Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bidang pendidikan adalah merupakan salah satu faktor utama kejayaan sesebuah negara yang
ingin mencapai status negara maju dan moden. Oleh itu, tahap pendidikan rakyat sangatlah
penting tanpa mengira usia tua mahupun muda. Pendidikan yang baik adalah pendidikan
yang berbentuk ilmiah dan akademik serta perkara asas yang lain kepada diri setiap rakyat.
Pendidikan yang berkualiti tinggi akan melahirkan generasi modal insan yang mempunyai
kemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah yang mulia. Dengan pendidikan yang tinggi ini,
rakyat mampu berfikir secara kreatif, inovatif, dan kritis dalam perkara perkara yang
dilakukan. Bagi meningkatkan lagi kejayaan dalam pendidikan, setiap rakyat juga haruslah
mempunyai kemahiran kemahiran tertentu dalam bidang yang mereka ceburi agar dapat
memaksimumkan hasil pengeluaran mereka atau lebih dikenali sebagai output.

Pada era globalisasi kini yang semakin pesat membangun terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat, kerajaan haruslah melaksanakan inisiatif dan galakkan kepada rakyat
agar mempelajari cara penggunaan teknologi ini. Hal ini juga adalah bertujuan untuk
mengelakkan rakyat sesebuah negara itu ketinggalan dalam menjalani arus globalisasi masa
kini. Teknologi masa kini sangatlah penting terutamanya dalam bidang pendidikan sesebuah
negara. Teknologi yang canggih membolehkan rakyat mengakses maklumat dengan mudah
dan cepat. Hal ini sudah pasti dapat meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan rakyat kerana
mereka dapat merujuk maklumat yang tanpa had dengan menggunakan teknologi.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa bidang pendidikan memainkan peranan penting dalam
kejayaan sesebuah negara namun faktor faktor penting yang lain juga harus tidak diabaikan
oleh setiap rakyat. Faktor faktor seperti disiplin diri , sahsiah diri, sivik dan moral, serta
yang paling penting iaitu agama juga boleh menjadi faktor kejayaan sesebuah negara. Bidang
pendidikan dan faktor faktor ini haruslah dikembangkan secara seimbang dalam diri setiap
rakyat agar dapat melahirkan generasi yang mantap yang seterusnya membantu negara
mencapai kejayaan.

Sekian.
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Saya setuju dengan pandangan saudara bahawa dengan masyarakat yang berpendidikan dapat
meningkatkan mutu kualiti sesebuah negara. Namun demikian saya juga ingin menambah
sedikit iaitu pada pandangan saya perkara - perkara asas yang lain seperti sahsiah diri,
disiplin, moral dan sivik, serta yang paling utama iaitu agama. Seseorang itu akan lebih
berpotensi tinggi untuk berjaya jika bidang pendidikannya berkembang dan bergerak seiring
dengan perkara - perkara asas ini. Selain itu, rakyat juga haruslah bijak dan peka terhadap
perkembangan teknologi masa kini agar tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa kini
yang kian berkembang hari demi hari. Dengan adanya juga teknologi masa kini lebih banyak
memudahkan rakyat mendapatkan pendidikan secara maya. Teknologi kini telah berjaya
menghapuskan batas pendidikan di mana pada masa dahulu pendidikan hanya biasanya
didapati di dalam bilik darjah. Rakyat kini boleh mengakses maklumat di mana sahaja dengan
menggunakan teknologi dalam talian ataupun yang lebih dikenali sebagai internet.
Sememangnya faktor kejayaan sesebuah negara banyak bergantung kepada rakyatnya yang
berpendidikan dan mempunyai sifat - sifat mulia yang mantap.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai