Anda di halaman 1dari 8

Sawit atau nama saintifiknya Elaeis Guineesis sebenarnya berasal dari Afrika Selatan.

Pada
tahun 1848, empat anak benih tanaman sawit telah dibawa dari Afrika dan ditanam di Taman
Botani Bogor, Indonesia. Pada tahun 1880-an, benih ini kemudiannya telah dibawa ke Deli,
Sumatera untuk ditanam sebagai tanaman hiasan. Pada tahun 1911, benih ini kemudiannya
dibawa ke Rantau Panjang, Kuala Selangor, juga untuk dijadikan tanaman hiasan.
Sejarah awal industri sawit di Malaysia bermula pada tahun 1917, apabila benih kelapa sawit
Dura (tempurung tebal) dari Rantau Panjang, Selangor mula ditanam di Ladang Tenmaran, Kuala
Selangor. Dengan melakukan beberapa kaedah penyelidikan dan memahami pewarisan bentuk
buah kelapa sawit, penanaman komersial daripada baka Dura kepada baka kacukan Dura x
Pisifiera (DxP) mula dijalankan. Buah Pisifera adalah buah sawit yang tidak mempunyai
tempurung, dan dikenali sebagai buah mandul betina iaitu bunga betina yang sepatutnya
berkembang menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Baka kacukan DxP
menghasilkan buah tanera (kelapa sawit yang mempunyai tempurung nipis). Pokok kelapa sawit
yang menggunakan baka jenis DxP adalah lebih rendah dan tandannya sangat besar. Banyak
kelebihannya apabila baka jenis DxP ini ditanam. Pertama, disebabkan ia rendah daripada baka
Dura, ia memudahkan pekerja ladang untuk memetik buah kelapa sawit. Kedua, lebih banyak
pokok kelapa sawit dapat ditanam dalam satu hektar tanah kerana sifat pokok itu yang lebih
rendah dan yang ketiga, kerana sifat tempurungnya yang nipis, maka ia menghasilkan minyak
yang banyak.
Kini, jika kita tinjau ladang kelapa sawit yang terdapat di Malaysia, kebanyakannya telah di
dominasi dengan pokok kelapa sawit jenis DxP.
Penanaman Sawit Di Malaysia
Penanaman kelapa sawit di Malaysia telah diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk
membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pada tahun 1960-an, Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah membuka tanah-tanah baru untuk diteroka dan
dijadikan ladang kelapa sawit. Pembangunan dalam industri kelapa sawit amat
memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasilkan
kaedah baru dalam teknologi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan
produk-produk baru berasaskan kelapa sawit. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi yang
bertanggungjawab ke atas perkara berkaitan tanaman sawit ini. Jabatan Pertanian Malaysia yang
ditubuhkan pada tahun 1912, ditugaskan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah
digariskan oleh kerajaan. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula ditubuhkan
untuk mengkordinasi pembukaan tanah-tanah baru manakala Institut Penyelidikan Minyak
Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pula berfungsi untuk memberi tumpuan yang lebih besar dalam
usaha-usaha pembangunan dan penyelidikan (R&D) seterusnya meningkatkan pengeluaran.
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pula memainkan peranan penting dalam usaha
mempromosi dan memperkenalkan faedah dan penggunaan minyak kelapa sawit di mata dunia.
Sebagai pengeksport minyak kelapa sawit yang terbesar di dunia, Malaysia pastinya memiliki
formula kejayaan tersendiri untuk memperbanyakkan hasil menerusi usaha pembiakbakaan yang
efektif. Dengan memperkenalkan program pembiakbakaan sawit, peningkatan hasil minyak
sawit, kualiti minyak dan kadar ketinggian pokok dikaji dan kajian terhadap daya tahan perosak
dan penyakit juga dilakukan.
Sedikit statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia tentang tanaman kelapa
sawit di Malaysia menunjukkan:-
Terdapat seluas 4, 853, 766 hektar tanaman kelapa sawit di Malaysia pada tahun 2010
berbanding cuma 642, 00 hektar direkodkan pada tahun 1975.
