Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan Bahasa Melayu A+

FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN JALAN RAYA- BAHAGIAN A

Rajah di bawah menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya. Huraikan


pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDAHULUAN 5 Ayat

[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun
semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen,
di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan
kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [AR-A.Tanya] Murah
sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika
hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. [AA] Oleh
itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini
menjadi lebih parah lagi. [80 pp]

Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat

[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah
sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu bersikap
mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi
peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta
dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AH-Kesan?] Secara tidak
langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa
pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhati-hati di jalan raya dan
Biar Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan kemalangan maut daripada
berlaku. [78 pp]

Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat

[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan
struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang,
sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC]
Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan
memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam
kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil
inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa
pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan
raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna
jalan raya terjamin. [86 pp]

Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat

[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak
diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka
kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi
dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-
saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan
berlakunya kemalangan jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara
kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum
memulakan perjalanan yang jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]

Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat

[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu punca
berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun sebanyak
RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu
isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar. [AC] Selain itu, Ops
Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika musim-musim perayaan.
[AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar melakukan kesalahan di jalan raya
kerana mereka mampu membayar denda yang dikenakan dan beranggapan operasi
hanya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas dan pemantauan di kawasan berbahaya
hendaklah diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan maut. [93
pp]

Kesimpulan.

[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
menangani isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang
dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangat-
hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. [Pendapat]
Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif dirangka
untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang
sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya
kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu Cermat Jiwa
Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa
mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai gelanggang
perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan satu anugerah
yang perlu dihargai. [80 pp]

Anda mungkin juga menyukai