Anda di halaman 1dari 42

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH DAN

ASRAMA SEKOLAH MENENGAH


KEBANGSAAN BELAGA
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2001:
Pemantapan Pengurusan Di Sekolah

PERKARA 1 : NAMA
Peraturan ini dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Sekolah dan Peraturan
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga yang selepas ini disebut sebagai
Peraturan Sekolah dan Peraturan Asrama.

PERKARA 2 : TUJUAN
Peraturan ini bertujuan untuk mewujudkan murid yang berdisiplin tinggi,
bertanggungjawab dan bersyukur. Dengan disiplin yang tinggi, seseorang murid
dapat menentukan kejayaan mereka dan ibu bapa mereka, bertanggungjawab
terhadap masa hadapan mereka, bersyukur kepada pihak-pihak yang membantu
mereka berjaya seperti ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya, masyarakat dan
negara.

PERKARA 3 : TARIKH KUATKUASA


Peraturan ini dikuatkuasakan pada 01 Januari 2016.

PERKARA 4 : PEMAKAIANNYA
Peraturan ini terpakai kepada semua pelajar yang berdaftar sebagai pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga, Belaga sahaja.

PERKARA 5 : ISTILAH
5.1 "Sekolah" bermaksud Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga.
5.2 "Murid" bermaksud semua murid yang sedang belajar di sekolah.
5.3 "Ketua Darjah/Kelas" bermaksud seorang murid yang dilantik dan
ditugaskan untuk membantu Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran.
5.4 "Pengawas" bermaksud murid-murid yang dilantik oleh Pengetua dan
ditugaskan untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan sekolah.
5.5 "Guru" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang sedang mengajar
di sekolah.
5.6 "Guru Mata Pelajaran" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk
mengajar sesuatu mata pelajaran.
5.7 "Warden" bermaksud guru yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan
Sarawak untuk menjalankan tugas warden.

1
5.8 "Guru Tingkatan" bermaksud guru yang dilantik oleh Pengetua dan
bertanggungjawab terhadap murid dan premis sesuatu kelas.
5.9 "Guru Kanan" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk menjalankan tugas
sesuatu bidang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
5.10 "Penolong Kanan" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk menjalankan tugas
sesuatu bidang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
5.11 "Pengetua" bermaksud seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk mengurus dan
mentadbir sesebuah sekolah.
5.12 "Program Akademik" bermaksud semua program yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan
sekolah [termasuk mana-mana agensi yang dibenarkan oleh pihak Jabatan
Pendidikan dan sekolah] yang bertujuan membangun potensi seseorang
murid sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.13 "Program Bukan Akademik" bermaksud semua program yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Sarawak dan
sekolah [termasuk mana-mana agensi yang dipersetujui oleh pihak
Jabatan Pendidikan dan sekolah] yang bertujuan membangun sahsiah dan
fizikal murid sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.14 "Kawasan Larangan" bermaksud semua premis dan kawasan sekolah yang
telah ditetapkan [sebagai "Kawasan Larangan] oleh pentadbiran sekolah.
5.15 "Barang-barang Larangan" bermaksud apa-apa sahaja barang yang dapat
mendatangkan kemudaratan kepada warga sekolah.
5.16 "Sikap" bermaksud penampilan, tutur kata dan kelakuan seseorang murid.
5.17 Jawatankuasa Disiplin" bermaksud sebuah jawatankuasa yang dibentuk
untuk merunding dan memutuskan tindakan terhadap sesuatu
pelanggaran disiplin merunding dan memutuskan tindakan terhadap
sesuatu pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid.
5.18 "Jenayah" bermaksud semua salah laku yang melanggar Kanun Acara
Jenayah, Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Merbahaya 1952.
5.19 "Akta" bermaksud Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550.
5.20 "Premis Sekolah" bermaksud semua bangunan dan kawasan sekolah.

PERKARA 6 : PELAJARAN
6.1 Kemajuan pelajaran seseorang murid adalah di bawah perhatian Guru
Mata Pelajaran, Guru Tingkatan, Guru Kanan, Penolong Kanan dan
Pengetua.
6.2 Seseorang murid yang didapati tidak mengambil berat tentang
pelajarannya akan dirujuk kepada Guru Mata Pelajaran, Guru Bimbingan
Dan Kaunseling, Guru Kanan, Penolong Kanan atau Pengetua.

PERKARA 7 : MASA PERSEKOLAHAN

2
7.1 Waktu Persekolahan
7.1.1 Waktu Mengambil Kedatangan Murid
a. Isnin Jumaat (Sabtu jika bersekolah) : 06:40 pagi hingga 06:50
pagi.
7.1.2 Waktu Pembelajaran dan Pengajaran
a. Isnin Khamis : 07:00 pagi hingga 02:00 petang
(Waktu Rehat : 10:00 pagi hingga 10:20 pagi)
b. Jumaat : 07:00 pagi hingga 11:45 pagi
(Waktu Rehat : 10:00 pagi hingga 10:20 pagi)
7.1.3 Murid yang masuk kelas melewati pukul 06:50 pagi akan dianggap
datang lewat.
7.1.4 Murid wajib berada di sekolah sebelum atau pada pukul 06.30 pagi

7.2 Jadual Waktu


7.2.1 Jadual Waktu disediakan oleh pihak sekolah dan akan dimaklumkan
kepada semua murid.
7.2.2 Semua murid hendaklah menghadiri semua kelas mengikut jadual
waktu yang telah disediakan.
7.2.3 Semua murid wajib menghadiri perhimpunan di tapak perhimpunan
sekolah dan dikehendaki berbaris di depan tapak perhimpunan
sepuluh [10] minit sebelum perhimpunan bermula seperti yang
tercatat dalam jadual waktu.

7.3 Kehadiran dan Keberadaan Dalam Kawasan Sekolah dan Kelas


7.3.1 Kehadiran adalah wajib pada tiap-tiap hari persekolahan termasuk
jika berkenaan persekolahan pada hari Sabtu sebagai hari
persekolahan gantian.
7.3.2 Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab sakit
hendaklah mengemukakan surat rasmi daripada ibu bapa atau
surat doktor dan atas sebab-sebab lain, ibu bapa dikehendaki
menghubungi pihak sekolah.
7.3.3 Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab akan
diambil tindakan berdasarkan Tatacara Pengurusan Disiplin Pelajar
dan Pengurusan Ponteng Sekolah/ Kelas.
7.3.4 Mana-mana murid tidak dibenarkan keluar dari kelas atau kawasan
sekolah dalam tempoh waktu pembelajaran dan pengajaran.
7.3.5 Murid yang perlu keluar dari kawasan sekolah hendaklah
mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah.
7.3.6 Murid yang perlu keluar dari kelas pada masa pembelajaran dan
pengajaran perlu mendapat kebenaran daripada guru mata
pelajaran dengan menggunakan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS.
Hanya seorang murid lelaki atau 2 orang murid perempuan
dibenarkan keluar pada satu-satu masa.
7.3.7 Mana-mana murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal
seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu.

PERKARA 8 : PEPERIKSAAN

3
8.1 Kehadiran dalam ujian/peperiksaan/pentaksiran adalah wajib mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah melainkan syarat-syarat yang
dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.
8.2 Setiap ujian/peperiksaan/pentaksiran hendaklah diduduki tanpa wujudnya
sebarang perbuatan penipuan/ penyelewengan.
8.3 Mana-mana murid yang melakukan penipuan/penyelewengan dalam
ujian/peperiksaan/pentaksiran akan diambil tindakan yang sewajarnya.
8.4 Murid yang rnenduduki peperiksaan awam adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturannya.
8.5 Pemalsuan tandatangan atau markah dalam buku laporan akademik /slip
keputusan peperiksaan dengan niat untuk menipu ibu bapa/ penjaga akan
diambil tindakan disiplin yang sewajarnya.
8.6 Setiap murid mesti memiliki buku laporan akademik dan hendaklah
menyerahkan kepada guru tingkatan apabila diminta untuk dikemaskini.
8.7 lbu bapa mestilah menandatangani BUKU LAPORAN AKADEMIK pencapaian
murid sebaik sahaja diserahkan kepada murid pada setiap kali selepas
ujian/peperiksaan/pentaksiran.

PERKARA 9 : PROGRAM AKADEMIK


9.1 Setiap murid, apabila dikehendaki, wajib hadir dan melibatkan diri dalam
sebarang program akademik yang dilaksanakan di sekolah.

PERKARA 10 : PROGRAM BUKAN AKADEMIK


10.1 Setiap murid, apabila dikehendaki, wajib hadir dan melibatkan diri dalam
sebarang program bukan akademik yang dilaksanakan di sekolah.

PERKARA 11 : KOKURIKULUM
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.24/1998
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.01/1995 (Keselamatan)

11.1 Semua murid wajib melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum beruniform,
sukan dan persatuan/ kelab mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah.
11.2. Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib.
11.3. Laporan tentang aktiviti akan dicatat ke dalam Buku Laporan Kokurikulum
Pelajar.

PERKARA 12 : BILIK DARJAH


12.1 Keutamaan penggunaan bilik darjah adalah untuk tujuan;
12.1.1Pembelajaran dan pengajaran termasuk kelas tuisyen dan hal
berkaitan akademik
12.1.2Aktiviti kokurikulum
12.1.3Sesi belajar sendiri
12.1.4Lain-lain aktiviti yang dibenarkan oleh Pengetua

4
12.2 Kerusi dan meja hendaklah disusun kemas dan teratur seperti
ditetapkan.
12.3 Tempat duduk seseorang murid adalah ditetapkan, melainkan mendapat
kebenaran daripada guru untuk bertukar tempat duduk.
12.4 Keselamatan dan kebersihan kerusi meja, serta peralatan lain, adalah
tanggungjawab setiap murid.
12.5 Gambar-gambar dan bahan-bahan yang dipamerkan dalam bilik darjah
hendaklah bercirikan pendidikan dan telah mendapat persetujuan dari
guru berkenaan.
12.6 Kebersihan kelas dan persekitarannya - termasuk setiap peralatan di
dalam kelas adalah tanggungjawab setiap murid.
12.7 Lampu dan kipas yang terdapat dalam bilik darjah hendaklah
ditutup/dimatikan jika tidak diperlukan sebelum meninggalkan bilik darjah.
12.8 Pintu bilik darjah hendaklah sentiasa dikunci (kecuali dalam keadaan
tertentu) selepas kelas.

PERKARA 13 : BILIK-BILIK KHAS


13.1 Setiap murid hendaklah mematuhi segala peraturan khas bagi bilik-bilik
khas seperti Makmal Sains, Pusat Sumber [Perpustakaan & Bilik Media],
Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik PSV, Pusat Akses Kendiri, Bilik Komputer
dan lain-lain.

PERKARA 14 : TANDAS
14.1 Kebersihan dan keselamatan tandas hendaklah dijaga pada setiap masa.
14.2 Gunakan tandas dengan betul dan tertib.
14.3 Dilarang membuang sampah atau barang tidak mudah reput atau hancur
ke dalam lubang tandas atau sinki.

PERKARA 15 : KANTIN SEKOLAH


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.05/1995

15.1 Semua murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman di kantin
pada waktu rehat.
15.2 Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan dan minuman, tidak
membuat bising dan sentiasa bersopan santun.
15.3 Sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
15.4 Murid hendaklah makan di kawasan yang dibenarkan sahaja.
15.5 Murid dilarang membeli makanan dan minuman yang dijual di luar kantin
sekolah.

PERKARA 16 : BILIK AGAMA / SURAU


16.1 Bilik Agama / Surau hendaklah digunakan untuk beribadat, PdP dan
aktiviti-aktiviti keagamaan sahaja.

5
16.2 Kasut/selipar atau apa sahaja alas kaki hendaklah ditanggalkan apabila
memasuki Bilik Agama /Surau .
16.3 Murid dilarang menjadikan Bilik Agama / Surau sebagai tempat menukar
pakaian atau tempat tidur atau perkara-perkara lain selain daripada yang
dinyatakan dalam perkara 16.1.

PERKARA 17 : AMAL IBADAT


17.1 Murid Islam diwajibkan solat pada waktu yang telah ditetapkan.
17.2 Semua murid dikehendaki menyertai setiap aktiviti keagamaan yang
dianjurkan oleh agama masing-masing.
17.3 Murid dilarang menghina/mencemar amalan/kesucian Agama Islam atau
agama-agama lain.
17.4 Penubuhan sebarang pertubuhan keagamaan mestilah mendapat
kebenaran pentadbir sekolah.

PERKARA 18 : KEBERSIHAN
18.1 Murid perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
18.1.1 Kebersihan pakaian hendaklah selalu dijaga.
18.1.2 Selalu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
18.1.3 Murid-murid hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan
dan mencegah sebarang usaha untuk
mencemar/merosakkan/menconteng bilik darjah dan bangunan
sekolah.
18.1.4 Pelajar tidak dibenarkan berkuku panjang.

PERKARA 19 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN


19.1 Semua murid tidak dibenarkan sama sekali pergi, masuk atau
menggunakan kuarters pengetua, kuarters guru tanpa sebarang urusan
atau kebenaran.
19.2 Pengetua, semua guru dan pengawal keselamatan boleh menghalang
mana-mana orang yang melanggar peraturan 19.1.

PERKARA 20 : HARTA BENDA SEKOLAH


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/2003
20.1 Murid yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat merosakkan
harta benda sekolah dikehendaki membayar ganti rugi yang setimpal
dengan harga barang yang dirosakkan atau dihilangkan.
20.2 Murid dilarang menggunakan harta benda sekolah tanpa kebenaran guru,
guru tingkatan, guru kanan, penolong kanan atau pengetua.
20.3 Murid dilarang menggaris, melukis, menulis, menconteng, atau
mengotorkan mana-mana bahagian bangunan dan harta benda sekolah di
dalam kawasan sekolah.
20.4 Murid bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah
setiap masa. Peminjaman harta benda sekolah mesti direkodkan dan

6
dipulangkan ke tempat penyimpanan dengan jumlah yang sama seperti
yang telah dikeluarkan.

PERKARA 21 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS [SPBT]


21.1 Buku-buku teks yang dipinjamkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks
hendaklah dibalut dengan plastik atau dengan kertas yang sesuai, dijaga
kebersihan dan keselamatannya.
21.2 Buku-buku teks tersebut hendaklah dibawa ke sekolah setiap hari
mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
21.3 Buku-buku teks hendaklah dibawa balik selepas tamat setiap hari
persekolahan.
21.4 Murid dilarang menconteng, mengotorkan, merosakkan, mengguntingkan
atau menekap gambar rajah dalam buku-buku teks.
21.5 Buku-buku teks yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada masa yang
ditetapkan oleh pihak sekolah.
21.6 Murid yang menghilangkan/merosakkan buku-buku teks dikehendaki
membayar ganti rugi sama ada dengan buku teks yang sama atau dengan
harga yang sama nilai dengan buku teks tersebut kepada pihak sekolah.
21.7 Murid yang berhenti sekolah hendaklah memulangkan buku-buku teksnya
kepada pihak sekolah sebelum meninggalkan sekolah.
21.8 Murid yang bertukar atau berpindah hendaklah memulangkan buku-buku
teks atau boleh dibawa ke sekolah baru jika dibenarkan oleh pihak
sekolah.

PERKARA 22 : ALAT-ALAT SUKAN


22.1 Penggunaan alat-alat sukan hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada penyelaras bilik sukan atau Penolong Kanan
Kokurikulum.
22.2 Alat-alat sukan hendaklah digunakan dengan cermat, betul dan berhati-
hati. Murid-murid hendaklah berwaspada apabila menggunakan alat-alat
sukan yang boleh membahayakan diri sendiri atau murid lain.
22.3 Alat-alat sukan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat
asal (stor sukan).
22.4 Murid yang merosakkan atau menghilangkan alat sukan yang digunakan
dikehendaki membayar ganti rugi mengikut harga asal alat tersebut.

PERKARA 23 : KENDERAAN
23.1 Murid yang menggunakan kenderaan sendiri ke sekolah wajib mematuhi
peraturan dan undang-undang jalan raya.
23.2 Murid hendaklah mengutamakan keselamatan semua pihak apabila
memandu di dalam kawasan sekolah.
23.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai.
Keselamatan/kehilangan kenderaan adalah menjadi tanggungjawab murid
sendiri.

7
23.4 Kenderaan awam dilarang masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran
Pengetua.

PERKARA 24 : LAWATAN DAN PELAWAT


24.1 Murid-murid yang menyertai sesuatu lawatan hendaklah mendapat
kebenaran bertulis daripada ibu bapa dan Pengetua.
24.2 Jika ibu bapa/penjaga berhajat membawa keluar murid kerana sesuatu
sebab yang mustahak perlulah mendapat kebenaran daripada Pengetua
atau Penolong Kanan.
24.3 Murid dilarang membawa orang luar masuk ke dalam kawasan sekolah
atau asrama pada bila-bila masa.
24.4 Pelawat / Ibubapa / Penjaga dilarang sama sekali berjumpa dengan murid
secara terus semasa proses PdP

PERKARA 25 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.03/1971
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.04/1976
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.02/1977
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.12/1978
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.03/1983
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/1985
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.06/1993
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.02/1996

(Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian)

Pakaian seragam sekolah tertakluk di bawah SURAT PEKELILING


IKHTISAS BIL.3/1983 bertajuk Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah
[Ruj.KP(BS)8591/Jld.11(2)] dan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah serta Jawatankuasa Warden Sekolah.

Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai ketika di dalam kelas, majlis


rasmi sekolah dan luar sekolah, menghadiri kelas bimbingan, semasa menghadiri
aktiviti sekolah dan luar sekolah, ketika balik ke kampung dan kembali ke sekolah
[bagi pelajar asrama] dan ketika datang ke sekolah pada hari persekolahan
melainkan dengan kebenaran Pengetua.

25.1 Umum
25.1.1 Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap
seperti yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling yang sedang
dikuatkuasakan.
25.1.2 Tag nama/kad pengenalan diri dan lencana [logo] sekolah
diwajibkan dipakai setiap masa pada waktu persekolahan dan
majlis-majlis rasmi.

8
25.1.3 Jenis kasut adalah; kasut getah/nylon/kanvas berwarna putih
keseluruhannya. Kasut kulit/sukan tidak dibenarkan. Kasut
berjenama mahal tidak dibenarkan sama sekali.
25.1.4 Dilarang memakai pakaian luar [sweater] pada waktu-waktu yang
tidak sesuai.
25.1.5 Pakaian sebelah dalam seperti baju singlet/anak baju/baju-T
berlengan hendaklah tidak melebihi lengan baju sekolah berwarna
putih dan tidak bertulis/berlukis sahaja yang dibenarkan untuk
dipakai.
25.1.6 Memakai barangan kemas seperti barang hiasan asli/tiruan,
berinai, alat solek dan bercacah (tattoo) tidak dibenarkan di
sekolah kecuali jam tangan.
25.1.7 Murid dilarang sama sekali memakai selipar, terompah atau capal
pada masa sekolah tanpa sebab yang munasabah dan kebenaran.
25.1.8 Murid dilarang sama sekali menconteng pakaian seragam sekolah.
25.1.9 Pakaian Pengawas yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Disiplin dan Pengawas Sekolah.

25.2 Pakaian Seragam Sekolah bagi Murid Lelaki


25.2.1 Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap
seperti yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling yang
berkuatkuasa.
25.2.2 Tag nama/ kad pengenalan diri dan lencana [logo] sekolah
diwajibkan dipakai setiap masa pada waktu persekolahan dan
majlis-majlis rasmi.
25.2.3 Memakai pakaian seragam bermaksud berpakaian lengkap seperti
yang telah ditetapkan: berseluar warna hijau gelap, berbaju putih
Iengan pendek yang dimasukkan ke dalam seluar pada sepanjang
masa, bertali leher, berkasut putih, berstokin putih, berlencana dan
memakai kad pengenalan diri/kad nama.
25.2.4 Ukuran labuh seluar hendaklah 4 cm di bawah buku lali. Panjang
dan kaki seluar tidak ketat, tidak bertali, tidak digulung/dilipat,
tidak terlalu panjang dan tidak dipotong tanpa dijahit.
25.2.5 Seluar panjang berbentuk "casual berpoket di tepi dan poket
belakang ke dalam sahaja dibenarkan. Seluar panjang berbentuk
"jean" dan berfesyen daripada kain licin dan berkilat, berpoket di
hadapan dan poket bertampal di belakang tidak dibenarkan sama
sekali.
25.2.6 Baju putih hendaklah berlengan pendek dan berkolar. Jika memakai
baju lengan panjang, sekiranya berlipat, hendaklah hingga di atas
paras siku. Bahagian bawah baju yang bertali tidak dibenarkan
sama sekali.
25.2.7 Tali pinggang boleh dipakai dengan mematuhi syarat-syarat
berikut:
Warna: Hitam, Coklat atau Hijau . Warna lain tidak dibenarkan.
Lebar: 2.5 3 cm.

