Anda di halaman 1dari 4

SUZANNA LIONG MEE LIANG PISMP SN JUN 2014 EDU 3033

Minggu 11

Topik: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi Bestari

Tutorial 10: Pelajar dikehendaki mengenal pasti elemen-elemen pedagogi bestari


berdasarkan contoh RPH bestari.

Terdapat empat elemen utama dalam pedagogi bestari:


1. Ciri-ciri pelajar:
i. Gaya pembelajaran
a) Persekitaran: suka belajar tanpa bising, muzik.
b) Emosi: boleh belajar dengan bantuan guru, sendiri, perlu motivasi, boleh
belajar bila-bila masa.
c) Sosiologi: suka belajar sendirian atau berkumpulan.
d) Fizikal: belajar dengan bahan maujud dan pengalaman sendiri.
e) Psikologi: melibatkan otak kiri atau kanan, global atau analitikal, boleh
bertindak secara spontan, berfikir sebelum bertindak.

ii. Kecerdasan pelbagai


a) Linguistik: Merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam
bahasa sendiri dan bahasa asing.
b) Muzik: Melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta
bertindak balas kepada elemen yang melibatkan perasaan.
c) Kinestetik: Penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah; mencipta
sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan.
d) Interpersonal: Keupayaan untuk memahami niat orang lain dan
mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja.
e) Intrapersonal: Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan
tentang diri sendiri dan melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup.
f) Visual-Spatial (ruang): Keupayaan untuk menghasilkan ruang
pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.
g) Logik: Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan; mampu menyatakan
sesuatu secara induktif dan deduktif; menyelesaikan masalah secara
sistematik.
h) Naturalistik: Mencintai alam semula jadi; mudah mengenali dan mengerti
tumbuhan dan haiwan; suka meneroka hutan.
i) Spiritual (kerohanian): Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan
manusia dan kematian.

iii. Kompetensi kecerdasan emosi


a) Kompetensi personal:
Kesedaran kendiri: kemahiran mengawal tindakan dan perasaan
sebelum melakukan sesuatu.
. Pengurusan kendiri: kemahiran menguruskan perasaan dan
pembentukan konsep dan esteem kendiri.

1
SUZANNA LIONG MEE LIANG PISMP SN JUN 2014 EDU 3033

Motivasi kendiri: usaha dan daya ketahanan seseorang untuk


mencapai matlamat hidup.

b) Kompetensi sosial:
Kesedaran sosial: kesedaran perlunya menjalinkan perhubungan
persahabatan dengan orang lain untuk membina rangkaian sosial
yang mantap.
Kemahiran sosial: kemahiran menjalinkan perhubungan
persahabatan dengan orang lain, kemahiran komunikasi dan
berunding.

2. Pendekatan pembelajaran:
i. Pembelajaran berpusatkan pelajar
Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran, memberi pilihan kepada
pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan
kolaborasi (membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam
penilaian berterusan, sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan
melibatkan pelajar untuk merancang.
ii. Pembelajaran bersifat individu
Pelajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses
pembelajaran.
iii. Pembelajaran masteri
Seorang pelajar boleh dan dapat belajar apa sahaja mengikut keadaan yang
sesuai.
iv. Pembelajaran berfikrah
Proses PdP yang menekankan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar
berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks.
v. Pembelajaran berbantukan teknologi
Bercetak, audio, video, komputer, multimedia
vi. Pembelajaran berasaskan projek
Merupakan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berfokus, iaitu
melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar, boleh menghubungkaitkan
antara pelbagai bidang dan kesepaduan dengan masalah kehidupan
seharian.
vii. Pembelajaran berasaskan otak
Proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak.
Otak manusia berfungsi sebagai parallel processor melibatkan keseluruhan
fisiologi manusia melalui emosi, persepsi, rangsangan dan pelbagai dimensi
deria.

2
SUZANNA LIONG MEE LIANG PISMP SN JUN 2014 EDU 3033

3. Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP):


i. Direktif: Pelajar menerima maklumat, pengetahuan dan kemahiran melalui
penerangan daripada guru dengan tunjuk cara, bimbingan, latihan, diikuti dengan
ujian untuk menilai kefahaman.
ii. Pemerhatian: Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau
penerangan tentang sesuatu kemahiran.
iii. Mediatif: Pelajar berupaya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, membuat
inferen dan hipotesis
iv. Generatif: Pelajar digalakkan menjana idea secara kritis dan kreatif, diasuh
menyelesaikan sesuatu masalah seperti sumbang saran, metafora, pemikiran
lateral, peta minda.
v. Koperatif dan kolaboratif: Satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam
pasukan kecil. Setiap ahli pasukan bukan sahaja bertanggungjawab atas pencapaian
sendiri tetapi juga atas pencapaian ahli pasukan (contoh: melalui coaching, tutoring
dan lain-lain).
vi. Metakognitif: mengetahui apa yang kita ketahui dan apa yang kita tidak ketahui.
vii. Kajian masa depan: strategi secara saintifik yang dibina untuk menambah
keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan bagi menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya
dan bertanggungjawab.
viii. Konteks-luar: Pelajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh
masa seperti menghadiri seminar, bengkel, projek dan proses latih amal.

4. Kemahiran generik:
i. Kemahiran belajar
Meningkatkan daya belajar dan daya intelek
Memupuk disiplin belajar
Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat
Meningkatkan daya ingatan
Pengurusan masa yang berkesan
Memantapkan pembelajaran individu
Meningkatkan pencapaian individu

ii. Kemahiran berfikir


Menjanakan idea
Membuat inferens
Membuat hubungkait
Meramal
Membuat hipotesis
Mensintesis
Membuat analogi
Membuat gambaran mental

3
SUZANNA LIONG MEE LIANG PISMP SN JUN 2014 EDU 3033

Mereka cipta

iii. Kemahiran mentafsir dan menilai


Penilaian melalui kontrak pembelajaran
Penilaian portfolio
Penilaian kendiri
Penilaian melalui pemerhatian
Penilaian projek
Ujian
Pentaksiran modular
Penilaian perisian kursus

iv. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi


Melatih murid supaya mahir menggunakan teknologi komputer masa kini
untuk menguasai mengikut perkembangan konsep world class education.
Diajar untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir bidang sains dan
teknologi serta dipandang tinggi oleh masyarakat.

v. Kemahiran pemudahcaraan
Merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan pelajar-pelajar
bersedia belajar, membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran
dengan lancar, menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran dan melicinkan segala proses pembelajaran terus
menerus tanpa sebarang gangguan atau hentian.

Anda mungkin juga menyukai