Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Pandangan sterotaip masyarakat Barat pada abad ke-16 hingga abad ke-20 di Tanah Melayu
yang mengatakan Melayu adalah satu bangsa pemalas tidak benar sama sekali. Dalam
membincangkan hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana
pandangan dari pihak Barat ini boleh timbul. Adakah ini disebabkan tulisan Munsyi Abdullah
dalam buku beliau, Hikayat Abdullah atau lain-lain orientalis Barat? Atau adakah disebabkan
oleh sifat semulajadi Melayu yang merendah diri? Atau adakah ini hanya satu taktik dari
pihak penjajah? Telah difahami bahawa memang budaya penjajahan pada bila-bila masa pun
akan disulami dengan banyak cerita buruk tentang anak pribuminya. Penjajah dalam usaha
mengukuhkan kedaulatan mereka bersusah payah mencipta kehebatan sendiri dan
memperlekehkan kumpulan yang diajajah. Sebagai contoh, Red Indian dikatakan bangsa yang
liar dan jahat oleh tukang-tukang cerita Amerika. Aborigines di Australia pula dituduh
pemalas dan hidup bersandarkan takdir oleh anak cucu lanun yang menjadi penjajah benua
Australia. Malah, orang-orang Scotland dan Ireland sehingga sekarang masih dijadikan bahan
jenaka di London. Sama seperti di Tanah Melayu, orang Melayu dianggap bangsa pemalas
oleh penjajah Barat.

Pemburukan ideologi peribumi dan sejarahnya serta masyarakat, berkisar daripada


khayalan yang tidak senonoh dan kebohongan serta pengetahuan tingkah laku. Suatu khayalan
yang tidak senonoh adalah kesan Jagor bahawa Filipina membuat dayung daripada galah
buluh dengan tujuan agar senang beristirehat. Bila dayung mereka kebetulan patah, lebih
sering lebih baik, maka ditundanya kerja mendayung yang melelahkan itu sampai dayung
tersebut diperbaiki lagi.1 Pandangan ini dipertahankan dan diulangi terus-menerus selama
paling kurang dua abad dalam ribuan buku yang ditulis oleh para ilmuwan yang
mengungkapkan akar ideologi mereka. Sejak kemerdekaan Malaysia, Indonesia dan Filipina,
tidak banyak lagi tulisan-tulisan yang menceritakan tentang perkara negatif peribumi tetapi
lebih banyak tulisan yang mencela situasi ekonomi atau politik di negara berkenaan.

Seorang ahli sejarah Amerika yang menulis tentang Hindia Belanda, Clive Day, dalam
perbandingannya terhadap kebaikan pemerintah Belanda dengan pemerintahan peribumi,
cenderung memandang bahawa pemerintahan peribumi hanya sesuai untuk maksud kejahatan.
Kesan yang diperolehnya dengan membeca sejarah negara peribumi adalah bahawa penguasa

1 Feodor Jagor, 1916. Travels in the Phipiphines dlm.Austin Graig (ed), The
former Philiphines Thru Foreign Eyes. Manila: Philiphine Education, hlmn. 36.

1
yang baik sangat sedikit, mereka tidak efektif, dan tidak ada pemerintahan peribumi yang
baik. Ia menghuraikan sekitar 20 halaman untuk menggambarkan ciri-ciri negatif
pemerintahan peribumi, termasuk kezaliman penguasanya. Ia melihat bagaimana seorang
penguasa memiliki ruangan di istana tempat ia menikmati pertunjukan wanita bogel bergelut
dengan harimau.

Para penulis kolonial Eropah, pentadbir amatur, sering membicarakan peristiwa


tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada bebagai-bagai usaha mereka untuk
menunjukkan sifat masyarakat Melayu. Perompakan, ketidakadilan, kekacauan, peprangan
dan kezaliman, yang ada pada tempoh tersebut dibesar-besarkan bagi mengabsahkan
kekuasaan kolonial yang diyakini telah menimbulkan keadaan yang berlawanan. Di samping
peristiwa dan hal-hal yang sensasi, ilmuwan kolonial amatur juga cenderung membuat
berbagai-bagai penilaian yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah,
kebudayaan dan agamanya. Contohnya, Raffles tanpa bukti mengatakan Islam adalah alat
pemecah belah persatuan suku Melayu. Dia menganggap masyarakat Melayu dahulu tentulah
satu bangsa, berbicara satu bahasa, memlihara watak dan adat istiadat mereka.

2
2.0 Konsep Kerajinan dan Kemalasan Orang Melayu

Suatu kehidupan yang santai dan hanya menggunakan tenaga fizikal sekadarnya,
berlangsung dalam kalangan kelompok penguasa, baik penguasa peribumi mahupun kolonial.
Tuduhan malas bagi penduduk peribumi oleh orang Belanda, Sepanyol dan Inggeris, seperti
yang telah diperlihatkan itu tidak mempunyai alasan yang nyata. Para penguasa peribumi
tidak pernah mengecap malas masyarakat mereka, sekalipun beberapa diantaranya hanya
conquistadores kolonial. Alasannya adalah bahawa mereka sedar akan sistem nilai-nilai
peribumi, yang sangat menghargai ketekunan dan kerja. Catatan sejarah yang menekankan
nilai kerja dan ketekunan jarang ditemui, kerana kebanyakan nilai ini disebarkan secara lisan,
dan kerana kemalasan belum pernah dirasai sebagai suatu masalah dalam masyarakat
peribumi sebelum kolonial. Namun demikian, terdapat beberapa catatan yang ditemui. Satu
diantaranya ialah Undang-Undang Sungai Ujong. Undang-undang ini merupakan inti sari
hukum adat Sungai Ujong Negeri Sembilan, yang penduduknya berasal dari masyarakat
Minangkabau di Sumatera.

Daripada 113 fasal undang-undang tersebut, terdapat tujuh fasal yang menekankan
nilai kerja dan ketekunan. Fasal 99 menggulungkan akar kejahatan ke dalam: adu ayam dan
perjudian, minum-minum, menghisap candu, kemalasan, dan menghindari pekerjaan.
Naskhah berkenaan dirumuskan dalam tempoh sebelum kolonial. Syarat utama untuk
membuka pengolahan tanah adalah: usaha dan penjagaan yang bersungguh-sungguh,
kekuatan, penanaman yang bersemangat, penjagaan yang giat, benar-benar berhemat, berhati-
hati dalam pembelian, dan lain-lain.

Pada dasarnya, nilai-nilai yang ditegakkan oleh undang-undang tersebut adalah hal
yang biasa bagi dunia Melayu. Masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Dalam
masyarakat Melayu adalah suatu aib apabila dikatakan pemalas. Penghukuman ke atas
kemalasan dapat ditemui lebih lanjut dalam Hikayat Abdullah karya Abdullah. Beliau
mencatat hukuman berat yang diberi kerana kemalasan di sekolah Islam miliknya 2. Dia
mengutk beberapa orang lelaki Melayu yang berkeliaran di jalan-jalan mempamerkan

2 A.H. Hill, The Hikayat Abdullah, op.cit. Tentang ini Abdullah berkata, ada
hukuman bagi murid yang malas belajar. Si anak harus berdiri mengangkangi
asap yang dihasilkan daripada gulungan sabut kelapa kering. Kadanf-kadang lada
kering dimasukkan ke dalam api. Bau asapnya sangat menyengat dan
menyebabkan keluar air dari mata dan hidung.hlmn 46.

3
senjatanya, sementara kaum wanita mencari nafkah. Beliau turut menyatakan bahawa orang
yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah orang yang berani.

Kehancuran dan kemiskinan di Pahang, juga berlaku di Terengganu dan Kelantan. Negeri
yang pernah terkenal itu telah terperosok ke kancah kemiskinan dah kehancuran walaupun
ianya tidak pernah ditindas musuh atau dutakluki oleh negeri lain, juga bukan kerana
perompakan, atau ketandusan tanah. Ini semua adalah berpunca daripada tekanan dan
kekjaman para raja dan tokoh penting itu. Penduduk merasa tidak berguna untuk bekerja keras
dan memupuk keuntungan yang kemudian akan dirampas. Sebaliknya, mereka lebih senang
tinggal miskin dan menderita. Ini menunjukkan kemiskinan dan kehancuran yang berlaku di
negeri-negeri Pantai Timur pada masa dahulu bukanlah disebabkan oleh kemalasan tetapi
disebabkan oleh faktor penguasa negeri yang kejam. Dalam buku berkenaan juga, Abdullah
menceritakan penganiayaan secara terperinci yang terpaksa dihadapi oleh orang Melayu. Jika
sesoeorang Melayu memperoleh rumah yang bagus, ladang atau tanah beberapa petak sahaja,
seorang raja pasti menghubunginya. Dia meminta pinjaman atau pemberian dan jika otang
tersebut menolak maka, raja akan merampas kekayaan tersebut. Jika orang tersebut bersetuju
untuk memberi pinjaman, pinjaman berkenaan tidak pernah akan dibayar kembali dan jika
orang tersebut melawan, dia dan seluruh ahli keluarganya akan dibunuh atau didenda.

4
3.0 Buku Revolusi Mental

Pada tahun 1971, parti Melayu yang sangat berkuasa di Malaysia, UMNO telah
menerbitkan sebuah buku dalam Bahasa Melayu berjudul Revolusi Mental. Revolusi Mental
didefinisikan sebagai suatu perubahan sikap, nilai, falsafah sosial masyarakat tertentu. Tujuan
Revolusi Mental adalah untuk merubah cara berfikir, pandangan dan sikap anggota
masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masa untuk mendorong mereka lebih
giat lagi untuk merebut kemajuan dalam segala bidang. 3 Menurut buku tersebut, masyarakat
Malaysia dicirikan oleh beberapa sifat yang berikut, masyarakat Melayu tidak jujur terhadap
diri sendiri dan mereka tidak melihat kesalahannya sendiri. Oleh sebab itu, punca
keterbelakangan mereka yang nyata lebih kolonialisme, eksploitasi oleh masyarakat lain,
sistem kapitalis, agama, dan beberapa faktor lain. Masyarakat Melayu secara keseluruhannya
kurang keberanian untuk berjuang demi kebenaran. Penindasan yang tidak tertahankan, yang
sering berlaku dalam sejarah Melayu dapat dijadikan bukti. Masyarakat Melayu patuh pada
undang-undang, selagi agama mereka tidak diganggu dan mereka tidak dihina, mereka
bertolak ansur terhadap masyarakat lain.

Pada umumnya, masyarakat Melayu tidak berfikir secara rasional dan mereka lebih sering
mengikut perasaan.4 Dalam buku tersebut juga dinyatakan masyarakat Melayu tidak
menunjukkan disiplin atau ketepatan waktu. Ungkapan janji Melayu biasa digunakan untuk
menggambarkan ketidaktepatan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu tidak menunjukkan
semangat kekerasan hati sewaktu berad di tengah-tengah kegentingan. Ungkapan Melayu
hangat-hangat tahi ayam diajukan sebagai bukti kehangatah tahi ayam tidak lama. Dalam
buku tersebut juga ada mengatakan masyarakat Melayu ingin kaya tetapi upaya mereka untuk
mencapainya tidak memadai. Mereka tidak hemat dan senang menghamburkan wang secra
tidak perlu dengan berpesta, menyambut perayaan, dan membeli perabut rumah yang jauh
melebihi kemampuannya. Banyak orang Melayu tidak memikirkan masa depan mereka.
Mereka tidak menabung untuk masa depan. Hingga sekarang masyarakat Melayu kurang

3 Senu Abdul Rahman, 1971. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan
Melayu, hlmn. 87.

4 Buku tersebut ada menyatakan pada masa lalu, masyarakat Melayu tidak
mampu berdikari kerana tidak ada kamus bahasa Melayu. Kata untuk berdikari
adalah kata baru, ibid, hlmn. 62.

5
menunjukkan minat terhadap ilmu pengetahuan dan teknologi dibandingkan dengan ilmu
sastera sebagai suatu pekerjaan akademik. Dinyatakan bahawa orang Melayu kurang realistik,
dan kurang berusaha.