Bilangan ladang kelapa sawit pula mencatat angka 4, 370 pada tahun 2010 berbanding
690 pada tahun 1975.
Pada tahun 2011, sebanyak 18.91 juta tan minyak sawit mentah telah dihasilkan, iaitu
11.3% lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengeluaran pada tahun 2010.
Negara tembok besar China merupakan negara pengimport utama minyak sawit mentah
negara kita. Pada tahun 2010, kadar eksport ke negara China adalah sebanyak 11.37 juta tan
atau 68.2% daripada eksport minyak sawit Malaysia untuk tahun 2010.
Jika dilihat ketika berlakunya krisis kewangan dunia pada tahun 1997/1998, industri sawit telah
mampu menyelamatkan ekonomi negara. Pada ketika itu, industri sawit telah dapat kekal
berdaya saing dan telah memainkan peranan sebagai penyelamat ekonomi negara. Permintaan
terhadap minyak sawit mentah dan produk berkaitannya terus kukuh walaupun keadaan ekonomi
pada ketika itu tidak stabil.
Kemampuan negara dalam memenuhi kehendak pasaran dunia juga amat bergantung kepada
produktiviti pengusaha ladang kelapa sawit yang mana kebanyakannya adalah pekebun kecil
atau peneroka. Walau bagaimanapun, produktiviti sawit bergantung kepada usia tanaman itu.
Bagi memastikan keberkesanan dalam pengeluaran hasil yang lebih tinggi, peneroka ladang
kelapa sawit telah disarankan supaya melakukan penanaman semula ke atas pokok-pokok sawit
yang sudah berusia lebih 20 tahun.
Kegunaan
Siapa sangka 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai produk
makanan manakala selebihnya digunakan dalam pembuatan produk makanan. Terdapat 3 bahan
utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit yang telah diproses di kilang. Bahan-bahan itu
ialah:-
Isirung kelapa sawit Digunakan sebagai bahan makanan untuk ternakan. Setelah diproses ia
juga boleh dijadikan bahan serbuk pencuci dan asid lemak
Minyak isirung kelapa sawit Terlalu banyak kegunaan minyak isirung kelapa sawit antaranya
seperti diproses untuk membuat marjerin, lemak makanan dan aiskrim. Penggunaan minyak
isirung kelapa sawit dalam pembuatan aiskrim menjadikan ia lebih lembut dan gebu, serta tidak
mudah rosak. Ia juga boleh diproses untuk dijadikan bahan sabun pencuci, asid lemak, bahan
untuk alat solek, minyak gris, minyak pelincir, lilin dan ubat-ubatan.
Minyak sawit mentah Paling sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak
makanan. Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit juga telah terbukti dapat menghasilkan
produk krimer bukan berasaskan tenusu. Produk krimer berasaskan minyak sawit terbukti dapat
bertahan lebih lama malahan rasanya lebih enak! Jangan tak percaya minyak sawit mentah juga
boleh diproses untuk dijadikan serbuk santan kelapa. Serbuk santan ini lebih berkhasiat kerana ia
mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Rasanya juga lebih sedap dan tidak mudah
basi.
Cabaran Dalam Penanaman Kelapa Sawit
Walaupun Malaysia sudah tercatat sebagai negara pengeluar utama minyak sawit dunia, tetapi
tidak semestinya gelaran itu akan kekal bersama kita selama-lamanya. Ternyata terdapat banyak
halangan yang perlu dihadapi oleh negara untuk terus kekal sebagai peneraju dalam pengeluaran
minyak sawit dunia.
Permintaan dunia terhadap minyak sawit mentah adalah tidak stabil menyebabkan harganya
turun naik . Sekatan tarif dan bukan tarif yang bertujuan untuk mengehadkan penembusan
pasaran tempatan, seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah, memberi impak kepada harga
pasaran minyak sawit.
