Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

Komunikasi merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh setiap

individu. Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi seseorang untuk meneruskan

kehidupan seharian. Kebanyakkan daripada kita menganggap komunikasi itu sebagai

percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan yang rasmi atau biasa-biasa sahaja.

Sebenarnya komunikasi adalah lebih daripada yang kita fikirkan. Ia merupakan medium

penyampaian maklumat, perasaan, fikiran dan idea dari suatu pihak kepada pihak lain

secara lisan atau bukan lisan.

2.0 TAKRIF KOMUNIKASI

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, komunikasi bermaksud perhubungan langsung

atau tidak langsung dengan perantaraan surat, radio, telefon dan alat-alat yang boleh

digunakan untuk berkomunikasi. Pada asalnya, istilah komunikasi berasal daripada bahasa

Latin, iaitu communiacatus yang bermaksud berkongsi sesuatu. Terdapat pelbagai

pengertian komunikasi di mana ada yang mengandaikan komunikasi sebagai satu seni yang

menyalurkan idea-idea, maklumat, perasaan dan fikiran kepada seseorang individu.

Terlebih dahulu, Wood (2001) mendefinisikan komunikasi sebagai proses yang

sistematik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol yang tertentu demi

membentuk dan menginterpretasi makna. Dalam hal ini, empat aspek penting yang didasari

oleh komunikasi ialah proses, sistematik, simbolik dan makna. Seterusnya, Hovland (1953)

membuat takrifan bahawa komunikasi merupakan proses penyampaian rangsangan dengan

tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain. Proses komunikasi juga menekankan

pembujukan ini berlaku untuk mempengaruhi tingkah laku individu.

Seterusnya, menurut French (1993) komunikasi merupakan proses minda yang

berlaku dalam usaha mewujudkan kondisi dan situasi yang saling memahami terhadap
maklumat dan idea yang disampaikan. Sehubungan itu, komunikasi berkesan hanya dapat

dicapai melalui hubungan baik antara penyampai dan penerima. Selain itu, menurut Bittner

(1988) pula komunikasi adalah satu perlakuan berkongsi simbol. Simbol-simbol ini terdiri

daripada verbal dan non-verbal dan ia juga merupakan komponen di dalam proses

komunikasi. Daripada takrifan komunikasi, kita dapat menyimpulkan bahawa komunikasi

adalah satu proses yang melibatkan pihak yang berkomunikasi, informasi yang

dikomunikasikan dan alat komunikasi.

3.0 FUNGSI KOMUNIKASI

Komunikasi memiliki fungsi-fungsi yang tersendiri di mana komunikasi berfungsi

sebagai pengendali perilaku anggota. Fungsi ini berjalan apabila anggota diwajibkan untuk

menyampaikan keluhan yang berhubungan dengan pelaksanaan kewajiban anggota dalam

perusahaan. Seterusnya, komunikasi juga berfungsi sebagai pengungkapan emosi. Ia

berperanan dalam menunjukkan kekecewaan ataupun rasa puas terhadap anggota lain.

Seterunya, komunikasi juga membangkitkan motivasi karyawan dan bertindak sebagai

informasi di mana ia memberikan informasi yang diperlukan dalam setiap individu dan

kelompok dalam mengambil sesuatu keputusan.

4.0 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

Keberkesanan sesuatu proses komunikasi amat bergantung kepada elemen dan ciri-

ciri yang terkandung di dalamnya.


Penyampa
i

Gangguan
komunikas Penerima
i

Elemen-
elemen
komunikasi

Maklum
balas Mesej

Saluran

4.1 Penyampai

Penyampai juga dikenali sebagai pengirim, enkod atau sumber. Penyampai

merupakan sumber primer sesuatu maklumat. Mesej yang dihasilkan ada pelbagai tujuan

sama ada untuk perbincangan, kefahaman, memberikan maklumat dan arahan. Penyampai

perlu memilih jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau

bahasa isyarat. Selain itu, sikap sumber hendaklah selari dengan sasarannya. Contohnya,

jika kita bercakap dengan seorang petani yang cetek pengetahuan tentang keupayaan

teknologi komputer dalam meningkatkan pendapatannya, sudah pastinya ia tidak akan

mendatangkan hasilnya.

4.2 Penerima

Sebagai penerima, ciri-ciri yang ada pada sumber sepatutnya dimiliki. Kalau sumber

berkebolehan mengenkod, di pihak penerima pula perlulah berkeupayaan mendekod.

Dekod ialah individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej
atau maklumat. Jadi, maknanya sama ada sumber atau penerima kedua-duanya perlu

membentuk kefahaman supaya komunikasi antara mereka berkesan.

4.3 Mesej

Mesej adalah informasi yang ingin disampaikan. Ia juga dikenali sebagai isi

kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim. Mesej terdiri daripda simbol-

simbol bukan lisan atau perkataan lisan yang digunakan oleh sumber. Contoh mesej tersirat

ialah seorang pensyarah menunjukkan wajah yang muram ketika diminta mengajar khusus

yang di luar bidangnya. Kita didapati mesej yang hendak disampaikan adalah

mengharapkan pelajar faham dia tidak begitu mahir dalam bidang tersebut tetapi terpaksa.

Selain itu, sesuatu mesej dapat disampaikan dengan efektif apabila ianya memilik

kandungan mesej, kod mesej dan pengolahan mesej.

4.4 Saluran

Saluran merujuk kepada alat atau perantara yang boleh menyalurkan mesej

daripada sumber kepada penerima. Kejelasan dan ketepatan maklumat komunikasi

bergantung kepada saluran yang dipilih. Saluran terbahagi kepada beberapa bentuk.

Antaranya ialah saluran bersemuka iaitu interpersonal, saluran perantara iaitu melalui

televisyen atau radio dan saluran melalui mesej tanpa lisan adalah melalui bahasa badan.

Contoh saluran perantara iailah sesuatu informasi boleh disalurkan dengan menggunakan

kemahiran teknologi seperti LCD projector, video dan sebagainya.

4.5 Maklum balas

Reaksi penerima apabila menerima seustu mesej daripada sumber adalah dikenali

sebagai maklum balas. Contoh yang ketara ialah setelah mendengar sesuatu ceramah pada

akhirnya kita akan diminta untuk menulis maklum balas tentang ceramah yang diberi itu.

Dalam proses komunikasi, maklum balas berlaku secara aktif dan pasif. Maklum balas

penting dalam menentukan keberkesanan mesej dan kelangsungan proses komunikasi.


4.6 Gangguan komunikasi

Gangguan komunikasi boleh menyebabkan penerima tidak dapat menerima mesej

dengan jelas. Gangguan komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gangguan

mental, gangguan fizikal dan gangguan fisio-psikologi. Contohnya, guru tidak boleh

berkongsi pengalaman dengan sepenuhnya jika situasi kelas tersebut kurang memuaskan.

Dalam proses komunikasi, gangguan perlu diambil perhatian yang serius supaya keaslian

mesej terjamin.

5.0 CIRI-CIRI KOMUNIKASI YANG BERKESAN

Komunikasi yang berkesan akan membawa banyak manfaat terhadap kedua-dua

belah pihak iaitu pengirim dan penerima. Demi mencapai komunikasi yang efektif kita perlu

menepati kesemua ciri komunikasi yang berkesan (rujuk rajah 1.1). Terdapat beberapa ciri

komunikasi yang berkesan yang perlu kita ambil perhatian tetapi di sini saya hanya akan

menerangkan dua ciri yang utama untuk komunikasi.

Menggunak
an bahasa
secara
positif

Pendengar
an aktif

Ciri-ciri
komunika
si
5.1 Menggunakan bahasa secara positif

Bahasa dan perkataan adalah kriteria yang paling dominan dalam konteks

komunikasi yang berkesan. Pengirim perlulah menggunakan gaya bahasa yang menarik

dan tepat supaya mesej yang disalurkan akan dapat difahami oleh penerima. Jika bahasa

yang digunakan tidak betul atau tidak sesuai dengan penerima, maka ia sudah memadai

untuk interaksi berlaku. Contohnya, penggunaan tatabahasa yang tidak betul akan

menganggu kefahaman penerima maklumat dan ini akan menyebabkan komunikasi

tergendala.

5.2 Pendengaran aktif

Pendengaran aktif adalah situasi yang mana kedua-dua belah pihak menjadi

pendengar. Dalam konteks ini, gangguan bunyi hendaklah dikurangkan supaya dapat

mencapai tujuan komunikasi berkesan. Selain itu, mendengar secara aktif bukanlah semata-

mata mendengar sahaja namun memberi respons terhadap apa yang didengar untuk

mendapat kefahaman yang baik. Pendengar yang baik juga perlu berhenti bercakap semasa

penyampai maklumat sedang bercakap. Ciri ini juga perlu dititikberatkan untuk menjadikan

komunikasi yang dihasilkan adalah efisien.

5.0 KESIMPULAN

Komunikasi merupakan medium yang asas untuk interaksi dan perhubungan. Dengan

adanya komunikasi seseorang individu dapat menyuarakan pendapatnya dan masyarakat

juga dapat mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam. Hal ini secara langsung

berupaya untuk membina satu negara bangsa yang bersatu padu di bawah konsep Satu

Malaysia. Selain itu, pengetahuan tentang asas-asas komunikasi seperti takrif dan fungsi

komunikasi, elemen-elemen penting serta ciri-ciri komunikasi berkesan adalah panduan

penting kepada setiap individu. Pendek kata, setiap individu haruslah didedahkan dengan

kemahiran asas ini supaya masyarakat kita dapat mengekalkan keharmonian yang sedia

ada dan dapat merealisasikan wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai