Anda di halaman 1dari 2

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi

maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian


penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan
dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun,
teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran
yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna.


Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet.
Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar
untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan
penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet
yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. Perkembangan
sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga
membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan.

Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa.


Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar
perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet.
Pelbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet.
Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan
dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam
usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping
itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya
kemudahan internet. Internet ini memberi faedah kepada pelbagai lapisan
masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki
ke menara gading.

Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran


bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah.
Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan
antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau
peluang kerja dapat dibuat melalui internet. Urusan menerusi internet
bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan
kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.
Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika
disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan
mengganggu seperti `hacking yang kini banyak berlaku. Laman-laman
web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan
negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui
rangkaian antarabangsa. Beberapa tahun kebelakangan inn, pusat
keselamatan negara Amerika Syarikat, Pentagon diceroboh oleh seorang
kanak-kanak berusia dua belas tahun. Ini memudaratkan aspek
keselamatan negara dan dunia.

Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak


kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus
komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer
hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer. Ini
akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh
kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga
dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan
komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa
yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata,
sakit tulang belakang dan sebagainya.

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan.


Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan is
digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa
dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet
demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai