Anda di halaman 1dari 22

MINGGU TANPA PLASTIK : PENYELESAIAN MASALAH PENCEMARAN

Rabu, 21 Disember 2016 5:40 PM

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperluaskan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik"
selama tujuh hari seminggu bermula awal tahun depan, berbanding pelaksanaan pada setiap
hari Sabtu seperti yang diadakan ketika ini, sekali gus mahu mencapai sasaran sebagai negeri
bebas bekas polistirena sepanjang tahun 2017.

Langkah tersbeut diambil hasil kaji selidik Kerajaan Selangor yang mendapati sebanyak 71
peratus rakyat negeri ini merasakan kempen Bebas Beg Plastik yang diadakan setiap pada
Sabtu tidak memadai.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong
Keat Ping berkata, kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" yang akan bermula pada 1 Januari depan,
memastikan peniaga di Selangor tidak lagi membekalkan bekas makanan polisterina serta
mengenakan caj terhadap penggunaan beg plastik sebanyak RM0.20 kecuali terhadap
beberapa barangan.

Malah katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah meluluskan undang-undang untuk
melarang sepenuhnya penggunaan polisterina di Selangor.

Berdasarkan peraturan tersebut, peniaga harus bersetuju untuk mengamalkan bebas plastik
dan polisterina apabila memperbaharui lesen perniagaan.

Denda maksimum RM1,000 akan dikenakan jika peraturan tersebut dilanggar termasuk
dalam soal kebersihan dan lain-lain, katanya di Majlis Pelancaran Kempen Selangor Bebas
Beg Plastik dan Polistirena di sini pada Rabu.

Sebagai rekod, Elizabeth berkata, kesemua majlis rasmi dan bangunan Kerajaan Selangor
telah menghentikan penggunaan beg plastik dan polisterina.

"Perubahan hanya boleh berlaku jika setiap lapisan masyarakat terlibat dalam usaha,"
katanya.

Sebagai tanda komited terhadap usaha tersebut, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan
laman web pendidikan iaitu www.bebasplastik.my untuk membolehkan orang ramai berikrar
menyokong kempen bebas plastik selain menggalakkan golongan peniaga, peruncit dan
pembekal menyertainya.

Kerajaan Selangor meletakkan sasaran untuk mengumpulkan sebanyak 20,000 ikrar


menjelang tahun baru.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/21/hari-tanpa-


plastik/#QzW6clPuw716HYum.99

Bumi lebih selamat tanpa beg plastik?

April 23, 2016

Rakyat dididik supaya menanam pokok, kemudian ditebang atas alasan pembangunan.

Ditulis bersempena sambutan Hari Bumi 22 April.


Kira-kira tujuh tahun dahulu, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang membawa inisiatif
larangan menggunakan beg plastik pada hujung minggu dan ia mendapat respon yang sangat
menggalakkan.

Di negeri yang sama juga, Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi lokasi pertama di Malaysia
yang menghalang penggunaan sterofom iaitu sejenis bekas yang diperbuat daripada
polisterin.

Secara berperingkat amalan mesra alam menjadi ikutan negeri-negeri dan institusi-institusi
lain.

Kini, negeri seperti Selangor, Perak dan Johor memilih untuk tidak menggunakan beg plastik
pada hari tertentu.

Rata-rata memilih beg plastik memandangkan ia lebih rasional yang lebih praktikal.

Namun, masih banyak usaha murni mesra alam sepertinya yang sedang diambil. Rakyat
dididik supaya melindungi Bumi daripada pencemaran. Tanam pokok di rumah, asingkan sisa
sampah, jangan buat pembakaran terbuka.

Sebagai manusia kebanyakan dari kita mesra alam bukan kerana takutkan undang-undang
sebaliknya kerana menghormati dan menghargai kelangsungan bumi ini untuk generasi akan
datang.

Seorang rakan yang juga pembikin filem, Kubendran Mahadevan dalam Facebooknya baru-
baru ini memuatnaik catatan mengulas Hari Tanpa Beg Plastik di kampung halamannya di
Melaka.

Ini apa yang ditulis selepas dialih bahasa; Beberapa minggu yang lepas saya membeli-belah
di pasar raya di Melaka dan terkejut apabila tidak diberi beg plastik.

Saya terlupa bahawa Melaka mengamalkan konsep Bandar Hijau (pemanasan global) jadi,
tiada beg plastik. Langkah yang baik.

Tetapi sebaik saya keluar dari pasar raya itu, saya melihat pembangunan mega di sekeliling
bangunan saya keluar itu. Unit banglo, kedai, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, beberapa
projek besar terus mengambil tempat di seluruh Melaka. Ia juga mengejutkan saya.

Bagi saya, statusnya lebih daripada satu mesej tentang realiti penindasan pemeliharaan alam
sekitar si pembuat polisi terhadap rakyat. Ia menimbulkan persoalan tentang keseimbangan
yang cuba dicapai dengan hanya menekan sebelah pihak (rakyat) menjaga alam sedangkan si
pembuat dasar pula bertindak sebaliknya.

Lihat sahaja di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur, dengan pertambahan


penduduk ekoran pembinaan rumah-rumah bertingkat, pertambahan kenderaan di jalan raya
kerana ketamakan ahli perniagaan yang mahu membuka perniagaan dan pejabat di situ,
pertambahan pusat beli-belah, pertambahan pembangunan yang sehingga kini tidak pernah
senyap, kemudian bagi menangganinya kita meletakkan syarat kepada pengguna supaya
tidak menggunakan beg plastik? Dan apakah dengan hanya berhenti mengguna beg plastik,
bumi ini selamat?

Kejadian seperti banjir kilat, sampah tersekat, pencemaran air, udara, bunyi, kesesakan dan
sebagainya, hanya rakyat yang dipersalahkan sedangkan keputusan besar-besar yang berkait
rapat dengan kecelakaan alam ini diambil pembuat dasar dan rakyat hanyalah pihak yang
angguk dengan tuntutan itu.

Solusi dan pemuliharaan alam perlu datang daripada dua pihak, jika pembuat dasar benar-
benar peka dan prihatin dengan alam sekitar dan mahu selamatkan bumi daripada kerakusan
manusia yang disebut pembangunan, usahlah guna undang-udang terhadap kami sahaja.
Undang-undang itu kan untuk semua

Apa pula tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang terus berdegil membuat
pembangunan di tengah kota yang sudah cukup membangun? Apa yang boleh dilakukan jika
ada pihak yang mahu memusnahkan taman menghijau untuk bina bangunan konkrit?

Bagaimana dengan mereka yang membuang semua sisa pembangunan ke dalam sungai
berdekatan sehingga ia menjadi kotor, tercemar dan akhirnya menyebabkan banjir.

Tanah terjual kepada pemaju, kemudian minta kami menanam pokok.

Anda membina berpuluh-puluh pusat beli-belah, saran kami merangsang industri beli-belah
kemudian minta jangan guna beg plastik.

Anda tidak menyediakan sistem pengangkutan yang mesra pengguna dan buat pembangunan
sepanjang jalan atau lebuhraya utama sehingga menyebabkan kesesakan kemudian salahkan
kami sebagai tidak bersopan di jalanraya.

Rakyat dilarang membuat pembakaran terbuka tetapi ada sahaja berita syarikat di luar
negara berbuat demikian sehingga menyebabkan kami tanggung jerebu.

Senarai saya boleh jadi lebih panjang, tetapi sepanjang mana sekalipun kami tidak menemui
penyelesaian jika sebelah pihak menutup mata. Jadi saya berhenti di sini sahaja. Selamat Hari
Bumi!

Apa Sebenarnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?

1/12/2017 02:14:00 PM

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi ini mampu dijadikan sebagai tabiat harian
untuk menjaga kebersihan akibat kesukaran melupuskan plastik.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik mampu memberi impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah
untuk masa depan buat anak cucu kita.

Hari Tanpa Beg Plastik setakat ini hanya disertai dan disokong oleh organisasi-organisasi dan pasaraya-pasaraya besar
seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven dan sebagainya.
Lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta penggunaan beg
plastik dalam masa seminit dan berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Apa yang membimbangkan tentang plastik?

Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan sebuah sumber yang amat berharga - minyak. Lebih banyak plastik kita
gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.

Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak dapat lupus dari muka bumi.

Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah
sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan

Sekiranya dibakar, plastik akan membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser dan sekiranya ditanam, bahan
toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air minum kita.

Binatang yang menyangka beg plastik sebagai makanan boleh mati apabila makan beg plastik tersebut.

Selain itu, beg plastik juga menyebabkan berlakunya peresapan air yang menyebabkan banjir dan merosakkan kesuburan
tanah.
Beg plastik tergolong sebagai barang sekali pakai sehingga memperbanyak sampah.

Kalau kita berbelanja secara bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg plastik
dalam pelbagai ukuran.

Jakarta misalnya, menghasilkan sekitar 6,000 tan sampah setiap hari, yang lebih dari separuhnya adalah sampah non-
organik terutamanya plastik dan kertas.

Dari segi ekonomi, mengitar semula beg plastik tidak mendatangkan untung, kos mengitar semula satu tan beg plastik
adalah $4000 dan hasilnya hanya $32 dalam pasaran komoditi.

Untuk menghasilkan beg plastik, setiap tahun diperlukan 12 juta barrel minyak, ditambah lagi dengan krisis minyak yang
mengakibatkan melambungnya harga minyak mentah.

Pengurangan beg plastik akan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dari negara asing

Jika kita menggunakan beg yang boleh digunakan semula, sebaknya 6 beg plastik dapat dijimatkan.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan sebanyak 110,822,400,000
beg plastik sepanjang hayat.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik, contohnya negara China telah mengharamkan
pemberian beg plastik percuma. Ekoran daripada itu, negara China akan menjimatkan 37 juta tong minyak. -penerangan

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Dengan Cara Menakut-nakutkan Pengguna?

Kempen Hari Tanpa Plastik yang dipraktikkan di beberapa pasar raya besar kini bukanlah satu langkah baik mendidik
masyarakat mencintai alam sekitar.

Maklumat terperinci mengenai keburukan penggunaan beg plastik perlu diterangkan dengan jelas dan bukannya menakut-
nakutkan pengguna.

Apa yang dapat dilihat adalah, pengguna Malaysia telah dimomokkan dan ditakutkan dengan fakta tidak jelas dan tidak
disokong dengan penjelasan dari sudut sains.

Maklumat yang diperoleh kini hanyalah guna beg plastik bahaya, cemar alam sekitar, tetapi dalam masa yang sama
pengguna masih memerlukan beg plastik ketika membeli-belah.

Walaupun, dikenakan caj 20 sen, pengguna masih bayar kerana beg plastik memang mustahak.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik sebenarnya masih tidak berjaya sebaliknya menguntungkan pihak pasar raya yang terlibat
menyahut program ini.

Jikalau pada hari biasa pasar raya besar perlu mengeluarkan beg plastik sebanyak 1,000 tetapi pada Sabtu jumlah tersebut
dikurangkan.

Malah, bertambah untung apabila menjual pula sekeping beg plastik pada harga 20 sen pada pengguna yang terlupa bawa
beg sendiri dan amat memerlukannya untuk mengangkat barang. Pada Sabtu, mereka boleh mengaut untung dengan cara
sebegini.

Maksud tersirat di sebalik Hari Tanpa Beg Plastik adalah, ramai pengguna tidak tahu ke mana perginya 20 sen tersebut.

Apa yang berlaku adalah pihak pasar raya menggunakan wang tersebut untuk melakukan program tanggungjawab sosial
korporat (CSR) mereka.

Jika sebelum ini mereka memperuntukkan wang pengurusan RM20,000 atau RM30,000 untuk CSR tetapi kini menerusi
kempen Hari Tanpa Beg Plastik, keuntungan tambahan berjaya dibuat.

Pihak pengurusan pasar raya dan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sepatutnya
mengesyorkan atau mengalu-alukan orang ramai membawa beg plastik sendiri dan memberikan insentif seperti mata
ganjaran di mana pengguna dapat menukar mata ganjaran tersebut dengan barang belian atau diskaun 20 sen.

Insentif sebegini akan memotivasikan pengguna mengamalkan konsep 'kurangkan, guna semula dan kitar semula.'
Dengan membawa beg plastik sendiri, pengguna mengamalkan sikap pengurangan serta penggunaan semula beg plastik
yang diperoleh daripada pasar raya tersebut.

Pihak pengurusan pasar raya juga harus mendidik pekerja di kaunter cara menyusun barang belian pelanggan dengan
lebih cermat yang mana untuk setiap beg plastik tahan lasak mampu mengisi banyak barang sekaligus mengelak
penggunaan lebih banyak beg plastik.

Selain itu, apa yang perlu dididik dan didedahkan kepada rakyat adalah menanamkan sikap mencintai alam sekitar dengan
cara membuang sampah dengan cara yang betul, bukannya meneruskan amalan membuang sampah merata-rata seperti
sekarang.

Jika semua masyarakat Malaysia bertanggungjawab dan membuang sampah pada tempat yang betul, tidak akan berlaku
beg plastik masuk ke dalam longkang atau laut.

Selain itu, banyakkan program kesedaran kitar semula. -SH

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/01/hari-tanpa-beg-plastik.html#ixzz4f2cM4Uny

Kempen Tanpa Beg Plastik Soalnya berjayakah kita mencapai matlamat?

Posted on February 6, 2012 0

Mahu beg plastik atau tak? Itu soalan yang ditanya juruwang bertugas di kaunter
pembayaran sebuah pasar raya pada hujung minggu lepas. Pelanggan pun menjawab, Ya,
letak dalam beg plastik. Saya tidak ada bawa beg sendiri.

Dari perbualan tersebut andaian kasar ialah sambutan terhadap Kempen Tanpa Beg Plastik
pada hari Sabtu di pusat membeli-belah kurang memberangsangkan. Ia tidak diambil peduli
oleh orang ramai.

Mereka tidak sedar betapa pentingnya sumbangan mereka terhadap kempen ini dalam usaha
menyelamatkan alam sekitar daripada terus rosak. Tahap kesedaran mereka wajar
ditingkatkan.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bermula secara rasmi 1 Januari 2011, yakni beg plastik tidak
lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di semua pasar raya besar, pasar raya,
kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap Sabtu.

Ia diadakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam usaha memelihara alam
sekitar, dan mereka yang masih mahukan beg plastik akan dikenakan bayaran 20 sen setiap
satu pada hari itu.

Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna akan disalurkan kepada badan-badan
kebajikan terpilih di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat tersebut,
dan juga bagi pelaksanaan program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan
pemeliharaan alam sekitar.

Menurut satu portal rasmi kerajaan Malaysia, lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg plastik
digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit. Dan
berbilion-billion beg ini akan menjadi sampah.

Lakukan demi alam sekitar.

Apakah yang membimbangkan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang diperbuat dan
sebuah sumber yang amat berharga minyak. Lebih banyak plastik kita gunakan hari ini,
berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan.
Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen, benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak
dapat lupus dari muka bumi. Kalau pun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastik dan
sekarang, masih terdapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul.

Beg plastik sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan
penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh memasuki sumber air
minum kita.

Binatang yang menyangka beg plastik makanan boleh mati apabila makan beg plastik
tersebut. Selain itu beg plastik juga menyebabkan, berlaku peresapan air yang menyebabkan
banjir, dan merosakkan kesuburan tanah.

Beg plastik tergolong barang sekali pakai sehingga memperbanyak sampah. Kalau kita
belanja bulanan di pusat membeli-belah, sekali belanja kita akan memakai paling tidak 4 beg
plastik dalam berbagai ukuran. Jakarta menghasilkan sekitar 6,000 ton sampah setiap hari,
yang lebih dari setengahnya adalah sampah bukan organik terutama plastik dan kertas.

Jika hanya 1 daripada 5 orang di Malaysia mengamalkan tabiat ini, kita dapat mengurangkan
sebanyak 110,822,400,000 beg sepanjang umur.

Beberapa buah negara telah mengharamkan penggunaan beg plastik. Contohnya negara
China telah mengharamkan pemberian beg plastik percuma.

3R-Tahukah Anda

#Mengitar Semula Polisterina

Sumbangan bekas polisterina terhadap krisis pemanasan global menyebabkan penggunaan


bekas pembungkus itu menjadi perdebatan hangat di negara ini. Bagaimanapun
penggunaannya yang masih meluas di kalngan orang ramai melahirkan satu idea
penyelidikan baru iaitu bagaimana menjadikan 'buangan' polisterina itu lebih bernilai dan
selamat kepada alam sekitar. Hasilnya, sekumpulan penyelidik Universiti Sains malaysia
(USM) berjaya menemui kaedah penyelesaian apabila ia dijadikan bahan asas pembuatan
perabot yang memberi nilai ekonomi kepada industri tersebut. Menerusi kajian itu, sisa-sisa
polisterina dicampurkan dengan sejenis bahan pelarut dan abhan kimia untuk menjadikannya
gam atau pelekat dan kemudiannya berupaya diadun dengan sawit terbuang untuk dijadikan
bahan gentian industri perabot. Inovasi penyelidik saintis USM itu sekaligus membuktikan
bahan pembungkus yang dilabel sebagai 'keranda putih' itu mampu diubahsuai menjadi
produk hiasan dalaman rumah. Kajian tersebut juga mendapati campuran bahan-bahan itu
mampu diproses menjadi sejenis komposit pelbagai guna yang bernilai kepada industri
pertukangan dan pembinaan negara.

#Gunakan Sisa Terbuang

Menurut Penyelidik Pusat Pengajian Teknologi Industri USM, Dr. Issam Ahmed Mohammad,
kajian yang dilakukan dalam tempoh kurang setahun itu beradasarkan kaedah pemprosesan
bahan larutan polisterina dengan sisa tandan kelapa sawit. Di Malaysia sahaja misalnya
terdapat lebih 280 000 tan buangan bekas polisterina yang telah digunapakai dan ini memberi
kesan yang efektif kepada pencemaran. Dengan hasil penemuan santifik ini, kita berjaya
mengurangkan kadar pelupusan yang berlaku di negara ini sekaligus berpeluang
mengkomersialkan produk daripada bahan sisa buangan tersebut. Pelbagai negara termasuk
Amerika Syarikat dan Jepun melakukan pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah bahan
buangan polisterina, namun dipercayai inilah pertama kali bahan itu dijadikan satu kegunaan
baru yang menguntungkan masyarakat dan industri. Di Amaerika Syarikat, jumlah polisterina
yang begitu besar dikatakan telah dipadatkan (kompak) untuk mengelakkan daripada
berlakunya pencemaran dan terbuang begitu sahaja, manakala di Jepun, usaha dibuat untuk
menjadikan ia mudah terurai.

Dalam pada itu katanya, menerusi idea kreatif pasukannya dalam mengitar semula sisa
buangan polisterina, sejenis gam atau damar turut dihasilkan daripada bahan yang serupa.
Gam ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan berupaya melekatkan segala jenis bahan
termasuk pada kayu dan kadbod. Penemuan inovasi ini turut memberi kemenangan kepada
pasukan peyelidik USM apabila membawa pulang pingat emas pada Ekspo Teknologi malaysia,
anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inivasi (MOSTI) di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) baru-baru ini,ujarnya. Produk baru yang terhasil daripada penyelidikan itu dapat
dibuat dengan kos yang lebih murah dan dipercayai 20 peratus lebih rendah harganya
berbanding dengan produk berasaskan pengunaan bahan buangan polisterina tepat pada
masanya dan boleh dimanfaatkan orang ramai. Menurut beliau, ia sejajar dengan hasrat
universiti untuk mengurangkan kadar penggunaan bahan-bahan tidak mesra alam itu.
Kejayaan penyelidikan itu membuktikan ilmu sains boleh dimanfaatkan dan selepas ini
polisterina mempunyai nilai untuk diguna semula dengan kaedah lebih selamat berbanding
dibuang begitu sahaja.

Sumber : www.kosmo.com.my

#Peti Sejuk Berteknologi Hijau

#Apakah maksud teknologi hijau?

-Teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada;

-Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber seperti tenaga, air dan
sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk;

-Apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau;

-Aplikasi teknologi hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan
(sustainable development) iaitu pembagunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan

Sumber : Kementerian Tenaga, teknologi Hijau dan Air

#Ciri-ciri peti sejuk teknologi hijau

-Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;

-Ia mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar;

-Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan;

-Menjimatkan tenaga dan sumber asli;

-Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

#Antara teknologi baru peti sejuk

-Menggunakan teknologi inverter yang mampu menjimatkan tenaga sehingga dua kali ganda;

-Menggunakan teknologi Silver nano untuk makanan lebih segar dan tahan lama;
-Mempunyai ciri sistem pendingin seperti Minus Zero yang direka khusus ntuk mengekalkan
kesegaran makanan;

-Dilengkapi sistem pembersih yang dapat menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan

Sumber : www.kosmo.com.my

#Bagaimanakah penduduk bumi dapat menghentikan penggunaan beg plastik secara


konsensus?

Menurut perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta
dua tahun lalu. Selain kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau
RM205 juta, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta.
Keadaan yang sama disaksikan di Britain tahun demi tahun apabila berbilion helai plastik
dibuang sewenang-wenangnya walaupun baru sekali digunakan. Ingat, untuk setiap lima minit
sehelai beg plastik dipakai tetapi mengambil masa 500 tahun untuk mereput. Dalam satu
kajian, dirumuskan 36 peratus daripada mereka yang ditemu ramah mengakui membuang
beg plastik selepas digunakan sekali. Secara purata, seorang individu menggunakan hampir
lapan keping beg plastik seminggu. Bagaimana pula dengan anda? Beg platik yang terbuang
biasanya meninggalkan pemandangan kurang enak di atas pokok, jalan raya, taman-taman,
tasik sungai dan tempat awam lain. Di samping mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan, ia memudaratkan kesihatan manusia dan hidupan lain termasuklah haiwan
dan tumbuhan. Beg plastik yang hanyut ke laut pula turut membunuh kelompok penyu dan
haiwan marin kerana menyangkakan ia adalah obor-obor. Pengeluaran, pembuangan dan
pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Ia secara langsung menyumbang
kepada pembentukan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global. Di
kebanyakan negara termasuklah Ireland, sehelai beg plastik biasa memaparkan cukai
kerajaan yang bernilai 15 sen Euro atau 47 sen. Perkara yang sama dapat dilihat di negara
bukan ahli Kesatuan Eropah seperti di Crotia dalam usaha untuk mengawal jumlah
penggunaan beg tersebut.

Pasar raya di Perancis mempraktikkan peraturan yang lebih drastik apabila tidak
menggunakan beg plastik langsung. Ia hanya menjual beg kitar semula yang berkualiti pada
harga yang berpatutan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadi insentif untuk memaksa individu
menggunakan beg kitar semula bahkan membantu menyelamatkan bumi. Benarkah
pengurangan beg plastikdapat membawa perubahan? Pada 30 April 2007, sejarah
pemuliharaan alam merekodkan pencapaian yang amat bermakna kepada manusia sejagat.
Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama di dunia bebas daripada beg plastik di
Eropah. Matlamat ini direalisasikan berikutan pendedahan Rebecca Hoskins, seorang
jurugambar haiwan liar yang menceritakan semula kesan pencemaran alam ke atas haiwan.
Semua peniaga secara bersepakat untuk bertukar kepada kertas kanji jagung, kapas dan kain.
Selepas enam bulan, lebih daripada sedozen bandar dan perkampungan lain mengikut amalan
yang sama.Jadi mulakan sekarang dengan memeriksa sama ada beg plastik yang anda
pegang mempunyai label pensijilan ISO 14001 untuk bahan kitar semula.

Sumber : www.kosmo.com.my

#Awasi Penggunaan Plastik dan Gabus

Plastik dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu
kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh. Salah
satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini ialah kanser. Tanpa
memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan, kemasan makanan daripada bahan plastik
mahupun styrofoam sudah pasti menjadi pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan dan
boleh digunakan berulang kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan
yang dikenali sebagai dioctyl phthalate DOP) yang menghasilkan zat benzen, suatu larutan
kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan. Benzen ini juga tidak boleh
dikeluarkan melalui najis (kotoran) atau air kencing. Akibatnya, zat ini semakin lama semakin
terkumpul dan membentuk lemak. Inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku gejala penyakit
kanser.

Kajian yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat dalam bekas plastik boleh
mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu tinggi, pewarna yang digunakan
pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan. Apabila sesuatu makanan yang
baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik, suhu minyak yang tinggi akan menghasilkan
kolesterol atau lemak tepu yang tinggi. Tambah pula, bekas plastik ini mengandungi DOP serta
lozam berat zink yang biasanya digunakan sebagai bahan penstabilan untuk plastik. DOP
memang digunakan secara meluas dalam proses menghasilkan plastik. Penggunaan DOP
dalam industri PVC mencapai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah bahan yang digunakan di
dalam polimer untuk menmbahkan fleksibiliti dan daya kestabilannya. Selain efisyen, DOP
juga memberikan kelikatan yang stabil pada PVC. Selain daripada itu, penggunaan DOP,
khususnya pada pembungkusan makanan dan ubat-ubatan atau barang mainan kank-kanak
juga menimbulkan masalah. Kesan penyerapan bahan daripada PVC ke dalam tubuh turut
menggugat kesihatan manusia. Stirofom juga masih tergolong sebagai plastik. Ia bersifat
reaktif kepada suhu tinggi. Selain itu, bahan asas stirofom bersifat larut lemak dan alkohol.
Oleh itu ia tidak sesuai sebagai tempat simpanan susu yang mengandungi lemak tinggi dan
kopi yang dicampurkan dengan krim.

Sumber : www.duniaherba.net

#Minyak Sawit boleh Hasilkan Plastik

Sekumpulan saintis Universiti Malaysia (USM) menemui kaedah penghasilan plastik daripada
minyak sawit yang lebih menepati konsep mesra alam bagi menjamin persekitaran bersih di
negara ini. Penemuan tersebut terhasil daripada penyelidikan hampir 10 tahun diketuai oleh
Profesor Madya Dr. Mohamed Isa Abdul Majid (Pusat Racun Negara USM), Profesor Madya Dr.
Mohd Nazalan Mohd Najimudin dan Profesor Madya Dr. Mohd Azizan Mohd Noor (Pusat
Pengajian Sains Kajihayat). Minyak sawit lebih murah tetapi prosesnya memakan masa dan
memerlukan perbelanjaan tinggi, kata beliau pada sidang akhbar di USM di sini hari ini. Beliau
memberitahu, projek ini bermula pada 1990 dengan menelan kos RM950 000 daripada
program penyelidikan Intensification of Research in Priority Areas (IRPA), Kementerian Sains,
Teknologi dan Alam Sekitar. Beliau berkata, proses tersebut dijalankan menerusi langkah
menghasilkan bioplastik yang praktikal bagi kegunaan sumber tanah di USM.

Selain minyak sawit, kita dapati bakteria daripada sumber tanah tempatan boleh
menghasilkan bioplastik yang praktikal bagi kegunaan plastik mudah lupus,tambah beliau.
Setakat ini, kata beliau, bakteria dikenali sebagai 'erminia' digunakan bagi menghasilkan
bioplastik dalam projek berkenaan. Beliau menjelaskan, plastik tersebut mempunyai
ketahanan selama setahun tetapi akan menjadi baja kerana mudah dikitar semula dengan
keadaan tanah seperti di kawasan pelupusan sampah .

Sumber : Utusan Malaysia

#Kitar Semula Bateri Telefon Bimbit Terpakai

Mengikut kajian, seramai 16 juta rakyat Malaysia mempunyai telefon bimbit pada tahun 2006.
daripada jumlah tersebut 58.7% adalah pengguna lelaki manakala 41.3% adalah pengguna
wanita. Secara puratanya, pengguna telefon bimbit akan menukar telefon bimbitnya setiap 18
bulan sekali. Namun begitu, ramai pengguna yang tidak tahu kaedah pelupusan yang selamat
bagi bateri telefon bimbit terpakai.
Mengapa perlu kitar semula? - Bateri telefon bimbit terpakai mengandungi logam berat
seperti kadmium, litium, nikel atau merkuri. Bahan buangan ini dikelaskan sebagai e-waste
(SW 103) mengikut Jadual 1, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan terjadual)
2005. pelupusan bahan buangan ini secara tidak sempurna boleh mengakibatkan pencemaran
kepada alam sekitar terutama tanah, air bawah tanah dan menjejaskan kesihatan awam.

Tahukah anda? - Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, pendedahan kepada bahan
toksik secara akumulatif boleh memberikan kesan-kesan seperti berikut:-

Kadmium boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru, buah pinggang, tulang dan risiko
penyakit kanser.

Lithium boleh memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan seperti cirit-birit, rasa loya
dan muntah, ketidaklancaran semasa bertutur dan kesukaran untuk berjalan.

Plumbum boleh mengganggu sistem saraf dan juga boleh mengakibatkan gangguan terhadap
perkembangan mental kanak-kanak.

Merkuri boleh mengaibatkan kesan buruk terhadap sistem saraf dan buah pinggang serta
menimbulkan masalah penglihatan, pendengaran dan hilang ingatan.

Sumber : Jabatan Alam Sekitar Malaysia (DOE)

#Kalkulator Kitar Semula

Canon Marketing (Malaysia), peneraju global rumusan fotograf dan pengimejan digital telah
memperkenalkan Siri Kalkulator Alam Sekitar dalam usaha menyokong proses pengeluaran
yang efisen dan peka terhadap alam sekitar. Siri kalkulator Alam Sekitar dicipta berlandaskan
pelan mengeluarkan produk hijau Canon 5R Kitar semula sumber (Recycle),
mengurangkan penggunaan sumber baru dan menggunakan rekaan mesra alam (Reduce),
penggunaan semula kitar hayat produk (Reuse), tindakbalas terhadap alam sekitar dan kesan
manusia melalui peningkatan cara penggunaan bahan (Respond) dan menjadi satu jenama
yang boleh dipercayai (Reliable). Mesin dan alatan yang dibuang, dikitar semula dan barang
tersebut digunakan untuk mengeluarkan siri kalkulator bari ini. Proses ini juga menghindari
penggunaan sumber atau bahan yang baru. Pembungkusan, label-label dan buku panduan
untuk siri ini juga dibuat daripada kertas yang dikitar semula sekaligus menjadikan produk ini
seratus peratus produk kitar semula.

Canon memperkenalkan Siri kalkulator Alam Sekitar ini untuk mewujudkan satu
keseimbangan antara proses perniagaan yang cekap dan usaha-usahanya untuk menjaga
persekitaran di mana ia beroperasi. Kesan produk ini di dalam pasaran akan mewujudkan
kesedaran terutama di kalangan remaja akan kepentingan melindungi persekitaran mereka
untuk masa depan melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh mereka sendiri.
Pengenalan siri baru ini akan dapat menghantar mesej kepada generasi muda yang
membentuk sebahagian besar pasaran kalkulator. Mereka harus memilih satu jenama yang
bukan sahaja baik malah mesra alam.

Sumber : www.canon.com.my

#Bayar RM91.83 Untuk Kitar Semula Televisyen

Bunyinya agak pelik. Jika di negara ini, sejengkal timbunan akhbar lama yang dijual boleh
memperoleh antara RM3 hingga RM4 bergantung kepada pembeli, namun di Jepun mereka
yang menghantar televisyen mereka untuk dibuang iaitu untuk dikitar semula, perlu
membayar 2835 yen (RM91.83) kepada pusat pemprosesan kitar semula. Selain televisyen
mereka juga perlu membayar RM102.09 untuk penghawa dingin, RM156.52 untuk peti sejuk
dan RM81.66 untuk mesin basuh tidak termasuk kos mengambil barangan lusuh berkenaan.
Tidak seperti di negara ini, pengguna lebih suka membuang barangan lusuh elektrik mereka
ke pusat pelupusan sampah ataupun di mana-mana kawasan tanpa menghiraukan bahawa
barangan tersebut merupakan khazanah berharga yang boleh dikitar semula. Menyedari
hakikat berkenaan, Panasonic Corporation bersama-sama gergasi pembuat elektronik lain
telah mewujudkan pusat kitar semula di beberapa daerah bertujuan ntuk mengitar semula
empat produk elektrik yang disebut di atas. Melalui kempen Eco Ideas, Panasonic telah
mewujudkan Pusat Kitar Semula Panasonic Eco Technology (PETEC) di Bandar Kato, Wilayah
Hyogo, Osaka pada April 2001. Setiap televisyen yang dihantar untuk proses kitar semula di
PETEC selepas melalui beberapa proses akan dapat menghasilkan semula tiub sinar katod.
Malah, kaca panel akan dapat dihasilkan dan ini banyak digunakan untuk produk-produk baru
televisyen Panasonic yang ada di pasaran sekarang. Dengan ini, sasaran untuk menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya alam sekitar semakin meluas dengan konsep kitar dan guna
semula ini. Berbanding di malaysia, Jepun menguasakan undang-undang mengenakan denda
melebihi 30 000 yen (RM970.57) kepada mereka yang tidak membuang kelengkapan rumah
dengan cara yang betul dan atas kesedaran itu, kempen kitar semula di negara matahari
terbit ini semakin menjadi contoh kepada negara lain. Di pusat ini, telah dipastikan tiadak ada
sebarang pencemaran selain pelupusan sisa buangan daripada proses kitar semula dilakukan
dengan berhati-hati. Hampir semua kumbahan dan air buangan daripada pusat ini dipastikan
lebih bersih daripada kebanyakan aliran sungai di Malaysia apabila dialirkan semula ke
longkang dan terus ke sungai. Menjelaskan untuk mewujudkan pusat kitars emula yang
serupa di Malaysia, pengarah Urusan Panasonic malaysia Sdn. Bhd, Tony Endoh berkata,
setakat ini kerajaan Jepun ada menegmukakan cadangan tersebut dan sedang diteliti. Apa
yang pasti, Panasonic sentiasa bersedia untuk membantu kerajaan malaysia untuk mewujud
serta menjalankan pusat kitara semula berkenaan di negara ini sekiranya diberikan lampu
hijau.

Sumber : Utusan Online 24 Mac 09

#Statistik Kitar Semula oleh KPKT

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) pada tahun 2007, lebih 19 000 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari.
Fenomena ini berlaku kerana masyarakat tidak mengemalkan sikap kitar semula. Amalan kitar
semula boleh dilakukan dalam kehidupan harian seperti membawa bekal ke sekolah. Melalui
aktiviti ini, ia dapat membantu pelajar mengamalkan sikap kitar semula dan mengetahui
kebaikannya.Kebaikannya:-

- Membawa bekal ke sekolah dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian;

- Membawa bekal dapat menjimatkan penggunaan polisterin dan plastik yang sering
digunakan oleh kantin sekolah dan mengurangkan pembuangan sampah;

- Membawa bekal lebih sihat dan selamat berbanding penggunaan polisterin atau plastik;

- Penggunaan polisterin boleh menyebabkan bahan kimia 'styrene' berpindah ke dalam


makanan. Bahan ini disyaki boleh menyebabkan kanser.

Syabas Untuk Kempen Hari Tanpa Beg Plastik

Oleh Nooralisa Basiron dan Siti Syawana Misni

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, beg plastik ialah suatu
keperluan semasa membeli belah.
Justeru itu permintaan beg plastik memang tinggi dalam kalangan pengguna dengan purata
penggunaan lapan beg plastik seminggu seorang individu, namun apa yang membimbangkan
ialah kegunaan beg plastik yang terlampau akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Menurut pakar, beg plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan sepenuhnya
dan sekiranya ditanam atau dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh
meningkatkan kadar pemanasan suhu bumi.

Dianggarkan setiap rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24
peratus daripada jumlah itu ialah plastik.

GALAKKAN TEKNOLOGI HIJAU

Pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam memelihara alam sekitar, yang antaranya
membangunkan teknologi hijau seperti yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2010.

Aktiviti kesedaran seperti menghijaukan persekitaran dan amalan hidup mesra alam menjadi
aktiviti utama di samping menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi
Hijau.

Atas kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Kempen Kurangkan Penggunaan
Beg Plastik dan Hari Tanpa Beg Plastik.

Bermula 1 Jan lepas, beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di
semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis perniagaan terpilih di
seluruh negara pada setiap Sabtu.

Untuk mereka yang masih mahukan beg plastik, akan dikenakan bayaran 20 sen setiap satu.

SEJARAH HARI TANPA BEG PLASTIK

Kempen "tanpa beg plastik" walaupun masih baru di Malaysia, bukanlah sesuatu yang asing,
malah sudah dijalankan sejak tahun 2002.

Contohnya, Ireland mengenakan cukai terhadap penggunaan beg plastik sejak tahun 2002
dan ia menunjukkan kesan yang baik apabila berjaya mengurangkan penggunaan plastik
sebanyak 90 peratus.

Di Amerika Syarikat, San Francisco juga mengambil langkah yang sama manakala Los Angeles
pada 1 Julai lepas mengharamkan penggunaan beg plastik dan mengenakan bayaran 25 sen
untuk beg kertas bagi menggalakkan pengguna membawa beg sendiri ketika membeli-belah.

Di Malaysia, Pulau Pinang ialah negeri pertama yang melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg
Plastik pada 6 Julai 2009 di pasar raya hingga dapat menjimatkan lebih 1 juta beg plastik
dalam masa empat bulan.

Program ini kemudian dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan
Rabu mulai 1 Jan 2010 dan pada tahun ini, Pulau Pinang mengorak langkah dengan
memperkenal kempen 'Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma'.

Di sekitar Lembah Klang dan Selangor kebanyakan pasar raya besar seperti Tesco, Carrefour,
Giant dan pasar mini seperti Speedmart, Seven Eleven dan beberapa premis perniagaan lain
menyokong kempen ini dengan tidak menyediakan beg plastik kepada pengguna pada hari
Sabtu.

Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan beg plastik, mereka akan dikenakan bayaran
20 sen bagi setiap beg plastik yang digunakan dan wang itu akan disalurkan kepada badan
kebajikan atau untuk program kepenggunaan dan pemuliharaan alam sekitar.

ALTERNATIF BEG PLASTIK

Usaha dan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menjayakan kempen ini perlu
diambil kira sebagai permulaan yang baik ke arah memartabatkan kepentingan alam.

Justeru, penggunaan beg yang mesra alam atau alternatif lain perlu dilaksanakan dalam
usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.

Setiausaha Agung Persatuan Penyelidikan dan Pengurusan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH),
Geetha P. Kumaran berkata dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik, peruncit
atau peniaga perlu beralih kepada penggunaan plastik yang mudah diurai.

