Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di
samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya
juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980;
Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah
bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan
tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980).

Oleh yang demikian, pendidikan di Malaysia menegaskan tentang hak kanak-kanak


untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelektual
kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak
adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu
berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
(PKBP) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan mereka yang
terdiri daripada pelbagai kategori seperti Disleksia, Autisme, Perkembangan Lewat, Hiperaktif
(ADHD) dan sebagainya.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini mempunyai masalah neurologikal hingga


menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca,
menulis, mengeja dan mengiraObjektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu
tinggi untuk murid PKBP menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-
masing.

Oleh itu, terdapat beberapa strategi dan kaedah yang dirancang dan
dilaksanakan agar dapat meningkatkan keupayaan murid-murid ini dalam pembelajaran.
Strategi yang sesuai dengan kreativiti corak pembelajaran serta sikap murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar. Disamping strategi yang bersesuaian, Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik turut memberikan kesan yang positif dalam
pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran murid.
Rassional Strategi / Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran Matematik Dalam Kalangan
Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
1
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan bagi Kelas Pendidikan Khas
Tahun 1 menggunakan pelbagai strategi serta kaedah yang boleh dilaksanakan bagi
membimbing murid-murid bermasalah pembelajaran ini menguasai kemahiran Matematik yang
dipelajari. Strategi dan kaedah ini seharusnya menggabungkan elemen VAKT (Visual, Audio,
Kintestatik, dan Tactile (sentuhan).

Antara kaedah strategi pendekatan pembelajaran dan pengajaran masalah


pembelajaran Matematik yang difikirkan sesuai adalah:
a) Didik Hibur
b) Touch Math
c) Pembelajaran Mastery
d) Pembelajaran Langsung

Setiap kaedah ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan digunakan mengikut
kesesuaian aras keupayaan murid di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru perlu terlebih
dahulu mengenali diri murid dan meletakkan mereka dalam kumpulan mengikut aras
keupayaan murid. Tambahan pula, kesediaan murid untuk belajar juga perlulah ada, bagi
membolehkan kemenjadian proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) itu berlangsung.

Terdapat seramai 4 orang murid dalam Kelas Pendidikan Khas Tahun 1. Berikut adalah
maklumat murid tersebut:

KUMPULAN
BIL. NAMA JANTINA DARJAH KECACATAN
KEMAHIRAN
1. Khairullah b. Ismail L 1 Sindrom Down Rendah
2. Nur Shuhada bt. Yusof P 1 Sindrom Down Rendah
3. Fazilah bt. Jamali p 1 Disleksia Sederhana
4. Muhammad Hakimi b. Fadil L 1 Autisme Tinggi

Kumpulan Aras Rendah (Low Level Function)

Khairullah b. Ismail dan Nur Shuhada bt. Yusof berada dalam kumpulan aras rendah
(low level function). Mereka berdua disahkan oleh pakar perubatan menghadapi masalah
2
Sindrom Down. Bagi kategori kanak-kanak Low level Function ini, kaedah P&P Matematik
bercorakkan Touch Math (Matematik Sentuh) dan Unsur Terapi amat sesuai digunakan. Umum
mengetahui bahawa kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah dan menghadapi
masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Matematik Sentuh adalah merupakan inovatif dalam pengajaran Matematik yang


menggunakan pelbagai deria VAKT termasuk menyentuh titik (sentuhan) pada nombor
berkenaan.

Matematik Sentuh (Touch Math) Kad Nombor


Murid dapat melihat kad, mendengar guru menyebut nombor, serta menyentuh titik pada
nombor atas kad berkenaan. Murid juga dapat menyurih nombor atas kad nombor berkenaan
mengikut titik yang sedia ada.

Kaedah Terapi juga amat sesuai dipraktikkan dalam sesi P&P Matematik bagi murid
Sindrom Down, kerana terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan seperti:

i. Terapi Muzik murid melihat kad nombor, mendengar rentak muzik, dan membilang
nombor 1 sehingga 10.

ii. Terapi Warna guru menggunakan kad warna bagi mewakili nombor. Murid boleh
menyentuh nombor.

3
iii. Terapi Pasir murid menulis nombor atas pasir dalam bekas disediakan oleh guru.

iv. Terapi Haiwan guru menyediakan beberapa anak kucing dan murid melihat dan
mengira bilangan kucing.

Kumpulan Aras Sederhana (Medium Level Function)

Fazilah bt. Jamali pula berada dalam kumpulan aras sederhana (medium level function).
Murid ini berhadapan dengan masalah pengecaman huruf dan nombor. Masalah ini telah
menyebabkan murid ini jauh ketinggalan dalam aspek akademik berbanding rakan sebaya
mereka. Murid ini kelihatan normal seperti kanak-kanak lain tetapi menghadapi masalah dalam
4
pembelajaran. Saya telah berbincang dengan kedua ibu bapa murid, dan mereka bersetuju
untuk berjumpa dengan doktor pakar di Pusat Disleksia Malaysia, Kuala Lumpur. Pemeriksaan
Doktor mengesahkan bahawa murid ini menghadapi masalah Disleksia (medium spectrum).

