Anda di halaman 1dari 2

Karangan Bahagian A

Berdasarkan grafi di bawah hurangkan tentang kebaikan mengadakanrumah terbuka


ketika hari perayaan di Malaysia.

Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka

KEBAIKAN
MENGADAKAN
RUMAH TERBUKA

MENGERATKAN MENGENALI BUDAYA MEMBINA SEMANGAT


PERPADUAN KAUM LAIN BEKERJASAMA

Cadangan isi
Mengeratkan perpaduan

Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah
mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan
mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di
samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman
antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat
dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak
cinta".

Mengenali budaya kaum lain

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai
kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan
perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan
agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan
merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan
begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat
resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan
mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
negara kita.

Membina semangat bekerjasama

Semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, sekiranya rumah


terbuka diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan
juadah atau mempersiapkan tempat. Begitu juga semasa menghadiri rumah terbuka,
tetamu yang hadir bolehlah membantu tuan rumah memcuci pinggan dan
mengemas setelah selesai. Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.

Karangan B

Amalan rumah terbuka banyak membawa kebaikan kepada masyarakat. Namun,


banyak belaku pembaziran dalam amalan rumah terbuka ini. Berikan pandangan
anda tentang punca-punca berlaku pembaziran ini.

Tuan rumah atau penganjur ingin menunjuk-nunjuk


o Tukar perabut, langsir baru

Tuan rumah atau penganjur bimbang makanan tidak mencukupi


o Menyediakan makanan terlalu banyak tetapi tetamu yang hadir tidak
begitu ramai

Juadah yang disediakan tidak menepati selera tetamu menyebabkan


makanan tidak habis
o Makanan tradisi sesetengah kaum tidak menepati selera kaum lain
seperti tosei yang mungkin tidak digemari oleh sesetang orang Melayu

Persediaan-persediaan lain yang mungkin tidak perlu


o seperti menyewa alat-alat karaoke atau persembahan nyanyian atau
tarian singa.

Tuan rumah atau penganjur tidak merancang perbelanjaan


o Tuan rumah atau penganjur tidak membuat anggaran perbelanjaan
dengan teliti

Anda mungkin juga menyukai