9
Kepala [buckle]: Sama besar dengan lebar tali pinggang tanpa
hiasan dan tidak berbahaya.

25.3 Pakaian Seragam Murid Perempuan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1992 : (BERTUDUNG)


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1993 : (BERTUDUNG)

25.3.1 Hendaklah memakai baju pinafore/baju kurung dan kain sarung,


berstokin putih dan berkasut putih keseluruhannya.
25.3.2 Pemakaian pinafore hendaklah panjangnya di bawah paras lutut.
25.3.3 Kain baju kurung dan kain sarung hendaklah bukan dari jenis kain
yang berkilat, jarang atau berbelah. Baju kurung dan kain sarung
yang jarang, berkilat, bersulam, berkerawang dan berfesyen tidak
dibenarkan dipakai ke sekolah.
25.3.4 Tudung dan anak skaf berwarna putih tanpa corak hendaklah
dipakai bersama-sama. Tudung mestilah berbentuk tiga segi.
Panjang tudung dari hadapan dan belakang apabila dipakai
hendaklah tidak kurang daripada separas pusat, dan dari sisi
hendaklah tidak kurang daripada setengah bahagian atas lengan.
Bahagian hadapan tengah tudung hendaklah berjahit dengan
benang putih dan tidak berbelah.
25.3.5 Murid perempuan digalakkan memakai baju singlet [anak baju].
25.3.6 Keronsang baju kurung yang besar dan berfesyen dilarang sama
sekali.

10
11
25.4 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Aktiviti Kokurikulum

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/2007

25.4.1 Ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, semua murid


hendaklah memakai kasut kanvas sekolah, seluar trek, baju-
T.berlogo sekolah dan berkolar (BAJU-T SEKOLAH MENENGAH SMK
BELAGA). Baju-T lain termasuk baju kelas tidak dibenarkan.
25.4.2 Peraturan di atas juga dikenakan semasa bermain atau semasa
mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.
25.4.3 Pakaian hendaklah bersih dan kemas termasuk ketika menyertai
kegiatan-kegiatan luar bilik darjah.
25.4.4 Tudung kepala digalakkan bagi murid perempuan Islam.
25.4.5 Semua murid hendaklah menyalin pakaian Pendidikan Jasmani di
tempat yang disediakan. Pelajar dilarang ke asrama untuk
menyalin pakaian, mandi, dan sebagainya. Jaga keselamatan
pakaian seragam sekolah yang ditinggalkan.

PERKARA 26 : POTONGAN RAMBUT

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.02/1976

26.1 Murid Lelaki


26.1.1 Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang, berfesyen, botak,
punk, skinhead, trojan atau mewarna rambut. Pengertian rambut
pada peringkat sekolah ialah:
Perkara Dibenarkan Tidak dibenarkan
Di Belakang Rambut tidak mencecah Rambut jatuh melebihi kolar
kolar baju baju
Di Depan Rambut tidak menutup Rambut menutup kedua-
kedua-dua kening dua kening
Di Sisi Rambut tidak menutup Rambut menutup
sebahagian/ kedua-dua sebahagian/ kedua-dua
belah telinga belah telinga
Di Atas Rambut tidak melebihi 6 cm Rambut melebihi 6 cm

26.1.2 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang.


Misai, janggut, dan jambang digalakkan untuk dicukur.

26.2 Murid Perempuan


26.2.1 Rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Rambut yang panjang
hendaklah diikat kemas dengan reben dan pengikat rambut yang
berwarna hitam. Sebarang perhiasan tidak dibenarkan.
26.2.2 Murid perempuan Islam digalak memakai tudung berskaf.
26.2.3 Murid perempuan dilarang meniru fesyen rambut ala punk atau
apa-apa fesyen terkini serta mewarna rambut.

12
13
PERKARA 27 : TATATERTIB

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.09/2003 (Adab Pelajar)

27.1 Murid sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan Sekolah Menengah


Kebangsaan Belaga. Sebagai warganegara Malaysia, murid juga tertakluk
kepada undang-undang Malaysia.
27.2 Murid hendaklah bergerak dengan teratur dan cepat apabila pergi ke bilik-
bilik seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
27.3 Penggunaan bilik darjah di luar masa persekolahan hendaklah dengan
kebenaran Pentadbir atau Pengetua.
27.4 Murid hendaklah pada setiap masa menjaga keselamatan diri, harta benda
sendiri dan harta benda sekolah.
27.5 Murid hendaklah beratur dan jangan berebut/tolak menolak semasa dalam
perjalanan dari/ke bilik darjah/bilik khas atau naik/turun kenderaan.
27.6 Pelajar datang dan pulang ke/dari sekolah dengan menggunakan laluan
utama sekolah.
27.7 Murid hendaklah mematuhi arahan guru, pengawas dan ketua darjah.
27.8 Murid tidak dibenarkan menubuhkan/menjadi ahli/anggota
kelab/pertubuhan tanpa kebenaran Pengetua.
27.9 Murid hendaklah menghormati lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu
sekolah.
27.10 Murid dilarang menjual makanan/minuman atau barang lain di dalam
kawasan sekolah. Murid boleh membeli makanan dan minuman di kantin
dan koperasi sekolah.

PERKARA 28 : TATATERTIB DI LUAR KAWASAN SEKOLAH


28.1 Selagi seseorang itu adalah pelajar SMK Belaga yang sah, apa yang
ditegah di sekolah berkuatkuasa juga di luar sekolah. Pihak sekolah boleh
mengambil tindakan disiplin terhadap muridnya yang melakukan
kesalahan di luar sekolah untuk menjaga nama baik sekolah.
28.2 Sifat-sifat dan nilai-nilai murni hendaklah menjadi amalan hidup setiap
masa.

PERKARA 29 : KEMENJADIAN MURID

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.03/2003:


(Ke arah membudayakan nilai terima kasih)

29.1 Sikap Terhadap Sekolah


29.1.1 Semua murid hendaklah bertanggungjawab terhadap keceriaan,
kebersihan, keselamatan dan ketenteraman di sekolah.
29.1.2 Kebersihan kelas, asrama dan kawasan sekolah hendaklah diberi
perhatian.

14
29.1.3 Sekolah hendaklah tidak dijadikan tempat gengsterisme atau
memadu asmara.
29.1.4 Semua murid hendaklah tidak membenarkan atau bersubahat
dengan mana-mana murid atau orang asing yang dapat
mengganggu gugat keceriaan, kebersihan, keselamatan dan
ketenteraman di sekolah.
29.1.5 Semua murid hanya dibenarkan masuk ke/keluar dari sekolah
melalui pintu utama sekolah.
29.1.6 Semua murid hendaklah akur, patuh dan melaksanakan segala
arahan, peraturan, dan jadual yang dikeluarkan oleh pihak sekolah
dari semasa ke semasa.

29.2 Sikap Terhadap Harta Benda Sekolah


29.2.1 Semua murid hendaklah bertanggungjawab terhadap kebersihan
dan keselamatan harta benda sekolah.
29.2.2 Mereka yang melakukan vandalisme akan diserahkan kepada
Jawatankuasa Disiplin atau pihak berwajib lain sesuai dengan
keadaan kerosakan yang dilakukan.
29.2.3 Semua alat pemadam api, suis atau starter lampu dan kipas
hendaklah dijaga kebersihan dan keselamatannya.

29.3 Sikap Terhadap Guru / Staf Sokongan


29.3.1 Semua murid hendaklah menunjukkan perlakuan hormat kepada
semua guru dan staf sokongan sekolah pada setiap masa.
29.3.2 Tidak dibenarkan sama sekali seseorang murid meninggikan suara,
mengeluarkan perkataan kesat, menunjukkan simbol lucah atau
mencabar seseorang guru atau staf sokongan sekolah pada bila-
bila masa.
29.3.3 Semua murid hendaklah mematuhi semua arahan/tanggungjawab
yang diberikan oleh seseorang guru.
29.3.4 Ingkar akan arahan guru adalah satu kesalahan.

29.4 Sikap Terhadap Rakan


29.4.1 Semua murid hendaklah menunjukkan perlakuan hormat dan setia
kawan pada setiap masa tanpa mengira perbezaan bangsa, agama
dan kebudayaan.
29.4.2 Tidak dibenarkan sama sekali seseorang murid membuli,
menghina, mencederakan atau mentertawakan kepincangan atau
kekurangan seseorang murid lain.
29.4.3 Perbuatan mengugut atau membuat ancaman lisan, bertulis atau
secara fizikal adalah perbuatan jenayah. Mereka yang didapati
melakukan ugutan atau ancaman akan diambil tindakan disiplin
dan diserahkan kepada pihak berwajib.
29.4.4 Seseorang murid tidak dibenarkan menggunakan atau mengambil
barang atau harta seseorang murid lain tanpa kebenaran.
29.4.5 Seseorang murid yang sakit atau memerlukan perkhidmatan
perubatan yang segera, hendaklah dimaklumkan dengan segera

15
kepada Penyelia Asrama atau Guru Bertugas pada waktu kerja.
Pada waktu malam hendaklah dimaklumkan kepada warden
bertugas, ketua warden, PK HEM atau Pengetua untuk tindakan
segera.
29.4.6 Seseorang murid yang memerlukan pembedahan hendaklah
dimaklumkan kepada warden bertugas, ketua warden, PK HEM
atau Pengetua supaya ibu bapa murid dapat dihubungi dengan
segera.

29.5 Sikap Terhadap Pelawat


29.5.1 Semua pelawat yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah
hendaklah dilayan dengan hormat.
29.5.2 Seseorang murid hendaklah memberi bantuan kepada pelawat
yang dibenarkan masuk pada setiap masa jika mereka
memerlukan bantuan.
29.5.3 Seseorang murid hendaklah tidak membenarkan pelawat, ibu bapa
atau ahli keluarga memasuki asrama.
29.5.4 Jika seseorang pelawat diundang untuk memberi ceramah atau
motivasi kepada murid, murid hendaklah sentiasa berpakaian
kemas dan tertib.

29.6 Sikap Terhadap Diri Sendiri


29.6.1 Seseorang murid hendaklah mengutamakan pelajaran mereka
terlebih dahulu.
29.6.2 Pada setiap masa, seseorang murid hendaklah menampilkan
perwatakan sebagai seorang murid sekolah dengan berpakaian
seragam sekolah yang kemas dan lengkap, berdisiplin dan bersih
ketika berada di sekolah.
29.6.3 Apa-apa fesyen pakaian yang menjolok mata hendaklah tidak
dipakai di sekolah sama sekali.
29.6.4 Murid perempuan dilarang memakai barang kemas asli/tiruan pada
sebarang anggota badan kecuali subang telinga yang kecil dan jam
tangan. Murid lelaki dilarang keras memakai barang kemas
asli/tiruan pada sebarang anggota badan kecuali jam tangan. Pihak
sekolah tidak bertanggungjawab jika barang kemas itu hilang.
29.6.5 Seseorang murid hendaklah tidak membenarkan diri mereka
dijadikan alat atau menjadi subahat oleh pihak-pihak lain yang
boleh menghancurkan masa depan dan harapan murid sendiri dan
ibu bapa mereka.

PERKARA 30 : TINDAKAN TATATERTIB

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.07/2003 (Kuasa Merotan)


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.18/1998 (Budi Bicara)
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.04/1996 (Kuasa Disiplin dan Hukuman)

16
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.07/1995 (Tatacara Mengenakan
Tindakan)

30.1 Tindakan-tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin sekolah adalah


bagi kesalahan-kesalahan pelanggaran peraturan sekolah sahaja
berasaskan buku Panduan Tatacara Pengurusan, Disiplin Pelajaran dan
Tatacara Pengurusan Ponteng Sekolah/ Kelas.
30.2 Perbuatan-perbuatan jenayah akan diserahkan kepada pihak berwajib
yang lain dan tindakan disiplin juga diambil berasaskan Buku Panduan
Tatacara Pengurusan Disiplin Pelajar dan Tatacara Pengurusan Ponteng
Sekolah/ Kelas.
30.3 Mengingkari arahan atau perintah pengawas yang dilantik oleh sekolah
samalah seperti mengingkari arahan atau perintah yang ditetapkan oleh
sekolah.

PERKARA 31 : SALAH LAKU JENAYAH

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.11/2000


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.06/2000
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.09/2001
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.16/1998
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.03/1993 (Laporan Polis)

31.1 Semua jenis salah laku jenayah akan dilaporkan kepada pihak polis atau
pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan selanjutnya.
31.2 Seseorang murid yang didapati melakukan salah laku jenayah juga akan
dikenakan tindakan-tindakan disiplin oleh sekolah.
31.3 Seseorang murid yang terlibat dalam kes membuli akan dikenakan
tindakan serius.

(SURAT PEKELILING IKHTISAS, JUN 2007)

PERKARA 32 : BARANGAN LARANGAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.07/1992 (Pensel Menyerupai Alat


Suntikan)
SURAT PEKELILING lKHTISAS BIL.06/1983 (Bahan Letupan)

32.1 Murid dilarang membawa ke sekolah apa-apa jenis senjata.


32.2 Murid dilarang membawa apa-apa sahaja benda, alat atau cecair yang
boleh mendatangkan kemudaratan fizikal.
32.3 Murid dilarang membawa apa-apa sahaja benda yang mendatangkan
ketagihan.
32.4 Murid dilarang membawa apa-apa sahaja barang berbentuk grafik atau
bahan lucah, subversif atau sensitif terhadap kaum, agama dan
kebudayaan kaum lain.

17
32.5 Murid dilarang membawa apa-apa sahaja barang yang berharga atau
barang kemas.
32.6 Murid dilarang membawa apa-apa sahaja barang-barang curi.
32.7 Murid dilarang membawa apa-apa sahaja barang yang hendak dljual.
32.8 Pengetua boleh mengarahkan guru, warden atau pengawas untuk
mengadakan pemeriksaan mengejut [spot check] terhadap semua murid
pada bila-bila masa bagi memastikan peraturan 30.1 hingga 30.7 dipatuhi.
32.9 Pengetua boleh mengarahkan guru, warden, pengawas, murid atau orang
perseorangan yang lain untuk menggeledah atau memeriksa beg sekolah,
beg pakaian, pakaian atau almari seseorang pada bila-bila masa jika ada
seseorang murid yang disyaki memiliki atau membawa mengikut
peraturan 30.1 hingga 30.7.
32.10 Barang-barang seperti dalam peraturan 31.1 hingga 31.7 akan diambil
oleh pihak sekolah semasa pemeriksaan. Murid-murid yang membawa
barang-barang tersebut dan sabit kesalahan akan diambil tindakan.

PERKARA 33 : LAIN-LAIN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/1983


(Hukuman biasa yang melakukan kesalahan yang tidak termaktub
dalam peraturan)

33.1 Pengetua boleh meminda mana-mana bahagian peraturan-peraturan ini


mengikut budi bicara yang ada padanya.

18
PERATURAN ASRAMA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.11/1976


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/1978
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.04/1991
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.06/1998
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.21/1998
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.20/1998
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.07/2000

PERKARA 1.0 : BANGUN PAGI


1.1 Tilam dan bantal hendaklah disarungkan dan dikemaskan dengan rapi.
1.2 Semua benda berdekatan dengan katil hendaklah dibersihkan supaya
kemas.

PERKARA 2.0 : SARAPAN / MERARAU / MINUM PETANG /MAKAN


PETANG/GABI
2.1 Masa bersarapan, merarau, minum petang, makan petang dan gabi akan
ditetapkan dalam jadual/ dimaklumkan oleh warden.
2.2 Penghuni asrama digalakkan berpakaian seragam sekolah semasa
bersarapan dan merarau pada hari persekolahan. Pada hari/waktu lain,
penghuni asrama boleh berpakaian kemas apabila makan dan tidak
memakai seluar pendek sehingga menjolok mata.
2.3 Penghuni asrama hendaklah menepati masa makan yang ditetapkan.
Sebarang kelewatan, tidak akan dilayan dan pintu dewan makan akan
ditutup sebaik sahaja tamat jadual makan.
2.4 Penghuni asrama hendaklah berbaris dengan tertib dan beradab semasa
mengambil makanan.
2.5 Segala sisa makanan hendaklah dibuang ke tempat yang telah disediakan.
Penghuni asrama dilarang membuang sisa makanan di atas/ bawah meja
dan di dalam longkang.
2.6 Penghuni asrama dilarang membawa sebarang makanan keluar dari
dewan makan kecuali untuk penghuni asrama yang sakit dengan
kebenaran warden.

PERKARA 3.0 : WAKTU BERTUGAS


3.1 Waktu bertugas untuk penghuni asrama ditetapkan di dalam jadual/
dimaklumkan oleh warden.
3.2 Semua penghuni asrama hendaklah bertugas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
3.3 Penghuni asrama hendaklah mengikut arahan yang diberi oleh warden
atau pengawas yang diamanahkan.

19
3.4 Setiap tugas pembersihan dilakukan dengan sempurna.
3.5 Penghuni asrama yang diarahkan untuk bertugas di kawasan asrama
sekolah tidak dibenarkan balik awal sehingga menerima arahan daripada
guru / warden yang bertugas.

PERKARA 4.0 : WAKTU BERMAIN/RIADAH


4.1 Waktu bermain akan ditetapkan di dalam jadual/dimaklumkan oleh
warden.
4.2 Aktiviti riadah (sukan / permainan ) pada sebelah petang hendaklah
dihentikan sebelum jam 5.00 petang . Pelajar yang terlibat perlu mandi
terlebih dahulu sebelum pergi makan petang ke dewan makan.
4.3 Peralatan sukan yang telah digunakan hendaklah disimpan atau
dikembalikan di tempat yang telah disediakan.
4.4 Penghuni asrama hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai/lengkap.
4.5 Penghuni asrama tidak dibenarkan bermain dan bersukan di kawasan
asrama.
4.6 Jaga keselamatan dan harta benda di asrama ketika menghadiri
perjumpaan kelab.

PERKARA 5.0 : BELAJAR PETANG/BELAJAR MALAM


5.1 Waktu belajar petang /malam akan ditetapkan dalam jadual/dimaklumkan
oleh warden.
5.2 Belajar petang (Tingkatan 1,2,4) / malam adalah wajib bagi semua
penghuni asrama.
5.3 Kehadiran penghuni asrama belajar petang/malam akan diambil dan
sekiranya ada yang tidak hadir, tindakan sewajarnya akan diambil.
Penghuni asrama yang sakit hendaklah memberitahu warden yang
bertugas.
5.4 Penghuni asrama hendaklah berpakaian kemas dan sesuai semasa belajar
petang / malam.
5.5 Waktu belajar malam adalah masa untuk penghuni asrama mengulangkaji
mata pelajaran yang telah dipelajari. Kerja rumah digalakkan dibuat pada
sebelah petang. Penghuni asrama dilarang membaca komik, majalah
hiburan dan menggunakan radio semasa belajar petang / malam.
5.6 Penghuni asrama tidak dibenarkan memindah alih kerusi dan meja dalam
kelas atau dari kelas ke kelas yang lain.
5.7 Pastikan kelas sentiasa bersih dan keceriaan di dalamnya tidak dirosak
atau diganggu.
5.8 Penggunaan komputer riba hanya dengan kebenaran pihak warden serta
mesti mempunyai pas kebenaran.
5.9 Aktiviti mengecas alatan elektronik yang tidak dibenarkan adalah dilarang
sama sekali.
5.10 Pelajar yang ingin belajar melebihi masa yang ditetapkan perlu meminta
kebenaran warden yang bertugas.

20
5.11 Penghuni asrama wajib memakai seluar panjang dan baju-T. Legging, baby-
T dan seluar pendek tidak dibenarkan semasa menghadiri belajar petang /
malam.

PERKARA 6.0 : TIDUR MALAM


6.1 Waktu senyap ditetapkan pada jam 10:00 malam. Penghuni asrama mesti
berada di dalam bilik masing-masing
6.2 Penghuni asrama dilarang menggunakan api pelita, lilin atau apa sahaja
peralatan yang boleh mengakibatkan kebakaran.
6.3 Penghuni asrama hendaklah berada di katil dalam bilik yang telah
ditetapkan.

PERKARA 7.0 : KEBERSIHAN ASRAMA


7.1 Semua penghuni asrama bertanggungjawab menjaga kebersihan asrama.
Sampah perlu dibuang di tempat yang telah ditetapkan.
7.2 Penghuni asrama dilarang mengalih, menconteng, mengotorkan dinding,
katil dan almari asrama.
7.3 Bilik tidur asrama hendaklah sentiasa bersih dan teratur. Pemeriksaan
harian akan dilakukan oleh warden.
7.4 Lantai bilik tidur hendaklah disapu setiap hari dan sampah hendaklah
dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
7.5 Tandas asrama hendaklah dicuci setiap hari. Dilarang membuang
sampah/batu atau barang keras yang lain ke dalam tandas.

PERKARA 8.0 : DEWAN MAKAN & DAPUR


8.1 Penghuni asrama hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dewan makan.
8.2 Segala sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan. Setiap penghuni asrama bertanggungjawab menjaga
kebersihan meja makan.
8.3 Penghuni asrama hendaklah membersih dewan makan selepas makan.
8.4 Penghuni asrama dilarang mengguna pentas dewan sebagai tempat untuk
makan atau bermain.
8.5 Suis lampu, kipas dan pintu hendaklah ditutup setelah selesai bertugas.
8.6 Peralatan yang digunakan untuk membersih dewan mestilah disimpan di
tempat yang sepatutnya.
8.7 Kasut/selipar hendaklah diletak diluar dewan makan apabila waktu makan.
8.8 Dilarang mengeluarkan kerusi, meja dan peralatan dari dewan makan
tanpa kebenaran penyelia asrama/ warden.
8.9 Penghuni asrama dilarang bermain, makan atau berada di dapur. Dapur
adalah kawasan larangan bagi semua pelajar.
8.10 Penghuni asrama wajib memakai seluar panjang dan baju-T. Legging, baby-
T dan seluar pendek tidak dibenarkan semasa makan dan minum di
dewan makan

21
PERKARA 9.0 : ASRAMA / BILIK ASRAMA
9.1 Penghuni bertanggungjawab menjaga keselamatan barang-barang mereka
sendiri.
9.2 Barang-barang kemas dan berharga dilarang dipakai atau dibawa ke
asrama.
9.3 Alat-alat seperti tukul, gergaji, pisau, parang atau alat yang boleh
mencederakan seseorang adalah diharamkan.
9.4 Penghuni asrama hendaklah menjaga keselamatan almari dan sentiasa
dikunci.
9.5 Penghuni asrama dilarang membawa orang Iuar ke dalam/ bermalam di
asrama.
9.6 Penggunaan seterika hanya dibenarkan pada tempat yang telah
ditetapkan. Pastikan suis seterika ditutup setelah digunakan. Penghuni
asrama dilarang membawa seterika ke asrama.
9.7 Tilam dan bantal hendaklah sentiasa dilapik dengan cadar dan sarung
bantal. Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya.
9.8 Keselamatan dan kebersihan tilam dan bantal hendaklah sentiasa dijaga.
Tilam dan bantal hendaklah selalu dijemur untuk mencegah jangkitan
kuman.
9.9 Ibu bapa/ penjaga boleh melawat anak mereka pada waktu yang
ditetapkan. [Sila rujuk jadual yang disediakan]. Ibu bapa/ penjaga
hendaklah berjumpa dengan anak mereka di ruangan menunggu sekolah.
9.10 Penghuni asrama hendaklah memberitahu sebarang kejadian berlaku di
asrama seperti kecurian, kesihatan, kecemasan, pelanggaran peraturan
dan lain-lain kepada warden untuk tindakan segera.
9.11 Kawad kebakaran akan diadakan untuk tujuan keselamatan.
9.12 Pili bomba dan alat pemadam api hendaklah sentiasa dijaga keselamatan
dan berada di tempatnya serta sedia untuk digunakan.
PERKARA 10.0 : PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK
10.1 Penghuni asrama hendaklah berjimat menggunakan air dan elektrik.
10.2 Laporkan sebarang kerosakan kepada warden untuk tindakan segera.
10.3 Penyambungan elektrik haram adalah dilarang sama sekali.

PERKARA 11.0 : MASUK / KELUAR DARI ASRAMA


11.1 Penghuni asrama tidak dibenarkan keluar dari asrama kecuali dengan
kebenaran pentadbir sekolah /warden.
11.2 Penghuni asrama yang keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat
kebenaran warden yang bertugas. Semua penghuni asrama mesti
menyerahkan Kad Asrama dan mendapat Pas Keluar sebelum keluar dari
kawasan sekolah.
11.3 Penghuni asrama hendaklah berpakaian seragam sekolah atau pakaian
yang ditetapkan apabila balik kampung, balik ke asrama atau ke tempat-
tempat yang dibenarkan oleh sekolah.
11.4 Penghuni asrama yang mengikuti rombongan lawatan hendaklah
mendapat kebenaran daripada pentadbir sekolah.

22
11.5 Penghuni asrama dibenarkan keluar/pulang/balik ke rumah (kampung) dua
kali sebulan atau ditetapkan oleh Pengetua.
11.6 Penghuni asrama yang balik semula ke asrama dari rumah (kampung)
hendaklah melaporkan diri pada petang Ahad sebelum atau selewat-
lewatnya jam 3 petang.
11.7 Penghuni asrama dilarang bermalam di rumah kawan/sanak saudara atau
rumah orang lain pada hari persekolahan / hujung minggu atau cuti.
11.8 Waktu dan kebenaran keluar penghuni asrama ke Bandar akan ditetapkan
di dalam jadual waktu / ditetapkan oleh warden. Kebenaran keluar
hendaklah didapatkan daripada warden yang bertugas.

PERKARA 12.0 : PAKAIAN


12.1 Penghuni asrama hendaklah membawa pakaian yang secukupnya untuk
kegunaan di asrama.
12.2 Penghuni asrama hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai
mengikut jenis aktiviti yang disertai.
12.3 Penghuni asrama dilarang memakai, barang-barang kemas serta pakaian
ketat/ kurang sopan/ menjolok mata dan seluar jeans.
12.4 Penggunaan pakaian yang berunsurkan fahaman tertentu atau mewakili
pertubuhan/ kumpulan haram serta menyentuh sensitiviti agama/ kaum
adalah dilarang sama sekali.
12.5 Pelajar asrama hendaklah berpakaian sopan dan lengkap semasa berada
diluar bilik asrama (kawasan asrama).

PERKARA 13.0 PELAWAT

13.1 Pelawat ( ibu bapa / penjaga / keluarga / saudara mara ) yang hendak
berjumpa dengan penghuni asrama perlu mendapat kebenaran masuk ke
kawasan sekolah dari Pengawal Keselamatan yang bertugas di Pondok
Jaga.
13.2 Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan
sekolah. Kenderaan hendaklah diletakkan di tempat meletak kenderaan
yang disediakan di luar pintu masuk sekolah. Kenderaan sewa / teksi juga
tidak dibenarkan masuk. Penumpang hendaklah diturunkan di luar pintu
masuk sekolah.
13.3 Pelawat diwajibkan menggunakan Pas Pelawat semasa masuk ke dalam
kawasan sekolah.
13.4 Pelawat lelaki tidak dibenarkan masuk ke asrama perempuan. Perjumpaan
di antara pelawat dan penghuni asrama hendaklah dibuat di ruangan
menunggu sekolah.
13.5 Pelawat hanya dibenarkan melawat penghuni asrama pada hujung minggu
dan pada hari hari kelepasan sahaja dan pada waktu yang ditentukan oleh
pihak sekolah. Perjumpaan / lawatan pada hari persekolahan tidak
digalakkan. Perjumpaan / lawatan pada waktu malam tidak dibenarkan
kecuali atas sebab-sebab yang sangat mustahak / kecemasan sahaja.
13.6 Kawasan Asrama Perempuan adalah merupakan Kawasan Larangan Untuk
Lelaki.

PERKARA 14.0 KEBENARAN KELUAR / BALIK KAMPUNG

23
14.1 Penghuni tidak dibenarkan keluar tanpa kebenaran. Keluar tanpa
kebenaran adalah satu kesalahan berat.
14.2 Penghuni dibenarkan pulang ke rumah / kampung hanya semasa minggu
balik kampung ( home leave ) yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
sahaja . Pelajar yang hendak balik ke rumah / kampung selain dari masa
yang ditetapkan atas sebab sebab yang sangat mustahak atau kecemasan
perlu mendapat kebenaran dari pihak sekolah / ketua warden / warden
asrama. Pas kebenaran balik kampung akan dikeluarkan sebagai bukti
kebenaran telah diberikan . Balik ke rumah / kampung tanpa kebenaran
dianggap melanggar peraturan asrama dan pelajar yang berkenaan boleh
diambil tindakan yang sewajarnya.
14.3 Penghuni asrama yang balik kampung wajib menulis nama di buku khas
(rekod balik kampung) yang disediakan.
14.4 Penghuni asrama diwajibkan memakai pakaian seragam/baju-T sekolah
apabila keluar ke Pekan / Balik kampung.

PERKARA 15.0 AM

15.1 Penghuni asrama yang telah disingkirkan dari asrama tidak akan diterima
masuk asrama semula. Penghuni asrama yang menarik diri untuk tinggal
di asrama atas apa-apa sebab tidak akan dibenarkan memohon untuk
masuk semula ke asrama.
15.2 Penghuni asrama yang digantung asrama dan diberi peluang merayu
untuk masuk asrama semula perlu membawa ibu / bapa datang berjumpa
dengan pihak sekolah sebelum permohonan masuk asrama semula boleh
dipertimbangkan. Penghuni ini tidak dibenarkan masuk asrama selagi
kebenaran belum diberikan.
15.3 Penghuni asrama tidak dibenarkan pergi ke rumah guru / kakitangan
sekolah tanpa kebenaran.
15.4 Pelajar harian tidak dibenarkan sama sekali pergi ke asrama.
15.5 Semua penghuni asrama adalah tertakluk kepada Peraturan Tambahan
Asrama dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
15.6 Penghuni asrama tidak dibenarkan berpindah bilik atau asrama tanpa
kebenaran dari Ketua Warden.
15.7 Penghuni asrama yang bercadang untuk menjadi pelajar harian buat
sementara waktu perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Warden. Jika
kebenaran tidak diminta , penghuni ini akan dibuang asrama serta merta
jika diketahui atau dilaporkan .
15.8 Penghuni asrama dilarang sama sekali membawa rokok / minuman keras /
minuman memabukkan dan barangan terlarang yang lain ke asrama /
sekolah.
15.9 Laptop, DVD , VCD , Video Kaset / Tape atau sebarang alat permainan
elektronik adalah dilarang keras dibawa ke asrama / sekolah . Jika dijumpai
, barang - barang ini akan dirampas dan tidak akan dikembalikan semula.
Laptop hanya boleh dibawa oleh pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja dengan
kebenaran pihak pentadbir sekolah.
15.10 Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa atau menyimpan atau
menggunakan telefon bimbit ( handset ) di sekolah / asrama. Jika dijumpai,
telefon bimbit tersebut akan dirampas dan hanya akan dikembalikan
pada satu masa yang ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Asrama SMK
Belaga. HANYA kepada IBU BAPA pelajar sahaja yang boleh menuntutnya

24
semula. Jika barang-barang tersebut hilang, pihak sekolah tidak akan
dipertanggungjawabkan atas kehilangan tersebut.
15.11 Penghuni asrama tidak dibenarkan balik ke asrama pada waktu rehat. Jika
sangat perlu atau mustahak , kebenaran hendaklah diperolehi daripada
pihak sekolah ( Ketua Warden / Warden Bertugas / PK HEM / PK1
/Pengetua) terlebih dahulu.
15.12 Alat pemancar laser adalah diharamkan penggunaannya di sekolah. Jika
dijumpai , ia akan dirampas.
15.13 Pelajar yang merosakkan harta benda asrama / sekolah akan dibuang dari
asrama jika ganti rugi tidak dapat diselesaikan.
15.14 Pelajar pelajar yang melanggar peraturan asrama dengan melakukan
kesalahan kesalahan yang serius seperti mencuri,memiliki / menyimpan /
menghisap rokok serta memiliki / menyimpan mancis , menghidu gam ,
memiliki / menyimpan / minum minuman keras , bergaduh , membuli
pelajar lain , merosak harta benda asrama , ponteng , menceroboh
kawasan larangan , berdua duaan , keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran pihak sekolah serta tidak menggunakan pakaian seragam
sekolah / baju asrama , balik rumah / kampung tanpa kebenaran, berjudi ,
tidak menjalankan tugas di asrama , membawa telefon bimbit ke
asrama , berada di asrama tanpa kebenaran pada waktu persekolahan
serta lain lain kesalahan yang difikirkan serius oleh pihak sekolah
akan dibuang / disingkirkan dari asrama. Semua tindakan disiplin yang
dikenakan oleh pihak sekolah / Ketua Warden / Warden Asrama tidak boleh
dipertikaikan oleh semua pihak. Ibu bapa/penjaga yang mempertikaikan
tindakan Ketua Warden / Warden Asrama boleh menyebabkan anak-anak
mereka disingkirkan daripada tinggal di asrama serta merta.

25
PERATURAN MAKMAL SAINS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.1/1974


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.04/2002
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.07/2000
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/1978

1 Makmal dan bilik persediaan adalah kawasan larangan. Tidak sesiapapun


dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
2 Peralatan Sains, bahan kimia dan biologi dalam makmal tidak boleh
dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
3 Peralatan Sains, bahan kimia dan biologi hanya boleh digunakan atas
arahan dan panduan guru.
4 Semua peralatan Sains, kimia dan biologi yang telah digunakan hendaklah
dikembalikan dan disimpan ke tempat asalnya dengan selamat.
5 Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6 Eksperimen/ujikaji hendaklah dilakukan dengan pengawasan guru dan
arahan guru hendaklah dipatuhi untuk keselamatan.
7 Setiap kerosakan, pecahan, kemalangan hendaklah dilaporkan kepada
guru atau pembantu makmal dengan segera.
8 Dilarang bermain-main atau bergurau dengan peralatan sains dan
kelengkapan di dalam makmal sains untuk mengelakkan kemalangan.
9 Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat
lain tanpa kebenaran guru.
10 Kerusi dan meja makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan di
dalam makmal hendaklah sentiasa bersih dan kemas selepas setiap waktu
makmal.
11 Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu Bunsen.
12 Kayu mancis atau benda-benda lain yang masih berbara mesti
dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
13 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa ke dalam makmal sains
dan bilik persediaan.
14 Beg murid hendaklah diletakkan di luar makmal.
15 Air pili dalam makmal sains tidak boleh diminum dan hendaklah ditutup
jika tidak digunakan.
16 Label pada botol kimia/larutan mestilah dibaca dengan teliti untuk
memastikan bahawa bahan kimia/larutan yang digunakan betul.
17 Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan guna jari
tangan.
18 Botol kimia hendaklah ditutup semula dengan ketat setelah diambil
bahannya.
19 Bahan kimia adalah beracun dan menghakis. Jangan cuba
merasa/menyimbah bahan kimia walaupun dalam larutan cair untuk
rnengelak kemalangan.

26
20 Semua langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi setiap masa.

PERATURAN-PERATURAN PUSAT SUMBER


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

1 Perpustakaan mestilah di bawah jagaan guru-guru media/perpustakaan


yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
2 Murid yang mempunyai kad pinjaman sahaja dibenarkan meminjam buku
dari perpustakaan.
3 Murid dibenarkan meminjam dua buah buku pada sesuatu masa.
4 Murid dilarang membawa bahan bacaan yang bukan kepunyaan
perpustakaan sekolah ke dalam perpustakaan.
5 Tempoh meminjam buku ialah satu minggu dari tarikh pinjaman. Selepas
itu, tempoh pinjaman boleh dilanjutkan sekiranya masih berminat untuk
membaca buku tersebut.
6 Murid yang gagal memulangkan buku pinjaman sebelum tarikh yang
ditetapkan akan dikenakan denda 10 sen bagi setiap hari yang lewat
tempoh.
7 Murid yang didapati menghilangkan/merosakkan buku pinjaman
hendaklah membayar balik harga buku mengikut kadar pasaran semasa
atau menggantikannya dengan buku baru yang sama judulnya.
8 Murid dilarang mengoyakkan, memotong dan menconteng sebarang
bahagian buku perpustakaan termasuk surat khabar, majalah, gambar,
cetakan, peta, carta, pelan dan lain-lain artikel yang terdapat di dalam
perpustakaan.
9 Murid hendaklah senyap apabila berada di perpustakaan.
10 Guru perpustakaan atau pengawas perpustakaan boleh melarang murid
yang tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas.
11 Guru perpustakaan atau pengawas perpustakaan boleh mengarah murid
yang berkelakuan kurang sopan keluar dari perpustakaan.
12 Guru yang membawa pelajar mestilah bersama mereka sepanjang masa
menggunakan perpustakaan/bilik Alat Pandang Dengar (APD) untuk
mengelakkan kemalangan/kecurian berlaku.
13 Tempahan penggunaan bilik perpustakaan atau bilik APD mestilah dibuat 3
hari sebelum tarikh atau masa yang diperlukan. Isi borang yang telah
disediakan oleh pihak pengurusan Pusat Sumber.
14 Penggunaan Perpustakaan dan bilik APD:
14.1 Mendapat kunci dari penyelaras Pusat Sumber setelah mengisi
boring tempahan diluluskan.
14.2 Memastikan kebersihan setiap kali penggunaannya.
14.3 Kerusi disusun dengan kemas dan teratur.
14.4 Mengembalikan semua buku/ peralatan yang digunakan ke tempat
asal.
14.5 Memadam semua suis.
14.6 Memeriksa semua pelajar untuk mengelakkan kecurian.

27
14.7 Kembalikan kunci kepada penyelaras Pusat Sumber.

15 Murid wajib memakai seluar panjang dan baju T. Legging, baby-T dan
seluar pendek tidak dibenarkan semasa menggunakan pusat sumber
sekolah.

16 Murid dilarang membawa beg ke dalam pusat sumber sekolah.


17 Murid dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam pusat sumber
sekolah.
TINDAKAN YANG DIAMBIL TERHADAP PELAJAR
PONTENG SEKOLAH DAN KELAS

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.06/1995

Ponteng sekolah merupakan kesalahan disiplin di kalangan pelajar. Kewujudan


masalah ini akan mengakibatkan beberapa perkara berikut:
1 Peratus kehadiran kelas merosot/ menurun.
2 Peratus kehadiran peringkat sekolah merosot/ menurun setiap bulan.
3 Pelajar yang tidak hadir dan ponteng sekolah boleh menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu.
4 Pelajar yang tidak hadir dan ponteng sekolah boleh menyebabkan peratus
prestasi akademik merosot/ menurun.
5 Pelajar yang tidak hadir dan ponteng sekolah akan menghadapi masalah
untuk mendapatkan maklumat yang berterusan daripada guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.

Ponteng Sekolah
Ponteng sekolah tanpa sebab merupakan kesalahan disiplin. Ponteng Sekolah
tanpa sebab boleh dibahagikan kepada dua jenis:
i Ponteng Sekolah Berterusan
Ponteng Sekolah berterusan ialah apabila seseorang pelajar tidak hadir ke
sekolah berturut-turut hari tanpa ke sekolah.
ii Ponteng Sekolah Berkala
Ponteng Sekolah berkala ialah apabila seseorang pelajar tidak hadir ke
sekolah berselang-seli tanpa sebab.

Ponteng Kelas
i Ponteng Kelas
Ponteng kelas ialah apabila seseorang pelajar itu hadir sekolah tetapi tidak
masuk kelas atau keluar kelas tanpa kebenaran guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu tempoh dalam satu hari.
Pelajar yang ponteng kelas boleh diambil tindakan mengikut Tatacara
Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga, Belaga.

28
Proses Kerja Tindakan Terhadap Pelajar Ponteng Sekolah Berterusan

BI BILANGAN
PERKARA DAN TINDAKAN
L. HARI
Guru kelas mengenal pasti dan mengemukakan
senarai nama pelajar yang tidak hadir / ponteng
sekolah 3 HARI berturut-turut. Dapatkan SURAT
1 3 HARI
AMARAN PERTAMA daripada Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid [PK HEM] untuk dihantar kepada ibu bapa
pelajar.
2 Jika hadir, diberi nasihat, bimbingan dan kaunseling.
Jika tidak hadir / ponteng sekolah berturut-turut hingga
3 HARI KE-10, SURAT AMARAN KEDUA hendaklah 7 HARI
dihantar kepada ibu bapa.
4 Jika hadir, diberi nasihat, bimbingan dan kaunseling.

Jika tidak hadir / ponteng sekolah berturut-turut hingga


5 HARI KE-17, SURAT AMARAN TERAKHIR hendaklah 7 HARI
dihantar kepada ibu bapa secara SURAT BERDAFTAR.

6 Jika hadir, diberi nasihat, bimbingan dan kaunseling.


Jika tidak hadir / ponteng sekolah berturut-turut hingga
HARI KE-31, SURAT GUGUR NAMA DARI DAFTAR
7 14 HARI
SEKOLAH hendaklah dihantar kepada ibu bapa pelajar
secara SURAT BERDAFTAR.
JUMLAH HARI 31 HARI
Setelah digugurkan nama dari daftar sekolah, ibu bapa
boleh membuat rayuan dalam tempoh SATU BULAN
ke Jabatan Pendidikan Negeri dari tarikh surat gugur
8 nama dari daftar kehadiran sekolah untuk kemasukan 30 HARI
semula anak mereka ke sekolah seperti diperuntukan
pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,
Peraturan-Peraturan (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

29
Proses Kerja Tindakan Terhadap Pelajar Ponteng Sekolah Berkala

BI BILANGAN
PERKARA DAN TINDAKAN
L. HARI
Guru kelas mengenal pasti dan mengemukakan
senarai nama pelajar yang tidak hadir / ponteng
sekolah berkala hingga HARI KE-10. Dapatkan SURAT
1 10 HARI
AMARAN PERTAMA daripada Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid [PK HEM] untuk dihantar kepada ibu bapa
pelajar.
2 Jika hadir, diberi nasihat, bimbingan dan kaunseling.
Jika tidak hadir / ponteng sekolah berkala hingga HARI
3 KE-20, SURAT AMARAN KEDUA hendaklah dihantar 10 HARI
kepada ibu bapa.
Jika hadir, diberi nasihat, bimbingan dan kaunseling /
4
Tandatangan Surat Aku Janji I.
Jika tidak hadir / ponteng sekolah berkala hingga HARI
5 KE-40, SURAT AMARAN TERAKHIR hendaklah 20 HARI
dihantar kepada ibu bapa secara SURAT BERDAFTAR.
Jika hadir, diberi nasihat, bimbingan dan kaunseling /
6
Tandatangan Surat Aku Janji II.
Jika tidak hadir / ponteng sekolah berkala hingga HARI
KE-60, SURAT GUGUR NAMA DARI DAFTAR
7 20 HARI
SEKOLAH hendaklah dihantar kepada ibu bapa pelajar
secara SURAT BERDAFTAR.
JUMLAH HARI 60 HARI
Setelah digugurkan nama dari daftar sekolah, ibu bapa
boleh membuat rayuan dalam tempoh SATU BULAN
ke Jabatan Pendidikan Negeri dari tarikh surat gugur
8 nama dari daftar kehadiran sekolah untuk kemasukan 30 HARI
semula anak mereka ke sekolah seperti diperuntukan
pada para 10.2 Ordinan Pelajaran 1957,
Peraturan-Peraturan (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

30
CARTA ALIRAN

TINDAKAN TERHADAP PELAJAR TIDAK HADIR KE SEKOLAH BERTERUSAN


TANPA SEBAB / PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN

31
CARTA ALIRAN

TINDAKAN TERHADAP PELAJAR TIDAK HADIR KE SEKOLAH BERKALA


TANPA SEBAB / PONTENG SEKOLAH BERKALA

32
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA
MURID

(SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7/2003 LAMPIRAN B)

KESALAHAN RINGAN KESALAHAN KESALAHAN BERAT


(KR) SEDERHANA (KS) (KB)
1. Menyimpan misai, 1. Melakukan mana- 1. Melakukan mana-
janggut atau mana kesalahan mana kesalahan
jambang. ringan [KR] kali ketiga. sederhana [KS] kali
ketiga.
2. Berambut panjang 2. Menyalahgunakan/ 2. Menyimpan,
atau menyerupai menggunakan membawa, mengedar,
kumpulan tertentu. peralatan/ sumber menghisap, terbabit
bekalan elektrik. dalam kegiatan
dadah.

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.6A/1975

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.02/1979

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.06/2000
3. Bermain dalam kelas, 3. Keluar dari kawasan 3. Menyimpan,
koridor, atau kawasan sekolah tanpa membawa, mengedar,
yang dilarang. kebenaran. menghisap bahan
tembakau dan rokok
elektronik.

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.04/1997

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.01/1983

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.6/1975
4. Menggunakan dan 4. Tidak amanah, 4. Membawa, meminum,
membawa keluar menipu, berbohong, menyimpan/
sebarang peralatan dalam semua mengedar minuman
sekolah tanpa perbuatan termasuk keras atau sebarang
kebenaran. meniru dalam benda yang
ujian/peperiksaan. memabukkan/
mengkhayalkan.

33
5. Keluar dari kelas 5. Ponteng kelas, 5. Menyebabkan/
tanpa kebenaran. sekolah atau acara melakukan
rasmi sekolah. pergaduhan/
kekerasan.
6. Berada di kantin pada 6. Tidak menghormati 6. Melawan,
waktu persekolahan lagu/ bendera/ jata mengancam,
(kecuali waktu rehat) sekolah, negeri dan memukul, mengugut/
tanpa kebenaran. kebangsaan. mencederakan guru/
pengawas/ murid.
7. Menyimpan atau 7. Fesyen rambut 7. Biadab terhadap guru/
menggunakan alat keterlaluan seperti pengawas/ murid.
permainan kepunyaan punk/ Trojan/
sekolah tanpa skinhead/ berwarna.
kebenaran.
8. Menggunakan alat 8. Menconteng pada 8. Memeras ugut guru/
hiburan atau harta benda sekolah. pengawas/ murid.
elektronik sekolah
tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak 9. Memakai barang 9. Membawa/
mematuhi arahan kemas keterlaluan menggunakan senjat/
makmal/ bengkel/ seperti menindik alat tajam/ berbahaya.
bilik khas. telinga dan memakai
subang sama ada
satu/ berlebihan pada
sebarang anggota
badan.
10.Memakai barangan 10.Lewat memulangkan 10.Melakukan buli,
kemas atau alat solek Buku Akaun Biasiswa. penderaan/ paksaan
kecuali jam. terhadap murid lain.
11.Makan atau minum 11.Kesalahan-kesalahan 11.Mencuri, merompak,
dalam kelas tanpa lain termasuk dalam memecah masuk dan
kebenaran. kategori ini. menceroboh dalam
kawasan sekolah.
12.Tidur dalam kelas 12.Melakukan perjudian
semasa pengajaran atau membabitkan diri
dan pembelajaran. dalam pertaruhan.

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.11/1976
13.Melakukan 13.Mencetak, menerbit,
pembaziran air dan mempamer,
elektrik. menonton/ melihat/
mengedar/
menyimpan rencana,
majalah/ pita rakaman
dan multimedia
terlarang/ bahan
lucah.
14.Tidak memakai 14.Membabitkan diri
pakaian sekolah yang dalam kumpulan
lengkap. haram.
15.Semua kesalahan 15.Mencabul kehormatan

34
bersabit dengan guru/ murid.
pembelajaran (tidak
membawa buku teks,
alat tulis, buku tulis,
tidak membuat kerja
rumah, tidak memberi
perhatian dan lain-
lain).
16.Datang lewat ke 16.Melakukan zina, liwat,
sekolah. hubungan luar tabii.
17.Lewat bergerak ke 17.Melacur/ menjadi
perhimpunan/ bohsia/ bohjan/
bengkel/ makmal. pondan.
18.Bising dalam kelas 18.Bersekedudukan/
sehingga membabitkan diri
mengganggu kelas dalam kegiatan tidak
lain. bermoral.
19.Menunggang atau 19.Mengintai murid lelaki/
memandu kenderaan perempuan.
dalam kawasan
sekolah tanpa
kebenaran.
20.Berjalan-jalan atau 20.Menulis atau
merayau-rayau dalam mengeluarkan
kawasan sekolah kenyataan dalam
tanpa kebenaran. media sosial yang
mencemarkan.
21.Tidak membuat gerak 21.Merosakkan harta
kerja yang benda sekolah/ guru.
ditugaskan.
22.Mengganggu 22.Membawa/
kawasan. menggunakan bahan
letupan.

SURAT PEKELILING
IKHTISAS
BIL.06/1983
23.Mengganggu guru. 23.Menulis/ melukis
perkataan/ gambar
lucah/ melakukan
perbuatan lucah.
24.Lewat masuk kelas. 24.Membabitkan diri
dalam tunjuk
perasaan,
perhimpunan haram/
merusuh.
25.Mengotorkan kelas. 25.Menyalahgunakan alat
permainan, elektronik/
bahan-bahan
multimedia.
26.Tidak duduk 26.Membawa/
setempat. menggunakan alat
yang menyebabkan
kecederaan/

35
mengganggu
pengajaran dan
pembelajaran/ ujian
dan peperiksaan.
27.Ponteng kelas/ Hadir 27.Menganjur atau
ke sekolah tetapi membabitkan diri
tidak masuk kelas. dalam acara
kebudayaan yang
bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.

SURAT PEKELILING
IKHTISAS BIL.
03/1984
28.Kesalahan lain yang 28.Menganjur atau
difikirkan termasuk membabitkan diri
dalam kategori ini. dalam acara
kebudayaan tanpa
kebenaran pihak
sekolah/Jabatan
Pendidikan Negeri/
Kementerian.
29.Ketidakhadiran ke
sekolah berterusan
(berturut-turut)
selama 30 hari atau
berkala (tidak
berturut-turut) selama
60 hari dalam 1 tahun
sesi persekolahan.
30.Mengganggu/
menjejaskan kuasa
Pengetua/ Guru Besar/
guru/ pengawas yang
menjalankan tugas.
31.Membawa masuk
tetamu dari luar ke
kawasan sekolah
tanpa kebenaran.
32.Mengedar, memiliki,
membawa, melukis
atau mempamerkan
bahan lucah.
33.Mengeluarkan kata-
kata/ isyarat lucah dan
kesat kepada guru/
pengawas/ murid lain.
34.Melakukan hubungan
yang dicurigai.
35.Mengeluarkan wang
biasiswa melebihi had
yang dibenarkan/
tanpa kebenaran.

36
JENIS KESALAHAN & HUKUMAN MENGIKUT SURAT PEKELILING

BI JENIS
JENIS HUKUMAN SURAT PEKELILING
L KESALAHAN
Kesalahan Diberi nasihat, sesi
1
Ringan (KR) kaunseling dan amaran.
Rotan di tapak tangan
Kesalahan dengan menggunakan Surat Pekeliling Ikhtisas
2
Sederhana (KS) rotan ringan (maksimum 3 Bil.7/2003 Lampiran B
sebatan) (Bertarikh 18 November
Rotan di punggung dengan 2003)
dilapik pakaian dengan
menggunakan rotan ringan
(maksimum 3 kali sebatan)
Tambahan kepada Surat
Pekeliling "Profesional"
Gantung sekolah Kementerian Pelajaran
(maksimum 14 hari) Bil.6/1968 dan ceraian 6
Kesalahan Berat serta Bil.8/1968 (Bertarikh
3
(KB) 12 Oktober 1968)
Surat Pekeliling
"Profesional" Kementerian
Pelajaran Bil.6/68
Buang sekolah
Pembuangan Murid-murid
**[Gugur nama dari daftar
daripada Sekolah-sekolah
kehadiran sekolah]
kerana Kelakuan Curang
(Bertarikh 10 September
1968)

NOTA:

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.08/1983:

(MENGENAKAN HUKUMAN BIASA TERHADAP MURID-MURID YANG


MELAKUKAN SALAH LAKU YANG TIDAK DINYATAKAN DALAM
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN)

1. Pihak berkuasa disiplin sekolah berhak mengenakan sebarang


penambahan/ pindaan dengan budi bicara mana-mana kesalahan yang
tidak tersenarai dalam jadual di atas dengan atau tanpa sebarang
pemberitahuan.
2. Menjadi tanggungjawab penuh murid-murid untuk memaklumkan atau
menyerahkan surat gantung sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.

37
3. Murid-murid yang sedang menjalani hukuman gantung sekolah TIDAK
DIBENARKAN:
i. Masuk/ berada dalam kawasan sekolah tanpa kehadiran ibu bapa
atau penjaga.
ii. Menggunakan segala kemudahan sekolah.
iii. Menyertai kegiatan/aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
(termasuk ujian & peperiksaan peringkat sekolah/ PIBG)
4. Murid diwajibkan membawa ibu bapa atau penjaga ke sekolah untuk
berjumpa Pengetua, PK atau Guru Disiplin sebelum menjalani hukuman
gantung sekolah.
5. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan murid terbabit ditahan
di bilik guru atau diarahkan pulang semula ke rumah.
6. Penggunaan telefon bimbit sepanjang waktu pembelajaran dan
pengajaran adalah dilarang sama sekali kerana menimbulkan gangguan
kepada guru dan murid-murid lain serta mengganggu tumpuan murid
berkenaan terhadap pelajaran.
7. Jika dapat dikesan, telefon bimbit akan dirampas (kad sim diserahkan
kepada murid terbabit) dan telefon bimbit tersebut untuk kali pertama
hanya boleh dituntut oleh ibu bapa atau penjaga setelah menandatangani
borang perakuan.
8. Murid-murid adalah dilarang keras membawa "orang luar" (selain daripada
ibu bapa atau penjaga) untuk menyelesaikan perbalahan atau kes
memukul murid, guru atau kakitangan sekolah. Tindakan ini dianggap
serius dan murid terbabit boleh dikenakan hukuman gantung atau diminta
berpindah sekolah.
9. Murid-murid dinasihatkan untuk memaklumkan kepada guru disiplin
bertugas sekiranya terdapat pelanggaran peraturan sekolah atau jika
berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan risiko yang lebih besar
sama ada kepada diri sendiri atau murid lain.
10. Semua guru adalah guru disiplin. Pihak sekolah berusaha sedaya upaya
untuk mewujudkan suasana kondusif untuk proses pembelajaran dan
pengajaran. Oleh itu, kerjasama semua warga sekolah dituntut untuk
memenuhi aspirasi tersebut. Pihak sekolah tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu/ kumpulan yang
melanggar peraturan-peraturan sekolah berdasarkan peraturan sekolah,
surat-surat pekeliling ikhtisas dan prinsip undang-undang.

PERATURAN ETIKA PENAMPILAN PELAJAR TINGKATAN 6

1. OBJEKTIF

Peraturan etika penampilan pelajar yang digariskan oleh pengurusan SMK

38
Belaga ini menggariskan panduan dan tatacara berpakaian yang sesuai
bagi pelajar sekolah ini. Secara amnya, semua pelajar mestilah berpakaian
kemas dan sopan yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat
Malaysia. Pihak sekolah amat menitikberatkan penampilan dan
keterampilan pelajarnya bagi memberikan imej yang baik kepada institusi
ini tanpa mengabaikan nilai-nilai ketimuran. Antara tujuan peraturan ini
diperkenalkan adalah untuk membentuk suasana persekitaran yang
harmoni, tenteram, berdisiplin dan mempunyai kesopanan dan kesusilaan
selaras dengan kedudukan SMK Belaga (sebagai sekolah tingkatan enam
di Daerah Belaga)

2. PERATURAN-PERATURAN AM

2.1 Semua pelajar diwajibkan memakai tag nama sepanjang berada di


kawasan sekolah dan penggunaan tag nama pelajar lain adalah
tidak dibenarkan.
2.2 Setiap pelajar diwajibkan mempamerkan tag nama kecuali semasa
menyertai aktiviti sukan.
2.3 Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan
sebarang pertubuhan, kumpulan, organisasi atau simbol kecuali
dalam keadaan yang tertentu dan setelah mendapat kebenaran
daripada pengurusan sekolah
2.4 Setiap pelajar dilarang mempamerkan unsur-unsur yang
bertentangan dengan moral dan etika yang tidak baik
2.5 Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang
ditetapkan dibawah peraturan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

3. PAKAIAN PELAJAR
3.1 Setiap pelajar hendaklah berpakaian kemas, rapi dan bersih
3.2 Setiap pelajar diwajibkan berpakaian sopan, tidak memakai topi dan
tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal.
3.3 Setiap pelajar juga tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat
dan jarang, mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh
badan dan menjolok mata.
3.4 Pelajar lelaki dilarang sama sekali memakai subang, gelang dan
rantai (kecuali atas sebab keagamaan). Pelajar wanita dilarang
memakai subang secara berlebihan.
3.5 Setiap pelajar dilarang memakai tatoo di mana-mana anggota
badan .
3.6 Pelajar lelaki:
3.6.1 Dikehendaki memakai kemeja lengan panjang atau pendek
dimasukkan ke dalam (tuck in)
3.6.2 Lengan kemeja tidak boleh dilipat.
3.6.3 Seluar panjang yang tidak ketat. (Jeans/ denim dan fesyen
seluar londeh tidak dibenarkan)
3.6.4 Tali leher mesti dipakai pada hari Isnin dan majlis-majlis
rasmi. Digalakkan bertali leher pada hari-hari yang
lain.Hujung bahagian tali leher mesti mencecah bahagian
buckle tali pinggang .

39
3.6.5 Tali pinggang tidak melebihi 3cm lebarnya (kepala tali
pinggang yang besar dan sebarang lambang tidak
dibenarkan)
3.6.6 Memakai kasut bertutup dan bersarung kaki

3.7 Pelajar perempuan:


3.7.1 Pemakaian baju kurung adalah sangat bersesuaian dan baju
tradisional kaum masing-masing (kecuali saree dan
cheongsam)
3.7.2 Memakai skirt labuh di bawah paras lutut atau berseluar
panjang yang longgar dan tidak mengikut bentuk susuk
badan. (leggings tidak dibenarkan sama sekali)
3.7.3 Berkemeja atau blouse yang tidak terlalu mengikut bentuk
badan dan tidak jarang.
3.7.4 Pelajar wanita yang beragama Islam digalakkan memakai
tudung tetapi dilarang menutup muka (purdah)
3.7.5 Kasut bertutup dan tidak berwarna-warni

3.8 Di dalam majlis rasmi setiap pelajar tidak dibenarkan memakai topi
atau bandana kecuali semasa aktiviti riadah
3.9 Pelajar lelaki tidak dibenarkan berpakaian menyerupai wanita
dan begitulah sebaliknya.
3.10 Pakaian yang berfesyen berlebihan atau luar biasa tidak dibenarkan
.
3.11 Pelajar digalakkan memakai pakaian kebangsaan atau pakaian
tradisional pada hari Jumaat. Pemakaian tersebut walau
bagaimanapun mestilah lengkap (baju melayu dibutangkan,
bersongkok dan bersampin)
3.12 Solekan dan penggunaan wangian mestilah secara minima atau
sederhana.
3.13 Kuku tidak boleh diwarnakan .

4. RAMBUT

4.1 Setiap pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi.


4.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang.
4.3 Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
4.4 Berfesyen rambut keterlaluan bagi lelaki dan perempuan adalah
dilarang. (skin cut, punk, berekor dan sebagainya)
4.5 Pelajar wanita mestilah menyisir rambut dengan rapi.
4.6 Pelajar lelaki tidak boleh bermisai, berjanggut atau

40
GAMBAR-GAMBAR PAKAIAN YANG SESUAI

Rajah 1: Baju Kurung Rajah 2:


Baju Melayu

Rajah 3: Kemeja dan Skirt Rajah 4:


Pakaian Punjabi

41
Rajah 5: Blouse dan Seluar Panjang Rajah 6: Kemeja
dan Seluar Panjang

42

Anda mungkin juga menyukai