Implikasi daripada fikiran keempat-empat belas penulis tersebut ialah modenisasi dan
progressif. Watak Melayu yang sangay negatif merupakan sasaran transformasi. Sistem
ekonominya kapitalisme liberal danberfalsafah individualisme. Penekanan diberi kepada
kemampuan masyarakat Melayu secara khusus untuk meraih kekayaan, status sosial,
kemajuan profesional, menandingi masyarakat Jepun, Amerika, Jerman, Yahudi dan Cina.
Masyarakat Cina yang disebutkanitu bukanlah berasal dari China. Orang Jerman tidak pelak
lagi dari Jerman Barat. Ketua negara, para pengurus perusahaan, ahli falsafah, kapitalis dari
dunia kapitalis Barat disanjung dalam banyak halaman buku itu. Begitu juga beberapa
ilmuwan sosial Barat yang menegakkan sistem kapitalis iaitu pandangan mereka banyak
digunakan.

Buku Revolusi Mental menggabungkan pengetahuan biasa tanpa kedalaman, dan


kesimpulan yang tidak masuk akal, boleh dikatakan buku yang paling mudah, sederhana, dan
setidak-tidaknya mengandungi falsafah kapitalisme yang didefinisikan dengan baik, sambil
menegaskan gambaran falsafah moden dan asli daripada masyarakat Melayu. Pengaruh
kapitalisme itu kuat. Sebaliknya, buku tersebut menghindari isu kemalasan masyarakat
Melayu. Sikapnya terhadap masalah ini berbelah bahagi tetapi pasti cenderung kepada
pandangan bahawa masyarakat Melayu malas. Tidak seperti Rizal, dia menyebut tuduhan
Inggeris bahawa masyarakat Melayu itu malas tetapi tidak menyetujuinya atau
menyangkalnya. Penulis menyifatkan masyarakat Melayu kurang usaha dan inisiatif,
menyebut para petani dan nelayan Melayu didakwa malas dan kurang inisiatif tanpa
menyangkal atau menerimanya dan menyimpulkan bahawa kemunduran masyarakat Melayu
bukan disebabkan eksploitasi pihak lain, tetapi kerana tidak ada usaha mereka sendiri.

Ciri-ciri negatif yang disebut dalam buku tersebut mempengaruhi sebahagian besar
masyarakat Melayu. Ada segolongan kecil, yang disebut dalam buku tersebut tidak memiliki
ciri-ciri ini. Oleh sebab itu, Revolusi Mental merupakan penegesan ideologi kapitalisme
kolonial, sejauh masyarakat Melayu yang bahkan lebih negatif jangkauannyadaripada
kapitalisme kolonial itu sendiri. Inilah citra negatif yang menguasai kehidupan orang Melayu.
Tujuan penulisan Revolusi Mental adalah untuk mengubah citra iitu. Ironisnya ciri tentang

6
sifat orang Melayu yang digambarkan oleh para penulis tersebut, seperti mudah puas, tidak
cekap, kurang inisiatif, kurang imaginasi dan usaha diperlihatkan dalam buku tersebut.

Dalam kapitalisme kolonial, komuniti Eropah adalah yang paling dihargai, kemudian
penduduk imigran, dan yang paling akhir penduduk asli. Sekitar 70 tahun yang lalu, pentadbir
kolonial Inggeris yang terkenal, Clifford, menyatakan orang Melayu telah menjadi anggota
kominiti yang tidak menguntungkan dan tidak memuaskan kerana kaum Melayu tidak
menyediakan tenaga kerja yang diperlukan untuk mengembangkan sumber negeri tersebut. 5
Revolusi Mental tunduk kepada gagasan ini. Sementara menyebutkan sumbangan para
imigran Cina terhadap kemakmuran negeri yang meningkat, buku itu, tidak menyebut
sumbangan orang Melayu. Buku ini menganalisis masa lalu dengan menggunakan kategori
fikiran kapitalis kolonial. Dalam ideologi kapitalis kolonial, hanya orang-orang yang secara
langsung melabur dianggap pelaku pembangunan, atau orang yang secara langsung terlibat
dalam ekonomi. Sumbangan orang Melayu terhadap pembangunan dikecilkan pengertiannya.
Padahal, orang Melayulah yang mengurus negeri. Kaum Melayulah yang menjadi anggota
polis. Mereka pengeluar bahan makanan utama negeri tersebut, khususnya pada zaman
kolonial. Perkhidmatan orang Melayu dalam undang-undang tatatertib merupakan hal yang
penting.

Masyarakat Melayu telah memberi banyak sumbangan untuk mencipta keadaan yang
memungkinkan perkembangan kapitalis. Oleh itu, tidak perlulah Revolusi Mental menerima
sistem kasta kapitalisme kolonial yang menyebabkan kaum Melayu diletakkan pada
kedudukan yang paling rendah. Catatan yang sedikit bertentangan diungkap dalam dua
bahagian buku tersebut. Orang Inggeris dituduh melumpuhkan semangat masyarakat Melayu
dengan berbagai-bagai cara, satu diantaranya menyebutkan kaum Melayu itu malas,
sementara mereka mengangkut para pendatang dari China dan India, untuk mengeksploitasi
berbagai-bagai sumber alam yang kaya di negeri tersebut bagi keuntungan kekuasaan kolonial
dan kaum pendatang. Masyarakat Melayu menjadi miskin di negerinya sendiri. Catatan yang
penuh pertentangan ini tidak mempengaruhi seluruh maksud Revolusi Mental. Semuanya itu
mungkin ditulis oleh dua daripada 14 orang penulis tersebut. Hal ini bertentangan dengan
5 Hugh Clifford, 1903. Rival Systems and the Malayan People, dlm. North
American Review. Jil. 177, hlmn. 407.

7
semangat mencela diri sendiri dan pemerosotan diri sendiri yang memberi ciri Revolusi
Mental. Buku Revolusi Mental merupakan ideologi yang menyimpang daripada parti Melayu
yang berkuasa. Parti Melayu yang berkuasa telah mewarisi kekuasaan daripada orang
Inggeris, tanpa satu perjuangan untuk kemerdekaan sebagaimana halnya yang terjadi di
Indonesia, India dan Filipina.

Jenis penyimpangan dalam Revolusi Mental tentang watak Melayu tersebut dapat
dijelaskan dengan kemiskinan intelektual para penulisnya. Kelompokyang secara intelektual
lebih berkembang, dapat membangun ideologi kapitalisme yang lebih canggih dikurangi
unsur pemerosotan. Hampir kesemua ciri-ciri neegatif yang dituduh itu, yang secara kuat
membentuk watak Melayu merupakan kesimpula yang diambil daripada dasar fikiran yang
salah. Semuanya tidak didasari penelitian atau pengamatan yang bijaksana.

8
4.0 Buku Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir menggunakan linkungan untuk menjelaskan asal kejadian dan terus
menerus menyebarkan apa yang dianggapnya menjadi ciri-ciri bangsa yang turun temurun.
Berhubung dengan masyarakat Melayu, linkungan geografi mereka mendorong
perkembangan sifat-sifat bangsa yang lemah. Orang Melayu tinggal di pedalaman dan di
lembah sungai, kerana di daerah itu tanaman mudah hidup. Terdapat banyak tanah bagi setiap
orang dan bukit-bukit tidak pernah dijadikan tempat bercucuk tanam atau perkampungan yang
tetap. Sepanjang tahun banyak persediaan untuk semua. Kelaparan dan kesengsaraan yang
merupakan gambaran yang lumrah di negeri seperti China, tidak ditemui di Tanah Melayu.
Dengan ketekunan yang paling rendah pun, masih dapat hidup relatif dan selesa. Tanaman
yang diusahakan juga berpengaruh terhadap watak orang Melayu. Menurut Tun Dr. Mahathir
dalam buku beliau, Dilema Melayu, beliau ada mengatakan penanaman padi yang diusahakan
oleh orang Melayu yang hanya memakan masa hanya dua bulan tetapi hasilnya cukup untuk
setahun penuh. Jadi, orang Melayu mempunyai masa yang banyak untuk beristirehat dan
berbual disana sini bersama sahabat.

Berhubung dengan tema kemalasan, Tun Dr. Mahathir tidak menjelaskannya secara
pasti tetapi pandangannya lebih cenderung menganggap kaum Melayu tidak mampu bekerja
keras dan beliau membuktikannya dalam buku Dilema Melayu dimana beliau menyatakan
para jurutera Melayu dapat merancang dan mengatur kerja pembinaan jambatan yang paling
moden. Ahli-ahli pertanian Melayu dapat memimpin berbagai-bagai percubaan dan
mengawasai penanaman tanaman apa sahaja. Segala kekuatan tersebut ada tetapi hanya
terbatas dalam bidang yang dikembangkan sahaja. Dari aspek kemampuan untuk bekerja
keras pula, beliau mengatakan bahawa orang Melayu tidak sesuai menceburi pekerjaan yang
memerlukan kemahiran kerana mereka adalah petani dan wang bagi mereka tidak sama
ertinya seperti orang Cina. Orang Melayu tidak mempunyai hasrat dan kemampuan untuk
bekerja keras dan lebih dari itu, mereka iaitu orang Melayu tidak mampu untuk berubah.
Walaupun beliau tidak menyangkal adanya keinginan dan kemampuan orang Melayu untuk
bekerja keras namun, beliau benar-benar menyangkal bahawa mereka tidak dapat diubah.

9
Tun Dr. Mahathir memberi pandangan yang lebih hebat apabila menyatakan kesihatan
orang Melayu berada pada tahap yang teruk. Belaiau mengatakan Tanah Melayu penuh
dengan pelbagai jenis penyakit yang melemahkan dan penyakit berjangkit yang datang silih
berganti. Dengan itu, masyarakat Melayu disuntik dengan suntikan daya tahan tertentu untuk
meneruskan hidup tetapi seluruh tenaga mereka terjejas. Kesannya, mereka menjadi lemah
dan bodoh kerana kekurangan darah dan diserang penyakit berkali-kali sehingga mereka
enggan bekerja. Secara keseluruhannya, komentarnya yang dicurahkan dalam buku tersebut
mendorong anggapan bahawa pandangan beliau tentang kemampuan orang Melayu unutk
bekerja keras sebagai hal yang negatif. Pandangannya terhadap kaum Melayu sama dengan
bukunya dalam Revolusi Mental, dikuasai oleh kapitalisme kolonial. Jelas ini menunjukkan
dalam dunia mentalnya, tidak ada perubahan tuntas daripada pemikiran kolonial.

Kelemahan buku Tun Dr. Mahathir ialah bahawa terjadinya eksploitasi terhadap
masyarakat Melayu disebabkan kesalahan perwatakan mereka, kekuasaan Inggeris, dan
kejayaan perniagaan kaum pendatang, bukan disebabkan golongan penguasa Melayu yang
mendapat keuntungan daripada kolonialisme. Jika mereka mengatakan kaum Melayu tidak
jujur, hal ini juga bererti mereka tidak jujur. Dalam hal ini, kebisuan mereka tentang peranan
kelompok penguasa Melayu terhadap kemerosotan keadaan masyarakat Melayu adalah satu
gambaran sifat mereka.

10
5.0 Kritikan terhadap Revolusi Mental dan Buku Mahathir

Kesalahan besar pertama yang dibuat oleh Revolusi Mental adalah cara memandang
sistem nilai Melayu sebagaimana yang dipraktikkan oleh komuniti dalam bentuk tunggal,
seragam dan serba sama. Tiga puluh atau lebih ciri negatif yang mereka hubungkan dengan
watak orang Melayu lebih terpantul pada kelas penguasa Melayu daripada komuniti Melayu
secara keseluruhan.6 Kemalasan lebihh melata dalam kalangan penguasa dalam masyarakat
Melayu tradisional daripada dalam kalangan rakyatnya. Sejumlah tertentu orang yang malas
selalu ada dalam sesebuah masyarakat. Sifat kemalasan dalam seluruh individu harus
dibezakan daripada keputusan untuk menghindari pekerjaan tertentu kerana hasil yang
berhubungan dengan wang. Seseorang yang lebih suka menjadi tukang kebun dan
memperoleh hasil yang lebih sedikitt daripada menjadi pelayan, tidak perlu dikatakan
pemalas.

Kecenderungan Revolusi Mental untuk menganggap orang Melayu itu malas, tanpa disedari
sebenarnya telah dipengaruhi oleh kapitalisme kolonial. Seperti telah diperlihatkan,
kapitalisme kolinial mempertimbangkan ketekunan dari sudut pandangan sistem pemerasan
kapitalis. Apa yang menghairankan adalah mereka tidak menyebut bangsa Cina itu pemalas.
Dalam kalangan masyarakat Cina, terdapat jumlah yang sebanding tentang anggota yang
malas, yang lebih besar dalam kalangan kelas atas. Anak-anak jutawan penjudi, kaki
perempuan, gundik, banyak di antara mereka yang malas. Terdapat banyak tuan tanah Cina
yang malas yang hanya menunggu akhir bulan untuk mengumpulkan wang sewa mereka.

