan Sains Sukan dan etika dalam sukan.

STANDARD KANDUNGAN

1.1 Pengenalan Sains Sukan, etika, dan semangat kesukanan.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.1 Mentakrif Sains Sukan.


1.1.2 Menyenaraikan bidang-bidang utama dalam Sains Sukan.
1.1.3 Menjelaskan kepentingan Sains Sukan dari aspek prestasi sukan, kesihatan,
pencegahan kecederaan, ekonomi, industri sukan, dan kerjaya.
1.1.4 Membincangkan isu berkaitan etika kesukanan sebagai atlet, pegawai, dan
penonton sukan berdasarkan pertandingan sukan semasa.

1.1.5 Menerangkan perbezaan antara semangat kesukanan dengan semangat


mementingkan kemenangan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 2


SKOP PERNYATAAN

1. Definisi Sains Sukan


Sains Sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia
terhadap aktiviti fizikal. Mempelajari Sains Sukan membantu memahami tindak
balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam
badan semasa melakukan sesuatu aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, Sains Sukan
adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan dengan
penggunaan prinsip-prinsip saintifik dan teknik dengan matlamat untuk
meningkatkan prestasi sukan.

2. Bidang utama dalam Sains Sukan


Merangkumi biomekanik sukan, lakuan motor, anatomi dan fisiologi, fisiologi senam,
pemakanan sukan, perubatan sukan, pengurusan sukan, sosiologi sukan,
kejuruteraan sukan, dan psikologi sukan.

3. Kepentingan Sains Sukan

i. Prestasi Sukan
Pengetahuan Sains Sukan membantu jurulatih dan pegawai sukan
melaksanakan program latihan kepada atlit.

ii. Kesihatan
Membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan secara
menyeluruh.

iii. Pencegahan kecederaan


Pencegahan dan rawatan kecederaan membantu menangani masalah
kecederaan dan mengurangkan risiko semasa melakukan senaman atau
aktiviti fizikal.

iv. Ekonomi
Penganjuran sukan dapat menjana pendapatan negara dan juga
menarik kemasukan pelancong sukan ke dalam negara.

v. Industri Sukan
Rekaan dan ciptaan hasil dari penyelidikan saintis sukan membantu
menghasilkan alatan sukan yang lebih kompetitif dan dihasilkan secara
komersil sekaligus menjana pendapatan negara.

vi. Kerjaya
Peluang-peluang pekerjaan dalam bidang Sains Sukan bergantung dengan
kemajuan bidang sukan. Semakin maju bidang sukan, semakin banyak
peluang pekerjaan dalam bidang sukan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 3


SKOP PERNYATAAN
4. Etika kesukanan
Panduan tingkah laku dan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh atlet,
pegawai, dan penonton ketika bersukan.

Contoh etika atlet


Mempunyai disiplin diri yang tinggi, tahu peranan, tanggungjawab sebagai atlet dan
mematuhi arahan ketua atau jurulatih.

Contoh etika pegawai


Mempunyai komitmen dan disiplin diri yang tinggi dan mempunyai rekod yang baik
sepanjang penglibatan dalam sukan.

Contoh etika penonton


Bijak mengawal emosi, berdisiplin, dan menerima semua keputusan pengadil
dengan sikap terbuka.

5. Semangat kesukanan (Sportsmanship)


Melibatkan permainan yang bersih, menghormati pemain pasukan lawan, dan
menghormati keputusan pertandingan dalam sukan.

Semangat mementingkan kemenangan (Gamesmanship)


Menggunakan pelbagai cara yang tidak melanggar peraturan untuk mencapai
kemenangan dan mengabaikan etika kesukanan.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menggunakan TMK untuk mencari definisi Sains Sukan.

2. Menyenaraikan bidang-bidang utama dalam Sains Sukan.

3. Membincangkan dan membentangkan kepentingan Sains Sukan dalam prestasi


sukan, pencegahan kecederaan, ekonomi, industri sukan dan kerjaya setelah
memperolehi maklumat dari laman web.

4. Membincangkan tentang etika kesukanan sebagai atlet, pegawai dan penonton


sukan dengan memberi nilai-nilai positif sukan.

5. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat tentang semangat kesukanan


dan semangat mementingkan kemenangan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 4


PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Mentakrif Sains Sukan.


2. Bidang-bidang utama dalam Sains Sukan.
3. Kepentingan Sains Sukan dari aspek prestasi sukan, kesihatan, pencegahan
kecederaan sukan , ekonomi, industri sukan, dan kerjaya.
4. Etika kesukanan.
5. Semangat kesukanan (sportsmanship) dan semangat mementingkan kemenangan
(gamesmanship).

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Senarai laman web carian takrif Sains Sukan, kepentingan Sains Sukan, semangat
kesukanan, dan semangat mementingkan kemenangan.
2. Menjawab soalan dalam lembaran kerja.
3. Senarai semak perbincangan dalam kumpulan.

PRODUK MURID
1. Jawapan dalam lembaran kerja.
2. Bahan pembentangan kepentingan Sains Sukan dan isu etika dalam sukan.
3. Nota tentang tajuk yang dibincangkan.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Ketepatan mentakrif Sains Sukan, menyenarai bidang-bidang utama dalam Sains


Sukan dan menerangkan maksud semangat kesukanan dan mementingkan
kemenangan.
2. Kerjasama dalam kumpulan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Lembaran kerja.
2. Borang rubrik pembentangan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 5


PENGENALAN SAINS SUKAN DAN
BIDANG 1 PENGURUSAN SUKAN

2 DA S A R S U K A N N E G A R A

HURAIAN UNIT
Unit ini memerihalkan Dasar Sukan Negara yang merangkumi Sukan Untuk Semua dan
Sukan Prestasi Tinggi.

STANDARD KANDUNGAN

1.2 Pengenalan Dasar Sukan Negara.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.2.1 Menerangkan perbezaan antara Sukan untuk Semua dengan Sukan Prestasi Tinggi
dalam Dasar Sukan Negara.

1.2.2 Membincangkan kesan pelaksanaan Dasar Sukan Negara.

SKOP PERNYATAAN

1. Dasar Sukan Negara digubal pada 20 Januari 1988. Pada tahun 2009,
Kementerian Belia dan Sukan telah membuat semakan dan menambahbaik
Dasar Sukan Negara.

Sukan Untuk Semua


Semua kegiatan fizikal yang merangkumi segala aktiviti sukan, permainan
tradisional, rekreasi, dan kecergasan yang berlaku secara spontan atau terurus
dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas dalam kalangan
masyarakat umum.

Sukan Prestasi Tinggi


Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat
Persekutuan Sukan Antarabangsa, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Majlis
Paralimpik Antarabangsa, dan Persekutuan Sukan Kebangsaan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 6


SKOP PERNYATAAN

2. Rasional Dasar Sukan Negara di peringkat individu, masyarakat, dan antarabangsa.

2.1 Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada:


a. Pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing;
b. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah;
c. Pengukuhan interaksi social; dan
d. Penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.

2.2 Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada:


a. Peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum;
b. Peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti; dan
c. Peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan.

2.3 Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada:


a. Pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa;
b. Peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
c. Peningkatan kecemerlangan dan imej negara.

3. Objektif Dasar Sukan Negara.

a. Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan


masyarakat;
b. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan
budaya sukan di kalangan masyarakat;
c. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat
bagi membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu;
d. Menyediakan peluang, insentif, dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi
individu melalui sukan;
e. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat;
f. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus
yang profesional;
g. Membangunkan sukan sebagai satu industri; dan
h. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan
semangat kesukanan yang tulen.

Rujukan: Dasar Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan (Semakan 2009).

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 7


KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menerangkan Dasar Sukan Negara.


2. Membezakan Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
3. Memberikan contoh aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Dasar Sukan Negara.


2. Contoh-contoh aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Berkomunikasi secara lisan.


2. Senarai contoh aktiviti Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.
3. Catatan perbezaan antara Sukan Untuk Semua dengan Sukan Prestasi Tinggi.

HASIL PRODUK MURID


1. Lembaran Kerja atau nota atau penulisan tentang Dasar Sukan Negara.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkebolehan menyatakan perbezaan antara Sukan Untuk Semua dengan


Sukan Prestasi Tinggi.
2. Menyenaraikan contoh aktiviti sukan.
3. Mempamerkan kerjasama dalam kumpulan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Senarai semak komunikasi lisan.
2. Lembaran kerja.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 8


PENGENALAN SAINS SUKAN DAN
BIDANG 1 PENGURUSAN SUKAN

P E N G U R U S A N DA N
3 PENGELOLAAN
P E R TA N D I N G A N S U K A N

HURAIAN UNIT
Unit ini merangkumi pengetahuan pengurusan sukan daripada aspek perancangan
sebelum, semasa, selepas pertandingan, jawatankuasa dan peranannya, sistem
pertandingan serta pengelolaan pertandingan sukan. Unit ini dilaksanakan secara teori
dan praktikal.

STANDARD KANDUNGAN

1.3 Pengurusan pertandingan, sistem pertandingan, dan pegelolaan pertandingan.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.3.1 Mentakrifkan pengurusan dalam sukan.

1.3.2 Menerangkan jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan.

1.3.3 Menghuraikan ciri-ciri, variasi, kelebihan, dan kelemahan sistem kalah mati.

1.3.4 Merancang jadual pertandingan sistem kalah mati.

1.3.5 Menghuraikan ciri-ciri, variasi, kelebihan, dan kelemahan sistem liga.

1.3.6 Merancang jadual pertandingan sistem liga.

1.3.7 Menerangkan perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan.

1.3.8 Menerangkan peranan jawatankuasa pengelola pertandingan sukan.

1.3.9 Mengelolakan pertandingan sukan dengan menggunakan satu sistem


pertandingan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 9


SKOP PERNYATAAN

1. Pengurusan sukan
Merupakan satu proses mengurus sumber manusia dan peralatan dalam aktiviti
sukan.
Fungsi pengurusan sukan melibatkan perancangan, pengelolaan, pengarahan,
pengawalan, dan penilaian.

2. Jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan:-


sistem kalah mati.
sistem liga.
sistem cabar mencabar.

3. Sistem Kalah Mati


3.1 Ciri-ciri Sistem Kalah Mati:-
i. penyertaan yang banyak.
ii. tempoh pertandingan singkat.
iii. terdapat pemain atau pasukan pilihan (seeded).
iv. sistem yang mudah dan ringkas.

3.2 Variasi Sistem Kalah Mati:-


i. kalah mati sekali.
ii. kalah mati dua kali.

3.3 Kelebihan Sistem Kalah Mati:-


i. boleh menampung jumlah penyertaan yang banyak.
ii. tempoh masa pertandingan singkat.

3.4 Kelemahan Sistem Kalah Mati:-


i. dapat bermain cuma sekali sahaja pada pasukan yang kalah pada
perlawanan pertama.
ii. pasukan atau pemain yang menjadi juara tidak semestinya adalah
yang terbaik dalam kejohanan.

3.5 Jadual pertandingan sistem kalah mati 7 sepasukan seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Pertandingan sistem kalah mati untuk 7 pasukan:

RUMUS PENGIRAAN CONTOH


N - 1 = Jumlah Perlawanan 7 - 1 = 6 Perlawanan
Gandaan 2 - bilangan pasu- 8 - 7 = 1 bye
kan = bye

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 10


SKOP PERNYATAAN

4. Sistem Liga
4.1 Ciri- ciri Sistem Liga:-
i. setiap pasukan akan bertanding sesama sendiri dalam liga atau
kumpulan.
i. kedudukan dalam liga berdasarkan pungutan mata.
ii. perlawanan dengan pasukan-pasukan lain telah diketahui lebih awal.
iii. bilangan perlawanan adalah berdasarkan jumlah penyertaan di dalam
liga atau kumpulan.

4.2 Variasi Sistem Liga:-


i. liga satu pusingan.
ii. liga dua pusingan.
iii. separa liga, dua atau lebih kumpulan.

4.3 Kelebihan Umum Sistem Liga:-


i. tiada penyingkiran sehingga pusingan liga berakhir.
ii. pasukan boleh merancang strategi untuk perlawanan seterusnya.
iii. pasukan lawan telah ditentukan.
iv. pemenang mutlak dapat ditentukan.

4.4 Kelemahan Umum Sistem Liga:-


i. bilangan perlawanan yang banyak.
ii. memerlukan masa yang panjang.

4.5 Jadual Pertandingan


Contoh penggunaan sistem liga 1 pusingan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Contoh penggunaan sistem liga 1 pusingan:

PASUKAN P M S K J B MT P Perlawanan
MAWAR 3 3 - - 7 2 9 M Menang
KEKWA 3 2 - 1 5 5 6 S Seri
ANGGERIK 3 1 1 1 3 5 4 K Kalah
MELUR 3 - 1 2 4 7 1 J Jaringan
B Bolos
MT Mata

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 11


SKOP PERNYATAAN

5. Perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan.

SEBELUM SEMASA SELEPAS


Menyiapkan kertas kerja Taklimat Mesyuarat post mortem
Menubuhkan jawatankuasa induk Memantau perjalanan Membuat laporan penuh
bagi menentukan tarikh dan kejohanan
tempat pertandingan
Mesyuarat jawatankuasa induk Penyelarasan tugas Surat-surat penghargaan
kepada yang berkenaan
Menubuhkan jawatankuasa kecil Pelaporan Surat-surat kepujian dan
imbuhan
Mesyuarat jawatankuasa kecil Mencatat keputusan
bagi menentukan bidang tugas

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Perbincangan dalam kumpulan.


2. Membuat perancangan sebelum, semasa, dan selepas pertandingan sukan.
3. Menyediakan senarai semak perancangan pengelolaan pertandingan.
4. Berkomunikasi secara profesional dan berkeyakinan.
5. Membuat keputusan.
6. Menerangkan jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan.
7. Perbincangan berkumpulan dengan memilih salah satu sistem pertandingan.
8. Menyenaraikan jawatankuasa pengelola pertandingan dan peranannya.
9. Menyenaraikan bidang tugas setiap jawatankuasa.
10. Merancang jadual pertandingan sistem liga dan sistem kalah mati dalam kumpulan.
11. Mengadakan mesyuarat.
12. Mengelolakan pertandingan sukan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 12


PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Mentakrifkan pengurusan sukan.


2. Merancang pertandingan sukan.
3. Menyenaraikan jawatankuasa pengelola pertandingan dan peranannya.
4. Jenis sistem pertandingan.
5. Ciri-ciri, variasi, kelebihan dan kelemahan sistem liga dan kalah mati.
6. Perancangan jadual pertandingan.
7. Perancangan pengelolaan pertandingan sukan.
8. Pengelolaan pertandingan sukan.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Senarai semak pengelolaan kejohanan.


2. Catatan rangka kerja.
3. Menyenaraikan jawatankuasa dan bidang tugas.
4. Simulasi mesyuarat Jawatankuasa Induk.
5. Senarai jenis-jenis sistem pertandingan dalam sukan.
6. Soalan secara bertulis dalam lembaran kerja tentang ciri-ciri liga kalah mati dan
sistem liga.
7. Jadual pertandingan bagi sistem kalah mati dan liga.
8. Senarai jawatankuasa pengelolaan pertandingan.
9. Senarai semak pengendalian mesyuarat jawatankuasa pertandingan.
10. Pelan tindakan perjalanan pengurusan.
11. Senarai semak anggaran perbelanjaan.
12. Senarai semak pengelolaan pertandingan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 13


PRODUK MURID
1. Kertas Kerja penganjuran pertandingan.
2. Folio yang mengandungi;
a. Senarai jawatankuasa dan bidang tugas.
b. Jadual pertandingan.
c. Borang-borang pertandingan.
d. Lampiran.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Penghasilan kertas kerja.


2. Pembentangan folio.
i. Berkebolehan menyenaraikan senarai jawatankuasa pengelola.
ii. Berkebolehan menyediakan perancangan sebelum, semasa, dan selepas
pertandingan sukan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Rubrik kertas kerja.
2. Rubrik pemarkahan pembentangan folio.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 14


BIDANG 2: FUNGSI SISTEM TUBUH
DALAM PERGERAKAN

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 15


FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM
BIDANG 2 PERGERAKAN

PENGENALAN SISTEM TUBUH


1 MANUSIA

HURAIAN UNIT
Unit ini memerihalkan sistem tubuh manusia dan perkaitannya dalam menghasilkan
pergerakan manusia.

STANDARD KANDUNGAN

2.1 Pengenalan sistem tubuh manusia yang membantu pergerakan.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.1 Mengenal pasti lokasi organ dalam sistem tubuh manusia.


2.1.2 Menyenaraikan fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina,
sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan aktiviti fizikal.
2.1.3 Membuat perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia dalam pergerakan.

SKOP PERNYATAAN
1. Organ dalam sistem tubuh manusia terdiri daripada:
i. Sistem Rangka - tulang, rawan, ligamen, dan sendi.
ii. Sistem Otot - tendon dan otot.
iii. Sistem Saraf - otak, saraf tunjang dan saraf periferi.
iv. Sistem Endokrina - kelenjar.
v. Sistem Kardiovaskular - jantung, darah, dan salur darah.
vi. Sistem Respiratori - salur pernafasan dan paru-paru.

Rujukan: Seely. R.R, Stephens T.D & Tate P. (2007). Essentials of Anatomy and
Physiology, MacGraw Hill.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 16


SKOP PERNYATAAN

2. Lokasi organ pada model torso anatomi manusia.


Amali memasang organ-organ pada model torso anatomi manusia mengikut lokasi
yang betul.

Rajah 1: Model Torso Anatomi Manusia

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 17


SKOP PERNYATAAN

3. Fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem
kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan aktiviti fizikal seperti
dalam Jadual 3.

Jadual 3: Fungsi Sistem Rangka, Sistem Otot, Sistem Saraf, Sistem Endokrina, Sistem
Kardiovaskular, dan Sistem Respiratori
BIL SISTEM FUNGSI
Pembentukan sel darah.
Menyokong berat badan.
Melindungi organ dalaman.
1 Sistem Rangka
Penyimpanan mineral.
Tuas pergerakan.
Pelekatan otot.
Membantu dalam pergerakan.
Menghasilkan haba.
2 Sistem Otot
Mengekalkan postur.
Menstabilkan sendi.
Menerima dan menterjemah rangsangan
persekitaran.
Mengintegrasi rangsangan yang diterima.
3 Sistem Saraf
Mengkoordinasi pergerakan motor.
Menyimpan maklumat.
Menjana pemikiran dan idea.
Merembes hormon untuk mengawal
4 Sistem Endokrina pertumbuhan dan metabolisme sel tubuh terhadap
pergerakan.

Mengepam darah.
Mengangkut darah.
5 Sistem Kardiovaskular
Agen pengangkut gas respiratori, nutrien, dan bahan
kumuh.
Pertukaran gas respiratori.
6 Sistem Respiratori Melembap dan menapis udara yang disedut.

Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11 th Ed.
UK: Pearson
Martin.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of Anatomy &
Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 18


SKOP PERNYATAAN

4. Perkaitan antara sistem tubuh manusia dalam menghasilkan pergerakan seperti


dalam Rajah 2.

Rajah 2: Perkaitan Antara Sistem Tubuh Manusia Dalam Menghasilkan Pergerakan.

Rujukan: Frederic H. Martin,(2006) . Fundamental of Anatomy & Physiology, 7th ed.


Pearson Benjamin Cummings.

5. Contoh perkaitan antara sistem tubuh dalam pergerakan.

i. Semua sistem tubuh bekerjasama untuk membolehkan manusia bergerak.

ii. Pergerakan bermula apabila sistem saraf menghantar arahan kepada


sistem otot rangka untuk melakukan pergerakan.

iii. Sistem kardiovaskular dan sistem respiratori menyokong pergerakan dengan


membekalkan oksigen yang diperlukan bagi menghasilkan tenaga untuk
pergerakan.NNGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 19


19
KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Bekerjasama untuk mengenal pasti organ dan lokasinya pada model torso anatomi
manusia.
2. Mencari maklumat dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dan sumber lain mengenal fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf,
sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori berkaitan dengan
aktiviti fizikal.
3. Membentangkan fungsi sistem tubuh dan perkaitan antara sistem-sistem tubuh
manusia dengan menggunakan multimedia.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Organ dalam sistem tubuh manusia.


2. Nama dan lokasi organ pada tubuh manusia.
3. Fungsi dan kaitan sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem
kardiovaskular, dan sistem respiratori bagi menghasilkan pergerakan.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan berkaitan sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina,
sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori yang berkaitan dengan pergerakan.
2. Senarai laman web atau sumber rujukan lain.
3. Draf awal untuk pembentangan fungsi sistem tubuh badan dan perkaitan antara
sistem-sistem tubuh badan bagi menghasilkan pergerakan.
4. Senarai semak aktiviti amali.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 20


PRODUK MURID

1. Cetakan hasil pembentangan seperti nota slaid atau handout tentang fungsi sistem
rangka, sistem otot, sistem saraf, sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan
sistem respiratori yang berkaitan dengan pergerakan.
2. Nota dan peta minda perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia dalam
pergerakan.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyenaraikan fungsi sistem rangka, sistem otot, sistem saraf,


sistem endokrina, sistem kardiovaskular, dan sistem respiratori berkaitan dengan
aktiviti pergerakan dengan tepat.
2. Berkeupayaan mengenal pasti lokasi yang betul bagi organ pada model torso
anatomi manusia.
3. Berkeupayaan menjelaskan perkaitan antara sistem-sistem tubuh manusia bagi
menghasilkan pergerakan dalam bentuk grafik.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Kompilasi nota atau handout.
2. Borang skor lokasi organ.
3. Rubrik penilaian pembentangan.
4. Rubrik penilaian peta minda.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 21


FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM
BIDANG 2 PERGERAKAN

2 S O K O N G A N DA N P E R G E R A K A N

HURAIAN UNIT
Unit ini memerihalkan penglibatan sistem rangka dan sistem otot dalam sokongan dan
pergerakan semasa melakukan aktiviti fizikal.

STANDARD KANDUNGAN

2.2 Sistem-sistem dalam tubuh manusia yang terlibat dalam sokongan dan pergerakan.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.1 Menyatakan fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka.

2.2.2 Menyatakan perbezaan antara ciri-ciri otot rangka, otot kardium, dan otot licin.

2.2.3 Menamakan tulang, mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk dan menerangkan


peranan tulang mengikut bentuk dalam sokongan untuk pergerakan.

2.2.4 Mengenal pasti jenis sendi sinovial dan lokasinya.

2.2.5 Menyatakan nama otot-otot rangka utama dalam pergerakan dan kedudukannya.

2.2.6 Memerihal penguncupan isometrik, penguncupan konsentrik, dan penguncupan


esentrik.

2.2.7 Mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan.

2.2.8 Memerihal aktiviti fizikal yang menggunakan fiber otot sentak cepat dan fiber otot
sentak lambat.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 22


SKOP PERNYATAAN

1. Fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka dalam sokongan dan
pergerakan.

Jadual 4: Fungsi Tulang, Ligamen, Tendon, Rawan, Sendi, dan Otot Rangka
Dalam Sokongan dan Pergerakan.

Jenis Fungsi
Pembentukan sel darah.
Menyokong berat badan.
Melindungi organ dalaman.
Tulang
Penyimpanan mineral.
Pelekatan otot.

Menghubungkan tulang dengan tulang.


Ligamen Menentukan julat pergerakan.
Menstabilkan sendi.

Tendon Menghubungkan otot-otot besar ke tulang.

Melindungi hujung tulang.


Rawan
Menyerap hentakan.

Sebagai fulkrum dalam tuas pergerakan.


Sendi

Menghasilkan haba melalui aktiviti sel di dalam


otot.
Otot rangka
Mengekalkan postur tubuh.
Menghasilkan pergerakan.

Rujukan: Martini.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of Anatomy &
Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 23


SKOP PERNYATAAN

2. Perbezaan antara otot rangka, otot kardium, dan otot licin adalah seperti dalam
Jadual 5.

Jadual 5: Perbezaan Antara Otot Rangka, Otot Kardium, dan Otot Licin

Jenis Otot rangka Otot kardium Otot licin

Dinding organ visera


Lokasi Lekat pada tulang. Dinding jantung.
seperti dinding perut.

Berbentuk silinder
yang panjang, setiap Sel-sel yang
Unisel, fusiform dan
Struktur sel mempunyai bercabang, unisel,
tidak berjalur.
banyak nukleus dan dan berjalur.
berjalur.
Kawalan Voluntari Involuntari Involuntari

Rujukan: Marieb, E. N. & Hoehn, K.N. (2015). Human Anatomy and Physiology, 10 th
Ed.UK: Pearson

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 24


SKOP PERNYATAAN

3. Nama saintifik tulang manusia.

Falank

Rajah 3: Sistem Rangka Manusia

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 25


SKOP PERNYATAAN

4. Peranan dalam sokongan dan pergerakan berdasarkan bentuk tulang adalah


seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6: Bentuk dan Peranan Tulang.


Bentuk tulang Peranan
Tulang panjang

Bertindak sebagai tuas pergerakan.

Tulang pendek

Membantu dalam pemindahan daya.

Tulang pipih

Melindungi otak.
Tempat pelekatan otot.
Melindungi jantung dan paru-paru.

Tulang tak sama bentuk

Melindungi saraf tunjang.