Persaingan. Seperti yang diketahui umum, Malaysia bukanlah satu-satunya negara pengeluar
minyak sawit dunia, malah negara-negara di selatan Amerika dan benua Afrika turut menanam
pokok kelapa sawit untuk mendapatkan minyaknya. Oleh itu, Malaysia terpaksa bersaing dengan
negara-negara pengeksport minyak sawit. Negara pengimport pula berpeluang untuk membuat
pilihan dan memilih negara yang menawarkan kualiti minyak yang terbaik untuk menjadi
pembekal minyak sawit ke negara mereka.
Pada hujung abad ke-20, kumpulan penyokong alam sekitar dan pengguna di Eropah dan
Amerika Syarikat telah melancarkan kempen anti minyak sawit. Kempen ini dilancarkan oleh
kumpulan ini atas dakwaan bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol
darah seterusnya menjadi salah satu punca penyakit jantung. Minyak sawit juga didakwa sebagai
salah satu ejen penyakit kanser. Kumpulan ini kemudiannya mencadangkan alternatif untuk
menukar penggunaan minyak kelapa sawit kepada minyak kacang soya dan bunga
matahari. Kumpulan penyokong alam sekitar ini juga mendakwa penebangan hutan bagi tanaman
sawit mencabul hak asasi manusia di samping memusnahkan habitat orang utan. Namun begitu,
dengan berbekalkan bukti-bukti kukuh yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan
oleh PORIM, negara kita mampu menangkis serangan berkenaan. Kesan buruk kempen yang
dijalankan oleh negara-negara pengeluar minyak sayuran tersebut tidak menjejaskan pasaran dan
permintaan daripada negara-negara pengeksport minyak sawit yang sudah lama berdagang
dengan negara kita.
Kenaikan dalam kos pengeluaran, bahan api dan upah menyebabkan kos pengeluaran
minyak ini menjadi semakin meningkat. Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan kilang
pemprosesan. Buah-buah kelapa sawit ini terpaksa dihantar ke kilang yang paling dekat,
menyebabkan mutu minyaknya berkurangan kerana buahnya lambat diproses. Ladang-ladang
juga mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja tempatan , dan masih banyak bergantung
kepada buruh asing bagi kerja-kerja penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan ladang kelapa
sawit. Pekerja tempatan kurang berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit atas sebab kos
upah yang murah dan kerja yang memenatkan.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi masalah tanah yang terhad untuk penanaman kelapa
sawit dan hanya bergantung kepada kawasan perladangan sawit yang sedia ada.
Ladang kelapa sawit juga tidak terlepas daripada serangan serangga seperti kumbang badak
dan penyakit ganoderma yang menjadi ancaman kepada industri. S erangan secara besar-
besaran mampu menggugat pengeluaran minyak sawit kerana pokok kelapa sawit yang diserang
musnah sama sekali. Di samping itu, faktor cuaca juga turut memainkan peranan penting dalam
menentukan pengeluaran minyak sawit. Cuaca panas dan kemarau serta berjerebu akan turut
mendatangkan kesan buruk kepada pokok kelapa sawit.
Kesimpulan
Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar mensyukuri dan mempromosi industri sawit negara ke tahap
yang sepatutnya, agar dapat terus kukuh dan berdaya saing di arena antarabangsa. Dengan
adanya pengurusan yang bijak seperti FELDA dan agensi yang bertanggungjawab ke atas
perkara berkaitan dengan tanaman ini, diharap akan dapat membantu menangani cabaran yang
ada seterusnya menghasilkan produk yang bermutu dan hasil tuaian yang dapat memenuhi
permintaan dunia. Aktiviti-aktivit kajian dan penyelidikan (R&D) perlu ditingkatkan untuk
menghasilkan penemuan baharu dalam bidang, memastikan kualiti minyak sawit adalah pada
tahap yang tertinggi dan mempelbagaikan penggunaan sawit itu sendiri. Ini seterusnya dapat
memastikan negara kita kekal sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia.