Revolusi Mental menyamaratakan pelbagai peristiwa khusus yang dijelaskan oleh para
penulisnya. Ada orang Melayu tanpa inisiatif, kaum Melayu yang malas, masyarakat Melayu
yang tidak serius, dan yang tidak memikirkan masa hadapan. Godaan untuk memukul rata itu
didasarkan pada cerita rakyat dan pepatah. Revolusi Mental memanfaatkan sejumlah ppepatah
Melayu yang mengutarakan sifat-sifat negatif, yang kemudian diakui sebagai unsur yang
menentukan watak orang Melayu. Penulis tidak menggolongkan pepatah tersebut ke dalam
6 Lihat Syed Hussein Alatas Feudalism in Malaysia Society: A Study in Historical
Continuity, dlm. Civilizations, Jil.XVIII, no. 4, 1969.

11
jenis-jenis. Pepatah dalam bahasa Melayu menurut apa adanya tidak dapat digunakan dalam
memperlihatkan ciri sesuatu watak.

Dalam hal ketepatan waktu dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa lalu,
ketepatan waktu mekanis yang ditentukan oleh jam tidak ada, kerana sifat masyarakat tersebut
dan tidak ada jam pada ketika itu. Misalnya pelayaran, mengingat kenyataan bahawa gerakan
perahu bergantung pada angin dan tenaga manusia, maka keberangkatan atau kedatangan
perahu tidak dapat ditegaskan menurut jangkaan waktu yang dapat diukur. Meskipun adanya
faktor sebegini, tidak bererti masyarakat Melayu tidak mengenal erti ketepatan waktu, yang
berhubung dengan agama. Mereka selalu tepat dalam beribadah, khususnya solat subuh dan
solat maghrib.

Berdasarkan aspek penanaman padi pula oleh Tun Dr. Mahathir, beliau menyimpulkan
bahawa petani padi Melayu benar-benar bekerja dua bulan dalam setahun. Diluar kelompok
jumlahnya sangat sedikit, penduduk suka membuang waktu luang mereka dengan istirehat
atau terus berbual kosong. Mungkin di daerah-daerah tertentu seperti Kedah dan Perlis, para
petani padi bekerja setengah menganggur sebelum masa penanaman dua kali. Hal ini
disebabkan oleh kurangnya secara relatif lapangan kerja sekunder seperti menoreh getah,
membina jalan, membina saluran dan pengairan, menangkap ikan dan membuat tikar. Tetapi
ini sahaja tidak benar bagi seluruh rakyat Melayu. Di daerah Kemubu, Kelantan yang
melibatkan 1157 orang penanam padi, menunjukkan bahawa rata-rata kerja hari seorang
petani 123 hari, di luar waktu yang digunakan untuk mengurus ternak. 7 Selama musim
penanaman petani tidak bekerja di ladangnya, sehingga sebaliknya menggunakan sebahagian
besar waktunya memberi makan ternakan di kandang.

Penduduk pendesaan Melayu bekerja sekeras penduduk kota hanya semata-mata pendapatan
dan kesempatan merekalah yang lebih terbatas. Ciri-ciri negatif tentang watak Melayu yang
dikaji oleh Mahathir merupakan penilaian yang disalah tafsir. Misalnya, dia menganggap
bahawa masyarakat Melayu berterus terang hanya kepada orang yang benar-benar dipercayai,
dan ini hanyalah diantara mereka sendiri. Hal ini bukan sesuatu tang aneh kerana dalam hal
ini, setiap masyarakat memiliki sikap ini. Siapa yang akan mengutarakan hal-hal yang tidak

7 S. Selvadurai, Ani bin Arope, Nik Hassani bin Mohammad, Socio-Economic


Study of Paddy Farms in the Kemubu Area of Kelantan, 1968, hlmn. 91,
Kementerian Pertanian dan Koperasi, Kuala Lumpur.

12
menyenangkan dan tidak berkenaan tentang masyarakat lain kepada anggota masyarakat itu,
kecuali mereka yang tidak bermoral baik. Kebanyakan masyarakat memiliki rasa kesopanan
atau pengendalian. Ini tidak aneh bagi masyarakat Melayu.

