Anda di halaman 1dari 2

SUZANNA LIONG MEE LIANG

PISMP SN JUN 2014 WAJ 3042

1. Huraikan ciri-ciri teori behavioris.


Pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan (rangsangan yang
bersandarkan pemberian ganjaran / peneguhan).
Berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak.
Ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka.
o Kanak-kanak mempelajari bahasa melalui peniruan.
Bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh.
Menekankan perilaku.
Individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya.
Tidak mementingkan fungsi mental.
Perkara yang dikaji ialah data (kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur).
Bahasa terjadi melalui operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada
ciri-ciri naluri manusia.
Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.
Penguasaan bahasa adalah proses mekanis yang tidak berkaitan dengan fikiran /
daya ingatan dan mental manusia (juga dikenali sebagai Teori Mekanis).

2. Jelaskan ciri-ciri teori mentalis.


Bahasa merupakan pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak.
Pemerolehan bahasa: proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
Bahasa: aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi manusia.
Chomsky: manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa yang
menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai
bahasa.
Mangantar (1987): hipotesis nurani (sesuatu yg dibawa lahir / yg berada dlm
manusia) manusia dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya
berbahasa dengan mudah & cepat.
Kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk
merumus dan membtk ayat mengikut sistem bahasa yang diperoleh mereka.
Manusia mempunyai kompeten (rumus-rumus yang ada dalam mental manusia)
dan prestasi (penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa
manusia) bahasa.
Mengutamakan proses berfikir berbanding perlakuan manusia.
SUZANNA LIONG MEE LIANG
PISMP SN JUN 2014 WAJ 3042

3. Huraikan dengan jelas teori pemerolehan bahasa mengikut aliran behavioris.


Dipelopori B. F. Skinner.
Juga dikenali sebagai Teori Mekanis.
Berdasarkan pelaziman operan (rangsangan yang bersandarkan pemberian
ganjaran / peneguhan).
Berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak.
Ibu bapa merupakani model bahasa bagi anak mereka.
Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui peniruan daripada ahli
keluarga terutama ibu bapa.
Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah
didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga dapat melafazkannya dengan
betul.
Bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh.
Menekankan perilaku manusia.
Individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya.
Tidak menekankan fungsi mental.
Perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data (kalimat-kalimat yang dapat diamati
dan diukur).
Bahasa terjadi melalui operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada
ciri-ciri naluri manusia.
Bahasa: proses perilaku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas.
Pemerolehan: sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.
Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan penguasaan bahasa adalah
proses mekanis yang tiada mengena dengan fikiran / daya ingatan dan mental
manusia.

4. Terangkan dengan jelas satu contoh aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran
LINUS mengikut teori pemerolehan bahasa aliran behavioris yang sesuai
dijalankan untuk membina kemahiran bertutur yang baik.
Murid ditunjukkan beberapa gambar.
Menanyakan murid mengenai nama benda-benda tersebut.
Membetulkan murid yang tersilap sebut dan meminta mereka mengulangi nama-
nama benda tersebut beberapa kali.
Memuji murid yang berjaya menyebut nama-nama benda tersebut dengan tepat
dan meminta mereka membaca dengan berulang kali agar dapat diingat.

Anda mungkin juga menyukai