Industri minyak sawit adalah salah satu cerita kejayaan negara kita, Malaysia. Tanpa industri
sawit, rakyat Malaysia akan kehilangan salah satu sumber penting pendapatan negara dan
seterusnya ekonomi negara kita mungkin akan dilanda krisis ekonomi.

POTENSI MINYAK SAWIT Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit
berlipat kali ganda berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud progeni
dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud
ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum 18.2 tan sehektar setahun. Hasil tandan
dan perahan minyak dura Deli dan kacukan dengan pisifera, terutama dengan baka AVROS,
adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun
hasil FFB daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun
hasil minyak telah dimajukan daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar
setahun (D x P) KOMODITI PERTANIAN UTAMA Kelapa sawit adalah salah satu komoditi
pertanian utama bagi negara Malaysia yang perkembangannya demikian pesat. Selain produksi
minyak kelapa sawit yang tinggi, produk sampingan juga tinggi. Secara umum hasil dari industri
kelapa sawit terdiri atas tiga macam iaitu minyak cair, padat dan gas. Minyak kelapa sawit
berasal dari unit proses pengukusan (sterilisasi), proses klarifikasi dan buangan dari hidrosiklon.
Pada umumnya, minyak industri kelapa sawit mengandungi bahan organik yang tinggi sehingga
berpotensi mencemari air tanah dan permukaan sungai dan air laut. Sedangkan minyak likat
kelapa sawit dikelompokan menjadi dua iaitu likat yang berasal dari proses pengolahan dan yang
berasal dari basis pengolahan minyak cair. Limbah padat yang berasal dari proses pengolahan
berupa Tandan Kosong Kelapa Sawit, cangkang atau tempurung, serabut atau serat, sludge atau
lumpur, dan bungkil. TKKS dan lumpur yang tidak diuruskan dengan sempurna akan
menyebabkan bau busuk, tempat bersarangnya serangga lalat dan potensial menghasilkan air
lendir. (leachate). Limbah padat yang berasal dari pengolahan limbah cair berupa lumpur aktif
yang terbawa oleh hasil pengolahan air limbah. Kesimpulan dari penelitian ini adalah sebagai
berikut: Ditinjau dari parameter kematangan kompos seperti rasio C/N, profil suhu, penyusutan
isipadu dan penampilan fisik kompos, kecepatan proses pengkomposan TKKS dengan
penambahan aktivator (OrgaDec, Biostar dan EM4) dan pengkomposan tanpa aktivator relatif
sama iaitu sekitar 13 minggu. Keperluan air untuk proses pengkomposan TKKS berkisar antara
1,7 sampai 2,3 m3. Kandungan unsur hara kompos sekitar 0,4 % (N), 0,029 sampai 0,05 %
(P2O5), 0,15 sampai 0,2 % (K2O).

KEPENTINGAN KELAPA SAWIT Industri makanan berasaskan minyak sawit di Malaysia


telah mengalami perkembangan pesat sejak tiga dekad yang lalu. Kawasan tanaman sawit
meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam
tahun 1990, dan hari ini ia berada pada keluasan 3.8 juta hektar, bersamaan dengan lebih 500 juta
pokok sawit. Dari segi penghasilan minyak sawit mentah (CPO), pengeluaran dicatat pada 13.35
juta tan dalam tahun 2003 daripada sejumlah 370 kilang buah sawit di seluruh negara. Industri
ini juga turut terbabit secara meluas dalam aktiviti hiliran, daripada penapisan sehingga kepada
penghasilan minyak masak dan oleokimia. Malaysia mempunyai jumlah penduduk yang agak
kecil seramai 24 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah
agak terhad. Oleh kerana itu, lebih 90 peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah
dieksport, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk
negara ini, serta tonggak ekonomi negara. Nilai eksport minyak sawit pada tahun 2003 berjumlah
RM 26.15 bilion ketika harga purata minyak sawit mentah berada pada paras RM 1,544 satu tan.
Hari ini, Malaysia menyumbang anggaran 50 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia
dan anggaran 60 peratus daripada jumlah dagangannya. Terdapat banyak bukti yang
menunjukkan bahawa sejumlah besar keluasan kawasan tanaman minyak sawit yang telah
dikatakan ditanam di dalam kawasan hutan tropika, sebenarnya ditanam di kawasan hutan
pembalakan, atau ditanam semula di dalam kawasan yang sebelum itu ditanam dengan tanaman
lain. Contohnya, daripada tahun 1990 hingga 2000, ketika kawasan tanaman kelapa sawit di
Malaysia meningkat sebanyak 1.4 juta hektar, kegiatan menanam getah, koko dan kelapa
masing-masing menurun sebanyak 0.4, 0.3 dan 0.2 juta hektar. Sejumlah besar keluasan kawasan
tanaman ini ditanam semula dengan kelapa sawit kerana ia tanaman yang lebih menguntungkan.
Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion
dengan sejumlah besar pembiayaan ini diperoleh dalam negeri. Peningkatan secara meluas
penanaman sawit ini membawa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar, dan
telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar. Seramai 290,000 pekebun kecil di skim
tanah kerajaan serta pekebun kecil persendirian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini
untuk kehidupan harian mereka. Hasil pendapatan daripada sawit membawa kesan penting dalam
mengekalkan kestabilan sosioekonomi golongan ini. Tambahan pula, seramai 180,000 lagi
pekerja di ladang sawit dengan jumlah pendapatan dan kebajikan mereka yang lain, adalah
penyumbang besar kepada kestabilan politik dan sosio-ekonomi terutamanya ketika krisis
kewangan Asia sekitar tahun 1997-1998. KEGUNAAN Kelapa sawit dapat dipelbagaikan
kegunaannya Jika getah dapat dipelbagaikan kegunaannya menjadi 1500 jenis barangan, begitu
juga dengan kelapa sawit. Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah
dapat menghasilkan : Aiskrim Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas
dalam pengeluaran aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam
pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan alternatif.
Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan sahaja
menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak. Konfeksi Pengganti Lemak
Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan secara separa atau keseluruhan
penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi. Melalui proses
pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR.
Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit
mempunyai rasa hampir menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana
bahan berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat
bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut. Krimer Adunan minyak
sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan secara meluas untuk menggantikan
lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan
penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih
mudah digunakan. Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk
menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang mampu
mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang menggunakan krimer
berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa peminumnya. Serbuk santan
Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menghasilkan lauk-
pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang diadun dan diproses
menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan
kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa komersil dari segi
warna, bau, rupa dan rasanya. Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan
yang baik kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak
tengik) daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan
tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada suhu 15C
pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Sosej dan burger
Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi menggantikan lemak haiwan
dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej, burger, bebola daging dan ayam,
serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia dirumus khusus sebagai pengganti
lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam. Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan
rasa kurang enak makanan, malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa
kolesterol dan mikrob makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati.
Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di
Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Bagaimana dengan sejumlah 20% lagi? Selebihnya
adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan. PERSAINGAN PERINGKAT
DUNIA Malaysia perlu mematuhi keputusan Mekanisasi Pembangunan Bersih (CDM), satu
prosedur ditetapkan mengikut Konvensyen Rangka kerja Perubahan Iklim (UNFCCC), bertujuan
menstabilkan kepekatan gas rumah hijau (GHG) di atmosfera. Industri sawit Malaysia perlu
mengambil kira penebasan hutan, pencemaran alam sekitar, hak asasi manusia dan perubahan
iklim. Industri juga perlu membuat penyesuaian ke atas struktur dan sistem teknologi yang
diguna pakai selari dengan keputusan UNFCCC dan pada masa sama, memastikan penghasilan
produktiviti keluaran sawit terus dapat dipertingkatkan. Saingan Persaingan minyak sawit
dengan minyak sayuran dan lelemak lain dunia akan berterusan pada masa depan. Bagi
mempertahankan Malaysia terus unggul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar dunia.
Langkah-langkah yang perlu diambil ialah : 1. Inovasi dan teknologi pengeluaran produk
makanan dari minyak sawit 2. Biomas dari buangan sawit 3. Biofuel dari minyak sawit 4.
Meningkatkan produktiviti minyak sawit. Tindakan ini selaras dengan : 1. Dasar memenuhi
permintaan makanan dunia 2. Mengelakkan kemusnahan hutan 3. Mengelakkan
kemusnahan habitat haiwan 4. Mesra alam. 5. Selaras dengan keputusan UNFCCC untuk
menangani pemanasan sejagat melalui pengurangan pelepasan GHG ke atmosfera yang
menyebabkan kenaikan suhu air laut, kemarau dan juga ribut taufan. Minyak sawit akan menjadi
minyak sayuran dan lelemak utama dunia. Oleh itu industri sawit perlu bersedia
mengadaptasikan pendekatan pengurusan yang dapat mempertahankan kedudukan industri dari
pesaing minyak sayuran dan lelemak lain dunia. 90% pengeluaran minyak sawit negara di
eksport ke 140 buah negara seluruh dunia, selain menyumbang kepada 60% minyak sayuran dan
lelemak yang di perdagangkan di pasaran dunia. Tidak mustahil minyak sawit akan di eksport
dan digunakan semua penduduk 202 negara seluruh dunia pada masa akan datang. Minyak
kacang soya, biji sesawi dan bunga matahari Pada tahun 2003, keluasan hektar tanaman kacang
soya, biji sesawi dan bunga matahari seluruh dunia masing-masing berjumlah 88.4 juta hektar
(61%), 25.2 juta hektar (17.4%) dan 22.6 juta hektar (15.6%) jauh lebih besar berbanding
keluasan tanaman sawit yang hanya berjumlah 8.5 juta hektar (5.9%). Namun, dari segi
penghasilan, minyak kacang soya berjumlah 31.4 juta tan atau 38.5%, hanya berbeza 3.3%
dengan keluaran minyak sawit berjumlah 28.7 juta tan atau 35.2%. Manakala pengeluaran
minyak biji sesawi dan bunga matahari hanya masing-masing 12.5 juta tan atau 15.3% dan 9 juta
tan atau 11%. Senario ini memberikan kelebihan kepada minyak sawit, malah lebih strategik
sekiranya negara pengeluar minyak lain mengimport minyak sawit dari Malaysia dan tanaman
berkenaan ditukar kepada tanaman makanan lain atau menanam hutan yang boleh memulihkan
keadaan alam sekitar serta dapat mengurangkan pelepasan GHG yang membahayakan atmosfera.
Malaysia berjaya merekacipta inovasi dan menghasilkan penemuan produk baru dari keluaran
sawit seperti produk oleokimia, nutraseutikal, farmaseutikal, kosmetik, detergen, kelengkapan
pendandanan, minyak masak, majerin, produk makanan dan lain -lain. Produk-produk ini bukan
sahaja bermutu tinggi, malah lebih baik dan setanding produk lain yang ada di pasaran. Pulangan
dari produk ini membantu sektor pertanian negara berkembang dan menjadi punca pendapatan
utama kepada negara. Pada tahun 2003, kadar pertumbuhan sektor kelapa sawit mencapai 5.2%
GDP berbanding unjuran awal 4.5% dan telah menyumbang sejumlah RM26.3 bilion kepada
pendapatan negara hasil perolehan eksport. Tuduhan Kesatuan Kacang Soya Amerika Pada tahun
1980an, Kesatuan Kacang Soya Amerika mendakwa : 1. Kononnya minyak sawit tidak sesuai
dimakan manusia, kerana menyebabkan penyakit kanser. Sebenarnya minyak sawit mengatasi
minyak saingannya kerana pengeluarannya bebas daripada organisma yang dipinda secara
genetik (GMO), sementara lemak yang dihasilkan adalah bebas trans, dan dengan itu adalah
pilihan yang lebih sihat bagi pengguna 1. Mereka mendakwa penebangan hutan bagi tanaman
sawit mencabul hak asasi manusia. 2. Memusnahkan habitat orang utan Amerika Syarikat cuba
meletakkan food safety standards and traceability ke atas minyak sawit yang diimport dari
negara Malaysia . CABARAN GLOBALISASI Pada tahun 2000 hingga 2050, industri sawit
perlu memberi perhatian dan menanganinya dengan bijak ke atas lima faktor luaran bagi
memastikan industri berupaya bersaing dengan pengeluar minyak sayuran dan lelemak lain
dunia. Pertambahan penduduk dunia Penduduk dunia meningkat kepada 9 bilion pada tahun
2050. Permintaan ke atas minyak sawit akan meningkat sedangkan kawasan tanaman
berkurangan. Tindakan proaktif yang perlu diambil ialah : inovasi dan teknologi baru
meningkatkan pengurusan ladang penggunaan bahan tanaman bermutu tinggi pembajaan
berjadual menangani penyakit pokok kejenteraan ladang perlu diguna pakai Kemajuan dalam
bidang internet dan e-komersil Kemajuan dalam bidang internet dan e-komersil membolehkan
pengilang dan peniaga mengurangkan kos pengeluaran. teknologi baru yang inovatif seperti
teknologi Pensterilan Berterusan Buah Tandan Segar, Automasi Keseluruhan Kilang,
Pemprosesan Tandan Kosong, Teknologi Pembuangan Benda Asing dan Rawatan Efluen bagi
kilang pemprosesan buah sawit berjaya meningkatkan kecekapan pengilangan dan
mengurangkan penggunaan pekerja sebanyak 50 peratus. Inovasi dan teknologi baru seperti ini
akan di galakkan pemakaiannya kepada semua kilang pemprosesan buah sawit di seluruh negara.

KESIMPULAN

Industri minyak sawit adalah satu cerita kejayaan Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia
daripada negara pengeluar komoditi utama berasaskan pertanian kepada negara pengeluar moden
bagi barangan makanan tambah nilai, adalah selaras dengan polisi penswastaan Malaysia dan
juga adalah asas kepada polisi pembangunan kerajaan seperti yang termaktub dalam Visi 2020.
Dengan mengguna pakai biji benih daripada negara luar dan memperbaiki kaedah penanamannya
agar bersesuaian dengan keadaan tempatan, Malaysia kini memiliki sebuah industri bertaraf
dunia. Ia adalah hasil visi dan perjuangan ramai pengusaha, baik pada peringkat kerajaan
mahupun sektor swasta, yang mempeloporinya dengan polisi strategik termasuk mengadakan
dan melaksanakan polisi pengurusan alam sekitar. Seperti yang ditonjolkan oleh pihak industri
hari ini, ia telah berkembang mengikut masa untuk menjadi lebih secocok dengan alam sekitar.
Tanpa sangsi, pihak industri memang memiliki praktik pengurusan yang terbaik bagi
menggalakkan pertanian yang berkekalan. Sebalik semuanya ini, yang nyata industri minyak
sawit di Malaysia masih belum berpuas hati dengan rekod pengurusan alam sekitar sedia ada
yang menitikberatkan sistem pengurusan kumbahan secara agronomik dan di hujung paip.
Pihak industri bertekad untuk berubah, serta komited bagi memasuki satu era pengurusan alam
sekitar yang baru.Ia tampak lebih nyata dalam keadaan agenda dunia yang lebih meluas ke arah
pembangunan berkekalan. Dengan 90 peratus daripada hasil minyak sawit Malaysia
diurusniagakan di pasaran antarabangsa, pertimbangan ke atas tiga perkara utama merangkumi
ekonomi, sosial dan alam sekitar, menyerlahkan polisi pihak industri yang menyokong
pengeluaran serta pengagihan berterusan, secara ekonomi dan mesra alam, bekalan makan yang
selamat dan mudah diperoleh kepada penduduk dunia yang semakin bertambah.