Gejala yang digambarkan sebagai amuk tidak terbatas pada masyarakat Melayu.
Orang-orang Cina dan India telah dikenali sebagai pembunuh anggota keluarga mereka dalam
keadaan sakit jiwa. Lebih jauh lagi, gejala ini merosot dalam kalangan masyarakat Melayu
kerana perubahan sejarah. Situasi tekanan jiwa yang hebat sekali yang dilakukan terhadap
seseorang, seperti misalnya seorang budak Bugis, yang diperlakukan secara kejam dalam
sebuah rumah Belanda pada abad ke-18 di Betawi, bukanlah satu hal yang biasa. Tambahan,
Tun Dr. Mahanthir salah apabila menganggap gejala tertentu yang menyentuh beberapa orang
individu sebagai hal yang menunjukkan keseluruhan. Kalau kita menyamaratakan watak
sesuatu masyarakat berdasarkan tindakan segelintir orang, maka kita sungguh-sungguh berada
dalam kekacauan.

13
6.0 Kesimpulan

Keunikan peribadi Melayu ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh banyak faktor.
Kedudukan bumi Melayu yang terdedah pada segala macam elemen budaya, latar belakang
bangsa yang berkembang daripada penganut animisme kepada penganut Islam yang taat,
semuanya sama-sama memainkan peranan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang agak
berkecamuk akal fikirannya. Perhatikanlah mana-mana juga Melayu, di dalam dirinya pasti
terpancar seribu wajah. Pada tubuhnya tersembunyi unsur Arab, unsur Mamak, unsur orang
Putih dan seribu satu unsur lain yang bercampur aduk.

Keperibadian yang berbagai-bagai inilah menyebabkan Melayu menjadi begitu sukar


difahami. Dan ketidakfahaman itu menjadi punca terhadap timbulnya pelbagai salah
tanggapan terhadap mereka. Melayu pemalas adalah rentetan daripada salah tanggapan itu.
Orang-orang asing yang gagal memahami susur galur Melayu dengan mudah akan berasa
hairan kenapa Melayu boleh menjadi warga kelas dua di bumi yang subur ini. Mereka lalu
beranggapan ianya berlaku kerana Melayu tidak rajin.

Silap orang Melayu ialah mereka tidak pernah berusaha memberi kefahaman tentang
asal usul mereka kepada orang lain. Sebaliknya, mereka dengan penuh kealpaan hanya
menerima bulat-bulat teori yang orang lain sogokkan kepada mereka. Paling Iebih, sekiranya
pendapat itu kurang memihak pada mereka, sebahagian daripada orang Melayu mungkin akan
marah-marah.

Semua ini tidak akan berlaku kalau orang Melayu mempunyai hubungkait yang kuat
dengan akar umbi bangsanya. Mereka tidak akan berasa susah untuk meyakinkan orang lain
bahawa Melayu sebenarnya bangsa yang hebat jika mereka rajin mencungkil, mengenang dan
menghargai sejarah kehebatan datuk nenek mereka. Tidak susah untuk membuka mata orang
asing bagi mengakui bahawa lebih seribu tahun dahulu tamadun-tamadun Melayu telah

14
berkembang biak, telah menjadi gah dan tersohor di nusantara. Dan bangsa yang pemalas
sudah tentu tidak akan mampu membina tamadun-tamadun seumpama itu.

7.0 Bibliografi

S. Selvadurai, Ani bin Arope, Nik Hassani bin Mohammad, Socio-Economic Study of Paddy
Farms in the Kemubu Area of Kelantan, 1968, Kementerian Pertanian dan Koperasi,
Kuala Lumpur.

Senu Abdul Rahman, 1971. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Melayu.

Feodor Jagor, 1916. Travels in the Phipiphines dlm.Austin Graig (ed), The former
Philiphines Thru Foreign Eyes. Manila: Philiphine Education.

Syed Hussein Alatas Feudalism in Malaysia Society: A Study in Historical Continuity, dlm.
Civilizations, Jil.XVIII, no. 4, 1969.

Alatas, Syed Hussein (1989). Mitos Peribumi Malas. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

15
16

Anda mungkin juga menyukai