Anda di halaman 1dari 1

Ketidakharmonian Antara Kaum

Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam
keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan
antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.
Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang
terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.
Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana
kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran
teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar
negara.
Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan.
Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting
dalam penjanaan ekonomi negara.

Mengancam Keselamatan Negara


Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara
langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya
mampu menggugat keselamatan negara.
Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak
langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin
keselamatan sesebuah negara.
Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga
dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang
untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.

Menjejaskan Imej Negara


Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global.
Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali
untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.
Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan
kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar
untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara
lain.
Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol
kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan
disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain.
Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud
lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.

Read more at http://www.mstar.com.my/kolumnis/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-


perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan/#jcp7feMH6VMduZEW.99

Anda mungkin juga menyukai