Tempat pelekatan otot.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 26


SKOP PERNYATAAN

5. Sendi sinovial
a. Sendi sinovial adalah sendi di mana ruang sendi dipenuhi oleh cecair yang
memisahkan tulang artikulasi.
a. Gambarajah di bawah menunjukkan struktur asas sendi sinovial.

Ligamen

Rongga (cecair sinovial)

Rawan artikular

Serabut lapisan
Kapsul artikular
Membran sinovial
(sacrates cecair sinovial)

Periosteum

Rajah 4: Sendi sinovial

6. Jenis sendi sinovial dan paksi pergerakannya.


a. Terdapat enam jenis sendi sinovial iaitu sendi pelana, sendi kondil, sendi pivot,
sendi lesung, sendi engsel, dan sendi gelungsur.
b. Jadual berikut menunjukkan contoh sendi sinovial yang terdapat dalam tubuh
badan serta paksi pergerakannya.

Sendi Gelungsur

Metakarpal

Karpal

Rajah 5: Sendi Gelungsur

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 27


SKOP PERNYATAAN

Sendi Engsel

Humerus

Ulna

Rajah 6: Sendi Engsel

Sendi Pivot

Ulna

Radius

Rajah 7: Sendi Pivot

Sendi Kondil

Falank

Metakarpal

Rajah 8: Sendi Kondil

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 28


SKOP PERNYATAAN

Sendi Lesung

Skapula

Humerus

Rajah 9: Sendi Lesung

Sendi Pelana

Metakarpal 1

Trapezium

Rajah 10: Sendi Pelana

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 29


SKOP PERNYATAAN

7. Nama otot-otot rangka utama adalah seperti dalam Rajah 11.

Rajah 11: Sistem Otot Rangka Manusia

8. Mengenal pasti dan menamakan otot yang terlibat dalam aksi atau pergerakan
sukan.

Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11 th


Ed.UK: Pearson

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 30


SKOP PERNYATAAN

9. Jenis penguncupan otot


Penguncupan isometrik menjana daya tanpa pemanjangan atau pemendekan
fiber otot.
Penguncupan konsentrik menjana daya menerusi pemendekan fiber otot.
Penguncupan esentrik menjana daya menerusi pemanjangan fiber otot.

Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11 th


Ed.UK: Pearson
Martini.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of
Anatomy & Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings.

10. Contoh aktiviti bagi setiap penguncupan otot adalah seperti dalam Jadual 7.

Jadual 7: Jenis Penguncupan dan Contoh Aktiviti

Jenis Penguncupan Aktiviti


Menolak dinding
Plank
Bridge
Penguncupan isometrik
Side plank
Calf raise bertahan beberapa lama

Biceps curl
Leg curl
Penguncupan konsentrik dan Tekan tubi
esentrik Bangkit tubi
Calf raise

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 31


SKOP PERNYATAAN

11. Otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan adalah seperti berikut:

a. Otot Agonis
Otot utama yang menghasilkan pergerakan (prime movers).

b. Otot Antagonis
Otot utama yang bertindak berlawanan dengan otot agonis dan
menghadkan pergerakan.

c. Otot Sinergis
Kumpulan otot yang membantu otot-otot penggerak utama dan
menstabilkan sendi dalam pergerakan.

Fleksi

Antagonis
Agonis

Ekstensi

Rajah 12: Kontraksi Otot Semasa Fleksi dan Ekstensi

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 32


SKOP PERNYATAAN

12. Perkaitan antara otot sentak cepat dengan otot sentak lambat bagi acara tertentu
adalah seperti dalam Jadual 8.

Jadual 8: Jenis Fiber, Deskripsi, dan Acara Sukan

Jenis Fiber Deskripsi Acara sukan

Lari pecut 100m


Keupayaan anaerobik Lontar peluru
yang tinggi. Lompat jauh
Sentak cepat Digunakan dalam Smesy dalam tenis
acara pecutan atau Melombol dalam gim-
ekplosif. nastik

Keupayaan aerobik Larian 10km


yang tinggi. Renang 1500m
Sentak lambat Digunakan dalam Maraton
acara-acara bersifat Berbasikal lebuhraya
daya tahan.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menyatakan secara lisan fungsi tulang, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka.
2. Menyenaraikan secara bertulis perbezaan ciri-ciri otot rangka, otot kardium, dan
otot licin.
3. Menyelesaikan masalah secara amali dengan menamakan tulang, mengklasifikasi
kan tulang mengikut bentuk dan menerangkan peranan tulang dalam sokongan
untuk pergerakan.
4. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan jenis sendi sinovial,
julat pergerakan dan lokasinya serta perbincangan dalam kumpulan.
5. Melayari laman web secara berkumpulan untuk mendapatkan maklumat tentang
jenis penguncupan otot. [Guna kata kunci type of muscle contraction pada enjin
carian]
6. Berbincang dan melakukan amali secara berkumpulan untuk mengenal pasti otot
agonis, antagonis, dan sinergis dalam pergerakan.
7. Bekerjasama menggunakan TMK untuk mendapatkan maklumat tentang perkaitan
otot sentak cepat dan sentak lambat dalam memberi kelebihan prestasi bagi acara
sukan tertentu. [Guna kata kunci type of muscle fibre pada enjin carian]

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 33


PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan otot rangka.
2. Prosedur amali menamakan tulang, mengklasifikasi tulang mengikut bentuk dan
menerangkan peranan tulang mengikut bentuk dalam sokongan untuk pergerakan.
3. Prosedur amali untuk mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam
pergerakan.
4. Senarai laman web yang digunakan untuk mendapatkan maklumat jenis
penguncupan otot dan saling tindakan otot. [Guna kata kunci type of muscle
contraction dan saling tindak balas otot pada enjin carian].
5. Senarai laman web yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang fiber
otot sentak cepat dan otot sentak lambat.[Guna kata kunci type of muscle fibre
pada enjin carian]

PRODUK MURID
1. Buku log yang mengandungi:
a. Nota tentang fungsi ligamen, rawan, tendon, sendi, dan otot rangka.
b. Gambarajah anatomi tulang dan otot.
c. Gambarajah lokasi bagi setiap sendi sinovial.
d. Gambarajah fleksi dan ekstensi anggota tubuh.
e. Jadual ciri-ciri fiber otot sentak cepat dan fiber otot sentak lambat.

2. Laporan amali.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 34


KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyenaraikan fungsi tulang, ligamen, tendon, rawan, sendi, dan


otot rangka.
2. Berkeupayaan menamakan lokasi tulang dan bentuk dengan tepat.
3. Berkeupayaan mengenal pasti jenis sendi sinovial dan lokasinya.
4. Berkeupayaan mengenal pasti jenis penguncupan otot.
5. Berkeupayaan mengenal pasti otot agonis, antagonis, dan sinergis dalam
pergerakan.
6. Berkeupayaan mengenal pasti perkaitan otot sentak cepat dan sentak lambat
dalam memberi kelebihan prestasi bagi acara sukan tertentu.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Rubrik penilaian buku log.
2. Rubrik laporan amali.
3. Soalan bertulis.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 35


FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM
BIDANG 2 PERGERAKAN

3
K AWA L AT U R S I S T E M T U B U H
MANUSIA

HURAIAN UNIT
Unit ini merangkumi pengetahuan tentang sistem-sistem yang terlibat dalam kawal atur
tubuh manusia.

STANDARD KANDUNGAN
2.3 Sistem saraf dan sistem endokrina dalam kawal atur sistem tubuh manusia.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3.1 Menyatakan pembahagian sistem saraf berdasarkan fungsi.


2.3.2 Menerangkan fungsi struktur neuron.
2.3.3 Menyatakan peranan neuron sensori (aferen) dan neuron motor (eferen).
2.3.4 Menerangkan mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan.
2.3.5 Menyatakan nama dan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari,
kelenjar adrenal, kelenjar pankreas, dan kelenjar tiroid dalam pergerakan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 36


SKOP PERNYATAAN

1. Pembahagian sistem saraf dan fungsi setiap bahagian seperti dalam Rajah 13.

Sistem Saraf Pusat (CNS)


Otak dan saraf tunjang
Pusat penyepaduan maklumat sensori dan kawalan

Sistem Saraf Periferi


Saraf kranial dan saraf spina (spinal nerve)
Laluan komunikasi antara sistem saraf tunjang dengan
seluruh tubuh badan

Saraf Sensori (aferen) Saraf Motor (eferen)


Fiber saraf sensori somatik dan Fiber saraf motor
visera Mengalirkan impuls daripada CNS
Mengalirkan impuls daripada resep- ke organ efektor (otot dan kelenjar)
tor saraf sensori kepada CNS

Somatik Autonomik
Motor somatik (tindakan terkawal) Motor visera (tindakan luar kawalan)
Mengalirkan impuls daripada CNS Mengalirkan impuls daripada CNS ke
ke otot rangka otot kardium, otot licin, dan kelenjar

Simpatetik Parasimpatetik
Kawalan persiapan sistem Menyimpan tenaga
tubuh badan semasa aktiviti Menyokong fungsi
pemuliharaan semasa rehat

Rajah 13: Carta Alir Pembahagian Sistem Saraf dan Fungsi

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 37


SKOP PERNYATAAN
2. Struktur Neuron seperti dalam Rajah 14.

Rajah 14: Struktur Neuron

3. Fungsi Struktur Neuron seperti dalam Jadual 9.


Jadual 9: Fungsi Struktur Neuron
Struktur Fungsi
Badan Sel Pusat metabolik sel.

Nukleus Pusat kawalan metabolisme sel.

Menyalurkan impuls yang diterima oleh dendrit ke hujung


Akson
akson.

Bahagian di mana impuls dihantar ke bahagian dendrit sel saraf


Hujung Akson
bersebelahan atau ke sel efektor.

Menerima impuls dari persekitaran atau neuron lain dan


Dendrit
menghantar impuls ke badan sel.

Sebagai penebat mengelakkan kebocoran impuls.


Selaput Mielin
Mempercepatkan penghantaran impuls melalui nodus Ranvier.

Rujukan: Marieb, E.N. (2014), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 11 th Ed.
UK: Pearson

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 38


SKOP PERNYATAAN

4. Peranan neuron

Neuron sensori (aferen)


Membawa impuls sensori dari reseptor sensori pelbagai bahagian tubuh ke
bahagian otak sistem saraf pusat.

Neuron motor (eferen)


Membawa impuls motor dari bahagian otak ke saraf tunjang bagi membolehkan
tindak balas di otot untuk menghasilkan pergerakan.

5. Mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan.

a. Tindak balas refleks seperti dalam Rajah 15.

Rajah 15: Tindak Balas Refleks

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 39


SKOP PERNYATAAN

b. Tindakan Terancang seperti dalam Rajah 16.

Rajah 16: Turutan Proses Sistem Saraf Daripada Peringkat Menerima Rangsangan
Sehingga Menghasilkan Pergerakan.

Rujukan: Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin Abdullah.
(2011). Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 40


SKOP PERNYATAAN

c. Tindakan Terancang seperti dalam Rajah 17.

Rajah 17: Turutan Proses Sistem Saraf Daripada Peringkat Menerima Rangsangan
Sehingga Menghasilkan Pergerakan Dalam Situasi Permainan Bola Keranjang.

Rujukan: Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin


Abdullah. (2011). Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 41


SKOP PERNYATAAN

6. Kelenjar yang merembeskan hormon dan fungsi hormon-hormon adalah seperti


dalam Jadual 10.

Jadual 10: Kelenjar dan Fungsi Hormon Yang Dirembeskan.


Nama kelenjar Hormon Fungsi hormon
Hormon Tumbesaran
Hormon Mempercepatkan kadar pertumbuhan.
Tumbesaran Merangsang pengambilan asid amino oleh sel
(Growth bagi mensistesiskan protein.
Hormone) Merangsang penguraian lemak untuk tenaga
Kelenjar Pituitari bagi memelihara homeostasis gula dalam
Hormon darah.
Antiduretik Hormon Antiduretik
(Antidiuretic Merangsang buah pinggang untuk menyerap
Hormone) semula air.
Tiroksin dan Triodotaironin
Tiroksin Hormon utama bagi metabolism.
Kelenjar Tiroid Triiodotaironin Mengawal kadar pengoksidaan glukosa
(Triiodothyronine) semua sel, tumbesaran dan perkembangan,
sistem pembiakan, dan sistem saraf.
Glukokortikoid
Menurunkan imuniti tubuh badan.
Glukokortikoid
Epinefrin / Epinefrin/ Adrenalin dan Norepinefrin /
Kelenjar Adrenalin Noradrenalin
Adrenal Norepinefrin / Juga dikenali sebagai hormon stress.
Noradrenalin Meningkatkan kadar denyutan jantung,
meningkat aktiviti metabolic.
Mengawal vasokonstriksi saluran darah dan
tekanan darah.
Insulin
Bertindak ke atas semua sel tubuh dengan
meningkatkan keupayaan sel untuk
menerima glukosa.
Kelenjar Insulin
Glukagon
Pankreas Glukagon
Merangsang penguraian glikogen kepada
glukosa.
Membebaskan glukosa ke dalam darah.

Rujukan: Kenneth S. Saladin (2007). Anatomy & Physiology. Mc Graw Hill

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 42


KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menerangkan secara lisan dan bertulis sistem saraf secara keseluruhan.


2. Menerangkan fungsi struktur neuron.
3. Mencari maklumat dari laman web fungsi struktur neuron, peranan neuron aferen
dan neuron eferen serta mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan.
4. Berbincang dalam kumpulan peranan neuron aferen dan neuron eferen.
5. Berbincang dalam kumpulan berkaitan fungsi hormon.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Sistem saraf.
2. Struktur neuron.
3. Peranan neuron aferen dan neuron eferen.
4. Mekanisme kawalan motor.
5. Nama kelenjar, hormon, dan fungsi hormon yang dirembeskan.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Lakaran pembahagian sistem saraf dan fungsi setiap bahagian.


2. Senarai laman web maklumat struktur neuron dan fungsi struktur neuron.
3. Senarai laman web maklumat fungsi neuron aferen dan neuron eferen.
4. Catatan perbincangan mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan.
5. Catatan nama kelenjar dan fungsi hormon yang dirembeskan.

PRODUK MURID
1. Peta minda berkaitan dengan pembahagian sistem saraf.
2. Bahan pembentangan menggunakan multimedia tentang struktur neuron dan
fungsinya, peranan neuron aferen dan neuron eferen, mekanisme kawalan motor
terhadap rangsangan dan nama kelenjar serta hormon yang dirembeskan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 43


KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyatakan bahagian sistem saraf, fungsi struktur neuron, peranan


neuron aferen dan neuron eferen, nama kelenjar, dan hormon yang dirembeskan.
2. Berkebolehan menerangkan mekanisme kawalan motor terhadap rangsangan
dengan tepat dengan bantuan gambarajah.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Soalan lisan.
2. Rubrik peta minda.
3. Rubrik bahan pembentangan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 44


FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM
BIDANG 2 PERGERAKAN

FUNGSI SISTEM
4 K A R D I O R E S P I R AT O R I

HURAIAN UNIT
Unit ini merangkumi peranan sistem kardiovaskular dan sistem respiratori dalam
peredaran darah dan gas respiratori.

STANDARD KANDUNGAN

2.4 Sistem kardiovaskular dan sistem respiratori dalam peredaran darah.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.4.1 Mengenal pasti struktur jantung.


2.4.2 Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung dan menghitung
keluaran jantung menggunakan rumus.

(L/min) = [ Kadar Denyutan Jantung (KDJ) x Isipadu Strok (IS) ]


2.4.3 Menerangkan perbezaan antara kitaran sistemik dengan kitaran pulmonari.
2.4.4 Menjelaskan mekanisme kekembalian darah ke jantung.
2.4.5 Mengukur tekanan darah dalam pelbagai posisi menggunakan sfigmomanometer.
2.4.6 Menerangkan kaedah pengangkutan gas respiratori oleh darah.
2.4.7 Menerangkan proses pertukaran gas respiratori di paru-paru (respirasi luaran) dan
di tisu (respirasi dalaman).

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 45


SKOP PERNYATAAN

1. Struktur jantung adalah seperti dalam Rajah 18.

Rajah 18: Anatomi Jantung

2. Sistem kardiorespiratori terdiri daripada jantung, salur darah, darah, salur


pernafasan, dan paru-paru yang berperanan dalam peredaran darah dan
pengangkutan gas respiratori. Peranan setiap komponen dalam sistem respiratori
adalah seperti dalam Jadual 11.

Jadual 11: Peranan Setiap Komponen Dalam Sistem Kardiorespiratori

Komponen Peranan

Jantung Mengepam darah ke paru-paru dan seluruh tubuh.

Membolehkan darah mengalir dan melengkapi pereda-


Salur darah
ran dari jantung ke tisu dan kembali ke jantung.

Sebagai agen pengangkut dalam sistem tubuh manusia


Darah dengan membawa gas respiratori, nutrien, dan bahan
kumuh.

Membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar


Salur pernafasan
dari tubuh.

Membolehkan pertukaran gas respiratori antara tisu


Paru-paru
badan dengan persekitaran.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 46


SKOP PERNYATAAN

3. Keluaran jantung
Isipadu strok isipadu darah yang dipam keluar daripada jantung oleh ventrikel
kiri.
Kadar denyutan jantung bilangan denyutan jantung seminit.
Keluaran jantung jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri
seminit.
Pengiraan keluaran jantung menggunakan rumus:

(L/min) = [ Kadar Denyutan Jantung (KDJ) x Isipadu Strok (IS) ]

Faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung.


a. Kadar denyutan jantung semakin tinggi kadar denyutan jantung, semakin
tinggi keluaran jantung sekiranya keadaan isipadu strok tidak berubah.
b. Isipadu strok semakin tinggi isipadu strok, semakin tinggi keluaran
jantung sekiranya keadaan kadar denyutan jantung tdak berubah.

4. Perbezaan antara kitaran sistemik dengan kitaran pulmonari adalah seperti dalam
Jadual 12.

Aspek Kitaran sistemik Kitaran pulmonari

Darah yang kaya dengan Darah yang kurang oksigen


oksigen dari jantung dipam dari jantung dipam ke paru-
Aliran darah dan
ke seluruh badan dan da- paru dan darah yang kaya
kandungan oksigen.
rah yang kurang oksigen dengan oksigen
dikembalikan ke jantung. dikembalikan ke jantung.

Pertukaran gas. Berlaku di tisu badan. Berlaku di paru-paru.

Jadual 12: Perbezaan Antara Kitaran Sistemik Dengan Kitaran Pulmonari.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 47


SKOP PERNYATAAN
5. Mekanisme kekembalian darah ke jantung.
a. Sistem kardiorespiratori manusia memerlukan bantuan mekanikal untuk
mengatasi daya graviti dan mengembalikan darah dalam vena ke jantung.

b. Terdapat tiga mekanisme yang membantu proses ini, iaitu


injap dalam vena
pam otot (muscle pump)
pam respiratori (respiratory pump)

c. Vena mempunyai injap yang menghalang darah mengalir balik (backflow) dan
hanya membenarkan darah mengalir satu arah sahaja iaitu ke arah jantung.

d. Apabila manusia melakukan aktiviti fizikal, penguncupan dan pengenduran otot


bertindak sebagai pam untuk menolak darah dalam vena ke arah jantung.

e. Perubahan tekanan dalam kaviti abdominal dan toraks semasa pernafasan akan
menghasilkan perbezaan tekanan antara vena dan kaviti toraks. Perbezaan
tekanan ini membantu pergerakan darah dalam vena ke arah jantung.

6. Sebelum melakukan amali mengukur tekanan darah, konsep yang perlu dijelaskan
adalah fasa satu kitaran kardium (cardiac cycle).
a. Fasa sistolik fasa di mana otot jantung menguncup dan menolak darah keluar
dari jantung.
b. Fasa diastolik fasa di mana otot jantung mengendur dan darah masuk
ke ruang jantung. Fasa ini lebih panjang berbanding fasa sistolik.

7. Amali pengukuran tekanan darah dalam posisi duduk, baring, dan berdiri
menggunakan sfigmomanometer.
a. Stetoskop b. Sfigmomanometer

Rajah 19: Alatan Untuk Mengukur Tekanan Darah

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 48


SKOP PERNYATAAN

Prosedur Amali
1. Balut lengan atas dengan menggunakan kuf tekanan darah.
2. Balut kuf pada arteri brakial.
3. Letakkan stetoskop di bawah kuf pada bahagian atas arteri brakial.
4. Pam udara ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam arteri (lebih kurang
180mmHg). Tekanan ini menyebabkan pengaliran darah terhenti dan denyutan
nadi tidak dapat dikesan.
5. Buka injap pada pam udara perlahan-lahan. Tekanan di dalam kuf akan
menurun secara progresif.
1. Dengar denyutan melalui stetoskop. Lihat dan catat bacaan paras merkuri pada
sfigmomanometer apabila bunyi dub yang pertama dikesan. Bacaan ini adalah
tekanan darah sistolik (contoh: 120mmHg).
2. Tekanan kuf diturunkan sehingga bunyi dub tidak kedengaran. Lihat dan catat
bacaan paras merkuri pada sfigmomanometer. Bacaan ini adalah tekanan darah
diastolik (contoh: 80mmHg). Dengan itu, bacaan tekanan darah ialah 120/80
mmHg.

Jadual 13: Borang Keputusan Bacaan Tekanan Darah

NAMA: ____________________ TARIKH: ________________ UMUR: _________

DUDUK BARING BERDIRI


Sistolik Diastolik Sistolik Diastolik Sistolik Diastolik

8. Komposisi Darah

Darah terdiri daripada empat komponen:

a. Sel darah merah 45%


b. Plasma 55%
c. Sel darah putih 0.1%
d. Platlet 0.17%

Rajah 20: Komposisi darah

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 49


SKOP PERNYATAAN

9. Kaedah pengangkutan gas respiratori oleh darah:


a. Pengangkutan oksigen
Oksigen diangkut melalui dua mekanisme:
i. Oksigen larut dalam plasma.
ii. Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk
membentuk oksihemoglobin.

b. Pengangkutan karbon dioksida


Karbon dioksida diangkut melalui tiga mekanisme:
i. Karbon dioksida larut dalam plasma
ii. Karbon dioksida bergabung dengan oksigen untuk diangkut dalam bentuk
bikarbonat
iii. Karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah
untuk membentuk karbominohemoglobin.

10. Proses pertukaran gas respiratori:


a. Respirasi luaran melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara paru-paru
dengan darah.
b. Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah
dengan sel tisu.

Rujukan: Marieb N.M. (2011), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 10th
Ed, Cummings.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 50


KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menyatakan secara lisan dan bertulis peranan jantung, salur darah, darah, salur
pernafasan, serta paru-paru dalam peredaran darah dan gas respiratori.
2. Mengenal pasti struktur jantung pada model jantung.
3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung.
4. Berkerjasama dalam kumpulan untuk menghitung keluaran jantung dengan
menggunakan rumus .

(L/min) = [ Kadar Denyutan Jantung (KDJ) x Isipadu Strok (IS) ]

5. Mencari maklumat di laman web berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi


keluaran jantung, mekanisme kekembalian darah ke jantung, kaedah pengangkutan
dan pertukaran gas respiratori.
6. Berbincang secara berkumpulan perbezaan kitaran sistemik dengan kitaran
pulmonari.
7. Merancang dan mengukur tekanan darah mengikut prosedur.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN
1. Kedudukan jantung, salur darah, darah, salur pernafasan, dan paru-paru dan
peranannya dalam peredaran darah dan pengangkutan gas respiratori.
2. Menggunakan rumus untuk mengira keluaran jantung.
3. Kitaran sistemik dan kitaran pulmonari.
4. Mekanisme kekembalian darah ke jantung.
5. Prosedur mengukur tekanan darah menggunakan sfigmomanometer.
6. Mekanisme pengangkutan gas respiratori oleh darah.
7. Proses pertukaran gas respiratori di paru-paru dan di tisu.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan peranan jantung, salur darah, darah, salur pernafasan, dan paru-paru
dalam peredaran darah dan pengangkutan gas respiratori.
2. Lakaran struktur jantung yang berlabel.
3. Catatan pengiraan keluaran jantung di dalam lembaran kerja menggunakan
rumus
4. Senarai laman web berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung,
komposisi darah dan mekanisme kekembalian darah ke jantung serta
pengangkutan gas respiratori oleh darah dan proses pertukaran gas respiratori di
paru-paru dan di tisu.
5. Nota perbincangan perbezaan antara kitaran sistemik dan kitaran pulmonari.
6. Prosedur amali mengukur tekanan darah.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 51


PRODUK MURID
1. Poster pembentangan (gallery walk) yang mengandungi semua bahan PdP.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Perbincangan semasa membahagi tugasan secara individu dan kumpulan.


2. Berkeupayaan menggunakan rumus keluaran jantung dalam penyelesaian
masalah.
3. Berkeupayaan menyampaikan maklumat dalam carta pembentangan.
4. Kesesuaian memuat turun video proses respirasi luaran dan respirasi dalaman.
5. Berkebolehan bekerja dalam kumpulan untuk laporan bertulis atau nota.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Lembaran kerja (skema lembaran kerja).
2. Rubrik poster pembentangan.
3. Laporan amali (rubrik laporan amali).

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 52


FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM
BIDANG 2 PERGERAKAN

5 PENGHASILAN TENAGA

HURAIAN UNIT
Unit ini membincangkan tiga sistem penjanaan tenaga tubuh manusia semasa melakukan
aktiviti fizikal.

