Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PAYA

06760 KUBOR PANJANG,KEDAH DARULAMAN


_____________________________________________________________________________________

MUAFAKAT KEDAH

Rujukan kami: SKKP/HEM/02/02/1.4 (1)


Tarikh: 23hb April 2017
Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar,
Jalan Tun Razak,
05200 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN


PERINGKAT SK KAMPONG PAYA 2017
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Pihak sekolah ingin memohon sumbangan pihak tuan untuk menjalankan program di
atas pada masa dan ketetapan berikut:

2.1 Nama Program : Program Pencegahan Kebakaran 2017


2.2 Tarikh Pelaksanaan : 09hb Mei 2017 (Selasa)
2.3 Masa : 09.30 pagi
2.4 Tempat : Padang SK Kampong Paya
2.5 Peserta : 126 orang pelajar Pra Sekolah, thn 1 hingga thn 6

3. Untuk makluman tuan/puan, program ini merupakan satu program untuk para pelajar
terlibat yang bertujuan satu persiapan ke arah keselamatan pencegahan kebakaran di sekolah
. Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu
menjayakan program tersebut.

4. Kerjasama pihak tuan dalam menyempurnakan program ini amatlah kami


dihargai.Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Zakaria bin Ismail,Penolong Kanan
HEM ditalian 0134351674 atau 04-7419212.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

..............................
Encik Ishak bin Hashim,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampong Paya

Anda mungkin juga menyukai