"Langkah menukarkan penggunaan beg plastik kepada beg kertas tidak sesuai kerana kosnya
yang tinggi. Beg kain adalah penyelesaiannya", katanya melalui e-mel kepada Bernama.

Menurut Geetha, penyelesaian yang lebih baik mungkin boleh dilakukan melalui inovasi dan
teknologi hijau.

INISIATIF YANG BAIK

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, seramai 128 daripada 170 responden bersetuju dan
menyokong kempen berkenaan kerana dianggap langkah bijak dalam memelihara alam
sekitar.

"Sebagai pengguna kita seharusnya sedar tentang pentingnya menjaga kesejahteraan alam
sekitar dan biasakan diri dengan membawa beg mesra alam dan hanya gunakan beg plastik
jika betul-betul memerlukan. Pengguna juga tidak perlu meminta beg plastik jika hanya
membeli barang dalam kuantiti yang sedikit", kata Nurul Aini Abdullah, seorang pengguna
yang ditemui baru-baru ini.

Seorang jurujual, Jojo, berpendapat pengguna perlu dididik tentang amalan kitar semula
kerana ia dapat menyelamatkan alam daripada pencemaran.

Mengenai langkah kerajaan mengenakan bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik,
kebanyakan pengguna yang ditemui bersetuju dengan langkah itu kerana sekurang-
kurangnya sebagai peringatan agar membawa beg sendiri semasa membeli-belah.

Geetha juga berpendapat bayaran 20 sen untuk setiap beg plastik perlu dikekalkan kerana
kenaikan harga makanan dan beberapa barang keperluan.

Namun tidak semua pengguna bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan kerana
berpendapat ia menyusahkan pengguna.

Megat, seorang peniaga, berkata dia tidak menyokong langkah ini kerana pengguna bakal
mengalami kesulitan sekiranya beg plastik tidak dibenarkan terutama ketika pengguna
membeli makanan.
"Beg kertas boleh digunakan namun kurang sesuai kerana sifatnya yang tidak tahan lasak
berbanding beg plastik. Lagipun kos beg kertas yang mahal menjadi faktor peniaga lebih suka
menggunakan beg plastik", katanya.

"Faktor lain yang menyebabkan kempen ini kurang dipersetujui ialah peraturan sesetengah
pasar raya yang tidak membenarkan beg dibawa masuk untuk mencegah kecurian dan ini
punca segelintir pengguna malas membawa beg sendiri," kata seorang pengguna yang hanya
mahu dikenali sebagai Kamaruddin.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Pengguna yang ditemui, rata-rata berpendapat bagi memastikan keberkesanan kempen ini,
kerajaan harus memastikan ia dijalankan secara berterusan.

Selain publisiti media, pihak yang bertanggungjawab perlu berganding bahu dengan badan-
badan NGO untuk menyebarkan maklumat mengenai kempen ini secara meluas terutama di
kawasan luar bandar.

Selain itu, pihak pengurusan di gedung membeli-belah juga perlu lebih tegas dan memberi
sokongan padu terhadap kempen ini.

Pelbagai alternatif yang lebih berkesan juga perlu difikirkan agar kempen ini mencapai
matlamat.

Jadi sekiranya anda ditawarkan beg plastik dengan harga 20 sen selepas ini, jangan ragu-ragu
untuk menolak. Jadikan amalan membawa beg kitar semula jika anda pergi berbelanja.

-- BERNAMA

20/01/2010

Beg plastik, pembunuh senyap

Oleh Mohd. Hazli Hassan

TAHU atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam
dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk
manusia.

Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang
sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.

Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun
dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Dalam erti kata lain, masyarakat
Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa
mengambil pendekatan yang serius.

Apa pun, kini ada sedikit kesedaran di mana Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak berjaya
mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Malah bukan
hanya dua negeri ini, kompleks membeli-belah, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat
produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan atau
tidak menggunakan plastik sama sekali.
Tapi kenapa plastik menjadi agenda utama dalam pemuliharaan alam sekitar.

Bukan penggunaan plastik menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut
yang memberi impak pada alam sekitar, respons spontan Presiden Persatuan Pencinta Alam
Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor mengenai penggunaan beg plastik di Malaysia.

Dalam satu temu bual yang diadakan sebelum ini, Dr. Salleh mengatakan beg plastik mampu
memberi ancaman paling besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan
pembuangan bahan plastik tersebut.

Kata beliau: Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan
teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini.

Jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat
seperti dilakukan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg
sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah.

Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu
menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg
plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali.

Tidak banyak yang diketahui kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi
ancaman kepada alam sekitar jika pembaca tidak meneliti jurnal dan makalah saintifik.

Yang nyata, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik
Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-
lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur.

Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai
kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia.

Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard
pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara
berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan manusia.

Puncanya adalah daripada kita, maka kita juga mampu untuk menyelesaikannya. Apa kata,
bermula hari ini, hindarkan daripada menggunakan beg plastik.

ArtikelPenuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0120&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz4f2oEZowT
Utusan Melayu (M) Bhd

Kitar Semula Jumaat, 20 Ogos 2010 16:10 DEFINISI Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan
sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan
diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang
sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi
sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi,
plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukarkan kepada produk atau bahan baru. MENGAPA PERLU KITAR SEMULA Kitar semula
merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada
dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi.
Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang
oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan
adalah semakin meningkat kerana : 1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang
memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan
lebih banyak sisa . 2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi
ini yang menghasilkan sisa . 3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang
terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak
biodegradasi). 4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa
/bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari
kertas minyak. KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR Kitar semula adalah amat penting
kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula
jadi. 1. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang
dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat
membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. 2. Pemanasan
global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula
dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu
balak dapat disimpan dan dikekalkan. 3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat
produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana
secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan
alam semula jadi. KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA Kitar semula sangat penting kepada
bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. 1. Meningkatkan jangka hayat
tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang
sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan
tadahan air. 2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan
mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. 3.
Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula
mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding
pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk
generasi yang akan datang. Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 20 Ogos 2010 16:42) 3R Jumaat, 20
Ogos 2010 11:03 3R Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2
Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan
Tempatan. Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan,
Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian
Tinggi, sekolah dan sebagainya. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula
Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini
adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ),
Belgium ( 71 % ), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan
Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 %
menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang
telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R
perlu dilaksanakan dengan berkesan. Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu
Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan
Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian
daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak
langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak
pelupusan. Pengurangan: Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan
jumlah sisa pepejal yang dihasilkan. Penggunaan semula: Aktiviti menggunakan semula
bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi. Kitar semula:
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan
memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, pengurangan diikuti penggunaan semula
dan akhirnya kitar semula Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 20 Ogos 2010 16:08) Penggunaan
Semula Jumaat, 20 Ogos 2010 15:52 DEFINISI Penggunaan semula produk termasuklah
mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai
alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai
boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh,
anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi
mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya,
ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli
semula jadi. MENGAPAKAH PENGGUNAAN SEMULA SANGAT PENTING? Dengan menggunakan
dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat
mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan
pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil
berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat
dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah : Pemeliharaan sumber
semula jadi Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang
tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan
kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat
mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-
barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran
dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.
Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya. Memilih barang-barang tidak berbahaya atau
kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber.
Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan
atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang
mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan
label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan
penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula. Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa
pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan
pengguna-pengguna individu. o Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi
dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang barang yang
kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan.
Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia
boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah. o Pengguna.
Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli
barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula
dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik
untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk
pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang barang tersebut, fikir dahulu
bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk
menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu,
sebelum anda membuang barang barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh
digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula
barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. APAKAH BAHAN YANG DAPAT
DIGUNAKAN SEMULA? Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg
plastik) boleh digunakan sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg
kertas berguna sebagai kertas ut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat
wayar komputer. Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda
dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga
digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota. Bekas botol kaca dan pasu. Dengan
membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas
makanan atau untuk menyimpan barang barang lebihan yang tidak diperlukan. Surat
khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk
membungkus barang barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang
barang yang mudah pecah. Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas
kusyen ataupun sarung tangan dapur. Bungkusan. Bahan logam dan bekas telur boleh
didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak kanak, supaya dapat digunakan dalam
kelas seni atau untuk projek kraftangan. Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk
membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak
memerlukannya lagi! Tayar. Tayar tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk
dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak. Kayu-kayu terpakai. Boleh
digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau sangkar
burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api. Terakhir Dikemaskini (Jumaat, 20 Ogos
2010 16:09)