STANDARD KANDUNGAN

2.5 Sistem tenaga dan perkaitannya dengan aktiviti fizikal.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.5.1 Mengenal pasti ciri-ciri sistem anaerobik alaktik (ATP-PC), sistem anaerobik laktik
(glikolisis anaerobik), dan sistem aerobik.
2.5.2 Mengenal pasti jenis sistem tenaga dominan yang digunakan dalam aktiviti sukan.

SKOP PERNYATAAN

1. Nama saintifik tenaga yang digunakan oleh otot tubuh manusia, iaitu adenosine
trifosfat (ATP).
2. Sistem tenaga anaerobik alaktik (ATP-PC):

PCr + ADP ATP + Cr

creatine kinase

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 53


SKOP PERNYATAAN

3. Sistem tenaga anaerobik laktik (glikolisis anaerobik)

Asid laktik merupakan hasil sampingan proses penjanaan ATP melalui sistem
anaerobik alaktik. Tahap asid laktik yang terlalu tinggi dalam otot menyebabkan otot
kelesuan.

4. Sistem tenaga aerobik (sistem oksidatif)

(Kenney & Wilmore, 2011)

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 54


SKOP PERNYATAAN

5. Ciri-ciri sistem tenaga anaerobik alaktik (ATP-PC), anaerobik laktik, dan aerobic
adalah seperti dalam Jadual 14.

Jadual 14: Ciri-ciri Sistem Tenaga


Sistem Tenaga Anaerobik Anaerobik Aerobik
Ciri-ciri Alaktik Laktik
(ATP-PC)
1. Keperluan oksigen Tidak perlu Tidak perlu Perlu
dalam proses
penjanaan ATP
2. Sumber penjanaan Fosfokreatin Glikogen, Glukosa Asid amino, lemak,
ATP (PCr) karbohidrat

3. Penjanaan ATP Serta-merta Lambat Paling lambat (>10


berbanding sistem saat untuk proses
anaerobik alaktik bermula)
(ATP-PC)
4. Bilangan ATP yang 1 mol ATP 2 hingga 3 mol ATP 32 hingga >100 ATP
dijana daripada 1 bergantung kepada bergantung kepada
mol substrat jenis substrat jenis substrat
(glukosa atau (glukosa, glikogen
glikogen) atau asid lemak
bebas)
5. Tempoh penjanaan Sangat terhad Anggaran 2 3 Selama yang
ATP (aktiviti intensiti (anggaran 3-15 minit diperlukan jika nutrien
tinggi) saat sahaja) dan oksigen
mencukupi

6. Sistem tenaga dominan yang digunakan dalam aktiviti sukan adalah seperti dalam
Jadual 15.

Jadual 15: Sistem Tenaga Dominan Yang Digunakan Dalam Aktiviti Sukan.

Jangka masa Sistem tenaga


Contoh aktiviti sukan
aktiviti sukan dominan
< 15 saat Lari pecut 100 meter Anaerobik alaktik
15 saat < aktiviti < 120 saat Lari 400 meter dan 800 meter Anaerobik laktik
> 120 saat Marathon Aerobik

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 55


KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Berbincang dalam kumpulan dengan menyatakan ciri-ciri sistem anaerobik alaktik


(ATP-PC), sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik), dan sistem aerobik dalam
aktiviti fizikal.
2. Menyatakan jenis sistem tenaga dominan dalam sesuatu aktiviti sukan.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN
1. Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC), sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobik),
dan sistem aerobik.
2. Sistem tenaga dominan dalam aktiviti sukan.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan perbincangan ciri-ciri sistem tenaga dalam aktiviti sukan.


2. Gambar aktiviti sukan dan catatan sistem tenaga dominan yang berkaitan.

PRODUK MURID
Buku skrap yang mengandungi ciri-ciri sistem tenaga dan aktiviti sukan dengan
sistem tenaga dominan.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyenaraikan ciri-ciri sistem penjanaan tenaga dalam tubuh


manusia.
2. Berkeupayaan membuat perkaitan antara aktiviti sukan dengan sistem tenaga
dominan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Lembaran kerja.
2. Rubrik penilaian buku skrap.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 56


FUNGSI SISTEM TUBUH DALAM
BIDANG 2 PERGERAKAN

A DA P T A S I S I S T E M T U B U H
6
MANUSIA

HURAIAN UNIT
Unit ini membincangkan tindak balas tubuh badan terhadap aktiviti fizikal serta adaptasi
yang berlaku terhadap latihan.

STANDARD KANDUNGAN

2.6 Tindak balas dan adaptasi sistem tubuh terhadap latihan.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.6.1 Membuat perkaitan antara tindak balas sistem kardiovaskular, sistem otot,
sistem respiratori, sistem saraf, dan sistem endokrina terhadap latihan.
2.6.2 Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi sistem tubuh terhadap
latihan.

2.6.3 Membuat perkaitan antara adaptasi sistem tubuh terhadap latihan anaerobik dan
aerobik.
2.6.4 Membuat perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi
anaerobik dan aerobik.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 57


SKOP PERNYATAAN

1. Tindak balas jangka pendek sistem tubuh manusia untuk memenuhi keperluan
badan semasa melakukan latihan.
a. Sistem kardiovaskular:
Peningkatan kepada kadar denyutan jantung, isipadu strok, keluaran jantung,
tekanan jantung, dan darah (kelikatan darah meningkat).

b. Sistem saraf (simpatetik):


i. Peningkatan isipadu darah yang dihantar ke otot dan pengurangan
penghantaran darah ke sistem lain (vasodilation dan vasoconstriction).
ii. Stimulasi untuk berpeluh semasa latihan jangka panjang.

c. Sistem respiratori:
Pernafasan menjadi lebih dalam dan kadar pernafasan meningkat.

d. Sistem otot:
Sistem otot mula menggunakan simpanan lemak, protein dan karbohidrat
yang disimpan dalam otot sebagai sumber tenaga.

e. Sistem endokrina:
i. Rembesan Hormon Tumbesaran (GH) meningkat dengan latihan.
Rembesan GH juga dipengaruhi oleh intensiti , jangka masa latihan,
umur dan jantina.
ii. Rembesan Hormon Adrenal Medulla (epinefrin dan norepinefrin)
meningkat mengikut tahap intensiti latihan yang dilakukan.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi sistem tubuh terhadap latihan:


a. Prinsip FITT
b. Keadaan persekitaran yang melibatkan kelembapan atau kepanasan semasa
latihan dijalankan.
c. Ciri genetik yang berbeza seperti somatotaip dan fiber otot (nisbah fiber sentak
cepat dan sentak lambat).
d. Tahap kecergasan individu
e. Jantina
f. Umur

3. Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan anaerobik:


a. Peningkatan kuantiti penyimpanan ATP, PCr, kreatin, dan glikogen dalam otot.
b. Peningkatan kuantiti dan aktiviti enzim utama yang mengawal katabolisma
glukosa dalam fasa anaerobik.
c. Peningkatan kapasiti tubuh untuk meneruskan aktiviti sukan dalam keadaan
tahap asid laktik yang lebih tinggi.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 58


SKOP PERNYATAAN
4. Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan aerobik:
a. Saiz jantung bertambah disebabkan oleh kaviti ventrikal luas dan dinding
ventrikal menebal.
b. Isipadu strok meningkat.
c. Kadar nadi rehat menurun.
d. Keluaran jantung meningkat.
e. Tekanan darah menurun.

5. Adaptasi sistem tubuh terhadap latihan bebanan:


a. Unit motor bertindak serentak (adaptasi neuro muscular)
b. Unit motor bertindak mengikut turutan (adaptasi koordinasi neuro muscular)
c. Hipertrofi otot adaptasi otot
d. Proses kebolehbalikan (reversibility) berlaku jika latihan tidak diteruskan.

6. Pertumbuhan dan kematangan biologi akan mempengaruhi prestasi anaerobik


seseorang.
a. Keupayaan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti anaerobik lebih rendah
berbanding dengan orang dewasa.
b. Kekuatan kanak-kanak lebih rendah berbanding dengan orang dewasa
walaupun telah mengambil kira saiz badan.

7. Pertumbuhan dan kematangan biologi akan mempengaruhi prestasi aerobik


seseorang.
a. Kadar nadi maksimum kanak-kanak lebih tinggi berbanding dengan orang
dewasa dan menurun mengikut peningkatan umur.
b. Keluaran jantung meningkat sejajar dengan peningkatan umur sehingga
mencapai tahap dewasa dan akan mendatar atau menurun jika tidak
mengekalkan tahap kecergasan fizikal.

8. Pertumbuhan dan kematangan biologi akan mempengaruhi prestasi otot seseorang.


a. Jisim otot dan kekuatan otot kanak-kanak lelaki meningkat sejajar dengan
peningkatan umur dan akan mencapai tahap maksima antara umur 18 25
tahun (50% daripada berat badan).
b. Jisim otot dan kekuatan otot kanak-kanak perempuan meningkat sejajar dengan
peningkatan umur dan akan mencapai tahap maksima antara umur 16 20
tahun (40% daripada berat badan).

KEMAHIRAN DIPERLUKAN
1. Mencari maklumat di laman web secara berkumpulan berhubung faktor-faktor yang
mempengaruhi adaptasi sistem tubuh manusia terhadap latihan, perkaitan antara
pertumbuhan dan kematangan biologi dengan prestasi anaerobik, aerobik dan prestasi
otot.
2. Membentangkan hasil dapatan menggunakan TMK.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 59


PENGETAHUAN DIPERLUKAN
1. Adaptasi yang berlaku pada sistem saraf dan sistem otot terhadap latihan
anaerobik.
2. Adaptasi yang berlaku pada sistem kardiovaskular terhadap latihan aerobik.
3. Perkaitan antara tahap kematangan dengan prestasi anaerobik, aerobik dan otot.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Senarai laman web berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi latihan anaerobik


dan aerobik serta perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan biologi dengan
prestasi.

PRODUK MURID
Buku log yang mengandungi maklumat faktor-faktor yang mempengaruhi latihan
anaerobik dan aerobik serta perkaitan antara pertumbuhan dan kematangan
biologi dengan prestasi.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi adaptasi


sistem tubuh manusia terhadap latihan dan perkaitan antara pertumbuhan dan
kematangan biologi dengan prestasi anaerobik, aerobik dan otot.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Boleh merangkumi perkara berikut dan tidak terhad:
1. Soalan bertulis
2. Rubrik penilaian buku log.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 60


BIDANG 3: PENGENALAN SAINS
PERGERAKAN

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 61


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

S A T A H DA N P E R G E R A K A N
1
ASAS
HURAIAN UNIT

Unit ini memerihal tentang satah pergerakan dan pergerakan asas manusia.

STANDARD KANDUNGAN
3.1 Pergerakan asas berdasarkan satah pergerakan.

STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.1 Menyatakan posisi rujukan anatomi.
3.1.2 Menyatakan pembahagian tubuh mengikut satah sagital, satah frontal, dan satah
melintang.
3.1.3 Mengenal pasti pergerakan asas berdasarkan satah sagital, satah frontal,
dan satah melintang.

SKOP PERNYATAAN

1. Kedudukan posisi rujukan anatomi manusia adalah dalam keadaan berdiri


adalah seperti berikut:

lengan berkeadaan supinasi


telapak tangan tidak menggenggam
dirian seluas bahu
tubuh berkeadaan ekstensi

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 62


SKOP PERNYATAAN

Istilah Kedudukan

Superior: lebih dekat dengan


kepala (dalam bidang zoologi,
istilah sinonim adalah tengkorak)

Inferior: jauh dari kepala (dalam


bidang zoologi, istilah sinonim
adalah ekor)

Anterior: arah hadapan badan


(dalam bidang zoologi, istilah
sinonim adalah berkenaan dgn
perut)

Posterior: arah belakang badan


(dalam bidang zoologi, istilah
sinonim adalah punggung)

Medial: pada pertengahan badan

Lateral: dari garis tengah badan

Proximal: lebih dekat dengan


bahagian badan (contohnya,
lutut adalah proksimal ke buku
lali)

Distal: jauh dari bahagian badan


(contohnya, pergelangan tangan
adalah distal ke siku)
Rajah 21: Posisi Rujukan Anatomi Manusia

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 63


2. Pembahagian tubuh berdasarkan kepada satah sagital, satah frontal, dan satah
melintang.

1. Frontal

2. Melintang

3. Sagital

Rajah 22: Satah Anatomi Manusia Berdasarkan Posisi Rujukan Anatomi

3. Jenis-jenis pergerakan asas yang wujud pada satah sagital, satah frontal, dan satah
melintang.

a. Fleksi dan ekstensi adalah dua contoh pergerakan asas yang wujud pada
satah sagital.