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar
pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Menurut Hunter (1991), Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran


dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan
dengan penentuan hasil pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid
berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan
biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai
akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan
diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Sebagai contoh dalam P&P Matematik, murid dibimbing melihat kad nombor 1 sehingga
10 dan mewarnakan nombor mengikut kreativiti murid. Murid akan menyebut nombor dan
memilih kad nombor yang betul. Selepas itu, murid akan diberikan latih tubi menulis nombor 1
sehingga 5. Selepas murid menguasai kemahiran menulis nombor 1 hingga 5, baru murid itu
akan membuat aktiviti nombor seterusnya. Murid akan dibimbing oleh guru mempelajari konsep
nombor 1 sehingga 10 yang mudah mengugunakan bahan maujud/konkrit; sebelum
mempelajari sesuatu yang lebih sukar (ansur maju). Murid juga akan menggunakan pelbagai
BBM sebagai alat sokongan P&P termasuk juga item di sekeliling mereka (bahan maujud)
seperti daun, batu, kereta dan sebagainya.

Manakala Didik Hibur pula bermaksud, mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan
(2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
5
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita,
lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.
Oleh yang demikian, sesi induksi saya bagi subjek Matematik kelas Pendidikan
Khas Tahun 1 ini; saya akan mulakan dengan nyanyian guru dan murid diiringi muzik lagu
Sayang Semuanya. Nyanyian juga diiringi dengan pergerakan badan yang kreatif bertujuan
merangsang otot dan pengaliran darah murid-murid bermasalah pembelajaran ini. Saya
percaya bahawa melalui pendekatan didik hibur ini, murid-murid berasa ceria dan senaman
pergerakan badan akan merangsang pengaliran darah beroksigen ke minda dan seluruh
anggota badan; agar murid berasa segar, bertambah fokus dan minda bersedia untuk
menerima ilmu pengetahuan.

Kumpulan Aras Tinggi (High Level Function)

Bagi murid yang bernama Muhammad Hakimi b. Fadil telah disahkan mempunyai
Autisme. Apakah yang dimaksudkan dengan Autisme? Perkataan Autism berasal daripada
perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk
kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu
Leo Kanner telah memperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian
beliau terhadap pesakit autism yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi
6
dengan orang lain, pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibal dengan orang lain dan cara
komunikasi yang berbeza daripada orang biasa.

Secara amnya, inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan


menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan merupakan sifat utama
inkuiri. Ia merupakan satu pendekatan pembelajaran yang lebih menekankan aktiviti untuk
memupuk kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam diri setiap pelajar.
Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini adalah berpusat kepada kanak-kanak. Murid-
murid diberi suatu situasi atau bahan atau perkara yang bermasalah untuk diselesaikan dengan
bimbingan guru. Kaedah ini adalah menarik serta merangsang minda murid-murid kerana
mereka perlu menggunakan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta penilaian bagi
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.

Kaedah inkuiri penemuan ini dicipta oleh Richard Suchman (1962), dengan membuat
andaian berdasarkan strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains iaitu sifat ingin tahu
dengan memupuk dan membina rasa ingin tahu dalam diri seseorang.
Sebagai contoh, guru boleh merancang lawatan ke Zoo bersama-sama murid
pendidikan khas dengan bertujuan mempelajari konsep Bahasa Malaysia dan Matematik
mengenal haiwan, mengetahui nama haiwan, menulis nama haiwan, membilang haiwan dan
membuat lembaran kerja berkenaan haiwan. Murid-murid akan berasa seronok kerana mereka
sendiri akan merasai pengalaman baru dan membuat penemuan baru di Zoo.

Saya juga akan menyuruh Hairul dan Nisa mencari bilangan daun berdasarkan
bilangan kad nombor yang ditunjukkan oleh guru. Murid-murid akan berasa seronok mencari
bahan maujud berpandukan kad nombor dan melakukan aktiviti pencarian dalam kumpulan.
Pembelajaran Langsung pula bermaksud suatu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-
kemahiran asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran
adalah berstruktur. Mengikut Arends (2001), pengajaran langsung merupakan satu cara
berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid.

Pembelajaran langsung merupakan strategi pengajaran yang digunakan oleh guru dan
mengikut struktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah
mencapai hasil pembelajaran yang nyata. Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap
proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses. Keistimewaan
7
pengajaran langsung termasuklah menyampaikan maklumat yang banyak dalam masa tertentu.
Oleh sebab model ini terarah guru, maka guru perlu mereka cipta perkembangan pengajaran
yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.

Dalam pengajaran langsung, latihan dan rehearsal mental merupakan proses yang
membantu pelajar mengingat dan menghasilkan perlakuan yang diperhatikan. Sebagai contoh,
Muhammad Hakimi melihat terlebih dahulu melihat bagaimana guru menyusun nombor bulat 1-
10 mengikut pola yang ditetapkan. Guru akan memberikan arahan yang jelas kepada Hairul dan
Nisa sepanjang tempoh aktiviti dijalankan. Kemudian, Hairul dan Nisa dibimbing bagaimana
membuat padanan kuantiti bahan maujud berpandukan nombor diberi. Akhir sekali, Hairul dan
Nisa akan membuat latih tubi pengulangan padanan nombor dengan nilai bahan maujud.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, kita haruslah mengakui dan memahami bahawa pekembangan


diri fizikal dan mental setiap kanak-kanak adalah berbeza antara individu. Pendidikan untuk
semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira
latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk
memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab
sosial yang penting dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai