Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pendahuluan

Falsafah pendidikan merupakan hala tuju atau panduan terhadap perkara-


perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara
adalah berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Segala perancangan
dalam pendidikan termasuk penetapan dasar-dasar, pengisian program pendidikan,
penentuan isi kandungan kurikulum, aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya
juga adalah berdasarkan falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Setiap sistem
pendidikan di setiap negara mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri.
Sehubungan itu, falsafah pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah pendidikan ini menjadi tulang belakang
kepada sistem pendidikan negara kita.

FPK adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisonal


dan falsafah progresif. Antara initipati falsafah tersebut ialah pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Ini bermakna FPK adalah tunjang utama untuk melahirkan insan
yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang sempurna.

Dalam merealisasikan falsafah tersebut, guru merupakan ejen arkitek


membina generasi yang berminda kelas pertama. Hal ini demikian kerana guru
melengkapi segala-galanya baik sebagai pendidik, pengasuh, pembimbing,
penasihat, pencetus idea dan penyumbang tenaga dan masa. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa guru ibarat sepohon kelapa yang tinggi menjulang dengan
buah yang penuh di tandan, berguna dari pucuk hingga ke pangkal. Selain itu, betul
kata seorang cendekiawan iaitu Abu Ajip (1994), pendidik yang kreatif, cekap,
bermotivasi tinggi dan berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi
melahirkan pelajar sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Apabila seseorang guru itu menjalankan tugasnya berlandaskan ciri-ciri Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka pelajar yang dihasilkan akan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendek kata, peranan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah amat penting dalam
merealisasikan hasrat FPK.
2.0 Guru menyampaikan ilmu pengetahuan

Ilmu adalah sesuatu yang amat dominan bagi murid-murid supaya mereka
tidak digelar seperti katak di bawah tempurung. Guru bertindak sebagai insan yang
bertanggungjawab untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid. Ilmu yang
disampaikan oleh guru terdiri daripada pelbagai jenis iaitu ilmu akademik, ilmu
kehidupan, ilmu pengetahuan am dan sebagainya. Guru mengajar, membimbing dan
membincang tentang pelajaran dengan murid-muridnya supaya mereka dapat
dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya. Contohnya, dalam subjek Matematik di
samping guru mengajar pelajar untuk mengira, guru juga menerangkan tentang cara
jual beli di pasar raya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa guru menyediakan pelajar
dengan ilmu kehidupan seharian untuk melahirkan insan yang berilmu selaras
dengan FPK.

Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya


pelajar yang terdiri daripada perbezaan individu dapat menimba ilmu pengetahuan.
Pelbagai kaedah pengajaran di sini bermaksud guru boleh menggunakan kaedah
simulasi, perbahasan, perbincangan, projek dan tinjauan, lawatan, syarahan dan
sebagainya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Dengan ini, guru
dapat menyampaikan ilmu kepada semua murid dengan mengambilkira pelbagai
potensi murid. Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar
ketika mengajar supaya pelajar yang lemah dapat memahami dengan cepat. Hal ini
secara langsung dapat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan seperti
termaktub dalam FPK.

Selain itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan guru juga
seharusnya menekankan murid agar sentiasa berusaha untuk mencari ilmu
sebanyak mungkin kerana bidang ilmu adalah sangat luas. Lebih-lebih lagi, guru
juga perlu mengajar kemahiran-kemahiran asas kepada murid-murid iaitu kemhiran
membaca, menulis, mengira dan menaakul. Ciri ini amat penting untuk
pembangunan modal insan murid yang seimbang. Jika murid gagal menguasai ciri
ini maka guru harus memberikan kerja rumah tambahan yang dapat meningkat
empat kemahiran asas ini. Secara langsung, tindakan seperti ini dapat melahirkan
pelajar yang berintelektual dan berilmu pengetahuan sejajar dengan hasrat FPK.
3.0 Guru mengabungjalinkan subjek Pendidikan Jasmani dalam subjek lain

Unsur jasmani ialah unsur yang berkaitan dengan jasad atau tubuh badan
atau disebut fizikal. Unsur jasmani yang paling penting untuk diperkembang dan
dipertingkatkan adalah kesihatan dan kecergasan. Ia juga merangkumi pemanfaatan
anggota dan tenaga fizikal untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Unsur jasmani
adalah salah satu unsur yang dititikberatkan dalam FPK. Unsur ini penting kerana
jika kesihatan fizikal terganggu maka sudah pastinya kita tidak dapat melahirkan
warganegara yang berkaliber dan seimbang dari segi semua aspek. Penerapan
aspek rohani, emosi, intelek, sosial adalah bergantung kepada kesihatan fizikal yang
baik. Kesihatan fizikal yang sempurna dan baik dapat menyerapkan segala ajaran
guru dengan sepenuhnya. Jadi, aspek jasmani menjadi tonggak kepada penerapan
aspek-aspek yang lain dalam diri seseorang individu.

Oleh itu, guru boleh mengabungjalinkan subjek Pendidikan jasmani dalam


subjek-subjek lain supaya dapat melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas. Kini,
kebanyakan sekolah tidak membenarkan pelajar darjah enam untuk turun padang
pada waktu subjek pendidikan Jasmani, malah subjek itu digantikan dengan subjek
lain. Hal ini merendahkan semangat pelajar dan pelajar juga akan berasa bosan
untuk membelajar sepenuh masa. Jadi, dengan pengabungjalinan subjek pendidikan
jasmani dalam setiap subjek maka pelajar akan berasa bersedia untuk belajar.
Lagipun, kesihatan pelajar juga dapat terjamin di samping emosi pelajar juga
sentiasa stabil dan terjaga.

Guru juga perlu menekankan serba sedikit aspek jasmani dalam setiap subjek
yang diajar. Contohnya, guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen-elemen
kesihatan. Elemen-elemen kesihatan di sini membawa maksud bahawa guru boleh
menekankan pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri,
kesihatan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang
melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan,
memegang sesuatu dan pelbagai lagi. Dengan tindakan ini secara tidak langsung
guru dapat menerapkan unsur jasmani dalam pelajaran intelektual. Selain itu, guru
juga boleh memulakan pelajaran dengan permainan Saimon Says yang melibatkan
pergerakan badan pelajar. Dengan ini guru dapat merealisasikan hasrat FPK di
mana melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani secara menyeluruh.

Anda mungkin juga menyukai