Ekstensi
Fleksi

Fleksi

Ekstensi

Rajah 23: Pergerakan Fleksi dan Ekstensi

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 64


b. Abduksi dan adduksi adalah dua contoh
pergerakan asas yang wujud pada satah frontal.
Abduksi

Adduksi

Rajah 24: Pergerakan Abduksi dan Adduksi

c. Sirkumduksi adalah contoh pergerakan asas yang


wujud pada satah melintang.

Sirkumduksi

Rajah 25: Pergerakan Sirkumduksi

Rujukan: Marieb, E.N., & Hoehn, K.N. (2012). Human Anatomy & Physiology:
Benjamin-Cummings.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menyatakan pembahagian tubuh mengikut satah sagital, satah frontal, dan satah
melintang.
2. Melakukan amali pergerakan asas anggota badan berdasarkan satah sagital dan
frontal.
3. Menggunakan laman web untuk mendapatkan maklumat tentang deskripsi
pergerakan asas manusia.[Guna kata kunci movement and planes pada enjin
carian]

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 65


PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Kedudukan posisi rujukan anatomi.


2. Pembahagian tubuh berdasarkan satah sagital, satah frontal, dan satah melintang.
3. Pergerakan asas pada satah sagital, satah frontal, dan satah melintang.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Senarai semak tunjuk cara posisi rujukan anatomi manusia.


2. Senarai laman web untuk mendapatkan maklumat tentang deskripsi pergerakan
asas manusia.
3. Catatan pembahagian tubuh manusia berdasarkan satah sagital, frontal, dan
melintang.
4. Prosedur amali pergerakan asas manusia.
5. Senarai semak pergerakan asas berdasarkan satah pergerakan yang betul.
6. Gambar foto pergerakan asas aksi sukan semasa amali.

PRODUK MURID

1. Folio deskripsi pergerakan asas manusia.


2. Laporan amali.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyatakan posisi rujukan anatomi.


2. Berkeupayaan menyatakan pembahagian tubuh mengikut satah sagital, frontal, dan
melintang.
3. Label pergerakan asas berdasarkan satah pergerakan yang betul.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

1. Rubrik lembaran kerja.


2. Senarai semak.
3. Rubrik laporan amali.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 66


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

2 JENIS-JENIS GERAKAN

HURAIAN UNIT

Unit ini memerihal tentang jenis-jenis gerakan dan daya yang menghasilkan gerakan.

STANDARD KANDUNGAN

3.2 Pergerakan dalam sukan berdasarkan jenis gerakan.

STANDARD PEMBELAJARAN
3.2.1 Menerangkan ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum.
3.2.2 Menjelaskan ciri-ciri daya yang menghasilkan gerakan linear dan gerakan bersudut.
3.2.3 Mengenal pasti gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum dalam aksi
sukan.

SKOP PERNYATAAN

1. Ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum.

a. Gerakan linear
Pergerakan jasad daripada kedudukan
mula ke kedudukan akhir berlaku
dalam satu garis lurus, dengan
keadaan jasad tidak mengalami
perubahan bentuk.

Rajah 26: Contoh Gerakan Linear

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 67


b. Gerakan bersudut
Pergerakan jasad daripada kedudukan mula
ke kedudukan akhir melibatkan perubahan
sudut pada sendi.

Rajah 27: Contoh Gerakan Bersudut

c. Gerakan umum
Kombinasi gerakan linear dan gerakan
bersudut untuk menghasilkan satu gerakan
yang melibatkan ciri kedua-dua gerakan
tersebut.

Rajah 28: Contoh Gerakan Umum

Rujukan: Hall, S. J. (2012). Basic biomechanics (6th Ed): Prentice-Hall

2. Ciri-ciri daya

a. Daya sentrik
Daya yang bertindak pada titik pusat graviti. Tindakan daya ini menghasilkan
gerakan linear.

b. Daya esentrik
Daya yang bertindak di luar pusat graviti. Tindakan daya ini menghasilkan
gerakan bersudut.

3. Gerakan linear, gerakan bersudut dan gerakan umum dalam aksi sukan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 68


KEMAHIRAN DIPERLUKAN
1. Melayari laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan gerakan linear,
gerakan bersudut, dan gerakan umum. [Guna kata kunci linear motion, angular
Motion, dan general motion pada enjin carian].
2. Berbincang dalam kumpulan berkaitan ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik.
3. Menggunakan TMK untuk membuat deskripsi gerakan linear, gerakan bersudut,
dan gerakan umum dalam aksi sukan.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum.


2. Ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik.
3. Gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum dalam aksi sukan.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Jadual ciri-ciri gerakan linear, gerakan bersudut dan gerakan umum.


2. Jadual ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik dalam pergerakan.
3. Senarai laman web berkaitan gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan umum
dalam aksi sukan.

PRODUK MURID
1. Lembaran kerja.
2. Bahan pembentangan menggunakan TMK.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Keupayaan mengenal pasti ciri-ciri setiap jenis gerakan.


2. Keupayaan mengenal pasti ciri-ciri gerakan linear dan gerakan bersudut dalam satu
contoh gerakan umum.
3. Keupayaan memerihal ciri-ciri daya sentrik dan daya esentrik.
4. Ketepatan menyediakan contoh gerakan linear, gerakan bersudut, dan gerakan
umum berdasarkan aksi sukan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
1. Rubrik penilaian pembentangan contoh setiap gerakan.
2. Skema jawapan ujian bertulis.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 69


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

3 A S A S K I N E M AT I K G E R A K A N

HURAIAN UNIT
Unit ini memerihalkan corak pergerakan manusia dalam konteks ruang dan masa.

STANDARD KANDUNGAN

3.3 Corak pergerakan manusia dalam keadaan konteks ruang dan masa.

STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.1 Mentakrif kinematik dalam pergerakan.
3.3.2 Menjelaskan perkaitan antara sesaran, halaju, dan pecutan dalam pergerakan
manusia.
3.3.3 Mengukur halaju dan pecutan berdasarkan sesaran dan masa pergerakan.

SKOP PERNYATAAN
1. Definisi kinematik dalam pergerakan: Corak pergerakan manusia dalam konteks
ruang dan masa, tanpa melibatkan daya.

Rujukan: McGinnis, P.M. (2005). Biomechanics of sport and exercise (2nd Ed.):
Human Kinetics.

2. Konsep sesaran, halaju, dan pecutan dalam pergerakan manusia.

i. Sesaran ialah kuantiti vektor yang merujuk kepada perubahan kedudukan


dari posisi A ke posisi B, mengikut ukuran garis lurus yang terdekat. Nilai
sesaran boleh ditentu berdasarkan rumus:

s = vt (untuk sesaran linear sahaja)


di mana;
s ialah sesaran (meter);
v ialah halaju purata (meter/saat); dan
t ialah masa (saat)

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 70


SKOP PERNYATAAN

ii. Halaju ialah kuantiti vektor yang merujuk kepada perubahan sesaran
berdasarkan masa pergerakan. Rumus untuk menghitung nilai halaju linear
adalah seperti yang berikut:

v = s/t
di mana; v ialah halaju (m/s);
s ialah sesaran (m); dan
t ialah masa (s)

iii. Pecutan ialah kuantiti vektor yang merujuk kepada perubahan halaju
berdasarkan masa pergerakan. Rumus untuk menghitung nilai pecutan linear
adalah seperti yang berikut:

a=v-u
t
di mana; a ialah pecutan (ms-2);
u ialah halaju awal (ms-1);
v ialah halaju akhir (ms-1); dan
t ialah masa (saat)

3. Perkaitan antara sesaran, halaju, dan pecutan:

i. Apabila sesaran berubah dalam satu tempoh masa, halaju meningkat.


ii. Apabila halaju meningkat dalam satu tempoh masa, berlaku pecutan
(bersifat positif).
iii. Apabila halaju menurun dalam satu tempoh masa, berlaku lambatan (pecutan
yang bersifat negatif).
iv. Apabila halaju malar, pecutan adalah sifar.

Nota: Guru akan membincangkan dalam konteks pergerakan manusia.

4. Pengukuran sesaran, halaju, dan pecutan berdasarkan lari pecut 60 meter.


[Tugasan amali.]

Contoh penyelesaian: Masa berlari di jarak 20 meter pertama ialah 4 saat. Jadi,
halaju purata berlari ialah:
v = s/t, di mana (s) = 20 meter dan t = 4 saat;
maka, v = 20/4
= 5 ms-1

5. Nota berkaitan membuat jadual untuk merekod masa dan melakar graf dan
menganalisis graf (contoh graf lari pecut 60m)

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 71


KEMAHIRAN DIPERLUKAN
1. Menggunakan rumus: s = vt ; maka, v = s/t untuk mendapatkan nilai sesaran dan
halaju.
2. Menggunakan rumus: a = v u ; maka, v = u + at untuk mendapatkan nilai
t
pecutan, halaju awal dan halaju akhir.
3. Menggunakan automatic timing device / infrared timer / electronic timing device /
untuk merekod masa dalam aktiviti amali.
4. Atau menggunakan stop watch (jam randik) dengan ketepatan pada 1/100 saat
untuk merekod masa dalam aktiviti amali.
5. Mengendalikan Amali Lari Pecut 60 meter.
6. Membuat jadual untuk merekod masa di setiap segmen 10 meter untuk lari pecut
pada 60 meter.
7. Melakar dan menganalisis graf lari pecut 60 meter.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Takrif kinematik dalam pergerakan.


2. Konsep sesaran, halaju, dan pecutan.
3. Perkaitan di antara sesaran, halaju, dan pecutan.
4. Penggunaan rumus untuk mendapatkan nilai sesaran, nilai halaju, dan nilai pecutan
dalam pergerakan.

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Nota berkaitan sesaran, halaju, dan pecutan dalam pergerakan.


2. Catatan penggunaan rumus semasa menghitung halaju dan pecutan.
3. Senarai semak prosedur amali.
4. Jadual catatan masa.

PRODUK MURID
1. Graf prestasi lari pecut 60 meter setiap murid.
2. Laporan amali.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 72


KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Penglibatan dalam tugasan berkumpulan.


2. Kebolehan mengaplikasi rumus yang tepat.
3. Kebolehan menyediakan laporan amali yang sistematik.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

1. Rubrik penilaian laporan amali.


2. Skema jawapan kuiz yang melibatkan penentuan nilai sesaran, halaju, dan pecutan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 73


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

4 ASAS KINETIK PERGER AKAN

HURAIAN UNIT
Unit ini memerihal konsep penghasilan daya dan tork pada sendi manusia untuk
pergerakan.
STANDARD KANDUNGAN

3.4 Penghasilan daya dan tork pada sendi manusia untuk pergerakan

STANDARD PEMBELAJARAN

3.4.1 Mentakrif kinetik dalam pergerakan.


3.4.2 Menjelaskan daya dan tork (torque) dalam pergerakan.
3.4.3 Mengenal pasti komponen tuas dan kelas tuas dalam sistem rangka manusia.
3.4.4 Menerangkan kelebihan dan kekurangan mekanikal pada sistem tuas dalam
aksi sukan.

SKOP PERNYATAAN
1. Takrif kinetik dalam pergerakan
Penghasilan corak pergerakan yang dipengaruhi oleh daya luaran.

Contoh: mekanik berlari yang berbeza di antara berlari pecut yang memakai
spike dengan memakai kasut sukan adalah dipengaruhi oleh daya geseran.

2. Daya dan tork (torque)


Daya adalah paduan antara jisim dengan pecutan (F=ma).
Tork adalah daya yang terhasil dalam pergerakan bersudut.
Tork bergantung kepada 3 pemboleh ubah:
i. jumlah daya;
ii. sudut daya; dan
iii. panjang lengan tuas

3. Komponen tuas terdiri daripada fulkrum, daya, dan beban.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 74


SKOP PERNYATAAN

4. Tuas Kelas Pertama, Tuas Kelas Kedua, dan Tuas Kelas Ketiga ditentukan oleh
komponen tuas yang berada di tengah.

5. Kelebihan dan kekurangan mekanikal sistem tuas dalam aksi sukan.

a. Kelebihan mekanikal sistem tuas akan membolehkan lebih banyak kerja


dibuat dengan penghasilan daya yang sedikit.
b. Kekurangan mekanikal sistem tuas akan memerlukan lebih banyak daya
untuk melakukan kerja yang sama tetapi akan menghasilkan kelajuan
pergerakan yang berganda.
Rujukan: McGinnis, P.M. (2005). Biomechanics of sport and exercise (2nd Ed):
Human Kinetics.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Berkeupayaan mentakrif kinetik dalam pergerakan.


2. Mendapatkan maklumat daya dan tork dengan menggunakan laman web.
3. Berkeupayaan mengenal pasti komponen-komponen tuas dan kelas tuas serta
menggunakan laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan sistem
tuas anatomi manusia.

4. Berkeupayaan menerangkan kelebihan dan kekurangan mekanikal pada sistem


tuas dan memberi contoh penggunaan tuas dalam aksi sukan.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Kinetik dalam pergerakan manusia.


2. Daya dan tork (torque).
3. Komponen tuas dan kelas tuas.
4. Kelebihan dan kekurangan penggunaan sistem tuas dalam aksi sukan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 75


PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Nota kinetik dalam pergerakan.


2. Senarai laman web berkaitan daya, tork, komponen-komponen tuas, dan kelas tuas.
3. Gambar aksi sukan berdasarkan kelas tuas.

PRODUK MURID

1. Folio berkaitan daya, tork, komponen tuas, dan kelas tuas.


2. Jawapan bertulis dalam bentuk lembaran kerja berkaitan kelas tuas.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyatakan kedudukan komponen-komponen tuas berdasarkan


aksi sukan yang dipilih.
2. Berkeupayaan mengumpulkan maklumat untuk menghasilkan folio yang berkaitan
daya, tork, komponen tuas, dan kelas tuas.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
1. Rubrik penilaian folio.
2. Rubrik lembaran kerja.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 76


PENGENALAN SAINS
BIDANG 3 PERGERAKAN

5 HUKUM NEWTON

HURAIAN UNIT

Unit ini memerihal tentang Hukum Newton yang terlibat dalam pergerakan manusia.

STANDARD KANDUNGAN

3.5 Hukum Newton dalam pergerakan sukan.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.5.1 Menerangkan Hukum Newton Pertama (Hukum Inersia dalam pergerakan sukan).
3.5.2 Menerangkan Hukum Newton Kedua (Hukum Pecutan dalam pergerakan sukan).
3.5.3 Menerangkan Hukum Newton Ketiga (Hukum Reaksi dalam pergerakan sukan).

SKOP PERNYATAAN

1. Hukum Newton Pertama (Hukum Inersia)


Jasad yang pegun akan kekal pegun dan yang bergerak akan kekal bergerak
sehingga terdapat daya yang bertindak ke atas jasad tersebut.

a. Perkaitan Hukum Newton Pertama dengan pergerakan sukan


Inersia berkadar terus dengan jisim. Jika jisim tinggi, inersia tinggi, maka
daya yang lebih akan diperlukan untuk mengubah kedudukan asal jisim
berkenaan. Maksudnya, jika jisim yang pegun adalah besar, magnitud daya
yang besar diperlukan untuk menggerakkan jisim tersebut, dan sebaliknya.

b. Contoh aplikasi dalam sukan:


Atlet sumo perlu bertubuh besar supaya mempunyai inersia yang lebih
tinggi. Ini menyebabkan pihak lawan memerlukan daya yang lebih
tinggi untuk menolaknya keluar dari bulatan pertandingan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 77


SKOP PERNYATAAN

c. Atlet gimnastik perlu bertubuh kecil supaya mempunyai inersia yang lebih
rendah. Ini membolehkan atlet gimnastik menggunakan daya yang rendah
untuk memudahkan menukar arah dalam pergerakan.

2. Hukum Newton Kedua (Hukum Pecutan)


Daya adalah berkadar terus dengan pecutan yang dipengaruhi oleh daya graviti.

F = ma

di mana;

F ialah daya (N);


a ialah pecutan (ms-2); dan
m ialah jisim (kg).

a. Perkaitan Hukum Newton Kedua dengan pergerakan sukan


Halaju berubah hanya apabila jasad bergerak dengan penambahan daya.
Pecutan adalah berkadar terus dengan daya.

b. Contoh aplikasi dalam sukan


Jika pemain sofbol memukul bola dengan daya dua kali ganda, maka
pecutan bola akan meningkat dua kali ganda.

3. Hukum Newton Ketiga (Hukum Reaksi)


Bagi setiap tindakan daya, akan wujud satu daya tindakan yang sama
magnitud tetapi berlawanan dari segi arah tindakan.

a. Perkaitan Hukum Newton Ketiga dengan pergerakan sukan


Penghasilan daya ke atas sesuatu akan menghasilkan daya yang
bertentangan yang sama dengan daya yang dikenakan.

b. Contoh aplikasi dalam sukan

Seorang perenang melakukan aksi kaki menolak ke dinding kolam semasa


Melakukan palingan (turn). Tolakan ke dinding akan menghasilkan daya
reaksi dengan magnitud yang sama dan pada arah yang bertentangan dan
membolehkan perenang meluncur ke hadapan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 78


KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Berbincang tentang ketiga-tiga Hukum Newton.


2. Bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah mengenai perkaitan
antara Hukum Newton dengan pergerakan sukan dan melayari laman web bagi
mencari maklumat.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Hukum Newton Pertama dalam pergerakan sukan (Hukum Inersia).


2. Hukum Newton Kedua dalam pergerakan sukan (Hukum Pecutan).
3. Hukum Newton Ketiga dalam pergerakan sukan (Hukum Reaksi).

PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan penerangan ketiga-tiga Hukum Newton.


2. Senarai laman web untuk mendapat maklumat tentang perkaitan antara Hukum
Newton dengan pergerakan sukan.

PRODUK MURID
Hasil pembentangan Hukum Newton dengan pergerakan sukan.

KRITERIA PENTAKSIRAN

Berkeupayaan menerangkan Hukum Newton Pertama, Hukum Newton Kedua, dan


Hukum Newton Ketiga dalam pergerakan sukan dengan tepat.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
1. Soalan lisan
2. Rubrik lembaran kerja
3. Rubrik penilaian pembentangan

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 79


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

6 S TA B I L I T I

HURAIAN UNIT
Unit ini memerihal tentang konsep stabiliti dalam pergerakan manusia.

STANDARD KANDUNGAN

3.6 Stabiliti dalam pergerakan manusia.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.6.1 Mentakrif stabiliti dalam pergerakan.


3.6.2 Menjelaskan pengaruh pusat graviti, garis graviti, luas tapak sokongan, taburan
jisim, dan geseran pada permukaan terhadap stabiliti dalam pergerakan.

SKOP PERNYATAAN

1. Takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia.

Stabiliti ialah keseimbangan yang dicapai apabila jumlah interaksi semua daya ke
atas jasad adalah sifar.

Apabila sesuatu jasad memperoleh kestabilan, jasad tersebut mencapai


keseimbangan (equilibrium).

Stabiliti adalah kemampuan tubuh untuk mengekalkan equilibrium secara statik dan
dinamik ketika berada pada pelbagai posisi (Delito, 2003).

Keseimbangan statik adalah kemampuan untuk mengekalkan keseimbangan tubuh


dimana pusat graviti tidak berubah contohnya berdiri dengan sebelah kaki dan
menggunakan papan imbangan.

Keseimbangan dinamik adalah kemampuan untuk mengekalkan imbangan tubuh


dimana pusat graviti selalu berubah contohnya semasa berjalan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 80


SKOP PERNYATAAN

2. Konsep pusat graviti, garis graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim.
Pusat graviti ialah titik tengah tindakan daya ke atas jasad.
Garis graviti ialah garis tindakan daya ke atas jasad.
Luas tapak sokongan ialah kawasan dalam garis yang menghubungkan perimeter
luar setiap titik sokongan.

Rajah 29: Konsep Pusat Graviti, Garis Graviti, Luas Tapak Sokongan,
dan Taburan Jisim.

Taburan jisim merujuk kepada perubahan bentuk badan yang mempengaruhi


kaedah tindakan daya ke atas tubuh (nilai jisim tetap sama tetapi kedudukan
pusat graviti yang berubah).

I = m.r

I = inersia momen
m = jisim tubuh
r = radius (jarak titik graviti ke bahagian paling hujung tubuh).

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 81


SKOP PERNYATAAN
3. Pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim ke
atas stabiliti.

Pusat graviti merupakan titik graviti yang terdapat pada semua benda hidup
dan mati. Titik pusat graviti terdapat pada titik tengan jasad atau objek
tersebut. Fungsi pusat graviti adalah untuk mendistribusikan jisim (taburan
jisim) sesuatu jasad atau objek secara merata. Taburan jisim akan berubah
apabila berlaku perubahan postur badan kerana titik pusat graviti juga turut
berubah. Ini memberi kesan keatas kestabilan sesuatu jasad atau objek.

Ketinggian, luas tapak sokongan, kedudukan garis graviti, dan berat badan
merupakan faktor pusat graviti yang mempengaruhi kestabilan.

Pengaruh garis graviti, pusat graviti dan luas tapak sokongan dengan
kestabilan adalah seperti;
a. Semakin luas tapak sokongan semakin tinggi stabiliti contohnya jika
berdiri dengan kedua belah kaki akan lebih stabil berbanding berdiri
dengan sebelah kaki.
b. Semakin dekat tapak sokongan dengan pusat graviti semakin tinggi
stabiliti.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menerangkan takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia.


2. Berbincang tentang prinsip stabiliti yang melibatkan pusat graviti, garisan graviti,
luas tapak sokongan dan taburan jisim.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Takrif stabiliti.
2. Pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan jisim
ke atas stabiliti terhadap aksi sukan.
3. Kedudukan pusat graviti pada jasad.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 82


PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan penerangan takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia.


2. Catatan pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan taburan
jisim ke atas stabiliti.

PRODUK MURID

1. Nota berkaitan penerangan takrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia.


2. Peta minda pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak sokongan dan
taburan jisim ke atas stabiliti.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkebolehan mentakrif stabiliti dalam pergerakan asas manusia.


2. Berkebolehan menjelaskan pengaruh pusat graviti, garisan graviti, luas tapak
sokongan dan taburan jisim ke atas stabiliti.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

1. Rubrik kompilasi nota stabiliti dalam pergerakan asas manusia.


2. Rubrik peta minda.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 83


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

ASAS KEMAHIRAN MOTOR


7
MANUSIA
HURAIAN UNIT

Unit ini memerihal tentang asas pergerakan manusia yang melibatkan kemahiran motor
dan lakuan motor.

STANDARD KANDUNGAN

3.7 Konsep asas kemahiran motor manusia.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.7.1 Mentakrif kemahiran motor.

3.7.2 Menerangkan ciri-ciri lakuan motor involuntari dan lakuan motor voluntari.

3.7.3 Menjelaskan mekanisme penghasilan lakuan motor involuntari dan lakuan motor
voluntari.

3.7.4 Menyatakan perbezaaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder.

3.7.5 Menerangkan tiga kriteria pengkelasan kemahiran motor.

3.7.6 Menyatakan fungsi visual, vestibular, dan somatosensori dalam kemahiran motor.

3.7.7 Menunjuk cara dominan visual dalam pelakuan motor diskrit.

3.7.8 Menunjuk cara peranan visual, vestibular, dan sistem somatosensori dalam
mengawal postur.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 84


SKOP PERNYATAAN
1. Takrifan kemahiran motor.
Penghasilan sesuatu lakuan motor dengan kaedah yang efisien dan prestasi yang
konsisten.

2. Ciri-ciri lakuan involuntari dan voluntari.


Jadual 16: Ciri-Ciri Lakuan Involuntari dan Voluntari.
Ciri-ciri Involuntari Voluntari
Penghasilan respon Penghasilan respon
Pengaruh rangsangan dicetuskan daripada satu dicetuskan daripada
jenis rangsangan pelbagai jenis rangsangan
Kualiti lakuan Bersifat stereotaip Pelbagai
Penglibatan saraf pusat Saraf tunjang sahaja Otak dan saraf tunjang

3. Mekanisme lakuan involuntari dan voluntari.


(Mekanisme voluntari)
Reseptor menerima rangsangan
di peringkat periferi Semua impuls sensori dari saraf tunjang
dihantar ke talamus

Neuron sensori menukar rangsangan


kepada bentuk impuls sensori Talamus menyalurkan impuls sensori ke
korteks serebral di otak

Impuls sensori dihantar ke saraf tunjang


menerusi proses sinaptik Proses integrasi sensori dan motor
berlaku di otak

(Mekanisme involuntari)
Impuls sensori bertukar menjadi impuls
Neuron sensori bersinaps dengan neuron motor
motor di saraf tunjang

Impuls sensori bertukar menjadi impuls Impuls motor dihantar ke efektor melalui
motor saraf tunjang

Impuls motor dihantar ke efektor


LAKUAN TERHASIL

Rajah 31: Carta Alir Mekanisme Lakuan Involuntari dan Voluntari.

Rujukan: Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin Abdullah. (2011).
Sains Sukan Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 85


SKOP PERNYATAAN

4. Perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder adalah seperti


dalam Jadual 17.

Jadual 17: Perbezaan Ciri-Ciri Kemahiran Generik dan Kemahiran Sekunder

Perbezaan Ciri-Ciri Kemahiran Generik dan Kemahiran Sekunder


Wujud dalam kod genetik Berkembang secara semula
Generik
(DNA) jadi
Diperoleh melalui proses Penguasaan memerlukan
Sekunder
pembelajaran proses latihan

5. Kriteria pengkelasan kemahiran motor seperti dalam Jadual 18.

Jadual 18: Kriteria Pengkelasan Kemahiran Motor

Kriteria Pengkelasan Kelas Kemahiran


kemahiran motor kasar
Ketepatan lakuan
kemahiran motor halus
kemahiran diskrit
Permulaan dan pengakhiran lakuan kemahiran selanjar
kemahiran siri
kemahiran luar kawal
Rangsangan persekitaran
kemahiran terkawal

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 86


SKOP PERNYATAAN

6. Fungsi sistem visual (sistem ambien dan sistem fokal), vestibular, dan
somatosensori

Jadual 19: Fungsi Sistem Visual (Sistem Ambien Dan Sistem Fokal), Vestibular, dan
Somatosensori Dalam Kemahiran Motor.
Sistem Biologi Fungsi
Sistem visual- sistem ambien Mengekalkan keseimbangan
Sistem visual- sistem fokal Pemfokusan dan diskriminasi imej
Sistem vestibular Pengawalan equilibrium jasad
Sistem somatosensori Proses maklumat mengenai orientasi jasad

7. Peranan maklumat visual dan somatosensori dalam menghasilkan lakuan motor.

Maklumat visual berfokus kepada konsep dominan visual dalam penghasilan


sesuatu pergerakan.
Maklumat somatosensori berfokus kepada peranan maklumat kinestatik dalam
penghasilan sesuatu pergerakan.

8. Peranan sistem visual dan vestibular dalam pergerakan.

Sistem visual ambien dan sistem visual fokal serta sistem vestibular adalah penting
untuk membolehkan kawalan postur semasa pergerakan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 87


KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Menerangkan secara lisan takrifan kemahiran motor.


2. Menggunakan laman web bagi mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri
lakuan motor involuntari dan voluntari serta mekanisme penghasilan lakuan motor
involuntari dan voluntari.
3. Membincangkan perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran
sekunder.
4. Menerangkan secara lisan tiga kriteria pengkelasan kemahiran motor.
5. Membincangkan perbezaan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan
lakuan.
6. Berbincang bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan perbezaan kelas
kemahiran motor berdasarkan kriteria permulaan dan pengakhiran lakuan.
7. Berbincang bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan perbezaan kelas
kemahiran motor berdasarkan kriteria rangsangan persekitaran.
8. Menerangkan secara lisan fungsi sistem visual, sistem vestibular, dan sistem
somatosensori dalam kemahiran motor.
9. Bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah secara amali dominan
visual dalam pelakuan motor diskrit di samping melahirkan nilai kesyukuran
kurniaan tuhan terhadapnya.
10. Bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah secara amali tentang
peranan sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam
mengawal postur di samping melahirkan nilai kesyukuran kurniaan tuhan
terhadapnya.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Takrifan kemahiran motor.


2. Ciri-ciri lakuan involuntari dan voluntari.
3. Mekanisme lakuan involuntari dan voluntari.
4. Ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder.
5. Tiga kriteria pengkelasan kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan lakuan,
permulaan dan pengakhiran lakuan, serta rangsangan persekitaran.
6. Fungsi sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam kemahiran
motor.
7. Peranan maklumat visual dan somatosensori dalam menghasilkan lakuan motor.
8. Peranan sistem visual dan sistem vestibular dalam pergerakan.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 88


PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan takrifan kemahiran motor.


2. Senarai laman web untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri lakuan
motor involuntari dan voluntari serta mekanisme penghasilannya.
3. Jadual perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dan kemahiran sekunder
4. Jadual perbezaan kelas kemahiran motor berdasarkan kriteria ketepatan lakuan,
kriteria permulaan dan pengakhiran lakuan dan kriteria rangsangan persekitaran.
5. Prosedur kerja amali dominan visual dalam pelakuan motor diskrit dan peranan
sistem visual, sistem vestibular, dan sistem somatosensori dalam mengawal
postur.

PRODUK MURID
1. Folio ciri-ciri lakuan motor involuntari, voluntari serta mekanismenya dan
pengkelasan kemahiran motor berdasarkan tiga kriteria.
2. Laporan amali.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkebolehan mentakrif kemahiran motor.


2. Berkebolehan menerangkan ciri-ciri lakuan motor involuntari dan voluntari serta
mekanisme .
3. Berkebolehan menerangkan perbezaan ciri-ciri kemahiran generik dengan
kemahiran sekunder.
4. Berkebolehan mengenal pasti ciri-ciri pengkelasan kemahiran motor berdasarkan
tiga kriteria.
5. Berkebolehan menyatakan peranan maklumat visual dan somatosensori dalam
menghasilkan lakuan motor.
6. Berkebolehan melakukan kerja amali yang melibatkan peranan sistem visual dan
sistem vestibular dan sistem somatosensori dalam mengawal postur pergerakan.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
1. Rubrik folio.
2. Rubrik laporan amali.
3. Senarai semak.
4. Rubrik penilaian pembentangan.

Rujukan: Magill, R.A., (2011). Motor Learning and Control. New York: MacGraw-Hill.
McGinnis, P.M., (2005). Biomechanics of Sports and Exercise 2nd Edition.
Champaign, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R.A.,& Lee, T.D., (2005). Motor Control and Learning. Champaign,
IL: Human Kinetics.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 89


PENGENALAN
BIDANG 3 SAINS PERGERAKAN

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
8
MOTOR
HURAIAN UNIT

Unit ini memerihal proses pembelajaran kemahiran motor manusia.

STANDARD KANDUNGAN

3.8 Pembelajaran kemahiran motor dalam sukan.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.8.1 Menerangkan tahap kognitif, tahap gabungan, dan tahap autonomi dalam
pembelajaran kemahiran motor.

3.8.2 Menerangkan perbezaan antara praktis spesifik dengan praktis variasi.

3.8.3 Menilai kesan praktis spesifik dan praktis variasi terhadap pemerolehan kemahiran
motor.

SKOP PERNYATAAN

1. Tahap pembelajaran kemahiran motor yang terdiri daripada Tahap Kognitif, Tahap
Gabungan, dan Tahap Autonomi (Fitts & Posner, 1957).
Tahap Kognitif peringkat mempelajari kemahiran asas.
Tahap Gabungan peringkat mengaplikasi pelbagai gabungan kemahiran
asas untuk disesuaikan dengan keperluan situasi.
Tahap Autonomi peringkat penguasaan kemahiran yang menyeluruh.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 90


SKOP PERNYATAAN

2. Praktis spesifik dan praktis variasi.


Praktis spesifik kaedah praktis yang berfokus kepada satu aspek yang khusus
dalam sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, jika praktis tendangan percuma
untuk jaringkan gol (set piece), pelatih melakukan jenis tendangan yang sama
daripada kedudukan yang sama di sepanjang sesi praktis.

Praktis variasi kaedah praktis yang berfokus kepada kepelbagaian aspek


dalam sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, jika praktis tendangan percuma
untuk jaringkan gol (set piece), pelatih melakukan pelbagai jenis tendangan
(jauh, dekat, melencung dsb.) daripada pelbagai jenis kedudukan (sudut yang
berbeza berdasarkan tiang gol) di sepanjang sesi praktis.

3. Keberkesanan kaedah-kaedah praktis dipengaruhi oleh faktor:


a. Tahap kemahiran pelatih.
b. Objektif sesi praktis.
c. Jenis pemboleh ubah yang dipelbagaikan.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

1. Berbincang dalam kumpulan berkaitan tahap pembelajaran kemahiran motor yang


terdiri daripada Tahap Kognitif, Tahap Gabungan dan Tahap Autonomi
(Fitts & Posner, 1957).
2. Menerangkan perbezaan antara ciri-ciri praktis spesifik dengan praktis variasi.
3. Bekerjasama dalam kumpulan merancang dan melakukan amali kesan praktis
spesifik dan praktis variasi.

PENGETAHUAN DIPERLUKAN

1. Tahap pembelajaran kemahiran motor yang terdiri daripada Tahap Kognitif, Tahap
Gabungan, dan Tahap Autonomi (Fitts & Posner, 1957).

2. Ciri-ciri praktis spesifik dan praktis variasi.

3. Perbezaan antara kesan praktis spesifik dengan praktis variasi.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 91


PANDUAN HASIL KERJA MURID

1. Catatan perbincangan tahap pembelajaran kemahiran motor yang terdiri daripada


Tahap Kognitif, Tahap Gabungan dan Tahap Autonomi (Fitts & Posner, 1957).
2. Catatan perbezaan antara praktis spesifik dengan praktis variasi.
3. Prosedur amali kesan praktis spesifik dengan praktis variasi.

PRODUK MURID

1. Hasil pembentangan penilaian tentang faktor-faktor yang membezakan antara


kesan praktis spesifik dengan praktis variasi.
2. Laporan amali dalam bentuk video.
3. Koleksi peta minda yang mengandungi:
a. Tahap pembelajaran kemahiran motor yang terdiri daripada Tahap Kognitif,
Tahap Gabungan, dan Tahap Autonomi (Fitts & Posner, 1957).
b. Praktis spesifik dengan praktis variasi.

KRITERIA PENTAKSIRAN

1. Berkeupayaan menyatakan secara lisan dan bertulis tahap pembelajaran


kemahiran motor yang terdiri daripada Tahap Kognitif, Tahap Gabungan,
dan Tahap Autonomi (Fitts & Posner, 1957).
2. Berkeupayaan menyatakan secara lisan dan bertulis perbezaan antara praktis
spesifik dengan praktis variasi.
3. Berkeupayaan membuat rumusan praktis yang berkesan berdasarkan amali.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

1. Lembaran kerja.
2. Laporan amali.
3. Rubrik penilaian kompilasi peta minda.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 92


BIBLIOGRAFI

Frederic H. Martin,(2006). Fundamental of Anatomy & Physiology, 7th ed. Pearson


Benjamin Cummings.

Gerard J. Tortora (2012), Principles of Anatomy & Physiology Figure 19-1a : John
Wiley & Sons Publishing Company Inc., California.

Kenneth S. Saladin (2007). Anatomy & Physiology. Mc Graw Hill.

Magill, R.A., (2011). Motor Learning and Control. New York: MacGraw-Hill.

Marieb N.M. (2011), Essentials of Human Anatomy and Physiology, 10th ed, Cummings.

Marieb, E.N., & Hoehn, K.N. (2012). Human Anatomy & Physiology: Benjamin
Publishing Company Inc., California.

Martin.F.H, Nath, J.L., Bartholomew, E.F. (2011) Fundamentals of Anatomy &


Physiology, 9th Ed. Pearson - Benjamin Cummings.

McGinnis, P.M., (2005). Biomechanics of Sports and Exercise 2nd Edition. Champaign,
IL: Human Kinetics.

Mohd Khairi Zawi., Salleh Mohamed Shah & Borhannudin Abdullah. (2011). Sains Sukan
Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Schmidt, R.A., & Wrisberg, C.A.,(2000). Motor Learning and Performance 2nd Edition.
Champaign, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R.A.,& Lee, T.D., (2005). Motor Control and Learning. Champaign, IL: Human
Kinetics.

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 93


PENGHARGAAN

Penasihat
Dr. Sariah binti Abd. Jalil Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Penasihat Editor
En. Mohamed Salim bin Taufix Rashidi Ketua Sektor
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Editor
Cik Kamariah binti Mohd Yassin Ketua Unit
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Bahagian Pembangunan Kurikulum

Bidang Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan


En. Mohd Shaili bin Sukor Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Pn. Talizah binti Tahir SMK Sungai Udang, Melaka
En. Abdul Halim bin Ibrahim SMK Datuk Hj. Abdul Kadir, Pulau Pinang
En. Hanizam bin Haron SMK Durian Tunggal, Melaka

Bidang Fungsi Sistem Tubuh dalam Pergerakan


Dr. Mohd Nidzam bin Mat Jawis Universiti Sains Malaysia, Kelantan
Dr. Denise Koh Choon Lian Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
En. Ahmad Shaker bin Abd Majeed SMK Ayer Hangat, Kedah
En. Wan Adzlean Shah bin W.Abdullah SMK Putera, Kelantan
En. Roslan bin Ismail SMK St.John, Kuala Lumpur
Cik Ummi Natrah binti Abd Rahman SMK Tapah, Perak

Bidang Pengenalan Sains Pergerakan


Prof. Madya Dr Mohd Khairi bin Zawi Ketua Eksekutif Institut Sukan Negara Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
En. Dzulhawira bin Khalid SMK Syed Hassan, Perlis
En. Azman bin Abd Razak SMK Guar Perahu, Pulau Pinang

Grafik dan Ilustrator


En. Ahmad Shaker bin Abd Majeed SMK Ayer Hangat, Kedah
En. Mohammed Sharir bin Talib SMK USJ 13, Selangor

PANDUAN PENGAJARAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 94


94