Sumber : www.ppsppa.gov.my/v2/index.php/3r/kitar-semula Tarikh akses : 24 Jun 2011

Orang ramai mahu kempen Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari PUTRAJAYA 1 Jan. - Kempen
mengurangkan penggunaan beg plastik yang dilancarkan di semua pasar raya di seluruh
negara hari ini disambut baik oleh orang ramai, namun rata-rata mahu kempen ini dilakukan
setiap hari dan bukan pada hari Sabtu sahaja. Bagaimanapun, pada masa yang sama mereka
menuntut agar para pengusaha pasar raya turut memainkan peranan dalam menjayakan
kempen itu dengan menyediakan beg kitar semula untuk kegunaan pelanggan demi menjaga
alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan sematamata. Mereka berpendapat, kesedaran
masyarakat terhadap penggunaan beg kitar semula masih kurang justeru kempen tersebut
perlu diperhebatkan sepanjang masa dan ia memerlukan penglibatan semua pihak terutama
pengusaha pasar raya sendiri. Seorang pekerja swasta, Wan Nurul Hidayah Yusof, 34, berkata,
kempen berterusan merupakan salah satu kaedah terbaik yang perlu kerajaan lakukan untuk
menyedarkan masyarakat. "Kempen seumpama ini dapat membantu mendidik rakyat untuk
menjaga alam sekitar selain mengurangkan pembuangan sisa pepejal. "Bagaimanapun ia
perlu diteruskan untuk jangka masa panjang kerana kita tidak mahu masyarakat hanya
mempraktikkan penggunaan beg kitar semula tersebut semasa kempen rancak dilaksanakan,"
katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Seorang guru, Kho Chiew Tong, 30, turut
bersetuju kempen itu diadakan setiap hari bagi memastikan masyarakat menggunakan beg
kitar semula dan menjadikannya sebagai satu kemestian. "Pengusaha pasar raya juga perlu
memainkan peranan dengan menyediakan beg kitar semula untuk pelanggan demi menjaga
alam sekitar tanpa memikirkan keuntungan semata-mata," katanya. Sementara itu, seorang
pelajar, J. Mugunthan Pillai, 20, berkata, kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar
masih rendah dan usaha itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Katanya, pelbagai
kempen yang dianjurkan oleh kerajaan sememangnya mampu mendidik rakyat menjaga alam
sekitar, namun jika rakyat enggan memberikan sokongan dengan membawa beg kitar semula
dari rumah, kempen itu dianggap gagal. "Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan
masing-masing dan jangan terlalu bergantung harap kepada sebelah pihak sahaja," katanya.
2 Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Abdul Majid Abdul Rahim, ketika ditemui berkata,
kementerian memulakan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' setiap Sabtu bermula hari ini di
seluruh negara. Katanya, kempen tersebut merupakan inisiatif kementerian untuk membantu
usaha kerajaan memelihara alam sekitar selain menyemai budaya kehidupan lestari di
kalangan pengguna. "Mulai hari ini pengguna di seluruh negara tidak lagi dibekalkan dengan
beg plastik percuma pada hari Sabtu dan mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap
beg plastik. "Kementerian juga telah mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan
kempen ini seperti pengusaha pasar raya, stesen-stesen minyak dan juga pihak peruncit,"
katanya.

DBKK isytihar Hari Tanpa Beg Plastik tiga hari seminggu KOTA KINABALU 31 Dis. - Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik selama tiga hari setiap
minggu iaitu pada Isnin, Sabtu dan Ahad bermula esok, 1 Januari 2011. Ketua Pengarah DBKK,
Datuk Yeo Boon Hai berkata, ia merupakan kesinambungan daripada kempen Hari Isnin Tanpa
Beg Plastik yang telah dilaksanakan DBKK dan Pusat Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC) sejak
7 Jun lalu. "Pertambahan hari tanpa beg plastik kepada tiga hari seminggu merupakan
komitmen jangka panjang DBKK kepada pemuliharaan alam sekitar dengan mengurangkan
penggunaan beg plastik di bandar raya Kota Kinabalu," katanya dalam kenyataan, di sini hari
ini. Boon Hai berkata, langkah itu sebagai menyokong usaha Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang melancarkan hari Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg
Plastik bagi seluruh Sabah mulai 1 Januari ini. Katanya, kempen itu adalah selari dengan
usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya bebas tanpa sampah.
Beliau berkata, setakat ini, sejumlah 219 pasar raya, kedai farmasi dan kedai makanan
menyertai Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Isnin. "Kami jangkakan premis yang belum
menyertai kempen ini turut serta menjayakannya," katanya. Menurutnya, dalam kempen itu
premis yang terlibat tidak akan memberikan pelanggan beg plastik secara percuma pada
Sabtu, Ahad dan Isnin. Sebaliknya, kata beliau, pelanggan mempunyai pilihan untuk
membawa beg atau beg plastik yang digunakan masing-masing atau membayar 20 sen untuk
setiap helai beg plastik baru. Jelasnya, hasil jualan setiap beg plastik akan dimasukkan ke
dalam tabung EAC untuk tujuan projek alam sekitar. Penggunaan beg yang tahan lama atau
menggunakan semula beg plastik yang lama adalah merupakan konsep guna semula dan
kitar semula dalam program kitar semula. Sehubungan itu, katanya, DBKK berharap orang
ramai memberi kerjasama dan sokongan serta memainkan peranan masing-masing dalam
menjaga alam sekitar.

KEMPEN KESEDARAN MESTI DIPERKASA GALAK MSYRKT TIDAK GUNA BEG PLASTIK (BH
ONLINE)

Bermula pada Januari 2017, kerajaan Selangor menguatkuasakan caj 20 sen kepada pengguna plastik selepas
berurusan di premis perniagaan. Langkah ini adalah lanjutan daripada kempen tanpa beg plastik yang dilaksanakan di
Selangor setiap hari Sabtu sebelum ini. Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan sisa buangan plastik. Statistik
pembuangan sisa plastik di Malaysia amat membimbangkan. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara,
sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta. Seperti yang sedia maklum, sisa plastik
mengambil masa ratusan tahun untuk diuraikan. Bagaimanapun, langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan
beg plastik disambut dengan pelbagai reaksi daripada rakyat Selangor. Ada menyokong penuh, ada juga yang
menyokong tetapi mempersoalkan kewajaran caj 20 sen kepada pengguna. Ada yang skeptikal dan tidak menyokong
langkah kerajaan negeri ini. Jika dilihat dari segi kesediaan pengguna di Malaysia untuk mengurangkan penggunaan
beg plastik, ia masih pada tahap tidak memuaskan. Kesediaan pengguna boleh ditingkatkan dengan pelbagai cara,
antaranya dengan memberi maklumat pentingnya mengurangkan penggunaan beg plastik. Kempen mesra alam
Banyak kajian menunjukkan memberi maklumat sahaja tidak mampu menggerakkan individu melakukan sesuatu
perkara. Contohnya, maklumat pencemaran alam sekitar melalui kempen kesedaran alam sekitar. Ia perlu disusuli
dengan beberapa faktor lain untuk mendorong individu melakukan tindakan 'mesra alam'. Antaranya kemudahan yang
disediakan oleh pihak berwajib dan juga budaya setempat. Kemudahan disediakan dapat mendorong individu
melakukan sesuatu perkara. Contohnya dalam konteks penggunaan beg plastik, kemudahan disediakan pihak
berkenaan adalah menyediakan beg kertas, atau kotak kepada pengguna. Atau, pengguna yang tidak menggunakan
beg plastik diberikan rebat tunai, ataupun kupon percuma. Kaedah sebegini ini daripada segi psikologi dikenali
sebagai peneguhan positif. Peneguhan juga boleh negatif. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang
mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
keberkesanan usaha mengurangkan beg plastik. Usaha ini perlu dijalankan secara berterusan dan dinilai secara
holistik akan keberkesanannya dan penambahbaikan boleh dilakukan untuk memastikan matlamat tercapai.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/237990

ASAL-USUL PLASTIK

Sejarah plastik
Plastik merupakan material yang baru secara luas dikembangkan dan digunakan sejak abad ke-20 yang
berkembang secara luar biasa penggunaannya dari hanya beberapa ratus ton pada tahun 1930-an, menjadi 150
juta ton/tahun pada tahun 1990-an dan 220 juta ton/tahun pada tahun 2005 . Saat ini penggunaan material
plastik di negara-negara Eropa Barat mencapai 60kg/orang/tahun, di Amerika Serikat mencapai
80kg/orang/tahun, sementara di India hanya 2kg/orang/tahun
Plastik adalah salah satu bahan yang dapat kita temui di hampir setiap barang. Mulai dari botol minum, TV,
kulkas, pipa pralon, plastik laminatgin , gigi palsu, compact disk (CD), kutex (pembersih kuku), mobil, mesin,
alat-alat militer hingga pestisida. Oleh karena itu kita bisa hampir dipastikan pernah menggunakan dan
memiliki barang-barang yang mengandung Bisphenol-A. Salah satu barang yang memakai plastik dan
mengandung Bisphenol A adalah industri makanan dan minuman sebagai tempat penyimpan makanan, plastik
penutup makanan, botol air mineral, dan botol bayi walaupun sekarang sudah ada botol bayi dan penyimpan
makanan yang tidak mengandung Bisphenol A sehingga aman untuk dipakai makan. Satu tes membuktikan
95% orang pernah memakai barang mengandung Bisphenol-A.
Plastik dipakai karena ringan, tidak mudah pecah, dan murah. Akan tetapi plastik juga beresiko terhadap
lingkungan dan kesehatan kita. Oleh karena itu kita harus tahu plastik-plastik yang aman untuk kita pakai.

Pengenalan sampah plastik


Secara garis besar plastik dapat digolongkan menjadi 2 kelompok yakni:
plastik yang bersifat thermoplastic, yaitu dapat dibentuk kembali dengan mudah dan diproses menjadi bentuk lain
dan
plastik yang bersifat thermoset, bila telah dipakai tidak dapat digunakan kembali.
Pada umumnya plastik untuk daur ulang diolah kembali menjadi barang semula. Beberapa jenis plastik harus
dicampur dengan bahan baku untuk meningkatkan kualitasnya.
Jenis sampah yang laku dipasaran adalah :
Polietilena (PE) : bahan plastik yang tahan air, asam alkali dan hampir semua jenis cairan. Contohnya plastik
pembungkus produk makanan dan minuman tirai plastik, botol antipecah, penyekat kawat atau kabel.
High Density Polyyethylene(HDPE) : Jenis ini juga resisten terhadap zat cair. Contohnya melamin (piring &
gelas) berbagai macam kemasan plastik, tangki bahan bakar kendaraan, kantong plastik, tempat makan plastik
dan pipa air.
Polipropilenia (PP) : produk yang terbuat dari fiber glass .

Ada 7 tanda yang bisa kita kenali dari produk plastik di sekitar kita, yaitu
PET atau PETE (Polyethylene
terephthalate) sering digunakan
sebagai botol minuman, minyak
goreng, kecap, sambal, obat, maupun
kosmetik kosmetik. Plastik jenis ini
tidak boleh digunakan berulang-
ulang atau hanya sekali pakai.
Habiskan segera isinya, jika tutup
wadah telah dibuka. Semakin lama
wadah terbuka, maka kandungan
kimia yang terlarut semakin banyak.
HDPE atau High Density
Polyethylene banyak ditemukan
sebagai kemasan makanan dan obat
yang tidak tembus pandang.
Plastik jenis ini digunakan untuk
botol kosmetik, obat, minuman,
tutup plastik, jeriken pelumas, dan
cairan kimia
PVC atau Polyvinyl
Chloride (PVC) sering digunakan
pada mainan anak, bahan bangunan,
dan kemasan untuk produk bukan
makanan. PVC dianggap sebagai
jenis plastik yang paling berbahaya.
Beberapa negara Eropa bahkan
sudah melarang penggunaan PVC
untuk bahan mainan anak di bawah
tiga tahun.
LDPE atau Low Density
Polyethylene (LDPE) sering
digunakan untuk membungkus,
misalnya sayuran, daging beku,
kantong/tas kresek

PP atau Polypropylene sering


digunakan sebagai kemasan
makanan, minuman, dan botol bayi
menggunakan plastik jenis ini.

PS atau Polystyrene termasuk


kemasan sekali pakai. Contohnya
gelas dan pakai makanan styrofoam,
sendok, dan garpu plastik, yang biasa
ada pada kotak makanan. Kotak CD
juga mengandung Polystyrene.
Kandungan bahan kimia plastik jenis
ini berbahaya bagi kesehatan. Jika
makanan berminyak dipanaskan
dalam wadah ini, styrene dari
kemasan langsung berpindah ke
makanan.
PC atau Polycarbonate digunakan
untuk botol galon air minum, botol
susu bayi, melamin untuk gelas,
piring, mangkuk alat makanan. Salah
satu bahan perlengkapan makanan
dan minuman yang sering digunakan
adalah melamin yang tergolong jenis
plastik termoset. Plastik jenis ini
tergolong dalam food grade dan
dapat digunakan sampai suhu 140
C.

Jenis-Jenis Plastik dan Istilah Produksi Plastik

Author: admin

Plastik di produksi berdasarkan jenis-jenisnya antara lain :

1. PET atau PolyEthylene Terephthalate adalah Jenis Plastik yang hanya bisa sekali pakai,
seperti biasa Botol air Mineral dan hampir semua Botol minuman lainnya. Jika pemakaiannya
dilakukan secara berulang, terutama menampung air panas, lapisan polimer botol meleleh
mengeluarkan zat karsinogenik dan dapat menyebabkan Kanker.

2. HDPE atau High Density PolyEthylene merupakan Jenis Plastik yang Aman jika
dibandingkan dengan Jenis Plastik PET karena memiliki sifat tahan terhadap suhu tinggi.
Sering dipakai untuk Botol susu yang berwarna putih susu, Tupperware, Botol Galon air
minum, dan lain-lain. Meski demikian, jenis plastik disarankan untuk tidak dipakai berulang.

3. PVC atau PolyVinyl Chloride merupakan Jenis Plastik yang sulit didaur ulang, seperti
botol-botol Plastik dan Plastik Pembungkus. Jangan gunakan Plastik jenis ini untuk
membungkus makanan karena jenis plastik ini memiliki kandungan PVC atau DEHA yang
berbahaya untuk Ginjal dan Hati.

4. LDPE atau Low Density PolyEthylene merupakan Jenis Plastik yang bisa didaur Ulang,
baik dipakai untuk tempat minuman maupun makanan.

5. PP atau PolyPropylene juga baik digunakan untuk tempat minuman maupun


makanan. Jenis Plastik semacam ini lebih kuat dan ringan dengan daya tembus uap yang
rendah dan biasanya digunakan untuk botol minum bayi.

6. PS atau PolyStyrene merupakan Jenis Plastik yang digunakan untuk tempat minum atau
makanan sekali pakai. Mengandung bahan bahan Styrine yang berbahaya untuk kesehatan
otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang berakibat pada masalah reproduksi
dan sistem saraf. Sumber http://argamazuplastik.com